19 October 2008

Apa Komen Anda?

Assalamualaikum semua,

Hari ini Kak Ain terbaca satu entri di Universiti PTS, ditulis oleh bos besar syarikat penerbitan PTS mengenai cover buku-buku remaja. Sila baca di sini: KLIK SINI

Jika bersetuju dengan artikel bos besar PTS, Kak Ain mahu para pembaca tinggalkan komen. Sekiranya ada cadangan, komen dan kritikan tentang cover buku PTS One yang terdahulu, bolehlah sertakan sekali dalam komen tersebut. Kak Ain nak tengok, siapa di kalangan pembaca Kak Ain yang berani beri komen di blog bos besar PTS itu! =D

Kak Ain sendiri bersetuju dengan pendapat tersebut. Cover buku adalah elemen penting bagi menarik pembaca membeli buku. Silap langkah, buku yang sedap isi ceritanya boleh merudum jualan hanya kerana cover buku tidak sesuai.

Sekarang buku terbaru Kak Ain bertajuk 'Aku Mahu ke New York I' dan 'Aku Mahu ke New York II' sedang dalam proses akhir pemilihan cover buku.

Ini adalah draf pertama yang dihantar oleh ilustrator. Apabila menerima draf pertama ini, editor akan meminta komen dan pendapat penulis. Kak Ain telah memberikan komen dan ilustrator kemudiannya cuba memperbaiki cover.


Ini pula draf pembetulan cover kedua yang dihantar.


Apa komen bakal pembeli semua? Apa lagi yang boleh diperbaiki dalam cover buku ini? Bantu Kak Ain, editor PTS One dan ilustrator buku memperbaiki lagi mutu cover buku 'Aku Mahu ke New York' yang kedua ya! Sekiranya boleh, sertakan bersama contoh-contoh cover buku yang disukai.

Salam Sayang,
AinMaisarah

41 comments:

Yana said...

ola
hello bello
apa khabar kak ain???
saya akan pilih dua-dua cover sebab cantik sangat!!!
tapi saya pilih cover yang ke-2 sebab cantik!!!!

AinMaisarah said...

Salam Yana,

Terima kasih kerana menjadi pengunjung pertama memberi komen.

Apa lagi yang boleh diperbaiki untuk cover buku ini yer?

Jangan lupa masukkan komen di blog Puan Ainon iaitu di universitipts.com juga yer.

Wasalam
AinMaisarah

azmina98 said...

bagi asya,cover 2 yang cantik..kak ain bila buku nie nak keluar?

syajaz said...

Assalamualaikum kak ain,

Kedue-due cover ni cantik la...
Tapi syarah pilih cover yang ke 2 sebab cantik sangat!!

OKlah kak ain semoge.

Salam sayang,
Syarah@Syajaz

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,
dayah rase cover yang diperbaiki dah okie kot bagi dayah!!:) ianya nampak menarik sangat!!!!!!!!:D

wasalam,
dayah

syajaz said...

eh sori ade ayat tergantung..

ok kak ain semoge kak ain terus berjaya membuat buku2 yang lebih best dan menarik!!!

Zaimin said...

Kak Ain,betul tu..kalau cover buku tak menarik,saya akan tangguhkan dulu nak membelinya dan beli buku lain.Contoh macam Tak Bisa Memilihmu,cover bukunya tak berapa menariklah..

Untuk cover Aku Mahu Ke New York pula saya suka covr yg ke-2 tu sebab ianya sangat menarik.Tentu bila ada dipasaran saya akan beli buku tu dulu daripada buku-buku lain.

Bestnyer..tak sabar nak tunggu buku ni dijual...

Semoga Kak Ain akan sentiasa dapat idea yang melimpah ruah untuk menulis novel yang akan saya baca...

Kak Ain,silalah ke blog saya ya..

ALyA WoNdErS said...

