18 August 2008

Laporan AinMaisarah di MPH Mid Valley - Bhg 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Okey! Video-video yang telah diambil semasa majlis buku semalam sudah selamat dimasukkan dalam youtube.

Kak Ain mohon maaf atas kualiti video yang kurang memuaskan. Selalunya Cik Abang yang merakamkan video dan gambar. Malangnya semalam kami berdua memegang mikrofon mengawal majlis. Jadi hanya sesekali Cik Abang dapat mencapai kamera dan merakam gambar dan video.

Majlis bermula pukul 4.15 petang. Walaupun Kak Ain dan Cik Abang telah sampai 15 minit awal iaitu pada jam 3.45pm, majlis bermula lewat 15 minit dari jadual sebenar. Berlaku sedikit kekalutan teknikal pada awal majlis. Mikrofon pembesar suara dan papan putih yang diperlukan bagi menjadi layar tayangan projektor tiada. Alhamdulillah bantuan keperluan tiba juga. Setelah projektor dipasang, barulah Kak Ain dijemput ke depan memulakan majlis.

Setelah memperkenalkan diri, majlis diteruskan dengan tiga pusingan permainan. Hah! Waktu itu Kak Ain dan Cik Abang membentuk dua kumpulan.

Mereka yang berada di sebelah kanan menjadi Geng Kak Ain.

Penonton sebelah kiri pula masuk kawasan pemerintahan Geng Cik Abang.

Kami telah bertarung sebanyak tiga pusingan. Pusingan pertama iaitu permainan 'Aku Mahu Menyanyi' ... Konsep permainannya sama dengan nyanyian lagu 'Goreng Pisang' tetapi ditukar kepada 'Aku Mahu'. Dua-dua kumpulan perlu berbalas-balas nyanyian. Nampaknya dua-dua kumpulan memang kuat dan menyanyi dengan penuh bersemangat. Gamat satu MPH Mid Valley dibuatnya! =D Akhirnya kedudukan menjadi seri 1-1.

Sayang sekali Cik Abang tidak dapat merakamkan kegamatan di dalam MPH ketika nyanyian berkumandang. Rugi betul! Jarang sekali kita dibenarkan membuat kecoh di dalam kedai buku. Betul tak?

Apabila masuk pusingan permainan kedua iaitu 'Aku Mahu Bergosip' (mengikut konsep permainan chain whisperer)... kumpulan Kak Ain kalah =( huhuh... Sedih! Sedih! Walaubagaimanapun, kami tak patah semangat. Kami meneruskan perjuangan dengan berkobar-kobar demi nak menumbangkan Geng Cik Abang.




Permainan ketiga dipanggil sebagai 'Aku Mahu Melukis' (mengikut konsep permainan Win, Lose or Draw) Dua-dua kumpulan beradu kekuatan head to head. Siapa paling cepat melukis dan meneka kesemua sepuluh perkataan bakal menjadi juara. Ternyata ahli kumpulan Geng Cik Abang memang dapat A++ dalam peperiksaan subjek lukisan. Mereka sekali lagi berjaya mengalahkan kumpulan Geng Kak Ain.




Kumpulan yang kalah pula dikenakan hukuman ketuk-ketampi. Memang sporting habis! Kak Ain salute semua ahli kumpulan Geng Kak Ain yang sanggup ketuk ketampi di dalam MPH Midvalley semalam. Sayangnya Cik Abang hanya dapat merakamkan bahagian akhir proses ketuk ketampi tersebut yang diiringi dengan lagu ketuk ketampi dalam filem Labu-Labi. Memang kelakar!

Keputusan akhir, kumpulan Geng Cik Abang menjadi juara keseluruhan. Tahniah diucapkan! Kepada ahli Geng Kak Ain, tak mengapa. Walaupun kita kalah dan telah dihukum ketuk-ketampi, kita semua tetap cool, sporting dan control ayu dengan hebat sekali. Inilah adat permainan, mesti ada memang dan kalah. Jadi jangan sedih-sedih. Kita kumpul kekuatan. Lain kali kita pastikan Geng Cik Abang akan ditewaskan!



Video di atas adalah rakaman video ketika Kak Ain menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 10 orang wakil kumpulan telah menerima keychain Eifel Tower dan Menara Big Ben London. Keychain ini adalah keychain yang dibeli oleh Cik Abang ketika melawat Paris dan London dulu. Ianya tanda hati dari luar negara. Kak Ain sengaja memilih hadiah ini kerana mahu menyesuaikan dengan konsep buku terbaru Kak Ain yang akan keluar bulan Oktober ini iaitu 'Aku Mahu ke New York'




Ini pula adalah video memaparkan pengumuman anugerah dua pengunjung paling sporting. Cik Adik Aimi dan Cik Adik Elisha telah menerima satu set gelang tangan dan minyak wangi mini jenama TOUS. Semoga bergembira dengan hadiah masing-masing ye!

