22 August 2008

Tenangnya di Banjaran Titiwangsa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kak Ain harapkan semua gembira dan sihat selalu.

Kak Ain sendiri sedikit serabut. Banyak kerja yang perlu dilunaskan. Banyak mukasurat yang mesti ditulis. Memang pening kepala mengadap kerja yang tak pernah surut. Tak akan habis. Manusia memang banyak tanggungjawab.

Kak Ain teringat kembali betapa tenangnya ketika Kak Ain di sini. Lokasinya di kawasan rehat Banjaran Titiwangsa, terletak di antara perjalanan Pulau Pinang ke Kelantan. Tempatnya dingin sekali!


Seketika berada di sini, Kak Ain teringat kisah seorang penulis genre misteri yang terkenal. Kalau nak tahu, Stephen King pernah menetap selama setahun di rumah rehat kawasan pergunungan. Setahun lamanya dia tidak keluar-keluar dari rumah. Setahun lamanya dia terperap menulis novel semata-mata. Setelah selesai menyiapkan sebuah buku, barulah Stephen King keluar dari kawasan pergunungan itu.


Sehingga kini buku-buku nukilannya terjual sebanyak 350 juta naskah seluruh dunia. Hebat bukan? Kak Ain sangat mengagumi ketekunan dan fokusnya sebagai seorang penulis.


Menjadi seorang penulis menuntut masa dan pengorbanan. Lihat sahaja bagaimana Stephen King fokus tak mahu keluar rumah selama setahun demi nak menyiapkan sebuah buku.


Kak Ain selalu mengingatkan diri sendiri. Sekiranya mahu berjaya, Kak Ain juga perlu disiplin dan fokus dalam kerja.

Itu sebabnya Kak Ain ada senarai kerja setiap hari. Di sini Kak Ain mahu kongsikan bersama dengan para pembaca semua, senarai keutamaan kerja harian seorang manusia biasa yang mahu jadi penulis bernama AinMaisarah.

PRIORITI UTAMA: MENULIS, MENULIS & MENULIS!

Kak Ain seorang penulis. Maka tentulah kerja utama adalah menulis. Manager Kak Ain iaitu Cik Abang sudah mewajibkan Kak Ain menulis 15 hingga 20 mukasurat novel setiap hari (kalau tak siap sekurang-kurangnya 15 mukasurat, memang lecur telinga dengar bebelan Cik Abang! Argh! Menakutkan sekali!)

Selain menulis manuskrip novel, Kak Ain juga menulis NovelComel. Sekarang Kak Ain sedang menulis tujuh NovelComel tentang tujuh ahli The Wannababes. Kak Ain juga masih terhutang satu tajuk NovelComel yang akan mengiringi novel 'Aku Mahu ke New York' bulan Oktober ini.

PRIORITI KEDUA: MENGURUS PEMBELIAN NOVEL AINMAISARAH

Setiap hari, Kak Ain akan memeriksa dan MENDAHULUKAN e-mel berkaitan pembelian novel dan NovelComel AinMaisarah dahulu.

Apabila ada pesanan, Kak Ain akan mengurus pembelian novel dengan mengecop, menandatangan, menulis ucapan, membungkus dan menghantar buku ke Pejabat Pos KLCC (setiap kali hantar buku, mesti satu jam lamanya Kak Ain menunggu sebab semua orang nak ambil rebat minyak RM625 =( Kak Ain selalu berulang-alik ke Pejabat Pos KLCC dua kali seminggu. Letih sangat!)

PRIORITI KETIGA: MENGEMASKINI RUMAH PINK AINMAISARAH

Di laman web ini, Kak Ain memberitahu para pembaca tentang perkembangan Kak Ain. Di sini juga berkumpulnya pembaca baru dan lama. Kak Ain gunakan medium internet sebagai penghubung dengan semua pembaca seluruh negara.

Bagi memastikan pengunjung yang hadir akan bertandang lagi, Kak Ain perlu memastikan memasukkan entri baru dalam Rumah Pink AinMaisarah setiap tiga hari sekali.

Kak Ain juga memastikan membalas komen-komen para pengunjung di bahagian entri.

