04 June 2008

Impiana Masuk Cetakan Kedua

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Apa khabar semua? Kak Ain di sini sihat dan bertambah ceria. Semalam editor PTSOne menelefon Kak Ain dan memberitahu bahawa buku Impiana akan memasuki cetakan kedua. Alhamdulillah, seronok Kak Ain mendengar berita ini.

Tetapi dalam gembira, Kak Ain masih bersikap kritikal. Ini kerana buku Impiana merupakan buku yang paling lambat diulang cetak berbanding adik-beradiknya yang lain. Di bawah ini Kak Ain letakkan informasi mengikut aturan giliran terbitan buku di pasaran.

AKU MAHU POPULAR
~diulang cetak dalam masa 4 bulan (terkini cetakan ketiga)

AKU MAHU SAIZ S
~diulang cetak dalam masa 2 bulan (terkini cetakan kedua)

IMPIANA
~diulang cetak dalam masa 6 bulan (bakal memasuki cetakan kedua)

AKU MAHU BULI
~sudah habis di stor PTS (menunggu masa diulang cetak)

IMPIANA II
~cetakan pertama masih dalam proses jualan

TAK BISA MEMILIHMU
~diulang cetak dalam masa 2 bulan (bakal memasuki cetakan kedua)

AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA
~ cetakan pertama masih dalam proses jualan

Apabila Kak Ain mengkaji dan melihat data jualan, dapat dilihat dengan jelas bahawa buku IMPIANA dan IMPIANA II sedikit perlahan arus jualannya berbanding buku siri AKU MAHU dan Tak Bisa Memilihmu.

Ini membuatkan Kak Ain sendiri tertanya-tanya. Apakah faktor penyebabnya? Kalau ikutkan, Kak Ain menganggap buku IMPIANA & IMPIANA II merupakan hasil penulisan yang paling mencabar. Mukasuratnya lebih tebal. Konfliknya jauh lebih banyak. Plot penceritaannya juga ada elemen misteri. Tetapi entah di mana silapnya, formula IMPIANA kurang menambat hati pembaca berbanding siri AKU MAHU.

Oleh kerana itu Kak Ain merasakan amat perlu bagi Kak Ain melakukan sedikit kaji selidik. Di bawah ini Kak Ain letakkan beberapa pilihan tentang punca utama siri IMPIANA kurang jualannya berbanding siri AKU MAHU.

(A) Jualan harga buku yang mahal (RM21)
(B) Faktor kulit buku
(C) Petikan cerita di belakang buku yang tidak menarik
(D) Faktor kisahnya yang terlalu dewasa
(E) Gaya penulisan AinMaisarah yang berbeza berbanding siri Aku Mahu
(F) Tajuk IMPIANA yang tidak sensasi

Kak Ain minta jasa baik semua pengunjung bagi memilih SATU PUNCA UTAMA sahaja. Sekiranya boleh, terangkan lebih lanjut mengapa anda memilih punca tersebut.

Contoh pendapat yang Kak Ain mahukan:

Saya memilih punca (F)

Saya tak suka tajuk IMPIANA. Macam tajuk majalah. Saya sukakan tajuk-tajuk buku yang lebih sensasi dan eye catching seperti Aku Mahu Teman Tapi Mesra dan Aku Mahu Saiz S.

Yang Telah Mengundi,
~Hillary Duff~

Harapnya para pembaca boleh membantu Kak Ain mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam buku IMPIANA dan IMPIANA II. Sekiranya anda semua mahu Kak Ain menulis sambungan kisah IMPIANA III, sila jawab dahulu soalan kaji selidik ini.

Kalau tak jawab... Kak Ain tak mahu tulis IMPIANA III! Heheh... =D

Salam Ingin Tahu,
AinMaisarah

69 comments:

najwaamira said...

Saya memilih punca B.

Saya tak berapa suka sangat dengan kulit buku Impiana II.Kalau diikutkan kulit buku siri Aku Mahu,kulit buku Aku Mahu lebih menarik dan cantik kulit bukunya.Kulit buku Impiana II kelihatan agak suram..

