07 June 2008

Impiana III - Apa Pendapat Pembaca?

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Hujung-hujung cuti begini, Kak Ain ingin memasukkan entri yang lebih serius. Sebelum ini, Kak Ain ada mengutarakan perbincangan tentang punca-punca penjualan siri IMPIANA yang tidak serancak siri AKU MAHU.

Melalui maklumbalas yang diterima, Kak Ain sangat berterima kasih kepada semua pembaca yang sudi memberi pendapat dan sekaligus membantu Kak Ain mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan yang ada pada IMPIANA I dan IMPIANA II.

Kak Ain sudahpun berbincang dengan pihak PTS tentang isu yang sama. Pada akhirnya, kami bersetuju menukar kulit muka IMPIANA I dan IMPIANA II. Kedua-dua buku akan direkabentuk semula bagi memastikan ianya dilihat berkesinambungan dan sewajah.

Bahagian muka belakang kulit buku yang tertulis sinopsis cerita juga akan ditukar. Setakat ini sesi perbincangan akan berterusan bagi memastikan hasil akhir kulit buku baru IMPIANA I dan IMPIANA II akan menepati kehendak pembaca.

Tentang isu harga, sebenarnya harga sesebuah buku itu ditentukan oleh pihak penerbitan. Harga buku mengambil kira semua kos. Antaranya adalah kos kertas, kos percetakan, kos editor, kos ilustrator, kos penyimpanan buku di stor, kos pengangkutan buku ke kedai-kedai buku seluruh Malaysia (tambah pula harga minyak sudah naik, huh!) dan kos komisyen kedai-kedai buku.

Satu lagi sebab harga buku IMPIANA I dan IMPIANA II perlu kekal pada kadar RM21 adalah kerana bilangan halamannya yang melebihi 300 mukasurat. Sekiranya mahu mengurangkan harga, buku yang ditulis perlu kurang 300 mukasurat.

Sekarang ini, Kak Ain sedang memikirkan masa depan IMPIANA III. Kak Ain perlu menentukan mahu menulis sambungan kisah IMPIANA III yang halaman bukunya nanti samada lebih nipis, kekal ketebalan atau lebih tebal.

Oleh itu, Kak Ain mahu meminta pendapat pembaca sekalian. Kak Ain nak tahu apa yang dimahukan oleh para pembaca bagi buku IMPIANA III. Pilihannya adalah:

(A) IMPIANA III harga RM18, mempunyai bilangan mukasurat 270
(B) IMPIANA III harga RM21, mempunyai bilangan mukasurat 320
(C) IMPIANA III harga RM23, mempunyai bilangan mukasurat 400


Kak Ain mahukan pilihan undian beserta penerangan. Contoh pemilihan adalah seperti di bawah:

Saya memilih (A)

Ini kerana saya merasakan harga RM18.00 adalah berpatutan. Ibubapa saya memang memberi RM20 sebulan sebagai peruntukan membeli buku PTS. Jadi saya ada baki RM2.00. Walaupun ceritanya akan menjadi lebih pendek tetapi adalah lebih penting untuk saya mampu membelinya. Saya juga bercadang membeli gula-gula mentos yang menyegarkan nafas dengan baki duit yang ada. Sekian, terima kasih.

Yang sudah mengundi,
Britney Spears

Kak Ain mahu dengar pendapat para pembaca sekalian. Sila undi di bahagian komen. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pembaca ya. Terima kasih semua.

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

92 comments:

najwaamira said...

Saya memilih B kerana harganya berpatutan dan pagenya yang banyak.Kalau pagenya banyak,mahal pun x apa sebab saya akan berpuas hati dengan ceritanya yang banyak.

Yang telah mengundi,
Najwa Amira

najwaamira said...

KAk Ain,nak undi 2 boleh x?Boleh ya?

Saya juga memilih C kerana pagenya lagi banyak lagi bagus.Lagipun,mama dan papa saya x kisah nak beli buku yang mahal,asalkan pagenya yg banyak,dan isinya best.

Berbaloi kalau beli mahal2,isinya banyak..Lagi bagus..

farah said...

Saya memilih, IMPIANA III harga RM21, mempunyai bilangan mukasurat 320. Jika begini, tentu pagenya banyak dan ceritenya lagi banyak. RM21 itu tidak lah semahal mana pun. cume puluhan ringgit tambah satu ringgit sahaja.

Jika A, sudah tentu pagenya sikit , ceritenya sikit dan tak mencabar. satu hari baca pun boleh habis dan ceritenya yang pendek langsung tidak dapat rasa mencabarnya itu.

