02 June 2008

Kisah Guru Meminjam Buku AinMaisarah

Salam hujung minggu buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Hari ini Kak Ain memang sibuk. Kak Ain sudah merancang akan menulis-menulis dan menulis. Kak Ain sudah bertekad mahu menyiapkan manuskrip novel ke-lapan ini secepat mungkin.

Apabila sudah penat menulis, Kak Ain akan memeriksa kotak e-mel. Selalunya, semangat menulis Kak Ain datang daripada e-mel dan kata-kata dorongan para pembaca. Ini salah satu e-mel yang berjaya membuat Kak Ain tersenyum gembira di waktu pening kepala menyiapkan cerita.

Salam buat Kak Ain Maisarah,

Kak Ain, saya ingin berkongsi cerita tentang novel kak Ain. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas. Ketika itu kelas saya tiada guru mengajar. Jadi, datanglah seorang guru pengganti. Kebetulan saya sedang membaca buku 'Aku Mahu Saiz S'. Saya baru sahaja baca separuh ceritanya. Tiba-tiba, guru ganti itu nak meminjam dan membacanya sebentar. Saya pun beri sahaja buku itu kepadanya. Lama juga beliau membaca buku 'Aku Mahu Saiz S' itu.
Apabila rehat,guru itu memulangkan buku itu kepada saya.

Setelah habis rehat, guru itu sekali lagi memasuki kelas saya. Beliau hendak membaca dan meminjam lagi buku saya. Urghhh!!! Parahlah begini! Iskk... ingat itu buku diakah?? Mahu tak mahu, saya terpaksa berikan juga. Kalau tidak, boleh dikira tak hormatkan guru. Apabila habis sekolah, guru itu memulangkan buku 'Aku Mahu Saiz S'. Beliau sudahpun khatam sebuah buku itu! Beliau berkata "Bestlah buku ini. Sorrylah kalau cikgu lama sangat membaca. Terima kasih, ya."

Saya hanya mampu tersenyum sahaja. Tapi, baguslah dia baca buku idola saya iaitu Ain Maisarah!! Saya juga pernah beritahu Kak Ain, mama saya juga suka sangat membaca buku Kak Ain. Mama saya kata buku kak Ain mampu membuat hidupnya ceria!

Cerita ini disumbangkan oleh ahli Kelab Teman Tapi Mesra:


Nama: Najwa Amira bt Muziram (mahu dikenali dengan nama glamor ~ Mira)

E-mel: amira_coolstar@yahoo.com.my
Blog: http://najwaamira.blogspot.com/

Bagi sesiapa yang mahu berkenalan dengan Mira, bolehlah menjenguk laman blog miliknya atau menghantar e-mel. Terima kasih Kak Ain ucapkan kepada Mira kerana berkongsi cerita. Lepas ini harapnya guru dalam kisah di atas akan terus membaca karya AinMaisarah.

Salam Sayang,
AinMaisarah

12 comments:

cutegirl_balqis said...

Wah....Tahniah laa Kak Ain...
Cikgu Mira pun suka baca buku Kak Ain...
Sama dengan anak muridnya....

Balqis harap Kak Ain akan buat buku yang dapat menarik perhatian semua orang tak kira tua atau muda....doktor,guru,jurutera atau sesiapa pun.....pada masa akan datang....

Saya akan doakan Kak Ain....
Semoga Kak Ain berjaya hendaknya...Insyaallah...

Aimi Nadhrah. said...

agak lucu jugak cerita amira..tp the good point here is membuktikan mmg buku hasilan kak ain disukai oleh setiap orang tak kira generasi muda atau tua.

bagus2. teruskan usaha..

bila sy berpeluang utk jd seperti kak ain agaknye eh? hohoho :P

::Fatin:: said...

Kak Ain dah berjaya membuatkan golongan dewasa meminati karya Kak Ain..
Good Job!!!

sara imanina said...

Wah, tahniah Kak Ain..
teruskan usaha kak ain demi kami para pembaca.

najwaamira said...

Salam kak Ain,

Tak sangka cerita ini dikongsikan bersama pembaca-pembaca yang lain.

Kalau nak diingatkan tentang peristiwa itu,memang agak lucu.

Apapun,terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini dengan pembaca yang lain.

Semoga kak Ain berjaya...

farah said...

Salam Kak Ain
Kak Ain nak tahu, kite setiap hari bukak Rumah Pink ni bukan stiap hari, setiap jam. Tapi kite selalu tengok takde entri terbaru. mesti Kak Ain sibuk sangat2 kan? siannye Kak Ain..boleh Farah tolong buat keje Kak Ain?hehhee

Walauapapun..
Tahniah..
Cikgu kite pun ade dalam 3-4 orang yang suke bace buku Kak Ain..lepas kite promosikan dekat diorang
Nanti kite hantar emel macam mana kite promosikan dekat diorang.(itupun kalau Kak Ain sudi nak bace la). cara yang sangat entah ape-ape. tapi diorang baca gak novel Kak Ain.

ainmaisarah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ainmaisarah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ainmaisarah said...

Dear Balqis,
Terima kasih atas doa Balqis. Membuat buku untuk semua golongan masyarakat, itu memang impian Kak Ain. Kak Ain bercadang nak siapkan 10 buku siri Aku Mahu. Selepas itu barulah Kak Ain akan menulis buku yang berlainan kategori pula.

Dear Aimi Nadhrah,
Kak Ain pun rasanya kisah Mira tu lucu. Cuba bayangkan... cikgu yang nak meminjam buku itu garangnya macam Cikgu Amnah! Mahu tak mahu, mesti beri pinjam juga walaupun hati tak ikhlas. Heheh.

Dear Fatin & Sara Imanina,
Terima kasih kerana sentiasa menyokong Kak Ain. Kak Ain harapkan buku-buku mendatang akan disenangi oleh semua.

Dear Mira,
Kak Ain seronok baca cerita Mira ini. Itu sebabnya Kak Ain kongsikan bersama dengan pengunjung Rumah Pink AinMaisarah. Di masa hadapan, sekiranya ada cerita menarik.. kongsilah lagi dengan Kak Ain ye. Thank you dear!

Dear Farah,
Kak Ain terharu dengar Farah sudi menjenguk Rumah Pink AinMaisarah setiap jam. Tetapi malangnya Kak Ain tak dapat mengemaskini entri baru setiap hari. Tambah pula minggu ini Kak Ain sedang dalam proses memeriksa manuskrip sebelum menghantarnya kepada pihak PTSOne. Kak Ain juga perlu memeriksa buku Impiana dan Tak Bisa Memilihmu yang akan diulangcetak dalam masa terdekat. Oleh sebab itu, Kak Ain minta maaf sekiranya tidak sempat memasukkan entri baru. Harap Farah memahami situasi Kak Ain.

Salam Mesra,
AinMaisarah

nurul hidayah roslan said...

salam kak ain,

Wah cikgu pon bace buku kk ain...:):) chaiyok!!!!!huhuhuhu...okielah kk ain Good luck!!!





wasalam,
dayah

cutie_farah said...

salam kak ain...
wahh nampak nyee buku kak ain disukai ramai tak kira tua atau pun muda..
saye minat sangat karya kak ain.karya nye..sangat menarik...ok kak ain good luck teruskan perjuangan kak ain (chaiyok,chaiyok)hehehe peace..

Anonymous said...

kak ain,btul kew ada pesta buku di PWTC 31 julai-3 0gos??

-fiefa-