28 January 2009

AinMaisarah Demam... =(

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tatkala jemari Kak Ain menaip entri blog ini, tisu menjadi teman paling setia. Hidung Kak Ain merah selsema. Bersin tak henti-henti.

Tekak pun mula membengkak dan batuk... Ya Allah, janganlah sampai tonsil harapnya! Nasib baik badan hanya suam-suam panas dan kepala hanya pening-pening lalat.

=(

Ini semua gara-gara berkampung selama 5 hari di Islamic Festival, Mid Valley. (Kak Ain akan masukkan laporannya sebaik sahaja semua gambar siap diedit ya!)

Sudah dua hari juga Kak Ain tak selera nak makan. Mungkin sebab tekak sakit. Cik Abang sibuk nak carikan bubur atau sup panas. Yalah... biasanya itu makanan yang mampu membuka selera orang demam. Tapi Kak Ain lain sikit permintaannya. Kak Ain tiba-tiba terasa nak makan................

NASI LEMAK ANTARABANGSA!



Ah! Sangat NYUM-NYUM! Sambal yang melimpah itu walaupun pedas, berjaya membuatkan tekak Kak Ain yang sakit rasa sedikit terubat.


Sewaktu Kak Ain makan juga, datang seekor kucing profesional yang cuba meminta belas kasihan makanan dengan mengelip-ngelipkan matanya. Pandai juga mencari port yang sesuai dengan memanjat atas tembok lampu! Bijak! Bijak! =D


Malam ini Kak Ain nak tidur cepat. Mungkin ini tandanya badan perlukan rehat. InsyaAllah Kak Ain akan memasukkan laporan penuh Islamic Fest 2009 secepat mungkin sebaik sahaja sembuh sepenuhnya. Doakan Kak Ain sihat segera ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

21 comments:

Zaimin said...

kesian kak ain. semoga kak ain cepat sembuh ya.

BalqisBasri (^^,)v said...

La haaii..
Kak Ain demam ke...
Harap cepat sembuh ya..

p/s; Nak juga Nasi Lemak Antarabangsa tu :D

dAyah said...

dulu kalau saye kene ulser..tetap makan bende2 pedas nih..salah satu nye nasik lemak laa...sanggup tanggung risiko! xp

Anonymous said...

Semoga Kak Ain cepat sembuh ya..
Makan ubat tau..

AinMaisarah said...

Salam Zaimin, Balqis, Hidayah & Aqma.

Terima kasih atas doa semua.

=D

Hari ini bangun pagi... tekak Kak Ain masih bengkak. Batuk masih berleluasa. Tetapi Kak Ain bersyukur sangat kerana tidaklah sampai kena asthma attack.

Mesti minum air panas banyak-banyak.

Mesti minum jus oren banyak-banyak.

Mesti sihat segera!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain juga mendoakan para pembaca semua sihat selalu =D

Noorfaqihah said...

Kak Ain Maisarah cepat- cepatlah sembuh, yerp? Nanti siapa pulak yang nak tulis novel Aku Mahu, ni?

Tak pasal- pasal saya kempunan nak baca novel- novel Kak Ain yang belum siap lagi..

aini_qurratu said...

alahai..cian nye..
demm ea..??
dh dekat 2 bln kte x bg komen kat cni..
tgk2 dh dmm la plak..!!

anyway..moga akk sihat semula yer..
ntah2 kan ubat nye g shopping x??
hehehe..

aini

A I N said...

smoge cpt sembuh ye..
cian kak Ain..

~sy lpar la tgk nasik lemak antarabangse tu..huhu..~

c h i n g w e i said...

Jas doakan Kak Ain cepat sembuh dan bersemangat !!
Jaga diri leklok Kak Ain !!

Shahira~Shasha said...

kesiannya kak ain...
moga kak ain cpt sembuh...
kak ain kasi ke kucing tu mkn?

F said...

assalamualaikum k.ain

siannyer.....
demam eh..
fatimah doakan kak ain cpt sembuh...
nnti buku impiana 3 lambat pulak diterbitkan ;)

x sabar siot nk baca buku impiana 3

oReyLeu said...

semoga cepat sembuh...sdap ke nasi lemak antarabangsa tuh??
nak sikit!

Farisah Adriana ♥ said...

Kesian Kak ain demam...Saya doakan agar Kak Ain cepat sembuh ya.!!


Sedapnyew nasi lemak antarabangsa tuh..!!Terliur..!!!Nk sikit..

Alya said...

cepat2 baek ehh ,
baru boleh update blog selalu =p

Nur Aqilah said...

assalamualaikum kak ain,
Cian kak ain... semoga cpat sembuh ye kak!
Kak ain,nak nasi lemak antarabangsa 2 bole tk? hee3..^_^

Syafira Saufi said...

oh, kesian kak ain,
semoga cpt sembuh! ^^

Ayuni said...

OOOOH,Patutlah dah lama tak masukkan entri baru.
Takpe....Takpe. Kitaorang semua faham. Semoga cepat sembuh.Ameen.

sakura_falls said...

Kak ain,
saya pun pergi juga ke Islamic festival.=)

kak ain pergi pukul bape?saya pergi pukul 2.30 p.m.

semoga cpt sembuh.
supaya boleh edit gambar2 dan tulis entri masa kak ain kat Islamic Festival.ameen...

Aqilah said...

harap kak ain cpt smbuh

P/S:lawat lah blog saya di:
missa-luhkanperasaanmu.blogspot.com
atau
luahkanperasaanmu-aqilah.blogspot.com

The Cookies Bar said...

Salam Ain,

Kak Lis dengar Ain demam ye? alahai kesiannya. Tapi memang musim orang demam sekarang ni. Selalu kalau kak lis demam, kak lis minum jus apple (sbb apple kan cooling cooling gitu) dan minum teh-o-lemon plus honey untuk melegakan batuk. So far 2 benda ni selain ubat2 dari klinik, amat serasi dengan badan kak lis. Kak Lis harap Ain cepat semboh ye.

p/s : kalau ain nak menatap gambar-gambar pertunangan, ain boleh melayari http://cintanorth2south.blogspot.com. kak lis bukak blog baru untuk update semua cerita yang tak berkaitan dengan cookies & brownies biz.

Salam ceria
KaK LiS

marjan daud said...

assalamualaikum kak ain

kak ain dmm teruk ker??
kesian kak ain ek..
x per nanti mkn ubat banyak2 tau
dengar ckp cik abang sekali