Jika C, boleh juga kerana pagenya yang banyak akan membuatkan ceritenya bertambah banyak serta rasa mencabarnya bergunung.tapi penatlah Kak Ain nak tulis.hahahha. namun, pasti ramai yang tidak berstuju kerana harganya yang sedikit mahal

Yang telah mengundi,
Farah

cutegirl_balqis said...

Saya memilih (C),

Ini kerana Balqis rasa page lebih banyak lebih best dibaca....
Lagi pun ibu bapa Balqis tak kisah berapa harga tu asalkan Balqis baca buku tu sampai habis....
Lagi pun harga RM23 tu memang berpatutan sangat dengan 400 mukasurat....
Saya harap nanti IMPIANA III, Kak Ain buat 400 mukasurat....
Ayah saya tak kisah pun berapa harga buku itu....

Yang sudah mengundi,
nURuLbALqIS

Nurul said...

saya memilih B

sebab utama saya memilih 'B' kerana saya berpendapat ketebalan buku itu sudah sesuai. KAlau terlalu nipis, rasa berdebar-debar dan seram tu seperti sudah hilang dan mungkin tak ada langsung. Lagipun, saya rasa harga RM21 tu sudah mencukupi. Sesuai untuk buku Impiana yang bergenre agak dewasa. Cuma, kalau kak Ain memilih untuk menulis lebih tebal tu pun saya okey sebab lebih RM2 pun tak apa. Peminat kak ain meminati jalan ceritanya yang tersangat menarik dan penulisannya yang agak berlainan-lain daripada yang lain. Saya harap bilangan muka surat tidak menjadi penghalang untuk kak ain menulis dengan penuh kreatif dan best.

yang telah mengundi,
Nurul -sayang kak ain-

(cuti dah nak habis tapi cuti ni saya tak dapat baca buku kak ain sebab sepupu saya dari maktab perguruan sedang meminjam satu set buku kak ain untuk dibaca. wah! seronoklah kak ain ye)

aLya tHe LiPaS said...

Kak ain ,
alya nk pilih yg C ..
sbnarnya alya teringin nk baca buku k ain yg panjg2 baru best !
hihi ...
semoga kak ain tak pening gajah ..

Salam pilih C,
alya the lipas

Izzati Hazwani said...

Assalammualaikum Kak Ain!

Saya memilih 3.

Sebab,sebulan saya mendapat wang saku RM 60.Sehari saya bawa RM2.Tapi,selalu membelanjakan duit sebanyak RM1 sahaja.Baki selebihnya,saya boleh gunakan untuk membeli buku yang saya inginkan.Walaupun harganya mahal,tai berpatutan dengan jumlah mukasurat.Kalau ceritanya bertambah seram seperti IMPIANA 1,mungkin saya akan lebih banyak mengeluarkan air mata saya.Kalau seram sangat,memang lah saya boleh menangis.


Yang telah mengundi nombor 3,
Izzati Hazwani

fazlin said...

salam kak ain,
fazlin memilih B, walaupon harganya rm21. tp, ceritanya best..kalau lebih panjang lagi best..
walaupon mahal daripada yang lain, tp fazlin rase berbaloi..
mane ade novel yang murah..
so, fazlin rase RM21 sudah berpatutan n fazlin rase baik kak ain kekalkan harga impiana..
mama fazlin memang berkira tp x perlah..

huhuhuu

salam RM 21.
fazlin

Anonymous said...

Salam kak ain & semue pengunjung di ainmaisarah,

Bagi pilihan saye pula ialah B kerana harganye berpatutan gak lah ngan tebal cket. Saye memilih B juga kerana tidak terlalu tebal dan terlalu .

salam,
SHAIKHA

anas muhamad radzi said...

Saya memilih(C) kerana saya suka buku yang tebal...walaupun harganya agak mahal ibu bapa saya tidak menghalang saya...kalau kak ain buat sampai 700 mukasurat lagi bagus..hehehehe...

cutie_farah said...

salam kak ain...
saya memilih b kerana page ye tebal dan har ga juga berpatutan.Mahal tidak kisah kerana saye berpuas hati memilih b..

yang mengundi:
cutie farah...

Anonymous said...

Saya tak kisah mane2 pun.Saya akn brpuas hati klau beli buku tebal,page banyak and jalan ceritanya menarik.Lgipun parents saya x ksah kerana sdh biase membeli buku2 kak ain.Dan kalau buku tebal harga mahal mmg berbaloi kerana boleh bca buku 2 lame2..

From,
AudraDayana

Anonymous said...

Saya pilih C sbb cerita dia mesti lagi best and mencabar.

Yang telah mengundi,
Zafirah

^hayati^meLUVe^ said...

Salam Kak Ain..

