16 October 2008

AinMaisarah di Sabah: Bhg 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kak Ain sebenarnya bukan lagi berada di Sabah. Sudah selamat sampai ke bumi Sarawak pukul 8.30 pagi tadi. Di Sarawak, Kak Ain menetap selama tiga hari, hingga hari Sabtu.

Okey, malam ini Kak Ain luangkan masa tunaikan janji nak bercerita lebih lanjut tentang pengalaman island hopping di Sabah. Sebenarnya, Kak Ain dah lama simpan angan-angan teringin nak ke Pulau Sipadan. Tapi jaraknya jauh sangat dari Kota Kinabalu.

Mujur rakan di MAXIS beritahu tentang tiga pulau berdekatan Kota Kinabalu yang tidak kurang cantiknya. Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi memang jadi tumpuan pelancong.

Kak Ain keluar hotel pukul 4.00 petang. Bawa dua botol air mineral dan pakai krim pelindung wajah SPF dengan banyak sekali (peringatan: udara laut memang berupaya menggelapkan kulit wajah) Kak Ain juga sengaja tunggu matahari redup sedikit. Konon supaya selesa nak berjalan ke pulau-pulau tersebut.

Kak Ain mengambil teksi ke Jeti Jesselton. Tambangnya RM12. Sampai Jeti Jesselton pukul 4.10 petang. Terus ke kaunter dan bertanya pakej ke pulau. Sepatutnya tambang ke pulau adalah (satu pulau sahaja):

Tiket bot: RM17
Duti jeti: RM6
Yuran pulau: RM3
Jumlah: RM26

Tapi malangnya, bot terakhir sudahpun bertolak tepat pukul 4.00 petang. Bot juga hanya akan bertolak ke pulau sekiranya mempunyai 8 orang penumpang.

Aduh! Ketika itu Kak Ain rasa macam nak hentak-hentak kepala atas kaunter! Kak Ain hanya terlewat 10 minit sahaja. Sudah terlepas bot! Kalaulah Kak Ain keluar hotel lebih cepat, tentu sempat menaiki bot terakhir ke pulau =( Itulah! Mengade-ngade lagi nak tunggu cuaca redup!

Waktu itu memang Kak Ain kecewa sangat. Cik Abang ajak jalan-jalan melihat Jeti Jesselton bagi mengubat luka. Ketika itu, salah seorang pengemudi bot datang mendekati kami. Dia tawarkan bawa ke tiga pulau sekaligus dan menunggu hingga matahari terbenam. Harga sewa satu bot adalah RM240.


Kak Ain dan Cik Abang berkerut kening. RM240?? Isk! Cekik darah sungguh! Kami tolak mentah-mentah tawarannya. Walaupun hati teringin sangat nak ke pulau, Kak Ain seboleh mungkin buat muka tak berminat dengan tawaran tersebut.

Bila kami tak layan, dia pergi tempat lain. Memujuk dua pelancong Inggeris pula. Kak Ain jeling-jeling sahaja dari jauh. Tak sampai tiga minit, dia datang lagi. Kali ini harga yang ditawarkan turun RM120. Katanya, Kak Ain bayar separuh. Pelancong Inggeris juga bayar separuh. Kami sama-sama berkongsi menyewa sebuah bot.

Ketika itu Kak Ain dan Cik Abang mula mempertimbangkan tawaran. Tambah pula, Kak Ain sendiri tak tahu bila lagi berpeluang ke Sabah. Fikir punya fikir, kami bersetuju dengan harga sewa bot yang dikenakan.

Bot mula bergerak pukul 4.45 petang. Destinasi pertama adalah Pulau Mamutik. Jarak perjalanan hampir 20 minit juga.



Di Pulau Mamutik ini, pengunjung perlu membayar yuran pemeliharaan pulau sebanyak RM3. Bagi pelancong asing pula, RM10 dikenakan. Setiap aktiviti yang dilakukan juga dikenakan caj tambahan. Hmm... mahal kan?


Kak Ain sempat jalan-jalan selama 15 minit di Pulau Mamutik. Ada satu kawasan yang dilabel dengan papan tanda ini:


Teringat Kak Ain kisah Cik Abang waktu muda-muda dulu yang pernah disengat dengan jelly fish a.k.a obor-obor ini. Walaupun rupanya cantik macam plastik yang terapung, obor-obor sangat merbahaya. Sengatannya boleh menyebabkan panas dan kebas. Sekiranya tidak dirawat, otot akan mengecut dan boleh menyebabkan maut. Jadi adik-adik semua harus berhati-hati apabila mandi di laut ya! Jangan dekat dengan obor-obor yang nampak lemah-lembut tetapi menyengat ini!

