01 November 2008

IMPIANA I & II - Bersalin Kulit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam hujung minggu. Apa khabar semua? Kak Ain penat sangat. Dah jadi macam zombi. Kepala pening-pening lalat. Kak Ain rasa ini penangan beberapa hari tak cukup tidur.

Rabu = Kak Ain tidur pukul 3.00 pagi dan bangun pukul 6.00 pagi.
Khamis = Kak Ain tidur pukul 2.00 pagi dan bangun pukul 6.40 pagi.
Jumaat = Kak Ain tak tidur langsung satu malam.
Sabtu = Hmm... hari ini pun Kak Ain tak boleh ke mana-mana. Masih melakukan pemeriksaan tahap akhir manuskrip.

Ah! Penatnya tak terkata! Tambah pula badan Kak Ain masih lagi tak sihat sangat.

Tapi dalam keadaan tak berapa sihat dan penat, Kak Ain menerima khabar gembira. Alhamdulillah, buku IMPIANA II akan memasuki cetakan kedua setelah enam bulan berada di pasaran. IMPIANA II ini menampilkan cover baru bagi memastikan kesinambungan dengan cover IMPIANA I.


IMPIANA II baru bersalin kulit.

Kepada pembaca-pembaca di luar sana, jangan keliru ya! Ini adalah buku IMPIANA II dengan cover yang diperbaharui. Ini bukanlah buku IMPIANA III. Buku IMPIANA III hanya akan menemui pembaca bulan April 2009. Itu targetnya. Sekarang ini Kak Ain sudah memulakan proses menulis buku terakhir dalam siri trilogi IMPIANA ini.


IMPIANA sudah bersalin kulit 4 bulan lepas.

Kepada pengikut siri IMPIANA, jangan risau. Kak Ain akan menulis dan mendahulukan IMPIANA III. Walaupun semangat belum datang, tapi Cik Abang dah pegang rotan. Kak Ain tak ada plihan. Mesti menulis juga! Huhuhu! (Oleh itu berterima kasihlah pada Cik Abang. Cik Abang yang mendisplinkan Kak Ain supaya menulis dan terus menulis)

Doakan Kak Ain sihat dan hilang pening-pening lalat.

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

44 comments:

Izzati Hazwani said...

Wah , cantiknya cover buku itu.
Erm,saya ingatkan buku Impiana |||.

Saya harap cover buku IMPIANA||| lebih menarik dan
bersesuaian dengan ceritanya .

paku_pakis said...

cantiklah kulit terbaru impiana 1&2.mest jualannya meningkat.hhehehe.tak sabar nak baca impiANA3.

irah zafirah said...

Saya suka cover impiana II.Atractive.
go Kak Ain.Aja Aja fighting.

p/s:kalau nak siapkan buku jgnlah sampai jatuh sakit.

Anonymous said...

kak ain nak tanya ? Bila Buku impiana akan keluar dgn coverpage baru dia .apa-apa pun cantik gile cover book impiana ngan impiana 2 .mesti laris di pasaran .

hana said...

salam kak ain..

buat jgn x buat kak ain..nnti kena pukul dgn cik abang kak ain..Hana hanya mampu kesian kan dr jauh..heheh

kak ain gambar hana untuk kelab teman tapi mesra bila nak keluar

Nadhira said...

Kak Ain !!!!
Cepat sikit tulis !!!
Tak de la...gurau je. Saya cuma tak sabar untuk baca impiana III...
Kak Ain jaga diri baik2 ye...

Ihaamn said...

Salam Kak Ain,

tumpang mencelah :D
Selamat bersalin kulit kepada kedua-dua buah buku Kak Ain^^
IMPIANA sudah dua kali bersalin kulit Kak Ain?

Majulah Kak Ain Maisarah untuk dunia penulisan :D
Kesihatan juga Kak Ain jangan abaikan ^^

"Mencegah lebih baik daripada merawat"

Wassalam.