Saya memilih (C)

Ini kerana saya merasakan lebih banyak bilangan muka surat yang dibukukan, lebih rajin dan bersemangat untuk saya membacanya. Walaupun ibubapa saya tidak memberikan sebarang peruntukan untuk membeli buku PTS, tetapi itu tidak menghalang niat saya untuk membeli buku Kak Ain. Jadi saya akan lebih berdisiplin untuk menguruskan wang perbelanjaan yang diberikan kepada saya. Sekian, terima kasih.

Yang sudah mengundi,
Nurhayati Nadhirah
a.k.a. meLUVe

farah said...

salam kak ain..tentang pendapat saya itu..kak ain pilihlah antara dua ya...tapi saya lagi suka C sebab ceritenya yang panjang pasti akan menimbulkan rasa mencabar yang menggunung.

::fatin:: said...

salam kak ain..
fatin pilih b..
kalau cerita itu panjang , dan muka suratnya banyak , itu tidak menjadi masalah..
asalkan kami , para pembaca berpuas hati dgn jalan ceritanya..

Anonymous said...

Saya memilih (c)

Ini kerana ibu bapa saya tidak kisah harga sesebuah buku yang saya ingin beli.Lagipun buku tersebut tentunya lebih best dan menarik.

Yang telah mengundi,
Afrina

banana_syiqin//fruits said...

salam kak ain.

syiqin kmbali ke page kak ain.
saya memilih C.

sbnrnya lagi tebal,lagi takut.
bila lagi takut lagi lamalah saya baca.sebab bila part yg seram,saya akan stop baca.smbg blk lps mkn or ape² lah.sebab saya ni mmg biasa klu bace buku tebal lupa buat semua benda.tapi saya ikut juga pesanan kak ain yg kak ain tulis kat buku impiana II masa kte jumpa kat alamanda hari tu.

lagipun,jika dibandingkan dengan B,harga x jauh beza.dan masing² dlm kategori puluhan ringgit,juga tidak sampai RM25.okey lah tuh.

kalau A pula.harga okey je.tiada masalah.cuma dia akan jadi nipis sangat.macam tak bisa memilihmu.xpuas lah baca buku nipis sangat.

kalau soal harga mahal,mungkin ramai yang tdk mampu.tapi,saya pasti kalau lebih seringgit 2 xjd masalah kan.pembaca juga pasti akan bermati-matian utk pujuk ibu bapa mereka beli buku kak ain tu.

wah, panjang ye komen saya nih..huuhu

kak ain saya nak tukar nickname.bukan syiqin//thepoison lagi taw.tapi, banana_syiqin//fruits. nama group saya yg baru.hehe

yang telah mengundi C.
syiqin

~aqma_rockgurlz~ said...

salam kak ain,

sy ingin memilih B... sbb sy rasa harga yg sederhana lagi bagus, emm, C pon bagus gak, sy x kisah, asal kan berbaloi sudah...

wanie_95 said...

Assalammualaikum kak ain..

Saya Pilih no. 3 kak ain!!..Sebab mukasurat kalau lagi banyak lagi bagus.Lepas tu harga dia pun lebih kurang je.Cuma tambah 2 ringgit je..Kalo simpan sehari seringgit,dua hari dah boleh dapat 2 ringgit...Saya harap sangat-sangat kak ain buat 400 mukasurat dalam buku impiana 3 nanti..

Sara Imanina said...

Saya memilih B dan C ( kalau undi 2 boleh tak ),

Ibu bapa saya tidak kisah mengeluarkan duit untuk membeli buku cerita kepada saya. Saya lebih gemar membaca buku yang tebal dan mempunyai bilangan mukasurat yang banyak. Jikalau mukasuratnya sedikit, saya merasa tidak puas membaca sesebuah buku itu.

Jujurnya saya katakan, apabila saya hendak membeli buku PTS, selain saya tengok pada muka depan dan sinopsis cerita pada buku tersebut, saya juga memilih buku yang agak tebal.

Jadi saya berharap bilangan mukasurat IMPIANA III tidak dikurangkan.

Yang telah mengundi,
Sara Imanina

Riha said...

Salam Kak Ain,

Riha memilih (B) sebab ketebalan novel tu sesuai dengan harganya. Lagipun, kalau novel tu terlalu tebal, agak kurang sesuai dengan pembaca pembaca cilik kak Ain ni. Memanglah Kak Ain target Impiana sebagai novel PTSSYOK,(novel remaja metropolitan)tapi kebanyakan pembaca novel PTS (tak kiralah PTSONE atau PTSSYOK)tergolong daripada pembaca berusia 10-16 tahun.

