18 November 2008

Lagi dan Lagi Gambar Peraduan Duta Aku Mahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey! Petang ini Kak Ain masukkan gambar-gambar kiriman Cik Adik Aina Yasmin dari Negeri Sembilan pula. Yasmin adalah pelajar SMK Tunku Kursiah. Terima kasih kerana menghantar dua penyertaan sekaligus.


Kak Ain suka cermin mata Cik Adik yang berdiri di tengah gambar. Nak pinjam boleh? ;p


Kepada yang belum menghantar gambar, ketahuilah kalian bahawa hadiah yang menunggu adalah set box buku terbaru AinMaisarah bertajuk Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II.

Gambar-gambar penyertaan yang diterima juga akan dimasukkan dalam BUKU TAHUNAN SRI BANGSAR iaitu buku penutup siri AKU MAHU setelah cukup 10 episod.

Salam Sayang,
AinMaisarah

11 comments:

Annan_97 said...

sy ske yg pertama tu.. nmpk cute.. tp yg last tu pun lw gak.. lama x tengok blog ni dh ada dua post.. huhu..

slm syg,
Hannan aka annan97

nurul hidayah roslan said...

wah!!!!hehheh:):)

nurul hidayah roslan said...

nanti klau orang negeri laen yg menang mse kak ain nk hantar gambar sambil2 tu berjalan sakanlah kak ain!! bestnye:):)


wsalam,
dayah

husna96@nana said...

assalamualaikum,

kak Ain..
kak Ain hantar hadiah tu kt skolah erk???

kalau yer mcam mana kak Ain nk hantar gambar tu??Kan sekarang ni dah cuti sekolah..

ape-ape pon selamat bercuti kak Ain!

salam keliru,

husna96

misz qiqin said...

Uiks!
Kakak tgh gambar pki cermin mata tu sekali tgk mcm k.ain plak!!!!!!!

FarAhANi said...

Wahhh!!Siap ada yang pakai topi!Kelakar tak,kak ain?sebenarnya,masa last scola,kawan saya ada bawak kamera,saya suruhlah dier tangkap gambar.20 orang jer.tapi,dier x kasi.alasannya "nanti bateri low!"saya cukup sedey sebabtak dapat masuk.tulah sebabnya saya tak dapat masuk!!!Nak kene kumpulkan kawan dari sekarang,tk boleh sebab cuti scola!macamana nak masuk scola?kang orang ingat,kiter nie pencuri pulak.=(



salam mintak maaf bebanyak,
farahani

FarAhANi said...

Saya nak MALAYA!

fatimah said...

kak ain,saya dah hantar gambar kat e-mail kak ain..
kak ain tengok tau..
saya takut dia masuk dalam Spam Folder kak ain je..
nanti kak ain tak bukak tak dapat la saya masuk peraduan tu...

tujela...wassalam
p/s:e-mail saya imah_rashid@yahoo.com

cik ara said...

seronoknya tengok gambar adik-adik kat blog kak ain ni..saya da lepas sekolah..tak dapat join peraduan ni..apa-apa pun,good luck utk semua yg menyertai!

irah zafirah said...

Kak Ain,lepas cukup 10 episod Aku Mahu,kak ain tulis bulu lagi ker.........

irah zafirah said...

sori.....
salah taip

bulu-buku