07 June 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Mei 2008

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Seperti dijanjikan, Kak Ain akan mengumumkan pemenang bagi bulan Mei yang telah berjaya memiliki sebuah bantal pink yang gebu lagi comel. Ribuan maaf Kak Ain ucapkan kerana terlewat sedikit membuat pengumuman. Talian 3G Celcom yang buat aniaya pada Kak Ain. Sekejap-sekejap terputus. Ini menyebabkan proses download video ke youtube asyik tergendala. Penat Kak Ain cuba beberapa kali. Alhamdulillah baru kini berjaya.

Bagi mengetahui pemenang bertuah bantal pink itu, sila tonton video di bawah:


Sekalung tahniah diucapkan buat:

Nama : Cik Adik Hafizatul Naimah bt. Ammran
Alamat : Taman Sri Serdang, Seri Kembangan
E-mel : imah_cumel@yahoo.com.my


Kepada yang sudah menghantar borang penyertaan, jangan kecewa dan jangan merana. Ada lagi empat bantal pink yang menunggu. Peraduan ini akan berlangsung sehingga bulan Oktober 2008.

Kepada yang belum menyertai, cepat-cepat dapatkan buku bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Pada bahagian akhir buku tersebut, ada disisipkan borang peraduan Aku Mahu Bantal Pink. Ingat, Kak Ain hanya mahukan borang peraduan yang asli sahaja. Fotostat-fotostat Kak Ain tak main ye! =D

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

16 comments:

fatinhanani said...

sedihnya x dpt bantal tu..
sobs..sobs..
ni yg sebak ni..
=(

fatinhanani said...

lgi satu kak ain..
ada x borang peraduan fatin kat situ???

BalqisBasri (^^,)v said...

Wah...Thniah laa kepada siapa yang menang tu....
Sya takde rezeki laa nak menang kali ni....
hu3....
:[

Anonymous said...

AKU MAHU BANTAL PINK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tiddaaaaakkkkkk!

Anonymous said...

saye nak bantal pink laig gebu tu!!!!!!!!
cam mane nak serta peraduan tu kak ain?
salam,
shaikha

p/s:sms shaikha yeh?

Fazlin Ibrahim said...

salam kak ain,

wah, besnya dpt bantal pink 2....

wah... kalau empat bulan lagi maksudnya bulan september lah abis...

x sempatlar fazlin nk masuk pertandingan tu...
sedihhhh...

yang sedih
fazlin

fatinhanani said...

nape lak x sempat fazlin?

Farah Hanum said...

salam kak ain....
aduh sedihnye..saye tunggu dari malam tadi tak keluar pengumuman tapi tak pe lah tak de rezki saye.saye sudah lama teringin bantal gebu tu...ok tak pe...kak ain doakan saye menang ye...
ermm ade tak borang saye kat situ...name saya Siti Farah Hanum...
ok kak ain wassaalaam...

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Kak ain, bulan jun punya kata laluan dan soalan pakai soalan baru ker soalan lama ?

goRgEoUs hUh said...

CaNtIkNyEr BaCKgRoUnD...KaT MaNeR 2???KaK AiN PuNyEr rUImAh eR...MeStI McM rMH FaShArInA Bt tAn sRi hIsHaM 2 Kan..HeHeH...sAyA PuN NAk mSK JgAk CONtEsT 2...Hrep tAnGaN BeRTUaH KaK AiN 2 DpT TgKp nAmA SaYa PuLaK LePaS nIe..

AinMaisarah said...

Dear Fatin dan Balqis,
Jangan sedih-sedih. Ada 4 bantal pink lagi. Kalau tak menang bantal pink pun, banyak lagi hadiah dan pertandingan lain yang Kak Ain akan anjurkan. Jadi teruskan mengunjungi Rumah Pink AinMaisarah!

Dear Anonymous,
Nak bantal pink, mesti hantar borang peraduan yang asli. Ada rezeki boleh menang lain kali!

Dear Shaikha,
Cara menyertai peraduan sangat mudah. Syarat utama, mesti beli buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Di belakang buku, ada borang peraduan. Segalanya tertulis di situ.

Dear Fazlin,
Kak Ain faham Fazlin akan menghadapi UPSR tak lama lagi. Selesaikan dulu perjuangan. InsyaAllah walaupun terlepas peluang menang bantal pink, pada masa hadapan Kak Ain akan anjurkan lebih banyak lagi pertandingan. Jangan risau!

Dear Farah,
Bulan ini tak menang, bulan hadapan mungkin ada peluang menang. Jadi seperti nasihat Kak Ain di dalam entri, jangan sedih-sedih. Jangan merana hati. Ada rezeki boleh menang lain kali.

Dear Sara,
Setakat ini soalannya sama sahaja. Kak Ain belum berkesempatan menukarnya. Mungkin peraduan bulan Julai...Kak Ain ubah. Bila Sara nak hantar borang peraduan?

Dear Gorgeous,
Isk..isk..isk... Rumah Kak Ain bukan macam rumah Fasharina Tan Sri Hisham yang kaya-raya tu. Fasha rumah banglo tiga tingkat. Kak Ain duduk di rumah kondo 14 tingkat. Heheh. Mulanya Kak Ain nak buat penggambaran di pejabat. Tapi pejabat pula ada kontraktor buat kerja-kerja pembaikan dan suis besar elektrik ditutup pukul 9.00 malam. Tak jadi perancangan. Akhirnya Kak Ain buat penggambaran di rumah sahaja. InsyaAllah ada 4 lagi bantal pink menunggu.

Salam Sayang,
AinMaisarah

MIRA said...

Wah tahniah kepada pemenang tersebut...

Nampaknya rezeki Mira xde lagi nak menang untuk kali ini..

Anonymous said...

salam kak ain ,
kalau kak ain mengubah soalan..
bagaimana dengan nasib kami yang telah menghantar borang penyertaan???
adakah kami punya borang penyertaan masih lagi akan dibawa ke bulan seterusnya atau sebaliknya???

Anonymous said...

salam kak ain...

waaahhhhhh..lawanya rumah kak ain.cantik betul.macam dihias oleh abang botak saya(eric leong)hehe.

kak ain.saya nak hantar untuk bulan ni punya.tapi kak ain x update lgi lah soalan tuh..huu..

saya faham kak ain skrg tgh super sibuk.saya cuma igtkan.mana tau kak ain lupa.yelah org tgh sbk utk manuskrip baru/.huhuh...


wassalam
syiqin.

Nina said...

Salam kak ain,

uwaa...Sara memang nak hantar peraduan tu. tapi masalahnya tak berkesempatan. Sara fikir nak terus ajak ayah pergi pejabat pos hari isnin lepas balik sekolah..

.imah. said...

Alhamdulillah,
Akhirnya saya menang!!!
Tak sangkanya...


Yang sedang menunggu abang posmen,
IMAH