Kalau ikutkan murah, RM 21 rasanya dah cukup berpatutan kerana kalau RM 18 seolah-olah ia terbitan PTSONE. Jadi, Riha lebih memilih B sebab IMPIANA dan Impiana II pun harganya RM 21.

nuemie said...

saya memilih B..

sbb harge nye tak lah mahal sgt dan m/s nye pon tak la sikit sgt..
so critenye mesti lebh menarik..

kalo A..
m/s terlalu sket..tak syok lah..

Kalo C..
sye tak ksah..
lgi byk pon lgi bagus.. janji critanye menarik..

yg memberi pendpt dan mengundi,
myra..

nurul hidayah roslan said...

Dayah memilih B kerana dayah suka baca novel yang muka suratnya banyak!!!hehehhe:):)Dan harganya mahal sikit ,biasalah tu asalkan cerita BEST!!!!





Yang telah mengundi,
Dayah

goRgEoUs hUh said...

SaYa PiLiH C SeBaB lAgI BaNyAk mUkASuRaT,LaGi bEsT BaCa..tP HaRgAnYa yAnG MaHaL 2 TaK MeNgApA...mAk DaN AyAh SaYa mAsIh mAmPu kOt...






YaNg tElAH MeNGuNdI,
gOrgEoUs hUh...

irahazira said...

Salam Kak Ain,

Saya sekarang berada di atas pagar, tak tau nak terjun dekat padang B atau C. Kalau padang C, x berapa sakit la sangat, sebab permukaannya tebal dan membelai.. eh? hehe permulaan saja tu.

Ok, bagi saya la kan, saya memilih B. Jika mengikut nafsu, sudah tentu saya memilih C kerana nafsu saya sentiasa bersemangat dalam bab membaca novel, tambahan pula jika penulisnya ialah Ain Maisarah; yang telah menambat hati saya untuk terus bersama dunia penulisan.
Sebab saya memilih B ialah kerana kita perlu melihat keseluruhan faktor kemampuan pembaca. Bukan semua pembaca mampu membeli, lihat sahaja novel Impiana dan Impiana II yang mungkin salah satu sebab novel tersebut tidak laris di pasaran ialah faktor harganya.

Bagi A pula, saya tidak merasakan harga tersebut relevan untuk dipertimbangkan kerana Impiana dan Impiana II berharga RM21, jadi takkan pula sambungan cerita kepada novel di atas berkurangan harganya. Hal ini seperti menunjukkan bahawa episod terakhir cerita Impiana(jika Impiana III ialah siri terakhir) bagaikan kekurangan plot-plot yang menarik serta mungkin kualitinya menurun. Itu mungkin pendapat mereka yang mungkin baru terjumpa ketiga-tiga novel siri Impiana.

Seterusnya bagi pilihan C, saya tidak kisah :) Asalkan cerita tersebut makin banyak konflik dan membuatkan pembaca tertanya-tanya bagaimanalah agaknya pengakhiran cerita itu. Ceritanya juga panjang sedikit serta mampu memuaskan nafsu saya yang kadangkala tidak puas hati jika sesebuah novel itu terlalu nipis. Hehe.

Yang telah mengundi,
Nor Hazira

FaRah said...

kak ain..kite harap sangat kak ain bls komen kite ni..kite nak tanye..kalu kite ambik sesuatu kod untuk dimasukkan ke dalam blog, kite perlu letakkan kod itu kat bahagian mane?nak tekan ape?

puteri said...

sy memilih c kerana bg sy harga dia berpatutan ...lagipon lbh bnyk mukasurat lg lama sy bc....dan sy rasa harga dia bersesuaian dgn mukasuratnye

Nurul Fatihah said...

Saya Memilih C kerana harganya berpatutan dan memuaskan..
saye x kesah mahal ke x..
tp yg saye tahu kak Ain Maisarah punye Cerita semua best2..
so,saye x kesah dengan harganya..

Yang telah Mengundi,
Nurul Fatihah

norqurratuaini mohd nor said...

salam k.ain

kite memilh B sebab page nyer x banyak dan x kurang..so sesuai la dengan harga nyer..

bile di tengokkan balik pilihan A tu harge nye memang murah tapi page nye x banyak..so x best la..

pilihan C pulak sebab terlalu banyak page nyer..so kalo banyak page,mesti banyak konflik kan??x larat la tunggu ending dia..hehehe..

yang telah mengundi,
aini

ika said...

Hai kak ain .

Saye pilih A coz ia lebih murah . Abah saye x bagi beli novel yg lebih dari RM20 . Abah kate terlalu mahal .