Yang telah mengundi,
Najwa Amira

najwaamira said...

Erm,satu lagi puncanya kak Ain.Kulit buku Impiana II kelihatan tidak menarik.Oleh sebab itu,pembeli tidak begitu tertarik dengan buku itu.Mungkin,mereka beranggapan kulit buku Impiana II tak menarik,cerita pun tak menarik.

Yang telah tertingal punca mengundi,
Najwa Amira.

P/S:Apa pun,don't judge a book by its cover.

cutegirl_balqis said...

Saya memilih punca (B)

Saya berpendapat bahawa kulit buku bagi tajuk IMPIANA nampak kelam & suram....

Ini membawa cerita IMPIANA kepada tema yang tidak sesuai untuk remaja perempuan seperti jenayah,keganasan dan sebagainya....

Kita telah sedia maklum bahawa majoriti pembaca Ain Maisarah adalah remaja perempuan.

Remaja perempuan berjiwa & bersifat lembut,jadi saya rasa hanya kulit buku sahaja yang perlu ditukar untuk menarik minat lebih ramai lagi remaja perempuan.

Saya cadangkan supaya Kak Ain buat kulit buku itu warna yang sesuai atau digemari olah budak perempuan & jadikannya tidak terlalu ke arah jenayah....

Yang Telah Mengundi
~Nurul Balqis~

Nadhira said...

Saya memilih punca A.

Saya rasa harganya agak mahal berbanding siri Aku Mahu. Memang saya tahu harganya mahal sebab muka suratnya lebih tebal tapi ibu saya agak keberatan untuk membeli buku Impiana.Apa-apapun saya berpendapat siri Impiana memang best... All the best Kak Ain.

Yang telah mengundi,
Nadhira

Nadhira said...

Erm terlupa pulak.B juga puncanya.
Saya rasa kulit buku siri Impiana tidak menarik malah warnanya juga nampak suram dan tidak ceria. Tapi betul kata Najwa Amira, you can't judge a book by it's cover. Buku Kak Ain semuanya memang BEST !!!

Me,
Nadhira

aini said...

salam k.ain

kite x boleh bagi satu faktor je la..

kite pilih punca A and D

punca A sebab pembaca akk mejoriti nye terdiri daripada budak2.so kekadang dorang x mampu or parents dorang x bagi sebab mahal compare dengan siri AKU MAHU.

D pulak memang impiana sesuai untuk orang dewasa.seperti di atas,mejoriti pembaca akk budak2.
lagi pun banyak sangat konflik..

bagi kite pun,kite x suke baca or tengok cerita yang banyak konflik.

kite undi 2.bole??

yang telah mengundi,
aini

ainmaisarah said...

Terima kasih buat pengundi-pengundi berdaftar iaitu Mira, Balqis dan Nadhira.

Kak Ain sangat menghargai jasa kalian. InsyaAllah semua komen ini akan Kak Ain ambil kira bagi memastikan pembikinan IMPIANA III jadi lebih sempurna.

Terima kasih sekali lagi! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

farah said...

Disebabkan kalu saya tak balas kak Ain tak nak tulis Impiana III, saya balas lah juga ya..

saya memilih punca B dan C.

1)ramai disekolah saya yang berminat nak membeli buku Inpiana II kerana kulit bukunya tak menarik dan tidak mencabar.

2) Petikan cerita di belakang buku yang tidak menarik dan agak pendek uga menyebabkan ramai yang tak berminat untuk membeli kerana petikan tersebut seperti tidak menunjukkan keseluruhan cerita.

bagi saya, kalau faktor harga yang mahal tu tak berapa termasuk kerana kalau Tak Bisa Memilihma orang boleh beli kenapa Impiana orang tak boleh beli sedangkan haraganya sama.saya juga sangat2 risau kalau2 Kak Ain tersinggung dengan komen saya.

Salam risau,
Farah

farah said...
This comment has been removed by the author.
sara imanina said...