ALyA WoNdErS said...

Assalamualaikum, Kak Ain!

Hari itu, Alya ada melawat ke MPH Bookstore Sungai Petani, Kedah. Ada ternampak cover buku Impiana satu yang baru! Cover buku Impiana dua tak nampak pula.

Dekat belakang cerita itu, ada terbaca yang cerita Impiana itu berdasarkan mimpi Cik Abang Kak Ain. Cik Abang telah mendaftar dengan Syarikat Impiana kerana saiz badannya. Hehehe =D

Salam daripada,
Alya .. (^_^)

FarAhANi said...

wahhh!cantiknya kulit buku impiana 1&2!

FarAhANi said...

kesian kak ain.macam tak larat jer.meh saya tolong kak ain.

Anonymous said...

Bagus..bagus Kak Ain
Itulah semangat yang
kami semua nakk!!
Chaiyok..Chaiyok!!
Bagus btowl abang
akak tu yew..

Afriena

misz qiqin said...

k.ain...
impiana III kuar bulan 4 thn dpn??
hurm... lambatnyeee! :-x

pepun, k.ain jglah ksihatan jugak...klu k.ain sakit...buku impiana III yg xsiap.

impiana III ni buku yg pling sy tunggu..kwn2 sek. pun mcm tue. xsabar sgt nk tau ending impiana... lebih2 lg cerita fasha ngan amir tue.. mmg ttunggu2 sgt tauuu.

k.ain.. jg diri bebaik..syg k.ain..hihi.. cik abg jgn jelessss!

~+.leogurl.+~ said...

salam kak ain!

patutlah..
sye ingatkan impiana 3 sudah berada di pasaran..
rupanya buku 1 & 2 yg bertukar rupa..
cantik lar cover bru tu..
rasa mcm nk beli baru jer..
hehehe..

AinMaisarah said...

Salam Izzati,
Cover Impiana III sedang dalam pembikinan. Nanti sekiranya dah siap, Kak Ain masukkan dalam entri. Cerita IMPIANA III sahaja belum siap. Baru nak mula menulis ni. Huhuhu!

Dear Paku Pakis,
Oh! Ini sayur favourite Kak Ain. Paku pakis masak lemak. Sedapnya! Kak Ain juga berharap dengan bertukarnya kulit IMPIANA 1 dan IMPIANA II yang lebih berkesinambungan, pembaca tak akan keliru. Pembaca juga akan mudah mengecam buku ini adalah dari siri yang sama.

Dear Irah,
Terima kasih atas sokongan Irah. InsyaAllah, Kak Ain akan jaga kesihatan. Lebih-lebih lagi menjelang Pesta Buku 2009. Kak Ain banyak tanggungjawab masa itu. Doakan kesihatan Kak Ain ye!

Dear Anonymous,
IMPIANA I dengan cover baru memang sudah berada di pasaran. IMPIANA II dengan cover baru pula baru masuk kilang cetak. Selalunya 2-3 minggu lagi akan siap.

Dear Hana,
Tentang gambar Hana bagi Kelab Teman Tapi Mesra, Kak Ain tak sempat nak edit lagi. Bila dah edit, Kak Ain akan keluarkan bersama dengan gambar-gambar ahli kelab lain. Buat masa sekarang, Kak Ain akan mengeluarkan gambar penyertaan Peraduan Duta Aku Mahu di Rumah Pink ini.

Dear Nadhira,
Kak Ain memang letakkan sasaran nak siapkan secepat mungkin buku IMPIANA III. Buku ini Kak Ain akan tulis serentak dengan Aku Mahu Bergaya. Nadhira doakan Kak Ain rajin-rajin selalu ya!

