22 July 2008

Sedutan Aksi Riha di TV9

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri Kak Ain kali ini berkisar tentang sedutan rancangan 'Suatu Hari Nanti' di TV9. Rancangan tersebut telah disiarkan pada hari Ahad, 20 Julai 2008, tepat pukul 7.30 malam.

Kak Ain dan Cik Abang sudah bersiap sedia dengan kamera nak merakam aksi Riha, salah seorang ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah. Kami bersemangat sungguh nak melihat dan menyokong Riha menjadi pengacara rancangan TV. Mujur sahaja tak ada pom-pom macam pasukan cheerleaders tu! =D

Ini adalah gambar-gambar yang telah diambil. Kepada yang tidak sempat menyaksikan rancangan tersebut, enjoy the pictures!


Ini adalah gambar Riha sewaktu rancangan baru bermula.


Riha sempat juga posing-posing mempromosi dua buku PTS One dalam TV. Terima kasih Kak Ain ucapkan ye! Buku yang terpapar di skrin adalah Adam Kecil: Sakit Gigi dan Aku Mahu Saiz S.


Ini pula sedutan di klinik gigi. Haa... kalau nak tahu, Kak Ain memang takut jumpa doktor gigi. Seram sejuk kaki dan tangan bila tunggu giliran. Salah satu sebabnya kerana gigi Kak Ain jenis cepat ngilu. Untung juga sepanjang 26 tahun hidup ni, gigi Kak Ain tak pernah mengalami kerosakan dan sakit serius.


Ini adalah gambar terakhir sebelum rancangan tamat. Kelihatan Riha sedang kekal tersenyum ketika dicium oleh kedua ibubapa! Gaya anak mithali gitu! Heheh =D

Kak Ain doakan cita-cita Riha nak menjadi doktor gigi akan tertunai di masa hadapan. Pastikan belajar bersungguh-sungguh. Jangan lupa juga mohon pada Tuhan kerana segalanya dalam hidup ini Tuhan yang tentukan.

Cita-cita Riha sudahpun Kak Ain ketahui. Bagaimana pula dengan cita-cita yang lain? Ada yang nak jadi polis macam Dato' Siti Nurhaliza? Ada yang nak jadi angkasawati negara? Mari kita kongsi cerita tentang cita-cita pula!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Dahulu tak pernah terlintas dalam angan-angan dan cita-cita, AinMaisarah akan jadi seorang penulis.

17 comments:

zaharahanum said...

Assalamualaikum,

Pn. Ain Maisarah yang dihormati,

Tahniah saya ucapkan kerana tulisan-tulisan puan (melalui novel dan juga blog ini) memberi impak kepada pembentukan keyakinan diri sebahagian besar peminat-peminat puan termasuk adik Riha.

Saya sebagai seorang ibu, turut terhibur dengan rancangan "Suatu Hari Nanti". Sejak tengok Riha di kaca tv kelmarin, anak saya, Sufiah, yang berusia 4 thn, tidak mahu lagi makan gula-gula dan kerap bertanya bila dia boleh ke klinik gigi.

Terima kasih adik Riha kerana membangkitkan keinginan Sufiah utk berjumpa doktor gigi.

shasha said...

Saya nk sgt jd doktor dan angkasawan satu hari nnt...dulu masa kecil2 kak ain bercita2 nk jd apa ye? =)

Anonymous said...

saya pula nak jadi seorang usahawan yang berjaya!!
kalau tak pun,jadi akauntan atau penterjemah bahasa..^_^

born 2 success,
~nazirah~

Halimatus Saadiah said...

Assalamualaikum kak ain...

Bila besar nanti,saya teringin sangat nak jadi doktor,lebih tepat lagi nk jadi surgeon(pakar bedah puan).Sebab tu time belajar,saya lebih tumpukan pada matapelajaran english,mathematics dan science,tapi bahasa melayu pn saye tak lupekan...doakan saye berjaya ek..oh,ye,kemungkinan minggu ni lah saye hantar wang pos tu...

Anonymous said...

salam kak ain,
cita-cita saya pula ialah menjadi
seorang doktor,tapi tak tahu nak jadi doktor dalam bidang ape...
mak pulak suruh jadi doktor bedah...tapi masih belum buat keputusan...

salam dari,
shaikha

najwaamira said...

Saya nak jadi fashion designer+penulis(part time)

Saya suka sgt fesyen dan juga bidang penulisan.:D

najwaamira said...

Kalau boleh,

Saya nak jadi mcm Dato' Bernard Chandran,Amin Jauhary,Rizalman..dan ramai lagi lah!

Wish me luck ya?

p/s:Hari Jumaat,saya ada temuduga percalonan pengawas+camping di bukit Lagong.Wish me luck...:D

farah_hanum said...

salam kak ain....
comelnya... riha kiut miut....kak ain pun comel juga:)ermmmmm cita-cita saya nak jadi arkitek,doktor atau pemain muzik terkenal....

wassallammm...
farah hanum.

ALyA WoNdErS said...

Ha!
Alya pula mahu jadi seorang Bussinesswoman + Ala-ala Chef sikit ..

