20 October 2008

Mahu Buku 'Aku Mahu ke New York I & II Secara Percuma?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini Kak Ain nak umumkan satu perkara yang PENTING lagi GENTING!

Jadi para pembaca semua sila buka mata luas-luas dan beri perhatian ya!

Setelah hampir sembilan bulan tanpa buku baru, Kak Ain kembali semula dengan buah tangan baru untuk para pembaca semua. Tetapi kali ini bukan satu buku baru. Tetapi dua buah buku sekaligus!

Alhamdulillah, PTS One Sdn. Bhd. sudah bersetuju melancarkan secara serentak novel berkembar AinMaisarah bertajuk 'Aku Mahu ke New York I' dan 'Aku Mahu ke New York II' pada bulan Disember 2008.

NOVEL I



NOVEL II


(Kedua-dua cover novel masih lagi dalam proses draf dan pembetulan. Makluman kepada semua: Ini bukan cover novel yang sebenar)

Novel berkembar ini akan dipakejkan dalam bentuk set kotak @ box set. Lebih menarik, setiap pembelian novel berkembar ini akan menerima beberapa hadiah cenderahati eksklusif @ goodies.

Oleh kerana novel berkembar ini hanya akan keluar bulan Disember 2008, Kak Ain dan pihak PTS One mahu menghangatkan lagi penantian para pembaca semua. Kak Ain ingin mengumumkan Peraduan Duta 'Aku Mahu' yang akan bermula 20 Oktober 2008 dan berakhir 24 November 2008.

Inilah caranya para pembaca memenangi novel 'Aku Mahu ke New York I' dan 'Aku Mahu ke New York II' secara percuma.

Mudah sahaja.

Kumpulkan rakan-rakan. Ajak mereka bergambar dan berposing dengan gaya yang paling unik sekali. Apabila mereka bertanya, nak buat apa bergambar... beritahu dan terangkan. Gambar tersebut akan dihantar kepada PTS One dan dikira sebagai penyertaan kepada Peraduan Duta Aku Mahu.

Selepas itu, tentu mereka akan bertanya. Apakah hadiah peraduannya? Apa yang PTS One nak berikan?

Hadiahnya adalah set kotak novel berkembar AinMaisarah. Ini bermakna, sekiranya gambar anda terpilih sebagai pemenang, setiap seorang rakan anda yang berada di dalam gambar tersebut akan mendapat set buku berkembar AinMaisarah secara percuma! Ya! Percuma sahaja! Tak perlu membelinya!

Buat pengetahuan, novel berkembar ini berharga sekitar RM30++. Sekiranya anda dan rakan-rakan seramai 20 orang menjadi pemenang, nilai hadiah buku yang menanti kelas anda adalah RM600! Wah! Lumayan sungguh hadiah peraduan kali ini!

Dalam peraduan ini... bukan seorang sahaja boleh menang novel, malah semua rakan anda boleh jadi pemenang novel AinMaisarah!

Jadi apa tunggu lagi. Jadilah duta Kak Ain. Beritahu rakan-rakan sekolah anda tentang novel berkembar AinMasarah yang akan menemui para pembaca bulan Disember 2008. Terangkan kepada mereka tentang peraduan ini juga. War-warkan kepada rakan-rakan kelas untuk berkumpul bersama, ambil gambar unik dan berpeluang memenangi novel berkembar AinMaisarah secara percuma.

Syarat-syarat dan borang peraduan boleh didapati di laman web: www.pts-one.blogspot.com , sila klik >SINI<

Yang menanti gambar pembaca semua,
AinMaisarah
p/s: Semua gambar penyertaan yang dihantar akan dimasukkan dalam buku tahunan Sri Bangsar (buku penutup Siri Aku Mahu setelah lengkap sepuluh siri)
Oh! Boleh glamor satu sekolah dibuatnya apabila muka adik-adik semua disiarkan dalam novel PTS ONE!

PTS One telah memberi sedikit kelonggaran terhadap syarat penyertaan. Kali ini kami cuma mahu duta mengumpulkan minimum 20 orang kawan satu sekolah (Tak kisah satu kelas, berlainan kelas atau berlainan tingkatan sekalipun, janji satu sekolah). Kumpulkan kawan-kawan duta di satu lokasi yang strategik dan mula bergambar untuk dihantar ke peraduan DUTA AKU MAHU!!!