Selesai upacara penyampaian hadiah, barulah Kak Ain berpeluang memberikan secara PERCUMA naskhah manuskrip teaser 'Aku Mahu ke New York'. Novel sebenar 'Aku Mahu ke New York' iaitu novel ke-lapan AinMaisarah akan berada di pasaran pada bulan Oktober 2008. Jangan lupa dapatkan!

Kepada semua pembaca yang telah meluangkan masa selama satu jam bersama Kak Ain, sesungguhnya Kak Ain sangat-sangat gembira dapat bertemu kalian. Paling utama tentulah ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa yang sudi menghantar anak-anak kesayangan ke Mid Valley semalam. Ada beberapa orang ibubapa yang berjumpa Kak Ain secara peribadi. Ada dinyatakan bahawa mereka terpaksa membatalkan agenda menghadiri kenduri kahwin, semata-mata nak membawa anak yang merayu-rayu mahu ke Mid Valley. Aduh! Kak Ain terharu dengar kesungguhan adik-adik para pembaca!

InsyaAllah Kak Ain dan Cik Abang akan menganjurkan lagi pertemuan sebegini di masa-masa akan datang. Kak Ain mahu jalinkan hubungan yang lebih erat dengan pembaca semua. Kak Ain mahukan hubungan ukhuwah fillah ini berterusan sampai bila-bila. Amin.

Tunggu entri laporan bergambar pula!

Salam Sayang,
AinMaisarah

13 comments:

Nur Syuhada Fadlia said...

salam..
Ramai yang tak kan terlepas peluang bersama dengan Kak Ain..lagi2, ada buat gathering..Mestilah seronok..Dapat jumpe Kak Ain pulak tu..Saya saja yang belum pernah jumpa Kak Ain(tak tahu la yang lain..hehe)
Harap Kak Ain buat lagi pada tahun hadapan di sekitar Kuala Lumpur..

Anonymous said...

Salam...

Sedihnya... Hari tu x dapat pergi. Mesti best luangkan masa dengan Kak Ain. Saya pun sama macam Syuhada, tak pernh jumpa Kak Ain. Uhuk,uhuk,uhuk...(Hehehe...)


-Nadhira-

ALyA WoNdErS said...

Alya juga! hehe ..

cicakgirl said...

Assalamu'alaikum Kak Ain,

Bila saya bertandang ke rumah pink kak Ain dan baca entri "Gathering di Mid Valley" saya rasa agak terkilan juga kerana tidak dapat hadir ke sana.
Saya tidak dapat hadir kerana tiada pengangkutan ;(.
kalau tidak boleh jumpa Kak Ain, Najwa, Hanis, Balqis dan IraHazira.
Takpelah, mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

Majulah Kak Ain untuk dunia penulisan!

Wassalam.

misz qiqin said...

SAYA MEMANG BETUL-BETUL RASA SEDIH SEBAB TAK DPT JUMPA K.AIN!!

:(
;(
;(
;(
;(

K.ain... watlah lagi gathering ni!!!!!!!

najwaamira said...

Salam,

Paling best masa Aku Mahu Bergosip/Melukis..

Yg bergosip tu,org dpn Mira silap ckp!Aduss..Lain pula mesejnya..Hehe..

Melukis pula,hmm...Mcm2 mereka lukis..Apapun,seronok tgk mereka lukis...

najwaamira said...

Salam,

Paling best masa Aku Mahu Bergosip/Melukis..

Yg bergosip tu,org dpn Mira silap ckp!Aduss..Lain pula mesejnya..Hehe..

Melukis pula,hmm...Mcm2 mereka lukis..Apapun,seronok tgk mereka lukis...

Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
ain~dakcute said...

salam kak ain...

mase kat sne best gler...
yg paling best mase main 'aku mahu menyanyi N aku mahu bergosip'...
mase game 'aku mahu menyanyi tu kan...kak ain terlompat2 bile xdpt ayat yg nak bls dekat kump.cik abg.....
kelakar mase kak ain terlompat2 tu...hehehehe...
sori kak ain...
ain harap...kak ain boleh buat lagi..
best~....
oh ye..kak ain cam ner nak ade gambar yg dekat kelab teman tapi mesra???hantar gambar kat email kak ain ke??

fazlin said...

kak ain..

wah..pasti meriah kan...
tapi sayangnya fazlin x dapat pergi...
insyaallah boleh jumpe kak ain pada masa hadapan..
bye askumm

Anonymous said...

rugi nye tak pergi.
:'(
sedih.
ade buat lagi tak nanti?

with love,
syerah.

ala tomei said...

kak najwa slh bg kat sayer dr pantun cadi taik ayam candu hehehehehhehhehe

farah said...

askum...
kak ain, x bes ler coz' kak ain x pernah nak buat laporan d' Ipoh..