20 July 2008

Ahad, 20 Julai 2008: Tonton 'Suatu Hari Nanti' di TV9

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ini Ahad, 20 Julai, tepat jam 7.30 malam di TV9, Kak Ain ingin mengajak semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah menyaksikan rancangan 'Suatu Hari Nanti' di TV9. Apa yang menarik sangat?

Tentunya kerana dalam rancangan ini nanti, salah seorang ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah akan beraksi! Namanya adalah NurFarihah bt Jamil atau lebih mesra dikenali sebagai Riha.


Nak tahu cita-cita Riha? Nak lihat celotehnya mulut Cik Adik yang seorang ini? Nak berkenalan lebih dekat lagi? Oleh itu mesti tonton rancangan tersebut!

Mari kita tonton rancangan 'Suatu Hari Nanti' ramai-ramai! Ingat ya! Tepat jam 7.30 malam, temu janji anda dengan TV9 =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

6 comments:

IZZ HAZWANI. said...

tak sabarnya.
mesti Riha nampak comel!!

hari ni..yeay!kak ain tgk tau..jangan tak tengok.

MIRA said...

Salam,

MEstilah saya tgk.Yelah,diakan personal assistant saya.:D

Halimatus Saadiah said...

Saye akn tgk mlm ni...tp saye nk tanye..bile kak ain nk bls emel saye?sori kalau saye ni memaksa sgt...

Alya said...

:) hehe ..
sebenarnya, Alya baru sahaja
lepas menonton Riha beraksi..
Riha nak jadi seorang doktor gigi
suatu hari nanti.
Doktor Riha!! :)

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Hanis pun menonton Riha di kaca TV .
Yup , Alya , Riha nak jadi Doktor Gigi :)

Semoga Riha berjaya !

Farah Hanum said...

salam kak ain...
saya tak sempat nak tengok riha beraksi....saya gi jalan-jalan... .Ye ke riha nak jadi doktor gigi??semoga riha dapat nmencapai cita-cita tu...

wassallam...
farah hanum.

p/s:oh ya kak ain saya baru dapat buku tu....kak ain baca email saya...ye... .