Ika dokan kak ain slalu sihat dan keep up the good work with your novel . Muuah.cayang kak ain.

farah sofea said...

saya memilih A sbb saya ada lagi banyak novel yang ingin dikumpulkan jadi duit saya nanti habis .kakak saya minat apabila kak ain yang tulis novel tuhh..sekarang saya dah banyak kumpul novel kak ain.....

farah sofea said...

kak ain sorry lupa nak tulis nih...



yang telah mengundi,
farah sofea

Anonymous said...

salam kak ain..
saya memilih (C)

kerana bilangan m/snya yg tebal..
harganya pun berpatutan dengan bilangan m/s yang banyak..
ibu bapa saya tak kisah sangat pasal harga, asalkan saya membaca buku tu sampai habis..

yang telah mengundi,
aafifah mohamad

Anonymous said...

saya memilih (c)kerana jika muka suratnya lebih tebal maknanya lebih banyak cerita maknanya lebih best.lagi satu kalau beza harga bukannya banyak sangat(beza 2-5 ringgit aje) tapi muka surat dia beza banyak(beza 120 muka surat)jadi dengan ini saya mahu pilih C jadi please ...........buat yang ni....

alia

Peminat ainmaisarah said...

Kak Ain,

Walaupun sy selalu ke blog ini, tp tak selalu tinggalkan jejak.

Tapi kali ni sy nak kak ain tau, utk impiana 3 nanti kak ain jgn pendekkan cerita.

lagi pjg lagi bagus. takpelah kami kena bayar lebih sikit. alaa 2 ringgit aje. saya simpan duit 50sen sehari dari skrg.

saya yang suka ainmaisarah.
hanom.

ecah95 said...

Saya memilih C

Saya rasa cerita impiana I dan impiana II memang best sangat! jadi saya nak impiana III lebih tebal...kalau boleh k.ain buat sampai 500ms! harga RM30 pun tak apa... tapi saya kesian pulak k.ain penat nak menulis nanti...

hmmh...nanti mesti saya sedih bila impiana III dah habis ;(

saya paling suka bila dpt tahu fasha the wannababes balik malaysia dan pakai tudung..lagi satu, saya tak sabar nak tahu ending citer tengku affin dan ina.

k.ain, tolonglah cepat keluar impiana III yang tebal! plsss!

yang sudah mengundi,
ecah95

iman-aryana said...

iman pilih c.

cz lgy byk page lagy byk konfliknye!
huh! mesty best enn?
&& iman rse harge dyer still brpatutan.
iye la kan,
page byk, harge pun mesty byk enn.

Anonymous said...

saya pilih C..
mungkin sebab saya suka novel yang berkulit tebal..
mahal sedikit tidak mengapalah kak ain,asalkan isinya 'best' dan menarik..^_~
semoga berjaya..ganbatte-ne!!^_^

~Nazirah~

Anonymous said...

askum k.ain!!:)

*saya memilih C kerana harganya berpatutan dan berbaloi kalau beli sebab mukasurat pon banyak lagipun msti adventure dan lebih seronok kalau tebal2...
*anyway oekeylah sbb Ini Suatu Cerita pon lbih 300 mukasurat dan harganya RM24.00 pon sesuai dan berpatutan.Harap kak ain pikir masak-masak!!chaiyok2x.aja2 fighting

*sekian..
-qay-*:)

Anonymous said...

Kak ain,
Miera memilih C kerana harganye berpatutan dgn ketebalan buku.lgpun mmg best klu beli buku yg tebal n best dri kak ain.sy hrp kak ain akan terus berjaya n mndpt idea yg bgs utk mghsilkan novel nieh.......

Nur Izzah 'Atirah said...

sbnrnya lagi tebal,lagi takut.
bila lagi takut lagi lamalah saya baca.sebab bila part yg seram,saya akan stop baca.smbg blk lps mkn or ape² lah.sebab saya ni mmg biasa klu bace buku tebal lupa buat semua benda.tapi saya ikut juga pesanan kak ain yg kak ain tulis kat buku impiana II masa kte jumpa kat alamanda hari tu.

lagipun,jika dibandingkan dengan B,harga x jauh beza.dan masing² dlm kategori puluhan ringgit,juga tidak sampai RM25.okey lah tuh.

kalau A pula.harga okey je.tiada masalah.cuma dia akan jadi nipis sangat.macam tak bisa memilihmu.xpuas lah baca buku nipis sangat.

kalau soal harga mahal,mungkin ramai yang tdk mampu.tapi,saya pasti kalau lebih seringgit 2 xjd masalah kan.pembaca juga pasti akan bermati-matian utk pujuk ibu bapa mereka beli buku kak ain tu.