PRIORITI KEEMPAT: MENCARI IDEA MENULIS NOVEL

Dalam banyak-banyak soalan, Kak Ain sering terima soalan ini.

Mana dapat idea menulis?

Kak Ain dapat idea dengan mengkaji buku-buku orang lain. Itu sebabnya Kak Ain mesti masuk kedai buku KINOKUNIYA KLCC setiap hari sambil membelek-belek buku remaja luar negara. Kalau buku itu menarik, Kak Ain akan beli dan jadikan bahan kajian. Kak Ain suka mengkaji gaya bahasa penulis antarabangsa.

Dari masa ke semasa juga (selalunya waktu makan dan waktu dalam kereta menghadapi kesesakan jalanraya) Kak Ain akan mengadakan perbincangan dengan Cik Abang. Kami sama-sama mengatur plot cerita-cerita akan datang (buat masa ini Kak Ain sedang mengatur plot IMPIANA III, Aku Mahu Bergaya, Rahsia Mata Linda dan siri baru yang akan menjenguk pasaran tahun 2010)

Itulah antara prioriti kerja Kak Ain. Selain menjadi seorang penulis, Kak Ain juga tak lari dari memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tugas Kak Ain tak jauh beza dari isteri-isteri orang lain. Kak Ain juga membasuh baju, menjemur di ampaian, melipat dan menggosok pakaian seharian. Fuh! Penat! Tambah pula baju Kak Ain dan Cik Abang memang banyak tak terkata!

Kak Ain juga perempuan biasa yang tentunya perlu melaksanakan tugas seperti mengemas rumah, membersihkan bilik, mengemop lantai dan menyental bilik air. Mujur juga Kak Ain duduk kondo. Tak ada laman. Kalau tak mesti berpeluh cabut rumput di laman rumah!

Selain bertugas sebagai seorang isteri, Kak Ain juga adalah seorang kawan rapat yang tidak pernah gagal meneman Cik Abang bersenam selama dua jam di California Fitness, Mid Valley... pada setiap malam Selasa, Khamis dan Sabtu.

Kak Ain juga sentiasa mengikut Cik Abang setiap kali bertugas outstation kerana Kak Ain jadi penemannya tatkala memandu kereta. (Buat pengetahuan: Cik Abang selalu terima undangan sesi ceramah mobile di serata negeri. Bulan lepas kami ke Terengganu. Bulan depan ke Pahang pula)

AinMaisarah juga manusia biasa yang punya tuntutan berkeluarga. Ibu Kak Ain ibu tunggal (arwah abah meninggal dunia dua tahun lepas) Kak Ain juga punya seorang adik bongsu berumur 11 tahun yang sangat manja lagi mengada-ngada =D Walaupun Kak Ain jarang-jarang dapat balik ke Johor melawat mereka, Kak Ain pastikan Kak Ain menelefon dua kali sehari. Setiap kali telefon, tentu setengah jam lamanya.

Itu belum lagi menyenaraikan tanggungjawab dengan keluarga besar. Belum lagi menyenaraikan tugasan tambahan yang akan diterima setiap kali buku nak keluar. Mesti edit dan semak satu per satu draf novel sebelum boleh dicetak.

Memang banyak senarai kerja dalam hidup Kak Ain. Namun Kak Ain tetap bersyukur dan bertuah kerana memilih kareer penulis. Sekiranya Kak Ain tak menulis, tentu Kak Ain tak dapat mengenali adik-adik pembaca semua. Kala Kak Ain sibuk dan tertekan, e-mel adik-adik yang banyak menceriakan. Bila Kak Ain letih tak tidur malam, buku-buku yang tercetak itu mengubat kepenatan.

Eh? Eh? Eh? Jam sudah menunjukkan jam 12.45 tengahari! Alamak! Kak Ain harus kembali menulis sekarang. Ada lima mukasurat lagi nak mencapai objektif 15 mukasurat sehari. Nanti Cik Abang tentu akan periksa status kerja Kak Ain bila sahaja dia selesai solat Jumaat!

Jumpa lagi lain kali! Salam Sayang!