Dear Ilhaamn@Aminah,
Begitulah sejarahnya. IMPIANA I sudah bersalin kulit sebanyak tiga kali. Hanya pembaca-pembaca terawal seperti Aminah sahaja yang tahu rahsia ini ;D

Dear Alya,
Alya sudah baca ruangan 'AinMaisarah Berkongsi Cerita' ya? Buat pengetahuan, mulai sekarang, semua buku Kak Ain akan ada kolum tersebut di bahagian belakang. Di situ Kak Ain kongsikan kisah-kisah sebalik tabir penulisan sesuatu novel. Macam IMPIANA contohnya, ia adalah mimpi Cik Abang. Bangun-bangun tidur, Cik Abang terduduk terkelip-kelip. Terus dia cerita pada Kak Ain tentang mimpinya. Dan Kak Ain karangkan jadi cerita. Itulah asal-usul IMPIANA.

Dear Farahani,
Alah! Baiknya nak tolong Kak Ain! Terharu rasanya! Hmm... nak tolong Kak Ain, tolong buatkan Kak Ain kopi tarik satu! Kasi kaw-kaw punya! =D Heheh

Dear Afriena,
Cik Abang memang pengurus yang bagus. Tak ada Cik Abang... tak adalah Kak Ain menulis buku =D

Dear Misz Qiqin,
Jangan risau. Kak Ain akan ceritakan lebih lanjut kisah Farah dan Amir. Begitu juga kisah Fazura-Tengku Affin-Ina. Beritahu kawan-kawan sekolah Misz Qiqin, IMPIANA III akan keluar April 2009. Sabar sikit sahaja lagi ya!

Dear Leogurl,
Nak beli lagi sekali? Boleh.. boleh.. Kak Ain alu-alukan. Heheh. Tapi Kak Ain nasihatkan, ada duit lebih, simpan untuk beli Aku Mahu ke New York I & II... Akan berada di pasaran bulan Disember. Sekejap lagi sahaja.

Salam Sayang,
AinMaisarah

NaDHiRah said...

sekom kak ain..~

Saya ader buku impiana I...tp xder yng baru..nnt saya pown nak beli yng baru nih gak yerh..!! dgn impiana II nih skalik!..heheh..tapi KAk Ain kne cepat kuar kan IMPIANA III erh!...tk sbar nk baca r..mengidam~..hahah..daaaa

misz qiqin said...

okeh k.ain!
sy sabar tunggu impiana III kuar...
mesti beshh sgt!

k.ain tulis baaik2,,& jg kesihatan jugak ;>

fadhilah said...

sila lihat entri sebelom

fadhilah said...

entwi soal jawab tu arr

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

teruskan menulis...kakak2 kat klinik tu dah x sbr nak bace....hehhehe:):)

fazlin said...

askum kak ain...

lama x jenguk...
kak ain sori kerana fazlin masih lg x beli buku 2..

duit dh ada kt tangan cuma fazlin x tahu berapa sumenya...
fazlin tempah buku aku mahu tmn tp mesra..impiana 111...n x bisa memilihmu...

sekarah tmbh satu buku...aku mahu ny lak..
wah banyknye novel perlu baca tp x pe...
fazlin x ingt lar harganya...

khadijah said...

la,saya ingatke cover IMPIANA untuk IMPIANA III.Rupanya Impiana.Tapi,cantik!

Amiene Rev said...

Ada peningkatan. :D

Satu usaha yang bagus!

misz qiqin said...

k.ain,
senyap jeee...
tgh wat impiana III ker?

Anonymous said...

kak ain,
leh x saye nak tahu bape hrg bk amkny 1 ngan 2?
pleazzzzzz jwb eh?


dania

anis said...

kawan saya pun confuse. Masa tu dia pergi membeli-belah dengan abang dia pastu dia pergi ke MPH. Pastu dia nampak cover Impiana yang terbarunye. Dia ingatkan tu Impiana 3. Tapi dia tak beli sebab tak cukup duit. Tinggal 10 ringgit je. Belanja KFC kat abang dia.
Saya dengar cerita tu,saya pun seronok lah. Pastu saya pun pergi kat MPH....Tengok-tengok ada gak cover Impiana tu. Saya pun mula-mula ingatkan tu Impiana 3 tapi rupa-rupanya Impiana 1.
Saya mula-mula confuse..Pastu saya pun bukak isinya. Tengok-tengok memang betul samer.
Anyway,saya memang tak sabar nak baca Impiana 3. Boleh cepatkan lagi tak bila nak keluar? Tak sabar saya ni!!