Lima belas minit berlalu, Kak Ain kembali ke bot. Perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Manukan pula. Sampai sahaja di jeti, kumpulan ikan bilis yang beribu ekor ini sudah menunggu. Banyak sungguh! Tentu sedap digoreng makan dengan nasi lemak, kan? =D


Ada juga kelihatan ikan nemo, ikan pelbagai warna dan batu karang yang cantik sekali. Malangnya kamera Kak Ain tak dapat merakam aksi dalam air. Cahaya memantul dan gambar jadi tak terang.

Di Pulau Manukan juga ada chalet kayu yang disediakan bagi pelancong yang ingin bermalam. Satu malam sewanya adalah RM400. Kak Ain sempat bergambar depan pokok keladi hiasan di chalet kayu yang cantik ini. Hmm... rasa nak bawa balik pokok keladi ni letak di rumah Kak Ain.


Inilah pemandangan indah dari chalet kayu yang betul-betul menghadap pantai. Patutlah harga sewanya mahal.


Ada juga tempat menyewa peralatan snorkeling dan scuba diving di Pulau Manukan ini. Tetapi ianya dibuka hingga pukul 4.00 petang sahaja. Oleh itu kepada mereka yang mahu melakukan aktiviti air, sebaiknya datang awal pagi.


Destinasi terakhir adalah Pulau Sapi. Ianya pulau terakhir yang dijelajahi. Ketika itu sudah pukul 6.20 petang.


Matahari mula mahu merehatkan diri. Pengemudi bot berulangkali mengingatkan kami supaya tidak singgah lama di Pulau Sapi sekiranya mahu melihat matahari terbenam di garisan lautan. Kak Ain ajak juga Cik Abang ambil gambar di Pantai Sapi.



Di Pulau Sapi ini juga, Kak Ain berpisah dengan pasangan pelancong Inggeris ini.


Mereka berdua akan berkhemah di Pulau Sapi. Dalam gambar, boleh dilihat pelancong ini membawa lobak merah dan kobis. Katanya nak buat salad malam nanti. Beg mereka juga penuh dengan roti, makanan dalam tin, air mineral dan mi segera. Itu semua adalah stok makanan sepanjang di Pulau Sapi. Wah! Adventure sungguh mereka berdua!

Jangan terkejut, lelaki Holland bernama SalleSate (Huh? Salleh Sate???) adalah seorang doktor! Wanita Rusia itu pula seorang penterjemah bahasa. Mereka memang sudah melancong ke banyak negara. Antaranya adalah India, Filipina, Dubai, Indonesia dan Paris. Kak Ain cemburu betul dengan kebebasan mereka melancong ke sana sini tanpa hadnya. InsyaAllah Kak Ain pun berazam nak mencapai kebebasan kewangan suatu hari nanti dan menjelajah seluruh dunia dengan Cik Abang! =D

Leka mengucapkan selamat berpisah, Kak Ain dan Cik Abang terlewat kembali ke bot. Pengemudi bot beritahu, matahari sudah terbenam. Sedikit kecewa rasanya. Tapi Alhamdulillah, Kak Ain sempat juga melihat matahari yang sudah separuh terbenam. Cantik sungguh ciptaan Tuhan!


Selesai aktiviti island hopping, Kak Ain berpeluang merasa juga udang besar bakar yang mahal di KL, tetapi berpatutan harganya di Sabah. Ceritanya Kak Ain sambung lain kali. Sudah panjang sangat laporan Kak Ain kali ini.

Hingga jumpa lagi! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 comments:

Anonymous said...

best nya..kak ain klu nonel hana dah siap nnti hana bg kat kak ain tau..suruh kak ain semak..

Anonymous said...

waah.... bestnyer... hehe.. jealous pulak... hehe..

Alya said...

Seronoknya baca post Kak Ain!
Skirt Kak Ain tuuu comel sangat
macam gaya cheerleaders ..
Hehehehe =D

Salam,
ALyA

Anonymous said...

hye kak Ain..!

beshnyer dapat tgok ikan..!! kak Ain mmg beruntung..!

Anonymous said...

wah ,
bestnya klu dpt melancong skang nie !
bole release tension . :D

Zaimin said...

bestnyer kalau dpt ke Sabah.Semua negeri dah pergi kecuali negeri Sabah.My family x dpt gi lagi sebab sibuk..hmm..satu hari nanti akan ku ajak mereka...

