08 December 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum semua.

Hari ini sebelum ke masjid mengerjakan solat sunat AidilAdha, Kak Ain masukkan entri sekejap. Kak Ain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Hari Raya AidilAdha kali ini Kak Ain tak balik ke kampung. Sibuk mencetak novelcomel bagi memenuhi tempahan para pembaca semua. Kasihan Kak Ain, kan... kan... kan... =D

Setiap kali Hari Raya AidilAdha juga, ingatan Kak Ain begitu kuat pada arwah Abah. Arwah dahulu menguruskan urusan Qurban. Setiap tahun, arwah balik dalam keadaan berlumuran darah kerana menyembelih lembu. Bukan satu. Bukan dua. Tetapi berbelas ekor lembu! Pernah arwah menyembelih 17 ekor lembu dalam satu-satu hari.

Setiap kali Hari Raya AidilAdha juga, peti ais rumah kami penuh dengan bermacam jenis bahagian-bahagian lembu. Ekor lembu, lidah lembu, perut lembu... cuma kepala lembu sahaja yang tak ada!

Kini setelah dua tahun arwah meninggalkan kami, sudah tiada lagi segala keistimewaan Hari Raya AidilAdha seperti dulu-dulu.

Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Salam Sayang,
AinMaisarah

19 comments:

Nadhirah said...

SALAM KAK AIN,

selamat hawi waye..!!
semoga kak ain ceria2 slalu erk..jgan sdey2 taw...
mak sya der wat rendang..kak ain nak..?? heheh..

ann_anis said...

assalamualaikum,kak ain

saya nak ucapkan selamat hari raya aidiladha. sabar alh kak ain..dah nasib. saya pun tak dapat balik kampung....tapi ada pulut kuning...

NURAINA said...

ASSALAMUALAIKUM KAK AIN,

SAYA NAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.KAK AIN JANGANLAH BERSEDIH,APA YANG KAK AIN BUAT TU NANTI DAPAT UNTUNGNYA.=D.LEPASTU BARU KAK AIN BOLEH BALIK KAMPUNG SEPUAS PUASNYA.KAN UNTUNG MACAM ITU.SAYA BERHARAP IDOLA SAYA TAK SEDIH DAN SENTIASA CERIA,YE KAK AIN


WASSALLAM
NURAINA AMIRAH

ALyA CHaN ~ said...

Assalamualaikum, KakAin .

Al-Fatihah juga untuk arwah abah kepada KakAin. Hari ini Alya pun tak balik ke kampung. Kita berdua serupa =)

Nanti KakAin cetak novel comel baik-baik eh! Hehee ~

SeLaMaT HaRi RaYa aiDiLaDha UtK KaK AinMaiSaRaH ..!

** Kalau sempat, tolong kirim salam kepada manager KakAin okey !

Salam,
Alya .

Hana said...

Salam Kak Ain..

Name Hana ada dlm korban lembu..mengigil lembu tuh kak ain..

Hana sempat belai die..dan baca kan fatihah..

HANA said...

kAK aIN...kAK aIN SEDIH SEBAB ARWAH ABAH..HANA SEDIH SEBAB..ARWAH ATUK HANA..

DIE KETUA KAMPUNG..
IMAM
SEMUA JAAWATAN DI KAMPUNG DIE KETUA..

SEMALAM HANA WAT SOLAT HAJAT..

MASA HANA SOLAT .. HANA MENANGIS..

YER LAH..DULU MESTI DAPAT IKUT ATUK..

NAIK MOTOR NGAN ATUK..

DULU HANA BOLEH TOLONG ATUK POTONG DAGING LEMBU..

SEKARANG SEMUA YG ADA KAT MASJID TUH.

SEMUA TAK BAGI..KATA HANA KECIK LAGI LH..TUH LA..

HANA TOLONG ATUK HANA POTONG DAGING TUH SEJAK UMUR 7 TAHUN LAGI..

N DIER MENINGGALKAN HANA PADA TAHUN 2005..

SEBELUM DIER MENINGGAL PADA 2 PAGI DI HOSPITAL..

PETANG TUH DIER DEMAM YG KUAT,..HANA TIDUR SEBALAH DIER..BAWAH KETIAK DIER..MANALAH HANA BOLEH LUPA..

KAK AIN SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KAN ATUK HANA YER..

DIER JUGA ADA KANSER..TAPI KANSER DARAH..