50 comments:

AnGeL DeViLiA said...

Wah....bestnyer peraduan ni!!Ima nak masuklah!!Ima nak ajak sumer kawan-kawan Ima...harap-harap la menang...Insya-Allah..=D

aini said...

salam k.ain..

wah..ssh tu nak kmpulkan..!!
lbh2 lg satu kelas..

kalo girl aje bole x?
sbb ngan lelaki kureng ckit la..
lg pun dorg bkn nye suke bce novel..

nak berape org pemenang?

hana said...

klu nak satu kelas susah laa kak ain..klu kawan baik hana boleh x...plz..ada 20 org...plz kak ain..

hana said...

sebab hana x leh ambik gambar satu kelas sebab ada yg x suka bergambar walaupun ditawarkan hadiah

puteri said...

kak ain,kalo x msk peraduan tuh blh belikan ? kalo beli dpt novel comel kan ? pls... jwb !

AnGeL DeViLiA said...

1 lagi Kak Ain...kena ambik semua murid sekelas ke?Kalau gitu susah la..ambik sikit je bleh?ambik best fren Ima je...pastu kalau menang..dapat jugak ke goodies selain daripada buku tu?dan dapat tak novelcomel??

misz qiqin said...

K.Ain!
MmG BEST GILER peraduan nih!
Tk sabar nk pergi sekolah esok...nk bgtau kwn2!
lgpun dpt keluar gambar dlm buku tahunan sri bangsar....BESTNYEEEEEEEEEEE!

K.Ain...ape maksud gambar unik tu?
Blh bg clue skit tk? Saya nk sgt menang peraduan nih! tlglah k.ain.. plezzzz

...:Princess Belle:... said...

Wahhh...bestnyer...suraya nak masuklah peraduan ni...kak ain kena amik satu kelas ke sukati...? kalau amik bestfrend jerk boleh x...???

ALyA WoNdErS said...

Assalamualaikum, Kak Ain..

Insya-Allah Alya akan mengajak kelas Alya untuk bergambar =D Tetapi kan, Kak Ain.. KATAKAN kalau gambar tersebut macam .. Ada perempuan sahaja, tak mengapa? Mungkinlah kalau ada sekolah untuk murid perempuan sahaja =)

Harap persoalan dijawab,
Alya ...

AinMaisarah said...

Salam semua,

Betul jugak tu... kadang-kadang memang susah nak kumpulkan semua orang, terutama budak lelaki kan kan kan?

Apa yang Kak Ain boleh tolong ya?

Kak Ain tak boleh nak tukar-tukar syarat penyertaan kerana peraduan ini dianjurkan oleh PTS ONE bukan dari Kak Ain.

Kak Ain akan cuba tanyakan sekiranya boleh menyertai TANPA semua ahli kelas.

Senang tak nak kumpulkan 20 orang kawan-kawan di sekolah?

Mungkin Kak Ain cuba minta dari manager PTS ONE untuk menerima gambar yang tidak kurang dari 20 orang, tak semestinya gambar kelas.

Wasalam
Ain Maisarah.

Zaimin said...

alamak!tak baca komen kak Ain dah hantar emel pulak. emm..semoga syarat-syarat peraduan ini diringan sikit.

My OwN wOrLd... said...

salam kak ain,
best nyer peraduan nie!!
tpi ssh nk kumpul kan 1 klas...
mcm mne erk?? klu laki x munkin nk masuk peraduan nie..

-nadiah-

Anonymous said...

20 pun rase-rase banyak lagilah kak ain...kurangkan skit bleh????

AinMaisarah said...

Salam semua,

Kak Ain baru terima persetujuan oleh pihak PTS One.

Sememangnya tujuan peraduan ini adalah untuk pengumpulkan seramai mungkin rakan-rakan pembaca buku AinMaisarah ke adalam satu foto.

Oleh itu angka 20 adalah sesuai sekali. Memang susah sedikit, tetapi cuba fikirkan hadiah yang bakal dimenangi.

Lagipun mana ada peraduan yang senang-senang betul tak? Free pula tu.

Kepada yang ingin memiliki novel comel pula, Kak Ain masih memujuk PTS One untuk mencetak novel comel agar dapat dimasukkan bersama pakej novel berkembar ini. Jadi semua orang boleh dapat percuma!

