30 October 2008

Penyertaan Pertama Peraduan Duta Aku Mahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua pengunjung, Kak Ain ingin berkongsi sama satu penyertaan bergambar Peraduan Duta Aku Mahu. Ianya telah dikirim oleh Cik Adik Syarifah Aimi Nadhrah atau nama glamornya Cik Pah.
(sila klik gambar jika mahu melihat imej yang lebih besar dan jelas)


Kak Ain ucapkan terima kasih kepada Cik Pah dan rakan-rakan sekelas yang sangat sporting dan selamba. Lihat! Mudah sahaja mahu menyertai Peraduan Duta Aku Mahu. Jadi, tunggu apa lagi? Hantarkan gambar kepada Kak Ain sekarang!

Dalam entri kali ini juga, Kak Ain akan menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh pengunjung semua.

TENTANG PERADUAN

~Tarikh tutup peraduan adalah pada 24 November 2008.

~Peraduan ini dibuka kepada semua umur tak kira pembaca sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti. Semua dibenarkan menyertai.

~Rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei, semuanya dialu-alukan menyertai.

TENTANG HADIAH PERADUAN

~Pihak PTS One sangat bermurah hati mahu menaja hadiah peraduan kali ini.

~PTS ONE akan memilih DUA ORANG duta yang menghantar gambar paling unik. Jadi, ada dua pemenang utama akan dipilih dalam peraduan ini.

~Dua pemenang utama ini akan memenangi box set buku berkembar AinMaisarah bertajuk 'Aku Mahu ke New York I' dan 'Aku Mahu ke New York II' (bagi diri masing-masing dan kedua-dua kelas)

~PTS One juga akan memilih SEORANG pemenang hadiah saguhati.

~Pemenang hadiah saguhati akan menerima sebuah buku 'Aku Mahu ke New York' bagi dirinya dan seluruh kawan kelasnya.

TENTANG PENGHANTARAN HADIAH

~Kak Ain akan menghantar sendiri hadiah kepada tiga orang duta yang memenangi peraduan kali ini. Tidak kiralah di mana pun lokasi pemenang iaitu di Perak, Terengganu, Sabah atau Sarawak.

~Pada masa yang sama, Kak Ain berharap dapat berjumpa dengan semua wajah-wajah dalam gambar.

~Pihak PTS One akan menghubungi duta sahaja bagi urusan penghantaran hadiah.

TENTANG MENGEDIT GAMBAR

~Ada perubahan syarat tentang mengedit gambar.

~Gambar boleh diedit sepertimana yang dilakukan oleh gambar yang dihantar oleh Cik Pah di atas.

~Namun begitu, gambar yang diedit perlu memberi makna.

~Jangan pula tambah kerawang bunga-bunga hanya kerana mahu nampak cantik.

TENTANG SYARAT BERPAKAIAN

~Hanya tiga jenis pakaian dibenarkan iaitu:
1) Baju seragam sekolah
2) Baju sukan sekolah
3) Baju uniform sekolah

~Di dalam gambar tersebut, pemakaian baju seragam sekolah yang berlainan adalah dibenarkan.

~Di dalam gambar tersebut juga, pemakaian baju bercampur-campur juga dibenarkan (Contoh: 5 orang pakai baju sukan, 5 orang pakai baju Pandu Puteri, 5 orang pakai baju Pengakap, 5 orang pakai baju pengawas Pusat Sumber)

~Aksesori tambahan seperti topeng, topi, cermin mata ala-ala Paris Hilton dan sebagainya adalah dibenarkan.

TENTANG MEMBAWA KAMERA KE SEKOLAH

~Sekiranya pihak sekolah tidak membenarkan membawa kamera ke sekolah, maka tunjukkanlah borang peraduan PTS One itu.

~Beritahu guru bahawa kamera dibawa bagi tujuan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh PTS One.

TENTANG GURU

~Guru juga dibenarkan mengambil bahagian dalam gambar sekelas. Tak ada masalah. Kak Ain faham, guru-guru juga mahu popular.

~Sekiranya guru kelas pergi haji, bercuti di Hawaii, bercuti kahwin, bercuti bersalin dan sebagainya, berikanlah nombor telefon guru yang paling rapat dengan kelas anda.

TENTANG GAMBAR, BORANG DAN CARA PENGHANTARAN

~Sekiranya menghantar gambar melalui pos, saiz gambar berukuran 3R, 4R, dan 5R semuanya diterima. Apa yang penting, gambar terang dan jelas. Pastikan nampak satu-satu wajah dalam gambar tersebut. Hanya sekeping gambar sahaja diperlukan. Tetapi sekiranya ingin menghantar lebih dari satu gambar, itu dibenarkan.

~Sekiranya menghantar gambar melalui pos, maka borang penyertaan hendaklah disertakan bersama (jangan terlupa pula!) Nanti susah PTS One nak hubungi dan jejaki pemenang. Borang penyertaan perlu dicetak menggunakan kertas saiz A4. Lampirkan sekali gambar beserta borang peraduan dan poskan kepada:

PTS ONE: PERADUAN DUTA AKU MAHU,
No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6,
Taman Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.