Anonymous said...

Saya gi Pulau Manukan.Best giler.Saya main parasailing dengan my beloved kakak sepupu(walaupun dia digelar penyayang tapi kejam(ini kerana dia sering ikhlas dalam membuli saya) oleh saya).Saya gi snorkelling gak tapi tak geti sangat.Sering tertelan air.Air dekat Pulau Manukan crystal clear kan kak Ain.Cantik jer.Sebenarnya tak payah gi snorkelling pun tak per.Ok.Have fun at sarawak as I have fun at there too.

Anonymous said...

K.Ain!
Best sgt bace cite k.ain kali ni... mmg byk info utk sy yg tk pernah sampai sabah nie... huhuhuh! :(

Anonymous said...

ooh... lupe tny!
bile k.ain balik kl?
sy wat openhouse sabtu ni...
umah sy dkt ampang.

klu sy jemput k.ain dtg,
hmmm.....k.ain sudi tk?

yg bharap,
misz qiqin

Imma Belieber said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

wau!bestnya!nama perempuan inggeris tu apa?walau apapun,selamat bergembira!

Anonymous said...

Salleh Sate...
hehehe :D

err.. kak ain, sorry ye kalau sy tnye ni.
kalau saya x slh, setiap kali kak ain pg melancong kak ain akan pakai baju yg sme ke? minta maaf kalau soalan ni menyinggung prasaan kak ain.

halim said...

Mesti best kan dapat pergi Sabah tu...Ima nak pergi time cuti sekolah ni...sedih gak tk dapat jumpa Kak Ain buat skali lagi...tapi takperlah..Kak Ain busy kan...

Unknown said...

fren...baik2 gi sabah...kena pandai bargain...kat sana , for d 1st deal jgn terus agree jer....baik bab mkn , transport, or nak gi Island...price diaorg x menentu...ikut suka...so my advise wat survey dulu sblm bercuti ke Sabah...kita org semenanjung susah,kdg2 takde saudara kat sana...plus x de transport...mcm kami 12 org kena sewa Van utk 12 pax-Harga RM300 per day without driver..if kalau termasuk driver kena charge RM600 ke RM800 per day...kami bwk GPS sendiri, nak jln un senang x susah sgt...just follow d GPS...cuma masa berjalan kat sana suntuk sebab pukul 6 Ptg dah gelap...mcm lepas maghrib kat semenanjung.....nak sewa transport better masa 2nd day...coz d first day sampai un dah dkt ptg...rugi jer...nak gi island dari pasar filipina boleh jln kaki 5 minit ke jeti....x yah naik taxi...rugi...then terus naik bot ke pulau tu....gi 1 pulau un dah cukup - d best is pulau mamutik...snoorkelingbest...cantik sgt...mmg x cukup masa...so rugi byr lebeh2....nak mkn un kena pandai tawar menawar...boleh dpt lagi low price...kalau x pandai ...mkn la dgn harga yg mahal...kat sana mkn un kira mahal gak...Wassalam

Unknown said...

fren...baik2 gi sabah...kena pandai bargain...kat sana , for d 1st deal jgn terus agree jer....baik bab mkn , transport, or nak gi Island...price diaorg x menentu...ikut suka...so my advise wat survey dulu sblm bercuti ke Sabah...kita org semenanjung susah,kdg2 takde saudara kat sana...plus x de transport...mcm kami 12 org kena sewa Van utk 12 pax-Harga RM300 per day without driver..if kalau termasuk driver kena charge RM600 ke RM800 per day...kami bwk GPS sendiri, nak jln un senang x susah sgt...just follow d GPS...cuma masa berjalan kat sana suntuk sebab pukul 6 Ptg dah gelap...mcm lepas maghrib kat semenanjung.....nak sewa transport better masa 2nd day...coz d first day sampai un dah dkt ptg...rugi jer...nak gi island dari pasar filipina boleh jln kaki 5 minit ke jeti....x yah naik taxi...rugi...then terus naik bot ke pulau tu....gi 1 pulau un dah cukup - d best is pulau mamutik...snoorkelingbest...cantik sgt...mmg x cukup masa...so rugi byr lebeh2....nak mkn un kena pandai tawar menawar...boleh dpt lagi low price...kalau x pandai ...mkn la dgn harga yg mahal...kat sana mkn un kira mahal gak...Wassalam