18 August 2008

Laporan AinMaisarah di MPH Mid Valley - Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat hari Isnin! Alhamdulillah, hari ini hidup Kak Ain tenang kembali.

Tenang kerana sudah selesai menghadapi majlis penulis bertemu pembaca di MPH, Mid Valley yang berlangsung semalam.

Sepanjang minggu lepas, perasaan Kak Ain tak seimbang. Gembira, teruja, bimbang dan letih mendominasi diri. Tidur pun termimpi-mimpi buat ucapan depan para pembaca semua! Huh!

Akhirnya, segala-galanya sudah selesai. Kak Ain amat bersyukur majlis berjalan lancar semalam. Kepada yang hadir, seribu penghargaan Kak Ain ucapkan. Memang semua pengunjung yang berkumpul semalam sangat sporting morting lagi best! I love you all so much! =D Penuh kerusi yang disediakan pihak MPH Mid Valley. Ada yang terpaksa berdiri selama satu jam lamanya! Memang Kak Ain terharu sungguh dengan sambutan dan sokongan para pembaca.

Oleh kerana gambar-gambar masih belum diedit, Kak Ain masukkan dahulu slide show presentation yang Kak Ain telah gunakan semalam bagi ucapan pembukaan majlis.










Sebelum itu bolehlah baca dulu laporan di blog Najwa Amira yang turut sama hadir semalam.

Boleh juga jenguk blog penulis buku Sayap Adinila iaitu Saudara Firdaus Ariff yang sudi meluangkan masa hadir semalam.

Terima kasih kerana sudi memberi laporan dan liputan tentang majlis promosi buku AinMaisarah. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda semua, Amin!

Tunggu cerita selanjutnya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kepada yang merakamkan gambar semalam, kongsi-kongsilah dengan Kak Ain. Hantarkan di alamat e-mel maisarah_ain@yahoo.com

13 comments:

MIRA said...

Terima kasih kerana mempopularkan blog saya!

Alya said...

Tahniah kak ain sebab berjaya 'handle' majlis ini sampai berjaya!!

- said...
This comment has been removed by the author.
- said...
This comment has been removed by the author.
A. Izzati said...

uwaa...
sedeynya...
sye x dpt pegi...
selalu sgt sye terlepas peluang nk jumpa dengan penulis kegemaran sye...
haiz...
apala nasib sye kan...
apakata kalu kak ain buat gathering di luar kl...
please!!!please!!!
sye merayu

BalqisBasri (^^,)v said...

Yeay !!!
Gathering tu memang best sangat !!!
hehehehehe...
Lain kali wat lagi ye Kak Ain...

Nina said...

Minta maaf Kak ain sebab Sara tak dapat hadir.

Cemburu kepada sesiapa yang dapat pergi.

Dari semalam Sara ternanti-nanti laporan kak ain. Harap kak ain boleh buat laporan penuh. SARA TUNGGU !!

sarah said...

salam kak ain.waaah best nye gathering tuh.rugi x pegi :( kak ain,nnt buat lg ek? :)

solehah kd said...

k.ain..tuh sume gamba ahli kttm
yg pegi ek??..erm..sedey x dpt jumpe mereke2..hehe

Anonymous said...

K.Ain,
Sedihnya sy tak dpt pergi!
Keluarga sy ada kenduri kawin.

Sy hrp sgt K.Ain akn buat lg gathering ni lain kali! Pls K.Ain???

Sy dh tgk gambar di blog-blog lain tu. Sy dh dpt tgk mata K.Ain! Hihihi... mata K.Ain cantiklah! Knp K.Ain mesti letak spek PRADA tu????

Yang sedang kesedihan,
misz qiqin

Anonymous said...

K.Ain,

Blh sy tahu tarikh sebenar aku mahu ke new york nak keluar??? bln okt, tapi berapa haribulan?

sy tak sabar nk buku terbaru k.ain! lama sgt k.ain tak ada buku baru... kwn2 sy satu kelas dh tak sabar nak bace!

sy nk beli terus dr k.ain.. cop, tandatgn dan ada novelcomel kan??tlg simpankn 1 okeh!

Yang sedang menunggu,
miszqiqin

AinMaisarah said...

Dear Najwa,
Terima kasih juga kerana menulis entri tentang majlis semalam. Kak Ain sangat menghargainya! =D

Dear Alya,
Terima kasih. Sebenarnya semua pengunjung juga banyak membantu menghidupkan dan memeriahkan lagi majlis. Kak Ain harap masa akan datang, Alya dapat hadir sama ye!

Dear Syuhada,
Tahun depan boleh jumpa Kak Ain di Pesta Buku PWTC. Kak Ain harap boleh buat lebih banyak game.. boleh jumpa lebih ramai ahli KTMM. Syuhada boleh daftar di Rumah Pink ini, klik sahaja entri Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah. Tuliskan butiran diri. Butiran itu nanti Kak Ain simpan dalam rekod ahli.

Dear Aiza,
Nak buat gathering di luar KL? Boleh beritahu lokasi Aiza? Sebenarnya gathering dan majlis buku sebegini dianjurkan oleh MPH dan PTS One. Kalau dijemput, barulah Kak Ain boleh datang ke kedai-kedai buku ini. Kak Ain sebenarnya teringin nak buat jelajah gathering ke sekolah-sekolah. Agak-agak boleh ke Kak Ain pergi sekolah Aiza? Perlu minta kebenaran guru perpustakaan sekolah AizA dulu nampaknya. Hish! Takut!

Dear Balqis,
Terima kasih banyak-banyak-banyak kerana sudi hadir. InsyaAllah ada rezeki Kak Ain buat lagi. Kirim salam ibunda tercinta yang sporting tunggu hingga majlis selesai.

Dear Sara,
Tak mengapa. Nanti gathering yang lain, Sara sertai ye. Kak Ain sudah sertakan laporan penuh versi video. Laporan bergambar sedang dalam proses. Tunggu... =D

Dear Asma,
InsyaAllah Kak Ain buat lagi. Paling penting mesti datang Pesta Buku PWTC 2009. Cari Gerai Pink AinMaisarah tau! =D

Dear Solehah,
Bukan semua dalam gambar tu yang hadir gathering semalam. Kak Ain hanya menunjukkan contoh gambar-gambar ahli kelab yang akan dimasukkan dalam majalah tahunan Sri Bangsar. Majalah itu nanti akan jadi buku penutup siri AKU MAHU, setelah lengkap 10 siri.

Dear Misz Qiqin,
InsyaAllah doakan supaya boleh diadakan gathering lagi di masa hadapan. Tentang buku Aku Mahu ke New York, Kak Ain tak boleh beri tarikh yang tetap. Ini kerana semuanya bergantung kepada proses percetakan. Kak Ain hanya boleh berikan jangkaan yang buku tersebut akan keluar dalam bulan Oktober 2008. Apapun, Kak Ain akan sentiasa memberitahu tentang perkembangan buku di Rumah Pink ini.

Salam Sayang,
AinMaisarah

Farah Hanum said...

salam kak ain...
owh...:-( cemburunya...saya.Saya dah agak mesti meriah program tu..habis ke manuskrip aku mahu ke new york?semasa saya kat rumah saya terpikir-fikir kak ain dan rakan2 disana mesti gembira tapi apakan daya ayah ade urusan kerja dan ibu pun juga sibukk...

wassallam...
farah hanum