~Sekiranya menghantar gambar melalui e-mel di maisarah_ain@yahoo.com sila pastikan saiz gambar adalah besar melebihi 600KB.

Okey! Harapnya semua faham. Peraduan ini mudah sahaja. Kak Ain tunggu gambar anda semua. Oh! Ada dua orang pembaca comel bernama Ima dan Wahidah yang berjanji dengan Kak Ain nak hantar gambar.


Katanya, sudah mengumpulkan rakan-rakan sekelas dari minggu lepas lagi. Kepada Ima dan Wahidah, cepat-cepat hantarkan gambar pada Kak Ain ye!

Salam Sayang,
AinMaisarah

23 comments:

IZZ HAZWANI. said...

wahh.
cemburunya saya Kak Ain .

nanti saya akan tunjukkan pada cikgu
borang tu

Anonymous said...

kak ain..bila nk ltk gambar hana

halim said...

kak ain..kak ain ckp takyah tulis ape-ape untuk gambar tu..tp knape yg tu ade diorang buat dialog??bleh ke??

і ам шно і ам=) said...

kak ain,
kalau nk edit gambar sket2 mcam ltak corak sket ke boleh kan?

jeles la..bile dpat jumpe kak ain..hehe.

nana masuk jugak yer

salam ,
nana

MIRA said...

Wahaha,

Sy mmg nak ambil pic esk..Nasib baik kaum Adam+Hawa sporting..

Farahani said...

wawawa!comelnya!

Aimi Nadhrah. said...
This comment has been removed by the author.
Alya said...

Ohhh, Kak Ain..
Ini bermakna, Alya perlu tunjukkan borang tersebut kepada guru disiplin, guru kelas, dan guru besar lah! Sekolah Alya memang peraturannya ketat, itu yang takut tuu =(

Kalau nak hantar menggunakan e-mail, nak hantar borang itu macam mana yer?

Anonymous said...

kak ain,

check email kak ain boleh? saya ade hantar email. please? dan satu lagi, macam mane ye kalau saya hantar gambar gune email, borang tu pula macam mane?

yang keliru,
syerah

sayalah! said...

WAAAH budak-budak TK Aimiii tuu :D

Kak Ain!
Nak habaq mai ni, bakal ada 2 penyertaan dari sekolah kami ye. Diorang maju sikit hantar awal. hehe (:

sayalah! said...

Eh lupa pulak, saya irahazira. dah tukar nama. Harap maklum. ;D

Aimi Nadhrah. said...

hahaha. ira.. maju sikit hantar awal sebab SPM lagi seminggu lah kot. sebab tu kene langsai benda ni awal-awal.
:))

P/S: bukan semua budak-budak kelas TK btw

Anonymous said...

ola
hello bello
kak ain,kalau tak payah tambah apa-apa tak pe kan?
saya nak cuba nasib untuk menang...
mana tahu rezeki datang,boleh menang buku yang dinanti-nantikan
kalau kawan saya nak bergambar,tapi tak nak buku tu,saya boleh ambik kat dia.
boleh lah bagi saudara yang terdekat yang paling baik dengan saya.
ok,bye!

Anonymous said...

Ola
Hello Bello
kalau menang,tak dapat ke buku novelcomel????dapatlah kak ain...saya harap sangat.

Anonymous said...

Kak Ain ,
Fatin nak ambik gmbar tapi kawan-kawan sekelas Fatin tak sporting lah..

Jealousnya Fatin tgk gmbar ni..
=(

Anonymous said...

salam kak ain..
saya nk tanyya, peraduan untuk aku mahu teman tapi mesra tu ada lagi ke tak? dah lame tak tahu siapa pemenang.

Anonymous said...

k.ain..
sy kena hantar lepas tarikh 16nov.. mama ckp tunggu cuti sekolah..
tp gambar sy dh ambik.

nanti klu sy dh hantar gambar.. sy e-mel k.ain.

Anonymous said...

K.ain..
nk tny skitlah
knp borang peraduan di pts one xleh download? biler saya tny kt bhgn komen pun, xde org jwp.

susahler mcm ni.. saya nk masuk peraduan ni..saya nak dpt buku free!
hukhukhukhuk! tlg saya k.ain!

blh x klu k.ain ltk borang tu di blog k.ain jek,?

borang yg blh download punye

Anonymous said...

betul k.ain.,. sy pn dh cube download borang tu di blog pts.. tp xblh.

mcmaner ni?

Anonymous said...

Kak Ain malu la nk tnjk borang tu cam ne

Anonymous said...

salam kak ain...

hadiahnye utk pemenang box set bku b'kembar tu je ke?? kenapa tak tmbh lunch ke atau dinner bersama kak ain ye??lg laaa byk org berusaha bersungguh-sungguh nk msk peraduan ni kan kan =D

~jun~

anis scha said...

kak ain chek email tau...
saya ada hantar email pada kak ain...

sayalah! said...

Waah setuju dengan Jun kat atas ni! Jom pergi lunch dengan Kak Ain! ;D