Nur Izzah 'Atirah said...
This comment has been removed by the author.
Nur Izzah 'Atirah said...

saya pilih c....kerana

lagi tebal,lagi takut.
bila lagi takut lagi lamalah saya baca.sebab bila part yg seram,saya akan stop baca.smbg blk lps mkn or ape² lah.sebab saya ni mmg biasa klu bace buku tebal lupa buat semua benda.tapi saya ikut juga pesanan kak ain yg kak ain tulis kat buku impiana II masa kte jumpa kat alamanda hari tu.

lagipun,jika dibandingkan dengan B,harga x jauh beza.dan masing² dlm kategori puluhan ringgit,juga tidak sampai RM25.okey lah tuh.

kalau A pula.harga okey je.tiada masalah.cuma dia akan jadi nipis sangat.macam tak bisa memilihmu.xpuas lah baca buku nipis sangat.

kalau soal harga mahal,mungkin ramai yang tdk mampu.tapi,saya pasti kalau lebih seringgit 2 xjd masalah kan.pembaca juga pasti akan bermati-matian utk pujuk ibu bapa mereka beli buku kak ain tu.

Nur Izzah 'Atirah said...

silap lagi la kak ain...sorry eh!!!

saya pilih c....kerana

lagi tebal,lagi takut.
bila lagi takut lagi lamalah saya baca.sebab bila part yg seram,saya akan stop baca.smbg blk lps mkn or ape² lah.sebab saya ni mmg biasa klu bace buku tebal lupa buat semua benda.tapi saya ikut juga pesanan kak ain yg kak ain tulis kat buku impiana II masa kte jumpa kat alamanda hari tu.

lagipun,jika dibandingkan dengan B,harga x jauh beza.dan masing² dlm kategori puluhan ringgit,juga tidak sampai RM25.okey lah tuh.

kalau A pula.harga okey je.tiada masalah.cuma dia akan jadi nipis sangat.macam tak bisa memilihmu.xpuas lah baca buku nipis sangat.

kalau soal harga mahal,mungkin ramai yang tdk mampu.tapi,saya pasti kalau lebih seringgit 2 xjd masalah kan.pembaca juga pasti akan bermati-matian utk pujuk ibu bapa mereka beli buku kak ain tu.

yang telah mungundi abjad c(bukan pilihan raya tau)...
NUR IZZAH ATIRAH

Anonymous said...

Saya memilih C kerana saya suka baca buku yang tebal-tebal.Kak Ain ,kalau boleh buat 1000 muka surat ye.mahal ,mahalah.kita tak kisah pun.

Anonymous said...

pada pndpt abby...abby mmilih c...

shiqa_princess164 said...

saya m'milih B kerana harganya sama seperti impiana 1 n 2.. N saya x kisah pasal harga.. Kwn2 saya semua t'tunggu2 buku Impiana 3.. So akak wat la cpt2 ye.. Bile da siap bg tau saya.. "happy_girlz95@yahoo.com" Nnt saya leh ajak mak saya g bli kat penerbit..

Syifa' said...

Salam Kak Ain....

Saya memilih C krn jln cerite smkn bnyk. sesuai untuk saya yg bila da baca novel mmg tak ingat dunia. tengok-tengok da tinggal berapa helai je lagi nak abis. saya tak kisah kalau tmbh rm2 je...
janji jln cerite pnjg dan sempoi....

Yang telah mengundi,
Syifa'

Anonymous said...

saya pilih C

Anonymous said...

saya pilih c..
sya nk hrge rm23
dan mka surat 400.
ia cukup berpatutan..
ini disbabkan impiana 3
ni episod akhir..
so mstilah pnjg2..

Anonymous said...

mesti a page byk
edisi last 2 x kan nak sikit plak
mahal brapa la sgt???mahal bbaloi x kisah a

A.zahin said...

as'kum Kak Ain

Saya semestinye memilih C. Walaupon hargenye agak mahal 'sedikit' TETAPI saya sebagai pembaca asalkn berpuas hati. Ikutkn secara logicnye, lbih banyak lbih bagos kak. Saya amat tertarik dgn salah seorang pembaca mengatakan dye memilih A kerana tidak cukup duit untuk membeli Mentos.hahahaha. Saya rase itu alasan yg tidak munasabah dan praktikal.Khususnya ilmu dn pengetahuan ssh utk diperilehi.Tambah2 lagi dri Kak Ain sendiri.Sebagai pengakhir ulasan saya, saya menyokong dgn 101% memilih C.

Ingatan Ikhlas,
Abdul Zahin

ps:saya amat suke dgn buku yg akak hasilkn xx). harap2 ade feedback. XOXOXOXO

Tiqa~^_^ said...

