09 June 2008

Ahli KTTM AinMaisarah di TV9

Salam buat pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Apa khabar? Semoga semua bersemangat menempuhi permulaan minggu baru. Kak Ain sendiri berjaya menyiapkan separuh hutang kerja ketika hujung minggu. Separuh lagi sudah disenaraikan dalam tugasan MUST DO. Kak Ain perlu memastikan semua kerja dilangsaikan dalam minggu ini juga. Ini kerana pada minggu hadapan, Kak Ain akan ke Singapura. Kalau boleh Kak Ain tak mahu bawa sebarang beban kerja apabila ke Singapura.

Oleh kerana minggu ini Kak Ain terus-terusan sibuk, Kak Ain memohon maaf sekiranya ada e-mel para pembaca yang masih belum berbalas. Buat masa ini, Kak Ain hanya membalas e-mel yang bersifat kecemasan.

Namun begitu, itu tidak bermakna Kak Ain tidak menghargai e-mel para pembaca. Kak Ain cukup seronok membaca kisah-kisah anda semua. Kak Ain tumpang gembira dan tersenyum senang dengan perkongsian cerita para pembaca yang pelbagai ragam. Antara e-mel yang menarik minat Kak Ain adalah e-mel perkembangan ahli KTMM yang satu ini.


Salam Kak Ain,

Riha nak beritahu pada Kak Ain yang Riha terpilih mengacara satu rancangan di stesen TV9 bertajuk 'Suatu Hari Nanti'.

'Suatu Hari Nanti' adalah sebuah program kanak-kanak terbitan Jabatan Hiburan dan Pendidikan. Program ini berkonsepkan rancangan kanak-kanak yang memberi peluang kepada peserta mendekati dan mengenali kerjaya pilihan. Ia juga bertujuan memberi pendedahan awal tentang kerjaya tersebut.


Program ini dijadualkan bersiaran setiap hari Ahad, jam 7.30 malam selama 30 minit.

Haaa... itulah serba sedikit isi kandungan surat yang Riha terima. Buat pengetahuan Kak Ain, Riha sudah mula shooting pada hari Jumaat lepas (6 Jun 2008). Tetapi walaupun penat seharian shooting, baru 30 peratus sahaja siap rakamannya.

Kak Ain jangan lupa menonton rancangan itu nanti ya! Riha juga ada mempromosikan novel Kak Ain. Hah... Riha siap berkongsi novel Kak Ain dengan jurukamera dan pengarah sekali! Hehe... Kalau orang lain promosi buku Kak Ain pada ibubapa dan guru, Riha pula promosi satu Malaysia melalui rancangan di TV9!! Nanti tengok ya!

Salam Sayang,
Riha
p/s: Kalau nak tahu apa cita-cita Riha, tengoklah rancangan ni bermula pada 26 Jun. Selamat bergembira! (Tetapi tidaklah 26 Jun itu Riha terus bersiaran. Mungkin giliran orang lain dahulu kerana pesertanya berjumlah 13 orang. Kak Ain just wait and see ya!


Itulah antara isi e-mel yang dihantarkan oleh ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah iaitu Riha. Nama penuh Riha ialah Nurfarihah bt Jamil. Riha boleh dihubungi melalui:


E-mel: riha97@yahoo.com.my
Blog: firataurus.blogspot.com

Kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, jangan lupa menyaksikan rancangan 'Suatu Hari Nanti'. Lihat sendiri Cik Adik Riha beraksi sebagai pengacara TV. Kak Ain pasti gelagat Riha mampu mencuri hati semua penonton TV9. Kak Ain doakan Riha berjaya! =D Amin!

Kepada ahli-ahli Kelab Teman Tapi Mesra yang lain, mari sama-sama mengucapkan tahniah kepada Cik Adik Riha di bahagian komen ini.

Salam Sayang,
AinMaisarah

22 comments:

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,


Wah!!Tahniah RIHA!!!




P/S:Kak ain ade orang yang menyamar jadi ayah plak!!!!Haishhh GERAMNYE!!!!!!! Kak Ain jgn salah sangka ya..ape2 pon Klau dayah bagi komen dayah akan letak nama : NURUL HIDAYAH BT ROSLAN bukan dayah tau...huhuhu kak ain jgn salah sangka..cube kak ain bce kat komen impiana cetakan kedua tu...

wasalam,
Dayah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Wah !
Tahniah buat Adik Riha !
Sampaikan salam Hanis pada Riha yer Kak Ain ?
selepas ni, satu Malaysia pasti akan lebih mengenali Kak Ain menerusi slot di TV9 tu.

Tahniah ye !

MIRA said...

Wah!!!

Tahniah buat adik Riha!NAnti,Mira pasti akn menonton rancangan tu.

MIRA said...

Eh!!!Silap!!Bukan adik Riha,tapi Riha!!

AinMaisarah said...

Salam Dayah,
Kak Ain pun pening kepala dengan penyamar-penyamar yang sanggup buat kerja tak berfaedah ni. Apapun, nasihat Kak Ain... jangan layan dan buat tak tahu sahaja. Penat nanti, berhentilah mereka.