Assalamualaikum Kak Ain,

Err.. Alya nak tanya sikit. Boleh kan? Haa, yang kulit ke-2 tu, dekat celah-celah kakinya gambar apa, yer? Tak boleh nak menggagak pula.

Apapun, semuanya perfect! Secara jujurnya, Alya pasti yang buku ini akan meletup letup [ Kabooom!! ] macam pisang goreng panas di kedai-kedai buku. Percayalah! =D

Sekian,
!.. Alya ..!
Seasonywonders.Blogspot.Com

ainaa wahidah said...

haiii kaka ain sye rasa cover kedua tu cantik cause dye nampak sweet je kalau kaka ain pilih yg kedua tu mesti ramai nak beli cause tetarik dgn cover book 2!!!!!!!

shasha said...

wah..
dua2 menarik...
susah betul shasha nk pilih...

tp shasha rasa shasha akan pilih cover2 sbb nmpk ceria sikit. :D

p/s: cover 1 pun xkurang menariknya...

AnGeL DeViLiA said...

Assalamualaikum...

Ima rasa cover ke-2 cantik sebab dia nampak ceria sangat!!!Tapi cover ke-1 apa kurang cantiknya...tapi asalkan cover buku Aku Mahu Ke New York tu menambat hati pelanggan!!!

pu3 said...

sy rasa dua dua cover cntk tapi sy rasa cover kedua cntk sbb kan fasha ngan kwn2 dia nk pegi jadi gamba kedua tu ngan topi tu cntk la..sesuai la sngt

nadhirah said...

smekom...

Dua-dua cover tuh mmg lawa..tapi saya lebih suka yng cover ke-2..rsernyer ramai orang pilih tuh kowwtt..k bye!

salam,

nad

aidah93 said...

hurmmm...
sy suka yg ke kedua...
simple dan kemas...
biler lg buku terbaru kak ain dipasarkan...
x sbr menunggu nie....^^

aidah Han said...

hurmmm...
sy suka yg kedua...
simple dan kemas...
biler buku terbaru kt dipsarkan...
x sbr nie...hehehe

Nur Syuhada Fadlia said...

salam.
dua2 cantik!
tapi yg kedua tu lebih okei sbb nampak sweet je x)
sy tgk ramai sokong cover yg ke-2..

Yang mengkomen,
Syuhada.

hana said...

bagi sye ke-dua-dua cantik...

-iman- said...
This comment has been removed by the author.
-iman- said...

kak ain !
i choose the 2nd one coz it's really vouge n hawt
mnepaty cite rse teenager skrunk
i vote the 2nd cover !

Anonymous said...

Assalamualaikum,
KAK AIN,SAYA PILIH KEDUA-DUA!









NUR FARAHANI MOHD ANAUR

*~husna-96~* said...

salam kak AinMaisarah,

husna pilih cover 2 sbab ia lebih menarik dr segi :

~tulisan
~gambar

klau cover 1 pulak macam bosan je tulisan die..gmbar cover pun macam kosong je..

itu aje la yg husna nk comment.. assalamualaikum..

p/s:wah!nmpaknye ramai pilih cover dua!heheh =P

nurulbalqis said...

Balqis rase laa Kak Ain...
Yg cover diperbaharui [no.2] itu lebih cantik...
Dah sempurna...
Rasa x perlu laa tambah apa2 lagi...

ainzz said...

hallu kak ain...

ain rase cover no.2 yg chantik!
dia nampak menarik!
ain rase xde bende nak dibaiki.

p/s:kak ain tlg balas email ain!!!!

irah zafirah said...

Salam Kak Ain.
Betul kalau cover tak cantik orang tak beli sangat.Kita boleh kaitkan dengan impiana 2.Covernya agak tidak menarik tetapi jalan ceritanya bagus.So,aja-aja fighting PTS.

Saya suka cover 2.Lebih menunjukkan the wannababes.

irah zafirah said...