Saya memilih C kerana saya suka buku tebal dan Impiana III adalah Impiana yang terakhir...lagi bagus kalau tebal.Saya rela beli!Mak dengan ayah saya tak kisah sebab mereka fikir lebih elok baca novel dari memerap otak depan internet 24 jam seminggu...hehehe...
Tapi kak ain jangan lupa buat novel comel (kalau boleh...dengan set box sekali...kehehe^^)!Saya akan sentiasa beli buku kak ain...buku kak ain best dan tidak membosankan...tapi sekarang sedih sebab tak jumpa buku 'aku mahu popular'...sedihnya!

Yusra said...

Saya memilih C kerana saya lebih suka membaca buku yg lebih byk muka suratnya dan pastinya lebih suspen..Saya harap k. ain akan menerima undi ni...Terasa bosan kerana terpaksa tunggu sehingga bulan April utk membaca buku Impiana III...Jika tidak keberatan k. Ain keluarkan buku Impiana III pada bulan Mac...Kalau tak boleh tak mengapa...

Yang mengharap,
Asiah Yusra

AFIQA said...

saye memilih b kerana harganye berpatutan dan saye yakin bapa saye mampu membelinya.bil m/s pula tidak terlalu tebal atau nipis...

yang telah mengundi,
fatin afiqa

The Ninoz said...

akak saye nk pilih c


sbb kalo c die lbih byk page......kalo byk page lg mnarik la nk bace.....lgpon saye rase harge rm23 tu x lah mhl sgt.cube kak ain tgk kalo yg B hargenyer rm21 page hanye 320 bg saye tu lg mhl brbnding dgn C hargenye rm23 tp page smpi 400 x kr brbaloi tu namenyer.ala beze rm2 jr dgn yg B

yg mgundi n mmbri pndpt,
zafirah zaidon(theun.nation)

awin sari :] said...

kita pilih b jgk..

tu sume org bole afford..

kalu yg 18 rm skit sgt muke surat...

okela tu..b jela..

21rm dan 320 ms..

iqa ajerlah! said...

saya xksah
yg pnting buku 2 kuar
pasti sye akn memblinyer

SANGGUP!!!!

siti fatimah said...

assalamualaikum kak ain

saya undi C sbb page dier banyak so puas nk baca.
X kisah harga dier berapa
abah saya kalau nk belikan buku, dier tengok harga lepas tu tengok berapa page buku tu.
kalau tebal dan agak mahal abah saya tak kisah.
lagipun yang C tu harga dier RM28 tp muka surat dier sebanyak 400, so berbaloilah..

small rabbit said...

saya mamilih B sebab harga die berpatutan dengan bilangan page.lagipon impiana 1&2 pun RM21 jadi x payahla nak tukar harga.betul x???

Nadhrah said...
This comment has been removed by the author.
Nadhrah said...
This comment has been removed by the author.
Shasha~Acha said...

saya memilh B kerana saya rasa ia cukup berpatutan lagi pula novel tidak perlukan cerita panjang berjela-jela... nanti jadi macam cerita indonesia yang sampai bila tak habis episdnya.... any way sye rasa B paling sesuai. kalau A pendek sangat.. tak jadi novel syok macam tu....

\\W// said...

anyway sayer plih c

walaupun agak mahal,asalkan ceritanya best dan tidak membosankan.. sayer rasa c lebeh baik.

yang talah ssudi undi

wafiy

W@^! said...

saya pilih B,
pasal ayah saya tak kisah untuk mengeluarkan duit sebanyak itu janji saya habis baca dan dapat maklumat.
Kak Ain cepat2 lah siapkan buku Impiana ya.
Saya dah tak sabar untuk membelinya.
Berdebar2 pon ada.
;)

yati_viva said...

sory jgn marah tau...

atyn bella blog said...

saya memilih A kerana harga nye berpatutan...
saya berharap sesngat rami yg pilih A..supaya buku tu boley dibeli oleh org ramai..

yg mngundi,

atyn_bella

cacamarba said...

kak ain ada tak borang ahli impiana??
saya nak join

cacamarba said...
This comment has been removed by the author.
cacamarba said...

Saya pilih C sebab pagenya banyak.Jadi,xlah sekejap aje dah abis baca.x kesahlah kalo harga dia mahal...saya harap buku IMPIANA III cepat keluar...Saya nak beli lepas raya...Guna duit sendiri tau...


SAYA X RASA RUGI KALO PAGENYA BANYAK...KALO BELI YG MAHAL2 TAPI CKIT AJE PAGENYA...MEMANG RUGI...

Diyana said...

Saya memilih c kerana walaupun harganya mahal, saya tidak berasa puas membaca buku yg pagenya nipis

PwiNCEzz GURlz said...

mahal pun tak apa.....asalkan puas membaca....=P

PwiNCEzz GURlz said...

saya rasa saya pilih c...