Jemari yang menaip kencang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain mohon maaf kepada individu-individu yang tidak berpuas hati dengan tahap layanan Kak Ain. Tentu ada kekurangan kerana Kak Ain hanya SEORANG manusia biasa yang perlu melayan BERATUS-RATUS pembaca. Kak Ain cuba seboleh mungkin membalas e-mel setelah selesai tugasan wajib yang lain.

19 comments:

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Wah! macam tu ke kalau kite nak dapat idea untuk menulis??bestnye sebab nanti boleh jalan2 huhuhu:D

Tak pe2....Kak ain punye novel best2 semua!!:):)Semoga kak ain dapat idea yang best!!!!!

wasalam,
~dayah~:P

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Kesian Kak Ain kita.Banyak tanggungjawabnya.Kak Ain dah pergi seluruh negeri kat Malaysia ker?
Tak pelah usaha Kak Ain tu berbaloi jugak kan.
Semua orang suka buku Kak Ain.

Irah aka Zafirah

~(~spies_girls~)~ said...

salam kak ain!
terlebih dahulu anis nak minta maaf dekat kakain sebab anis x dapat hadir di MPH hari tu...
wah!besarnya tanggunjawab kak ain sebesar JUSCO EON tu.....
fulamak!rajinnya kak ain ni menulis sehari kira-kira 20 mukasurat kalau anis dah pengsan dah sebelum menulis(hehe)..x apelah kak ain ..dah namanya penulis mesti kena rajin menarikan jari-jemari tu...~hidup perlu diteruskan~
kak ain ,jangan terlampau stress ye nanti kak ain sakit karang susah cik abang nanti merawat kak ain..Kak ain ambillah cuti sekali-sekala untuk merehatkan minda...(ceh!dah macam pakar penasihat pulak)
Bertuahnya cik abang dapat isteri mcm kak ain ni yang baik,rajin,cantik,peneman setia di kala susah n x lupa kepada suami yg tersayang..
Untungnya dapat anak mcm kak ain ni yang mengambil berat hal ibu-bapa dan bertanggungjawab ke atas keluarga..sejuk perut mak kakain mengandungkan kak ain ..

wah!anis dah merapu ni ...baik anis cau dulu ....

assalammualaikum

ALyA WoNdErS said...

Wah, kalau macam ini, Kak Ain kita ni dah jadi Super Woman lah, sehari taip 15 muka surat. Kita semua ini yang masuk pertandingan menulis cerpen hari raya, mahau siapkan 6-8 mukasurat pun berhari-hari !!!

Cuba bayangkan, menjadi penulis sehari 15 mukasurat!!!!
Wah,wah. Memang lengoh lah jari tangan dibuatnya Kak Ain.

Keputusan pemenang cerpen hari raya dah dimumumkan Kak Ain. :D
Teruja sangat!

aini said...

salam k.ain..

terlebih dahulu kite nak mintak maaf coz x dtg ari tu..

memang rugi rasenye..

owh..baru kite tau mcm tu rupenye tanggungjwb seorang writer..
sabo je le..
nak bejaye cm tu la kan?

lg pun mmg berbaloi akk buat sume tu..
bk akk best2 belaka..

wassalam..

ainzz said...

la!!
cian kak ain...
sabo je la...
tapi bebaloi tau kak ain jadi penulis...
buku2 kak ain semua popular...
so,ceria2 la...selalu...
oye...kak ain dah dpt dah yg comment buku "aku mahu ke new york"??

mia said...

dear kak ain,
tiada perancangan nk tmbah ahli keluarga ke?
hehe..
boleh peminat2 kak ain dpt adik angkat baru..

FaRah said...

salam kak ain,
sebenarnya, entri kak ain kali ini mengecurkan cita-cita saya yg ingin menjadi penulis. Penat sangat ya? susahnya.tapi, saya tetap nak kejar cita-cita tu. Sbab? nak jadi macam Kak AIn, popular, dan bnyk idea..

Kak Ain, sabar ye! Saya sentiasa doakan Kak Ain jadi terkenal. Nampaknya, doa saya sekarang dah dimakbuklan. Sekarang kan Kak Ain dah popular dan terkenal.