Pendekkan cerita, Alya teringin nak buka sebuah bakery roti sahaja.
Namanya :. 'Big Bread Bench'. Roti besar sahaja.. hehe...

Cita-cita kak ain semasa kecil dulu apa ya?

salam,
alyathewonders
http://seasonywonders.blogspot.com

__Princess Lily__ said...

salam kak ain...

sebenarnye...aqma ada banyak cita2
first, aqma nk jd akauntan sbb aqma minat sgt ngan subjek maths...

second choice, aqma nk jadi guru tadika ataupun buka nurseri utk kanak2 sbb aqma minat dan syg dengan budak2 kecil, terutamanya yg comel lote...

aqma juga teringin nak buka kedai buku yg mcm MPH, POPULAR dan banyak lagilah... yerla, sambil meniaga bole arr baca buku PTS yg terbaru...bak kata pepatah, sambil menyelam minum air...hehehe
sebenarnya banyak lg sbb aqma ni memang suka bertukar cita2...
buat masa ni ni jerla...

salam sayang.
aqma

Syafiqah said...

salam kak ain,
iqah pun ada byk cita-cita sama..

first sekali nak jd akauntan..saya pun x tau nape saya nak jd akauntan maybe saya minat math..hehe..

yg kedua,saya nak jd chef..hehe..mungkin sjk saya masuk cooking competition kat sekolah tetibe je terus minat nak memasak..

yg ketiga,nak jdi perka grafik komputer..sbb iqah minat sgt dgn seni dan komputer..hehe

banyak kan cita-cita iqah..iqah pun x tau nak pilih ape..smpai iqah terpaksa ambk kaunseling kerjaya dgn cikgu kat sekolah..huhu..oklah,smpai di sini dahulu..jemputlah dtg ke blog saya..

lots of love,
syafiqah

norainiammran said...

Salam...
Saya meminati Ain Maisarah semenjak adik saya Naimah (yang menang bantak pink tu) dapat bantal pink.
Walaupun umur saya mungkin sebaya atau lebih tua dari AinMaisarah, saya suka juga baca novel AinMaisarah.Bila saya baca novel comel..saya tak faham hujung pangkal nya.. Naimah menasihatkan saya membaca sirinovel Aku Mahu... baru laa saya faham ..

Novel comel itu, adalah cerita tentang watak2 dalam siri Aku Mahu...

hehhehe..seronok... saya juga berminat untuk menulis novel kanak-kanak.. tapi, memandangkan saya belum punuye idea, dan masa yang terluang saya terpaksa tangguhkan dulu.

Lagi satu.. nama Ain Maisarah hak cipta terpelihara ke? Saya nak bubuh nama Ain Maisarah kepada puteri saya akan datang.. hehe

Hanisah said...

Assalamualaikum Kak Ain,

Saya ada tengok Suatu Hari Nanti. Riha masuk tv! Riha nak jadi doktor gigi. Saya tak berapa tengok rancangan Suatu Hari Nanti tu. Tapi bila Riha masuk dlm rancangan tu, saya terus nak tengok! Ahli Kelab Teman Tapi Mesra Ain Maisarah masuk tv, mestilah saya tengok! Disebabkan rancangan tu pukul 7.30 p.m, saya terlewat sikit tengok rancangan tu. Sebelum tu nak solat Maghrib dulu, lps solat baru saya buka tv. Tak sempat nak tengok aksi Riha membaca buku novel Adam Kecil:Sakit Gigi. Nasib baik Kak Ain masukkan gambar Riha.

Suatu Hari Nanti saya nak menjadi doktor sukarelawan. Nak tolong orang2 tsunami. Kat Aceh... And banyak lagi tempat. Kak Ain tolonglah doakan saya berjaya ye!

Wish me luck,
Hanisah.

afiqah nadzirah:P said...

Salam kak ain,
sye pun ade bnyk cite2.
~firstly-nk jdi dktor
~secondly-nk jdi saintis
~thirdly-dktr forensik
dan bnyk lagilah tpi yang utama mestilahh doktor.oh ye,saya lupa nak letak nama ibu saya(e-mail)Nazhatulshima bt. Nolan supaya senang sebab saya tinggal di dalam universiti.
Wassalam,
afiqah ;]

Nurul said...

salam kak ain,

hari ni saya nak share impian saya bersama dengan kak ain. seiring dengan perkembangan global, semua rakyat malaysia dan juga umat islam diajak bersama-sama memajukan diri agar setanding dengan negara-negara maju yang lain. semenjak menonton tayangan sains angkasa dan islam serta pandangan mengenai perkara tersebut oleh saintis islam dan barat, saya bersa tertarik jadi, di sini saya sangat berminat untuk meneroka alam ciptaan Allah ini. saya harap besar nanti saya dapat menjadi seorang saintis yang mengkaji angkasa atau dipanggil sebagai astronomer.

wasalam...

nurul said...

dan cita2 yang terpendam.....
menjadi seorang.............
angkasawati....!

hanis honeys said...

Hanis ingat..Hanis nak jadi doktor haiwan ataupun biologist..hehe