21 December 2008

Hari Minggu AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat berhujung minggu!

Hari ini sepatutnya Kak Ain dan Cik Abang sudah berjanji bersumpah setia. Hari ini adalah... Hari Berehat-rehat & Bermalas-malas Sedunia.

Hari ini sepatutnya kami tidak mahu menyentuh langsung sebarang kerja.

Kak Ain tak mahu:

~Tulis buku
~Bungkus buku
~Tandatangan buku.


Cik Abang pula tak mahu:

~Tengok laporan MAXIS
~Tengok laman web IT
~Cek e-mel.


Kami juga kononnya tak mahu keluar rumah.

Makanan tengahari pun telefon McD sahaja. Kak Ain order burger Double Prosperity yang hanya dapat dimakan setahun sekali. Oleh itu bila ada kesempatan, mesti beli burger ini! (Untuk rekod: ini adalah burger ke-3 bagi tahun 2008. Huh! Memang sengaja cari risiko tambah berat badan!)

Menjelang petang, Kak Ain dan Cik Abang sudah kebosanan. Prison Break sudah tengok sampai episod 11. Kerepek papadom sudah habis sebekas besar. Akhirnya... tak tahu nak buat apa, kami sepakat ke pejabat juga.

Dengan itu juga secara rasminya Hari Berehat-rehat & Bermalas-malas Sedunia sudah terbatal sama sekali. Huhuhuh! Susah betul Kak Ain dan Cik Abang nak bermalas-malas semata-mata. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan kerja, kerja dan kerja.

Sampai pejabat, Kak Ain terus masukkan gambar-gambar promosi buku di POPULAR, IKANO semalam. Pada kesempatan ini, Kak Ain nak ucapkan terima kasih kepada pihak PTS iaitu Kak Dila, Kak Ann dan Kak Farihah kerana bersama-sama berada di IKANO bagi menguruskan majlis.

Kepada semua pembaca, enjoy the pictures!

~Kak Ain berposing dengan buku terbaru AKU MAHU KE NEW YORK~


~Ish! Mana pen Kak Ain menghilang ni??~


~Sesi tandatangan bermula~


~Kak Ain dan Kak Farihah berposing dengan bunting promosi masing-masing~


Selepas ini, InsyaAllah Kak Ain dan Kak Farihah akan ke Kuantan pula bagi menjayakan sesi promosi buku kami. Tarikh dan masa akan Kak Ain umumkan apabila sudah ada ketetapannya.

Salam Sayang,
AinMaisarah

45 comments:

IZZ HAZWANI. said...

Kalau nak ke Kuantan,
harap sangat jangalah pada 30 Disember hingga 4 jan ya ?

Sebab,masa tu Wani tak ada di Kuantan .
Harap sangat .

Selama ni tak kesampaian nak jumpa Kak Ain dan Kak Farihah .
Ini sajalah peluang yang ada .

AinMaisarah said...

Salam Wani,

Setakat ini tarikh yang Kak Ain dapat adalah 3 Januari 2009 =( Tapi nanti Kak Ain minta kepastian semula dari Kak Farihah & pihak PTS ya!

Apapun, Kak Ain akan buat pengumuman tentang tarikh sebenar Kak Ain ke Kuantan di Rumah Pink ini.

Kak Ain pun teringin nak jumpa Wani. Harapnya adalah rezeki kita nak berjumpa ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

IZZ HAZWANI. said...

Minta minta lah tak jadi datang pada 3 Januari .
Amiinnn...

Mesti Kak Ain pakai baju pink kan ?

Anonymous said...

Salam Kak Ain...

Kak Ain...Jas nk tnyer ckit..
ckit je..x byk...hehehhe
Klu bli buku " Aku Mahu Ke New York" drpd Kak Ain dpt buku Novel Comel kan ?

Klu bli kat luar x de kan..
Dan klu nk bli novel comel kat luar leh x ? Ader jual ?
=Hrp Bls=

Sayang sokmo:
Jas =D

Anonymous said...

kak ain ni tingginyeeeee!
comel sgttsss!

;)

Alya said...

KakAin tak nak turun ke
Kedah ke ? =( Hehehe ..

Anonymous said...

Kak Ain npe tak turun JOHor..?? sedih tau

Anonymous said...

Kak Ain buat di Johor..

Di Jusco Tebrau..

atau Batu Pahat Mall (BP Mall)

rakan sekelas Hana nk jumpa kak Ain..tapi dier org susah ler.. nk gi jauh2 x leh..

Anonymous said...

Kak Ain.!
Datang la ke Jaya Jusco Ipoh..
Saya nak sangat jumpa Kak Ain!!

Salam,
Wani

Farisah Adriana ♥ said...

Betol kater Hana Kak AIn!!Kak Ain pergi ler kat Batu Pahat Mall(BP Mall)...Sya nak sgt jumper KaK Ain

MIRA said...

K Ain,

Bestlah buku New York.Sy suka sgt!

Anonymous said...

hai kak ain saye nak tanya buku aku mahu ke new york dah sampai ke kat ipoh...


-eyrah-

Anonymous said...

kak ain...
kak ain dtg lar kat seremban.....
sy dan kwn2 sy semua nak jumpa kak ain...!

~eykha~

m[i]era said...

yeah!!..
thanx kak ain
akhir nyer dapat jugak jumpe kak ain
hehehe

Batrisyia said...

Salam Kak Ain...

Kak Ain punya idea utk buat ayat-ayat ni sentiasa x abis2...
kalau mcm tu,
saye pun nak buat Hari Berehat-rehat & Bermalas-malas Sedunia la...hahaha.... mesti best jugak.....:D

Batrisyia said...