Berusahalah. Kak Ain tunggu gambar-gambar canggih tersebut.

Wasalam
AinMaisarah

teka_teki gurl said...

kak ain , kalo beli sendiri nnti dpt novel comel gak kan ??

ALyA WoNdErS said...

Kak Ain,

Borang PTSone tuu tak boleh download lah Kak Ain. =(

AnGeL DeViLiA said...

Wah...bestnyer!!Harap-harap dapatlah gak NovelComel percuma..tapi..borang tu takleh download la Kak Ain..knape...knape..hu..hu..

Nur Syuhada Fadlia said...

wahh!!best nye!!
tapi, 20 orang?
kalau berlainan sekolah boleh tak?

Izzati Hazwani said...

akak , boleh brgambar dengan budak
lelaki juga ke ?


ni yang susah ni .
erm , tak apa lah .saya cuba kumpulkan semua .

Nur Syuhada Fadlia said...

kalau tak pakai baju sekolah boleh tak? boleh tak pakai baju biasa?

nurulbalqis said...

Salam Kak Ain...
Alamak !!
Susahnya nak kumpul orang...
X pe laa Kak Ain...
Balqis nanti beli je laa dari Kak Ain buku tu...
Kak Ain ada jual kan ??
Dapat novel comel sekali...
Hehehehe...

irah zafirah said...

Kak Ain,
Saya baca dia punya syarat pakai baju sekolah.Kalau pakai baju raya boleh.Aaupun 4 orang sahaja boleh.Gambar saya dan 3 orang kawan saya.

Anonymous said...

Kak Ain...
Nat tanya sket!!
Bila buku AMKNY1 n 2
akn dijual kat blog niew???
Sbb skrg saya kena study
for PKSR2 nanti!!!
Inform saya yew!!
Or simpankan utk saya!!!

~Afrina~

nurul said...

kak ain, bestnye peraduan ni........ tak sabr-sabar nak bagi tahu kawan-kawan saya yang lain. thanks kak ain.......

Anonymous said...

SalamKak Ain..
Saya nak tanya sikit ni..
Nama duta tuh nk tulis nama sape??
name saye ke??
harap jwb ye kak ain!!
atau ade sesape yg boleh tlg jwbkan??

yg benar,
wani

Anonymous said...

lagi 1..
kalau dalam gamba tuh semua gurl boleh kan..??
sebb sekola saye mmg khas untuk kaum2 hawa je..!!
maksodnye 1 sekola tuh semua perempuan lee..

Yang benar,
wani

farah_hanum said...

salam kak ain...
boleh ke???sekolah agama???nak kena pakai baju uniform???kena time sekolah ke???camne nak ambil gamba sbb kamera takut tak leh bawak....susahlaa kak ain...hadiah tu...memang best...tapi peraduan nya...susah.. .erm...sampai 24 oktober je kan???erm...harap lagi ringankan lagi...hehehe

wassalam..
farah hanum.

...:Princess Riri:... said...

Kak ain...kalau gambar yg dah diambil tu...emel boleh x...???

Annisa said...

Hai kak Ain,


Kak Ain boleh tak kalau 10 orang je? Harap2 boleh ye kak ain.Tolong jawab ye kak ain..

Peminat setia kak ain,

Annisa Hanim =D

Annisa said...

Hai kak ain,

Sekali lagi saya ingin bertanya..
macam mana nak hantar gambar tu?
Pos ke atau e-mel kan saja?

Your No.1 fan,

Annisa Hanim =D

aini said...

salam k.ain..

kalo kite beli bk berkmbar tu dari akk,dan bukan sbg pemeng,dpt ke novel comel?

Aliya Khair said...

salam kak ain,
boleh tak kalau gambar tu aliya nk edit?
contohnya macam tambah tulisan, pastu adjust brightness, etc.. pastu buat bingkai ke,, boleh tak?

-Aliya K

-iman- said...

hurm kak aien
if dlm pic tuh ad dlm 10 org je bole ta?
coz ms la nk kumpol rmi²
can?
ps2
klu nk edt bole ta?
nk edt background blakang bia colourful sket
bole?
brighnest
contrast
blusher
bole ta?

Aimi Nadhrah. said...

wahh.. lama tak on internet.. rupanya kak ain dan pihak pts ada anjurkan pertandingan. ini yang seronok. yang tak seronok spm nak dekat.. tapi takpe..