Kalau boleh biarkan cover ceria macam Remaja @PTS1

aini said...

salam k.ain..

bg kite,kite suke yg 1 sebab nmpk mcm matured ckit...tp yg kedua suke jgk..

cume bole x tulisan tajuk utk cover kedua ditukar?
sbb tlsn tu mcm same ngan bk akk yang lain2..so nmpk mcm x menarik sgt..

but anyway,i like them!!

ade aku mahu ke new york II ke?

Ainie@Checkmate said...

Assalammualaikum Kak Ain, saya rasa cover Aku Mahu Ke New York... kedua-duanya menarik tetapi saya lebih tertarik dengan cover yg kedua sebab ianya sangat menarik perhatian para pembaca termasuk saya...... from your FAN!!! Ainie....

My OwN wOrLd... said...

salam kak ain,

nadiah pilih cover yg ke-2
sbb itu lebih mnyerlah n dri segi warne cover n tulisan...

semoga kak ain sukses!!

qystina said...

salam kak ain !
erm..bgi qyss cover yg kedua canteq..bila bku ne nk kuar?

ShAsHa said...

Kak, saya raser y kdua k0t..
~ COOL ~

meor shariman said...

\Salam,

Wah, nampaknya Ain maisarah bakal jadi penulis chit lit prolifik tahun depan!!!!!

Ini yang membuatkan saya bersemangat untuk menulis lebih banyak buku. Nampaknya kenalah saya mulakan siri Farid Pawang Muda dan siri Putri Si Kucing Ajaib selain Kembar Terpilih dan Budak Bionik tahun depan.

Wasalam

Syamimi Izzati bt Elias said...

hmm rasanya dua dua pon okey..mana2 pon bolehla.kalau cover best isinya lagila best kan kak ain?x sabarnya nak tunggu buku ni!!!

Fazsky4 said...

As'kum Kak Ain jujur saya kata dua-dua hodoh. Klau blh tkr cover lain. Thanx

mba said...

Ain;

myJICA akan mengadakan kelas "HAIKU" (puisi tiga baris Jepun - dalam Bahasa Melayu) kepada kanak-kanak sekolah pada Sabtu 29 Nov. 2008 ini di Putrajaya. Sekiranya Puan berminat, saya ingin jemput 40 orang peminat/pembaca Ain Maisarah untuk hadir ke kelas ini secara ekslusif. Kelas ini diberikan secara percuma dan akan dimuatkan cerita dan berita mereka dalam mahalah e-baca. Setiap peserta juga akan diberikan majalah e-baca untuk tempoh selama 6 bulan.

Sekiranya berminat dan boleh menyediakan murid-murid sekolah sejumlah itu (atau apa-apa jumlah), sukacita dapat dimaklumkan seberapa segera. Sabtu ini kami ada meeting lagi dengan JICA.

Anonymous said...

kak ain novel kak ain semua best2 caye la kak ain

Maria said...

Kak Ain nanti e-mail saye ek vxsyinprincess@gmail ek...........

(ooL GuRLz said...

sy x kisah psl cover , cme yg penting bukunya brmutu ,crite xmerepek (sori klau trsinggung),dn sy harp wrne buku mesti warne wrne!

izzati said...

Askum kak ain,
rasernyer kedua-dua cover memang cantik.
tapi yang kedua lagi menarik~

kalau saye, sayer pilih cover yang kedua~~~


salam;
~izzati~

Cute Princess said...

kak Ain,
cover dia biru sgt...
kalau berton
lg cantik kut

Cute Princess said...

kak ain
cover dia biru sgt
kalau berton lg cntik

Anonymous said...

kak ain, brape hrga buku aku mahu ke ny 2?? n ade x buku comel yg akan dkluarkn skali dengan buku 2? bleh x bli online dengan kak ain tpi nak satu set aku mahu ke ny 1&2,?? lasty bila buku 2 nak kluar