16 February 2009

Apa Kata Prof Dr Muhd Kamil Tentang AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aduhai!

Hari ini barulah Kak Ain berkesempatan menaip entri di blog ini setelah berada di UiTM Segamat selama tiga hari. Kak Ain ke sana bagi menghadiri ceramah Motivasi Haji yang disampaikan oleh Pengarah UiTM Segamat iaitu Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Ibrahim.

Prof. Dr. Hj Muhd Kamil Ibrahim adalah penulis best seller buku Travelog Haji yang sudah memasuki cetakan ke-lapan. Buku Travelog Haji ini memang buku yang sangat bagus! Kak Ain sendiri sebaik sahaja selesai membaca bukunya, terasa tak sabar-sabar nak menunaikan haji & umrah. InsyaAllah, Kak Ain sudah meletakkan prioriti bahawa tahun 2009 ini Kak Ain dan Cik Abang mesti menunaikan umrah. InsyaAllah. InsyaAllah. Doakan ya!


Sebenarnya Kak Ain ada menulis laporan tentang pengalaman manis Kak Ain ketika berada di UiTM Segamat. Pengalaman berjumpa buat kali pertama dengan keluarga Prof. Kak Ain juga berkesempatan berjumpa dengan pembaca buku Kak Ain yang bernama Afiqah Nadzirah. 

Malangnya semua gambar-gambarnya masih belum diedit. InsyaAllah Kak Ain akan masukkan entri lagi sebaik sahaja selesai meletakkan spek PRADA pada setiap gambar ya =D

Sementara itu, boleh baca dahulu apa yang Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil tulis tentang Kak Ain di blognya http://muhdkamil.net/kehidupan/

(Oh! Ada gambar Kak Ain tak berspek PRADA di situ! =D)

Ain Maisarah merupakan penulis remaja yang paling top buat masa kini. Buku terbaru beliau Aku Mahu ke New York terjual melebihi 10000 naskah dalam tempoh yang singkat [nota: khabarnya hampir 16000 naskah].


Ain adalah penulis sepenuh masa. Beliau bekerja keras untuk berjaya sehingga menjadi penulis yang terkenal di kalangan remaja Malaysia. Ain mempunyai disiplin yang tinggi.


Dia tahu apa yang perlu beliau lakukan untuk berjaya. Ramuan utama kejayaan beliau adalah kerana beliau berfikiran kreatif.


Blog Ain dikuti oleh peminat-peminat cilik beliau. Ain perlu melayani setiap seorang daripada mereka. Bagi menyemarakkan minat pembaca, Ain menampilkan pelbagai bentuk promosi, misalnya dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah ringkas dan mudah tanpa mengharapkan bantuan penerbit.


Orang biasa menyatakan: “di sebalik kejayaan seorang lelaki, akan terdapat seorang wanita di belakang mereka”. Sebaliknya, Ain mempunyai seorang suami yang sangat membantu. Amal kelihatan menyokong dan memberi bantuan secara luar biasa. Kerjaya Ain dan Amal adalah sebahagian daripada kisah perhubungan suami-isteri.


Melihat Ain melayani Afiqah di UiTM Johor menyebabkan saya memahami kenapa beliau begitu disenangi oleh remaja yang sebaya. Beliau tekun, sabar dan bersungguh-sungguh melayani kerenah Afiqah. Layanan diberikan bukan hanya “manis di bibir” tetapi melantun keluar daripada hati nurani. Ia sesuatu yang sukar.


Saya percaya, apa sahaja yang ingin kita lakukan seharusnya bermula dengan nilai keikhlasan. Lakukan yang terbaik, insyaAllah Allah akan memberi ganjaran yang setimpal. Fitnah, buruk-sangka atau cemburu yang melampau akan sentiasa ada di dalam proses mencapai kejayaan. Ayat-ayat suci Al-Quran menyebutnya berulang kali. Ia bukan satu kepelikan!


Selamat berjaya Ain. Selamat berjaya Amal.


Terima kasih Prof atas doa itu. InsyaAllah semua nasihat dan kata-kata semangat Prof akan menjadi penguat diri. 

Tunggu laporan bergambar Kak Ain pula ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

12 comments:

Anonymous said...

OWH, Saya pengkomen pertama. Alhamdulilah. Saya akan doakan Kak Ain dan Cik Abang untuk menunaikan umrah dalam masa yang terdekat.
Amin.

afiqah said...

Saya dah update entry kunjungan Kak Ain.Saya dah letak gambar juga.(Ermm..saya tak letak spek PRADAlah pula..hehehe)Terima kasih Kak Ain kerana sudi datang ke rumah saya.Saya amat berbesar hati. :p

Hanani :) said...

Assalamualaikum Kak Ain,

Apa yang dikatakan oleh Prof Dr Muhd Kamil tentang Kak Ain saya setuju 100% peratus. =D

Seperti ayunidiyana, saya juga doakan Kak Ain dan Cik Abang untuk menunaikan umrah. =)

~aYa~ said...

Betul cakap Prof tu...
Saya pun akan doakan
supaya Kak Ain dapat pergi
buat umrah...

ina :) said...

sy pon shame..
baru 2 jam entri nie.. dah ramai dah pengomen.. hmm.. kak ain..
ramainyer peminat

asyiqin@ikin said...

kak ain asyiqin pon doa kn kak ain pergi umrah dalam masa terdakat nie ...

amin..

kak ain nie mmg ramai peminat kn?
kak ain spek prada tu mende yek?
patut pun kak ain lame x tulis entri...kesian kak ain kita kan semua?

star dazzle said...

semoga kak ain dapat pergi umrah.amin..

dAyah said...

uitm segamat?
kalau terus sikit + banyak
dah sampai kampung saya
yg indah lagi permai.
hehe.

anyway, kalau kak ain free visit la blog saye n drop some comment..ok?

p/s: x sabar nak tau ending impiana 3.

marjan daud said...

uitn segamat??
knaper kak ain x dtg uitm lendu?
nnti dpt jumper marjan

Alya said...

Chaiyok Kak Ain !
Hehe =]Mmg betuuuul sgt apa yang profesor tu cakap .
=D

Huda Ibrahim said...

harap kak ain dan cik abang dapat pergi ke umrah.....AMIN....tapi jangan lupa tulis novel...hihihi.i love kak ain novel.....

The Cookies Bar said...

Wah AIN pg SEGAMAT? kampung kak lis tu!!

Kak lis doakan AIN dan SUAMI dimurahkan rezeki dan sihat walafiat sepanjang tahun ni agar dapat mengerjakan umrah seperti yang dihajatkan...