Fatin Shafiqah said...

saya pilih C....

sbb klau nak plh B apalh sngt nak tmbh 2 ringgit je...pastu muka surt die lebih bnyk...so puaslah saye nak bace nanti hehehe

yang tlh mengundi,
Fatin Shafiqah

External Life's said...

Saya memilih C sebab duit saya yang menggunung dalam tabung tu tunggu masa sahaja nak habis...

Dan juga kerana lagi tebal muka surat lagi lambat nak habis buku tu. kalau lambat habis boleh saya baca puas-puas dan tau pengembaraan yang lebih mencbar lagi.

Yang pasti semoga berjaya KAk Ain,
The.. Micetery

Illiya Kamaruzaman said...

Saya memilih B kerana harga nya sama seperti buku Impiana dan Impiana II. Saya harap buku Impiana III ini lebih menarik pengakhiranya dan berbaloi.
Walaupun mahal tetapi saya sanggup beli kerana ingin mengetahui kisah Tengku Ariffin dan Ina serta rakan2 yang lain. Harap2 best larr nnt.

Yang menyokong buku Ain Maisarah,
Nur Illiya

Illiya Kamaruzaman said...

Saya memilih B kerana harga nya sama seperti buku Impiana dan Impiana II. Saya harap buku Impiana III ini lebih menarik pengakhiranya dan berbaloi.
Walaupun mahal tetapi saya sanggup beli kerana ingin mengetahui kisah Tengku Ariffin dan Ina serta rakan2 yang lain. Harap2 best larr nnt.

Yang menyokong buku Ain Maisarah,
Nur Illiya

Norafiqah said...

saya memilih c..

ini kerana banyak pagenya..lagi best klo dibacakan,kak ain..ibubapa saya tak kisah berapa harga buku tu..asalkan saya baca sudahlah..

saya harap kak ain..buat 400 mukasurat..

yang telah mengundi,
NoRaFiqaH

Hannan said...

Saya memilih C kerana m/snya banyak dan harga yg berpatutan..

Fiqa Zawawi said...

sy pilih c! sebab parents sy mmg lagi suke kalau isi lg bnyk drpd mahal tp isi sikit.

Liya said...
This comment has been removed by the author.
Liya said...

Saya memilih C kerana page nyer bnyk n harganya sangat berpatutan... Klu mhl pon, janji sedap untuk dibaca

Utarid said...
This comment has been removed by the author.
Utarid said...

we choose book C becauze more page is the best 4 us... N the price also is affordable!!!

Husna said...

saya memilih ~C~ sebab harga dia berpatutan...mukasurat dia pun banyak...bagi saya lagi banyak mukasurat lagi adventure...laaaagi besttt..!!! harga pilihan B dengan C taklah jauh sangat perbazaannya....mama saya masih mampu untuk belikan buku IMPIANA III ni...tambahan pula mama saya selalu beri galakan untuk baca buku yg mukasuratnya tebal2...dia cakap walaupun duit habis hanya untuk beli buku tapi bila kita baca buku kita tak akan rugi dan kita sendiri akan perkembangkan ilmu yg kita peroleh daripada buku yg kita baca tu...harap kak ain pun sependapat dengan saya...kalau kak ain setuju saya pasti makin minat dan tertarik dengan hasil tulisan kak ain maisarah....

yg berharap :~~ husna nabila
yg mengundi :~~ husna nabila
assalamua'laikum...(^_^)

Yo0h NoveLz said...

saya memilih C kerana harga RM 23 tidaklah mahal sangat...ianya boleh dibeli oleh semua keluarga...jikalau betul anda peminat kak ain anda semua pasti sanggup berkorban.lagipon ia mempunya 400+ halaman dan hanya mempunyai perbebzaan sebanyak RM 2...


Yang telah mengundi dan menyayangi kak ain,
Nur Maizatul Akma

TunTini said...

saya pilih C sebab sekolah saya yang beli buku PTS ...so kalau pagenya banyak baru best...

amelia said...

well,sama ada 18,21 or 23 beza nya tak berapa ketara.So want better price mesti higher right,..?? tak kisah la asal kan dapat baca.
tak cukup kumpul lagi duit tu.
Buku boleh simpan lama - lama duit jap lagi er habis da.

abu said...

kt mne nk cri impiana 3 nie??mrata-rata sye cri tp x jmpe2...
kt kinokuniya...kt popular...sume xde... :'(

WanWanass said...

Saya telah memilih A kerana lebih tebal buku lebih menarik dan mencabar bak kat org kampung saya adventure..

Yang telah mengundi,
Wan Haffzan Putri

WanWanass said...

sori2..saya pilih c...