Kak Ain, nama adik Akak tu ape? beruntungnya dia dapat kakak macam Kak aIN Ni.. Baik.. pandai da banyak idea.. beruntungnya dia...

saya pernah juga kadang-kadang terasa hati apabila Kak Ain tak membalas komen..namaun, saya sentiasa mengajar diri supaya tak berkecil hati kerana keadaan kak ain yg sibuk dan akak juga seorg manusia biasa seperti saya kan? Tal mengapa, Saya faham keadaan Kak Ain.

Eh, terpanjang pulak..sampai di sini sahaja ya....

salam lenguh tangan,
Farah

FaRah said...

kak ain..lagi satu ye..buku Aku Mahu ke New York tu ada jual mcm buku2 yg lain x?

najwaamira said...

Tugas kak Ain hampir sama dgn Mama saya..Xde maid,selalu menaip,siapkan proposal itu dan ini..

Hmm,saya dan rakan2 masih bertuah kerana menjadi seorang pelajar sbb tugasnya belajar,belajar,belajar..

Ada juga tggjwb kepada Allah,ibu bapa,keluarga..

Adik akk sama dgn sya!Namanya siapa?

p/s:Keputusan PTS cerpen dah keluar.Nampaknya,karya Mira,Sara,Alya,akn keluar bersama2 dgn karya kak Ain.Teruja!

ALyA WoNdErS said...

Betul tu Mira!!
Hehe, Sama-sama terujalah Mira kita ni. Hehe

ala tomei said...

cian kak ain sila rujuk mph midvalley bahagin 3 untuk keatahui sambungan komen dari ala tomei

AinMaisarah said...

Salam Dayah,
Setiap penulis ada cara berbeza nak dapatkan idea. Kak Ain selalunya menulis plot sahaja ketika berjalan-jalan. Contohnya cerita IMPIANA II, seluruh plot cerita disiapkan ketika di Singapura. Balik KL baru mulakan proses penulisan.

Salam Irah,
Kak Ain belum pernah sampai ke Sabah dan Sarawak. Tapi kata Cik Abang, hujung tahun ni InsyaAllah kami ke sana bagi menghadiri program latihan promoter. Jadi atau tidak, nanti Kak Ain akan beritahu perkembangan lanjut di sini ye.

Salam Anis,
Lamanya tak dengar khabar? Anis sibuk dengan pelajaran ye? Apapun, terima kasih kerana sudi menjenguk di sini. Menulis 20 mukasurat memang boleh pengsan dan termuntah-muntah. Tapi pada masa yang sama, Kak Ain selalu bandingkan diri Kak Ain dengan pekerja-pekerja kontrak. Mereka bekerja membanting tulang. Kak Ain hanya membanting jari-jemari sahaja =D Itu membuatkan Kak Ain bersyukur menjadi penulis.

Salam Alya,
Kak Ain nak ucapkan tahniah kerana cerpen Alya terpilih! Wah! Ini sudah menunjukkan petanda awal Alya boleh berjaya sebagai penulis suatu hari nanti. Kak Ain tumpang gembira! =D Simpan RM50 duit raya baik-baik!

Salam Aini,
Kak Ain faham Aini jauh di KKB. Ada rezeki nanti kita jumpa di PWTC tahun depan ye! Ketika Pesta Buku tu, InsyaAllah Kak Ain akan adakan gathering sekali lagi. Jangan risau, Kak Ain akan beritahu Aini nanti.

Dear Ainz,
Kak Ain sudah terima komen Ainz. Terima kasih juga kerana letakkan gambar kita berdua di laman Friendster. Kak Ain sangat menghargainya! =D Kak Ain belum sempat membalas e-mel Ainz... InsyaAllah hujung minggu ni ye.

Dear Mia,
InsyaAllah memang ada rancangan menambah ahli keluarga. Kak Ain nak ke umrah dulu kalau boleh. Dalam tahun depan... tunggulah kemunculan AinMaisarah Junior! =D Doakan ye!