Lolipop Manis -Syud- said...

cover buku tu memang smart!

MELINA said...

KAK AIN , SAYA NAK TANYA , MASA TU SAYA GI BOOK STORE POPULER TAPI BUKU IMPIANA 1 TAK ADA LAGI. BOLEHTAK KAK AIN LISTKAN KEDAI 2X BUKU YANG MENJUAL IMPIANA 1 DENGAN COVERPAGE BARU DI JOHOR BAHRU.

peterpan said...

cool la cover buku tu

ariana said...

kak ain,

sya nak tgk logo the wannababes...kt mane nak cari???

qeenaolala~ said...

kak ain,cptla wat impiana 3,
hehe3
:))
i'm waitin what next

:))

my[s]ara said...

kak ain..!!
cepatkan lah kuar buku impiana 3..!!
xsabar2 nak bc..
nak taw pe kesudhan syarikat impiana 2..

~Niesa~ said...

k.ain,klu bku impiana 3 da kuar jgn lupe call sayer yerk....



no.tel : 0172037790

Yusra said...

Kak Ain.. Bila nk keluar buku aku mahu bergaya dan buku impiana III... DAH x sabar nk baca buku kak ain.. Rasa gelisah tul bila x leh baca buku impiana III...Harap dapat dikeluarkan pada bulan ni... Kak Ain usahalah sungguh sungguh supaya buku Impiana III kelaur cepat-cepat dan pembaca tak tertunggu-tunggu...

hidy said...

Kak Ain,
saya nak tanya sikit,
bila Impiana 3 nak keluar??
saya dah x sabar2 ni..

hehe
itu jek...

nway GUD LUCK Kak Ain :))
fighting! :)

nikki depp said...

kak ain,
bile impiana 3 keluar?
dah lame saya tunggu
:'(

nia nahiraf ;DD said...

kak ainnn!
bila nak keluar kan novel Impiana III? bosan lahh macam ni. dah lama sangat saya dan kawan-kawan saya tunggu impiana III. tak keluar keluar pun. saya dan kawan-kawan saya kecewa betul dengan kak ain. kak ain kata Impiana III keluar April 2009. sekarang dh nk masuk disember 2009 dah. tolong lah kak ain. saya dh tak sabar nak baca novel Impiana III ni. saya memang suka dengan novel impiana. tolong ye kak.

salam,
AIN FARIHAN :)

knarief said...

Hello,
Saya tak tahulah macam mana nak jadi frienster Kak Ain........Boleh tolong ajarkan tak ???????? Pleas !!!!!!!!!!!

knarief said...

Saya harap kak Ain boleh balas sekarang jugak....Ini abg saya pnya........Nama saya Khairul Nur Izzati Binti Khairudin dan bersekolah di S.K.Bukit Beringin....

Wan Amirul Langgar said...

Bila nk keluar cita IMpiana

RinaKahar said...

hmm..kak ain, boleh saya tanya?? buku impiana ke 3 tu, x aderr ke?? saya cari, tapi x jumpa2lah

Lia Lollipop said...

kak ain . mana saya nak dapat Impiana 3 ?

lasagnepizza said...

hehe..tak sabar rasanya nk tunggu impiana 3 keluar..da lama tunggu

Ainaaaaaa said...

Salam Kak Ain, saya baru terbaca entri kak ain pasal impiana. Dah lama sayar cari sambungan impiana III tapi tak ada pun. buku tu dah dikeluarkan ke belum

zoygarez@gmail.com said...

Kak Ain nak Impiana 1...