SEBAB TUH HANA TAKUT MASA HANA TAHU HANA ADA KANSER OVARI..

Hana said...

kaki lembu ada tak??

kak ain makan lidah x??

hana tak suka..

kalau urat masak sup sedap

_-:eDdY:-_ said...

selamt hari raya!!!kak ain jgn cedey2 klu kak ain cedey nanti arwah abah kak ain pon cedey sye pon cedey....jgn cedey2 tau....sye mohon kat kak ain tlg lah melawat blog sye....http://kamikazegurlz.blogspot.com

FarAhANi said...

Salam Aidiladha Kak Ain,


Semoga Arwah beliau ditempatkan di tempat orang yang beriman.=)



Salam,
Farahani

shasha said...

slmt hari raya aidiladha kak ain! :D


al-fatihah utk arwah ayah kak ain

NURAIN AMIRAH said...

KAK AIN BOLEH TAK TULIS NAMA ORANG YANG DAH BAYAR BUKU AND ORG YANG BLUM BAYAR BUKU.SENANG SAYA NAK SEMAK DALAM ENTRI SETERUSNYA.LAGI SATU BOLEH TAK KAK AIN TOLONG TANDATANGAN BUKU SAYA.SAYA MERUPAKAN PEMINAT KAK AIN YG SGT SETIA DENGAN KAK AIN,TAK PANDANG PENULIS BUKU LAIN.TOLONG YE KAK AIN.SAYA TERINGIN NAK BERSEMUKA DGN KAK AIN TAPI SLALU TAK JUMPA.TERIMA KASIH KAK AIN .

WASSALAM
NURAINA AMIRAH

Nurul Aqilah Binti Suhaizam said...

Assalamualaikum,kak Ain same naseb dgn saye...Arwah atuk saye pun 2 tahun dah meninggal.Dulu,dielah yg uruskan korban2 ni...

Halimatus Saadiah said...

Wah...bila ima baru balik dari kampung..dh ade 2 entri kt rumah pink ni...hermm...

Al-Fatihah juga untuk arwah ayah kak ain...jangan sedih² ek...semoga arwah abah kak ain ditempatkan di kalangan orang² beriman..amin...

Baik² cetak novelcomel tu..nanti jatuh sakit pulak kang..tk bleh la nk teruskan penulisan..hi..hi..

Ima dh bank-in duit tu..kak ain dh terima kan mesej dari ima??
Emm..agak² bila Ima bleh dapat ek???
Ok..itu je...

AinMaisarah said...

Salam semua,

Kepada Cik NURAIN AMIRAH,

Kak Ain dah cadangkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

Nanti pengurus Kak Ain akan senaraikan nama penempah dan yang telah membayar.

Kepada semua yang mendoakan Kak Ain dan memberi semangat. Kak Ain doakan kalian juga berbahagia di hari raya ini.

Kak Ain gembira kerana ada pembaca-pembaca buku Kak Ain yang mengambil berat terhadap Kak Ain walaupun kita jarang bersua muka.

Salam Sayang,
AinMaisarah

NURAINA AMIRAH said...

MAKSUDNYA KAK AIN AKAN TANDATANGAN BUKU SAYA?TERIMA KASIH KAK AIN SEBAB JAWAB SOALAN SAYA.MAAF KAK AIN NAMA SAYA NURAINA AMIRAH,BUKAN NURAIN AMIRAH TERSALAH TAIP.

NURAINA AMIRAH said...

KAK AIN,MAKSUDNYA KAK AIN AKAN MENANDATANGANI BUKU SAYA KE?SAYA BERHARAP SANGAT DAPAT TANDATANGAN IDOLA SAYA,PUAN AIN MAISARAH.KAWAN SAYA JUGA MEMINATI KAK AIN.TAPI SAYA SGT SGT SUKA KAK AIN.BOLEH YE KAK AIN?

NURAINA AMIRAH said...

balaslah kak ain =D

AinMaisarah said...

Salam Nuraina Amirah,

Semestinya Kak Ain akan tandatangan buku tersebut. Itulah keistimewaan membeli dari Kak Ain.

Dapat buku novelcomel percuma bagi setiap pembelian buku.

Salam Sayang,
AinMaisarah

NURAINA AMIRAH said...

terima kasih tersangat banyak bagi kak ain.tak sabarnya nak dapat.