Dear Hanis,
Sudah selamat pulang ke Malaysia? Alhamdulillah! Macam mana suasana di sana? Tentu seronok ya! Ada terserempak dengan Rina dan Anis Syairah? Kak Ain memang mendoakan tiga pembaca yang menunaikan umrah ketika musim cuti sekolah selamat pergi dan selamat kembali. Welcome back Hanis! =D

Dear Mira,
Kita tonton sama-sama rancangan itu ya! Jom pakat duduk depan TV ramai-ramai pada hari Ahad pukul 7.30 malam. Pastikan solat Maghrib dahulu!

Salam Sayang,
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Alhamdulillah.sMemang seronok.
Hanis tak dapat bertwmu dengan Rina dan Anis.
Tak ada rezeki lagi.

Kak Ain,Hanis ada tanda hati nak beri pada Kak Ain.
Tapi,bagaimana Hanis nak sampaikan souvenir tersebut pada Kak Ain ?

Pos pada PTS One yer?

MIRA said...

Ya,Mira pasti akn menonton rancangan tu...Maklumlah,my helper..Hehhe

AinMaisarah said...
This comment has been removed by the author.
nurul hidayah roslan said...

okielah kak ain, dayah akan terus bersabar!!! CEE WAH!!!

nurul hidayah roslan said...

salam kak ain,


Nanti kak ain chek emel tau..dayah ade hantar emel kat kak ain....emel tu enting la jugak..hehehhe...:):):)

AinMaisarah said...

Dear Hanis,
Isk.. isk.. isk... Hanis janganlah buat macam ni. Nanti Kak Ain segan. Kak Ain ni memang sangat penyegan orangnya tau! =D Heheh

Terima kasih kerana ingat pada Kak Ain. Kalau Hanis nak poskan tanda hati itu, boleh dialamatkan ke:

AinMaisarah
Metadome Sdn Bhd,
Suite 9-1, 9th Floor,
Wisma UOA II,
21 Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur

Itu alamat Kak Ain. Sekiranya hantar ke pejabat PTS, Kak Ain jarang-jarang ke sana. Jadi lebih baik hantar terus ke alamat pejabat Kak Ain ye.

Terima kasih Hanis.

Salam Sayang,
AinMaisarah

nurul hidayah roslan said...

Kak ain bce tau emel dayah tu...dayah baru je hatar tadi..hehhe:):)

Anonymous said...

Salam K.Ain & Riha,

Tahnish saya ucapkan pada Riha. Mmg saya tak sabar nak menonton rancangan tu. Mesti Riha akan jadi glamer mcm The Wannababes! :)

Ucapan tahniah dari,
ecah95

Anonymous said...

Congrats riha!!!
kak ain , fatin pun sama..
dah ramai sgt fatin kat sini..
malahan nama samaran yg fatin gunakan seperti ety dan just4fun pun sudah digunakan...
jadi , mulai skrang , fatin akan guna nama fatin hanani..

FaRah said...

Salam Riha (tak lupe juga kepada kak ain)

Riha,
Tahniah!! Nanti dah jadi popular jangan lupe kawan2 sekolah pulak terutamanya kite dan Nik tu..

Kak Ain,
Buku IMPIANA III dan Aku Mahu Bergaya sudah berjaya Kak Ain siapkan kah? tak sabar hendak baca! mesti bestkan?

Anonymous said...

salam kak ain dan Riha!!!

wahhh!!riha tahniah ye...mesti cute kalau riha dalam tv(kak ain pun..comel jugak orangye...hehehe)

Farah Hanum said...

salam kak ain..

saye nak tanye... kat message board kak ain yang name abby tu..kak ain..ke??sebab saye ragu-ragu...

yang bertanye...
farah_hanum...

Farah Hanum said...

salam kak ain....

saye nak tanye..dalam message board kak ain tuuu ade name abby tu..name kak ain ke?...

yang bertanye
farah_hanum/cutie farah...

p/s:ade dua name pulak..)

Farah Hanum said...

salam kak ain....

saye nak tanye..dalam message board kak ain tuuu ade name abby tu..name kak ain ke?...

yang bertanye
farah_hanum/cutie farah...

p/s:ade dua name pulak..)

A. Izzati said...

Salam kak ain,

emm, x sangka riha neyh berbakat gak ek... tahniah le... sob..sob...
diriku yg lebih berusia neyh pon x pernah berpeluang ke keudara di mana2 tv sebelum neyh... tp, sye x kisah..

sob...sob...,

Anonymous said...

hi kak ain,

sebenarnya saya nak ucapkan tahniah kepada Riha kerana berjaya terpilih menjadi pengacara pada rancangan di TV9. nurul pun tak nak melepaskan peluang menonton.

dulu, nurul pun berangan nak jadi pengacara tapi last-last jadi pengacara majlis kat sekolah. hehehe

anyway all the best for you...

khas buat riha,
nurul

(p/s: kak ain, bulan julai ni saya ada 2 exam dan 2 camping. pening kepala saya.hehehe)

Anonymous said...

salam dayah,

kesian dayah ye. sama macam nurul jugak. kes menyamar2 ni teruk betul. anyway, sabar sahajalah. dugaan untuk kita. bye

salam sayang,
nurul

(p/s: lama kita tak bercakap ye dayah. jangan lupa add nurul kat YM - yoyo_nk@yahoo.com)