Dear Farah,
Janganlah terasa hati bila Kak Ain tak balas komen. Kak Ain harap para pembaca faham bahawa Kak Ain ada fokus dan tanggungjawab terhadap penulisan novel. Itu yang paling penting. Para pembaca tentu mahu Kak Ain siapkan novel baru. Bila ada kelapangan baru boleh membalas e-mel dan mesej pembaca pula. Kak Ain harap Farah teruskan cita-cita nak jadi penulis kerana Kak Ain lihat gaya penulisan Farah ini memang ada potensi. Tentang buku Aku Mahu ke New York, ia akan dijual seperti buku-buku lain di Rumah Pink ini. InsyaAllah keluar bulan Oktober 2008. Mesti dapatkan ye! =D

Dear Najwa,
Itulah kehidupan menjadi orang dewasa. Memang banyak cabaran, tuntutan dan tanggungjawab. Bukan kebebasan semata-mata. Oh, ya! Kak Ain juga ingin ucapkan tahniah kepada Najwa kerana cerpen terpilih antara 20 pemenang! Teruskan usaha! =D

Dear Alatomei,
Terima kasih sebab memahami situasi Kak Ain =D Terima kasih juga kerana datang ke MPH Mid Valley tempohari. Baru Kak Ain tahu yang Alatomei inilah Fadhilah! Kenapa tak beritahu Kak Ain awal-awal? Sekejap lagi Kak Ain komen di entri yang satu lagi ye. Boleh berikan Kak Ain e-mel Alatomei? Thanks dear!

Salam Sayang,
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Hanis pun teringin nak bertapa di Banjaran Titiwangsa.
Lagi seronok , kalau sorang sorang.
Damainya menikmati keindahan alam.

Hanis kagum sangat dengan semangat seorang ibu mahupun isteri.
Bagaimanalah rasanya membuat kerja yang sama setiap hari ?
Apapun , Hanis harap Kak Ain sentiasa dikurniakan idea2 menarik untuk diceritakan dalam novel akan datang :)

p/s: panjang pulak cmmnt Hanis kali ni kan? :)

ala tomei said...

kak ain ni lah email ala tomei nfadhilah11@gmail.com
agak agaknyer hadiah aper kk ain akan bagi yerrr eeemmmmm

kak sha said...

Assalamualaikum wbt ain..lama sangat tak dgr citer ain, akak jenguk la kat sini..sbb akk tau ain mesti akan update kat sini..ehe..

Tahniah!akak rasa ain seorg yg sangat berjaya..tadi akak saje taip nama ain maisarah dlm youtube,waaa,byknye video ain..

tapi kan..ain nampak tembam la..hehee..jgn mare..ke dah ade isi balik nih?

anyway, wishing u all the best ..akak doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar bg ain..tiba2 rindu nak dgr suara ain tadi..so dpt la dgr suara yg comel tu dlm youtube..ehehe..
take care

aini said...

salam k.ain

x2ally time tu kite ade dkt umah kakak kat kelana jaya..

dekat je ngan kl

that's y frust ni..hehehe..

ade perancngan tambah ahli keluarga?
bagos2!!

bole dpt anak buah angkat..hahaha..

Nurul said...

salam kak ain,

lama tak menulis pada kak ain. rindu pula rasanya. kali ni, saya berpeluang membaca diari kehidupan kak ain sebagai seorang penulis terkenal yang disegani oleh ramai pembaca-pembaca cilik dan remaja kini.

sudah lam tak bertanya, hari ni timbul pula soalan di benak fikiran saya. kak ain, boleh tak saya membeli set novelcomel edisi khas(berbalut)? masih dijual ke tak? kalau ada berapa ye? saya dan rakan saya ingin membeli khas untuk selepas PMR untuk bertukar-tukar hadiah (idea kami berdua). lagipun kami ni fan besar kak ain... hehehe....

baiklah kak ain. sampai disini sahaja ye coretan 'indah' lagi 'menarik' ini(yelah tu).

salam sayang daripada saya dan Nora,

Nurul and Nora

isnaniiby said...

kak ain..
bru nie sy dh bli suma edisi bku2 kak ain.
tpi syng bru bca skit psl
aku mahu teman tapi mesra beg2 yg mengandungi buku2 2 kna curi kat sogo coz tym 2 ronda2 sblm blk labuan...