Salam Kak Ain....

kalau kak ain perasan,saye baru je komen tadi...:D

sedap x burger Double Prosperity tu??hehehe...
kalau kak ain gemok sekalipon,saye akan ttp menyokong kak ain!!1,2,3,GO!!AINMAISARAH,GO,GO,GOO!!!!hahaa...

Salam,
Batrisyia

-iman- said...

Wah kak ain !
bku aku mahu ke new york 1 & 2 tuh bgs la !
harge pn brpatutan !
smoge success slalu !

AlYa nAtAsHa said...

AlAmaK KaK Ain!!BuKu dA SmPi..tHx lOt..Tp,,,,SYg LaR Nk bCer...nOvEl cOMeL PuN SmPi sKaNg X lPaT2 lG..tKUt rOsAk...bTW,amKNy 1 N2 BeST Yg tERAmAt sAnGaT!!

Anonymous said...

salam.

bila mahu pergi ke seremban?
asyik kl jea.
jauh tu.

syerah

Anonymous said...

kak ain..
datang lar seremban....
eykha ngan kawan2 semua nak sgt jumpa kak ain...

~eykha natasya~

Anonymous said...

Kak Ain!!
Pergi la ke Kuantan pada 28 December sebab saya akan melancong di sana!! Dapatlah saya berjumpa dengan kak.. =)

Anonymous said...

salaam kak ain.
thx sbb buku AMKNY saya da dpt...
n da abes bace....
best giler arh!!
so, next book??

Anonymous said...

lar..
kk ain..
tkkan nk gi kuantan jer..
gi la klantan plak..
eheheh..=)
-nk sgt jumpe kk ain-

Anonymous said...

GI LA JOHOR.
KAT BADAN CEMERLANG,PLAZA ANGSANA.
TERINGIN NAK JUMPA KAK AIN YG SGT COMEL MCN PUTERI.

HEHEHEH...

Anonymous said...

kak ain..
pegila Kedah plak...
teringin nk jumpa kak ain..
sijil yang kak ain kata nak bagi untuk peserta Duta aku mahu tu camna??

Anonymous said...

kak ain,nak tanya sikit..impiana 3 punya ending sedih ke happy?

Anonymous said...

yg comment ni siti tau

star dazzle said...

so chantek

unaOoOuna said...

elow :) ehm nabila ea td tny una mcm mn nak paste kan template kat blog ea? hehe ade dua cara 1 kalau guna XML template jz upload je tmplate . lagi satu HTML tmplate amk kod 2 paste kan kat ruangan html tmplate 2 tp sblm 2 kne tka pd classic tmplate. tp kalau nk guna tmplate y mmg ade pd blogspot neh n nk tmbh background blh edit je kot 2 dekat edit html :)

halim said...

Kak Ain..
Harap² Kak Ain pergi time 27-28 dis..please..!!!

IZZ HAZWANI. said...

Kalau tak pun,datang lah pada
10 Januari .

Rasanya,kebanyakkan ibu bapa mesti sibuk menghantar anak-anak pulang ke asrama/univerisiti pada awal tahun macam ni .

Harap tarikh dapat dipinda,ya ?

Dee said...

Kuantan,kuantan,kuantan !

Bila Melaka ?
Pleasepleaseplease.

Kalau boleh kat Popular,Tesco Melaka.
& harap sgt bukan waktu sekolah.

Harap sgt sgt sgt kt Kak Ain.
Kuantan dulu pun tak apa,
yg penting Melaka!!!!

Fifiey Azmi said...
This comment has been removed by the author.
Fifiey Azmi said...

Kak Ain! Kak Ain x pergi ke Terengganu ke untuk promosi buku2 akak tu??
Saye teringin sgt nk jumpe Kak Ain tapi saye duduk kat Terengganu, jarang2 je buat promosi ke ape ke...
Kedai buku Popular pon takdak kat sini... Waaaaaaaa.........
Huuuuu... Eh, touching plak... Hehehe... =D

cikadlynn said...

Kak Ain,kenapa shoutbox tu tak boleh digunakan?

Kak Ain,buatlah entri yang baru!

Anonymous said...

Huh,Kak Ain berehat jerla.Saya sayang sangat Kak Ai.Saya x nak Kak Ain sakit..

Hidayah said...

Kak Ain,..

Bestnya buku Aku Mahu ke New York!

N said...

kak ain.. dtg ler kat miri ni...
klau nak pergi kl tu jauh sgt..
bkn nye slalu pon prgi kl...
please kak ain!!!
buat promosi kat parkson miri nih...

star dazzle said...

kak ain knapa x masuk entri baru lagi?penat saya ulang alik tengok blog kak ain.



salam
mila AF 5[TIPU JER]

Anonymous said...

Kak ain,
kenapa tak buka entri. penat yuni tunggu. Harap kak Ain baca komen saya nie.

Anonymous said...

salam...

kak ain bila nk dtg jb
sy nk sangat jumpa kak ain

Anonymous said...

kak ain dtg la kat jaya jusco kat ipoh.saya teringin sgt nk jumpe kak ain.

rowena ridzuan said...

Ain, according to some source, MC D are included in a list of brands found out to donate money to ISrael army...

Huda Ibrahim said...

salam.kak ain.bila nak siap impiana III,tak sabar nak mem baca.kalau dah keluar di pasaran,umum kan dalam blog kak ain

happy said...

kak ain tetap cantik walaupon trpksa melayan peminat fanatik.smoga setiap keringat yg trpksa kak ain keluarkn untk buat buku ni bermakna wat kak ain. amin