SAYA MAHU JOIN juga! :P

tapi tak semestinya rakan sekelaskan?? kan? boleh dari kelas lain-lainkan? ringkas kata disini, rakan sekolahlah. bolehkan?

& mesti 20 orang tepat ke? gambar untuk pertandingan ini berkonsepkan apa ye kak ain?

P/S: maaf banyak sangat pulak saya bertanya. excited sebab saya memang suka tangkap gambar hehehe

ainzz said...

alamak!!!!!!

ni mesti dah ramai tangkap gambar!
cam ne ni??cam ne ni??
adoyai!
bestnye dpt novel tu.....
nak jugak3!!!
hmm...
kak ain plzz balas email ain!!!

Ainie said...

Askum............Kak Ain.......nak hantar borang ngan gambar tue.............pos err email???? please jawab...........

shasha said...

oh, seronoknya...
tp, min 20 org?
knp ramai sgt kak ain :[

anas muhamad radzi said...

kak ain....kat mane nak ambil borang penyertaan???

lyana said...

slam...
kak ain sy nak tanya berapa pemenang erk??....

ratu anis said...

salam kq ain...
erm...kq ain sy de be2rape soklan ntuk kq ain..tolong jwb k...

1 - klu ambil gamba di lokasi len leh x(selain d kawasan sklh)?

2 - klu ambil gamba bkn ngan kwn skls (bdk2 kls len)?

3 - brpakaian sklh tp memakai bj sukan atau pn tdak memakai seragam sklh?

please kq ain jwb...

salam menanti,
anis

Anonymous said...

aku gerammmmmmmmmmmmmmmm.knp kakin x pernah nak bls mesej atau emel saya. saya tahu kak in ni ramai perminat jnglah lupa lupa peminat yng lain .

ini adalah satu mesej luahan dari hati seonrg peminat

pikirlah orng org lain sama
saya nak minta maaf kalo kak in terasa .

tapi ianya memnag bnr


asalammualaikum

f@r@[enjoy seLAlu!!] said...

salam kak ain, kak ain chat ke??
kak klu 10,15 orng jer x leh ker???

Derine♥You said...

Saya dah download peraduan tue.
Nanti saya nak bagi kat kawan sekelas.

Saya tak ada masalah dengan budak
lelaki.

Ermm,Kak Ain kalau bukan rakan sekelas,kelas lain,boleh jugak kan??

Yang benar,
Derine Derina // Nur Darina .

Anonymous said...

assalamualaikum,kak ain. Apa khabar? Bila kak ain nak jual novelcomel lagi? Saya rasa macam terlepas lah pulak. gambar tu memang kena 20 org ke? tak boleh kurang?

yang meminati buku kak ain,
ANIS SYAZA

Abby said...

wow..lame............ sgat2 x comment kat sini..sbb abby perisa akhir tahun so.abby x sentuh computer..kak ain soalan abby same ngan afrina.. ble novel aku mahu ke newyork 1&2 akan mula djual kat blog ni??

Anonymous said...

kak ain..
klu x de laki boleh kan???
laki kelas saya tu susah sikit.
boleh kan???
kak ain nak bape pmnang???




drpd:peminat buku kak ain/pts one
anisah:D

Anonymous said...

akak..
saya nak tanye le sikit..
borang tu kite print...pastu isi kan?dah siap isi,baru antar kat akak...
betul ke cara ini???

tlg balas kak ain..please...
saya nak masuk sangat peraduan ni..
nak sangat menang...
sebelum ni x kesampaian beli buku kak ain.....

FarAhANi said...

betu ke nie?budak darjah 123456 tak boleh ke?

ziera96 said...

sedih la kak,eira nk sangt buku kembar 2 free tp kwn2 eira x nk sertai.nampknye x kesampaianla eira nk dpt buku 2 free.x pe la.. pas ni eira x nk mkn waktu rehat.bleh la simpaan duit untuk beli buku nie...

salam sedih=(

WANI said...

ASSALAMMUALAIKUM KAK AIN...

SAYA NAK TANYA.BOLEHKAH SAYA MENYERTAI PERADUAN INI TANPA ADA NOMBOR TELEFON GURU.SAYA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG NOMBOR ELEFON GURU.
HARAP JAWAPAN SEGERA DIBALAS.
YANG BENAR
WANNY