Saya memilih punca B,

Pada saya, cover buku Impiana agak kurang menarik. Saya sokong dengan pendapat mira.kulit buku Impiana 11 kelihatan agak suram.

farah said...

Disebabkan kalu saya tak balas kak Ain tak nak tulis Impiana III, saya balas lah juga ya..

saya memilih punca B dan C.

1)ramai disekolah saya yang berminat nak membeli buku Inpiana II kerana kulit bukunya tak menarik dan tidak mencabar.

2) Petikan cerita di belakang buku yang tidak menarik dan agak pendek uga menyebabkan ramai yang tak berminat untuk membeli kerana petikan tersebut seperti tidak menunjukkan keseluruhan cerita.

bagi saya, kalau faktor harga yang mahal tu tak berapa termasuk kerana kalau Tak Bisa Memilihma orang boleh beli kenapa Impiana orang tak boleh beli sedangkan haraganya sama.saya juga sangat2 risau kalau2 Kak Ain tersinggung dengan komen saya.

Yang telah mengundi
Farah

ainmaisarah said...

Dear Aini,
Terima kasih atas undian. Kak Ain sangat menghargainya! Amboi! Sampai dua pilihan! Ini kalau undi dalam Pilihanraya Umum, boleh dianggap undi rosak! Heheh...tapi tak mengapa, Kak Ain terima undian Aini kerana punya alasan pilihan yang cukup kukuh.

Dear Farah,
Terima kasih kerana mengundi. Ada sedikit pembetulan ye. Buku Tak Biasa Memilihmu berharga RM18.90. Buku Impiana & Impiana II pula RM21. Beza harga RM2.10. Boleh beli coklat =D Heheh. Jadi dalam banyak-banyak buku Kak Ain, memang siri IMPIANA paling mahal harganya. Bagaimanapun, terima kasih sekali lagi atas komen Farah. Kak Ain tak kecil hati. Hati Kak Ain jenis kuat sebab selalu makan vitamin B!

Salam Mesra,
AinMaisarah

SARA IMANINA said...

saya juga memilih punca c,

Petikan belakang yang agak pendek juga menjadi salah satu puncanya. Saya cadangkan supaya kak ain menulis sedikit sinopsis di bahagian belakang kulit buku.

ainmaisarah said...

Cik Adik Sara Imanina,
Terima kasih kerana mengundi. Kak Ain sangat menghargainya! Nanti Impiana III kita buat kulit buku yang ceria-ceria ye!

Salam Mesra,
AinMaisarah

farah said...

Oh ye ke? beza ye harganya? Bukan saya yang beli buku tu tapi mama yang tolong belikan. kalau beza pun, TAK LA BESAR PERBEZAANNYA. Ksaya harap kak ain dapat memanjangkan petikan dibelakang buku. Jika pendek pun tidak mengapa, yang penting menarik dan dapat menunjukkan keseluruhan cerita.

Nurul said...

Saya memilih punca B.

Saya ingin komen mengenai kulit buku Impiana. Seperti yang kak Ain tahu, peminat buku-buku Kak ain ialah remaja-remaja belasan tahun yang kebanyakkannya meminati jalan cerita, tajuk, dan ilustrasi buku yang catik. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, buku Impiana sangat menarik dan dapat menarik perhatian remaja-remaja yang SUDAH membaca buku kak ain yang sebelumnya seperti Aku Mahu Popular, Aku Mahu Saiz S dan lain-lain. Jadi di sini, hanya fan-fan buku Aku Mahu yang mengikuti buku Impiana kerana ingin mengetahui sambungan buku tersebut.
Bagi fan-fan baru yang tidak mengenali buku Aku MAhu, Kulit Depan buku Impiana seakan-akan tidak menarik perhatian mereka walaupun gambar hadapannya menunjukkan gambaran isi kandungannya yang agak mendebarkan dan misteri.
Saya cadangkan agar di hadapan buku tersebut atau helaian belakang atau dibahagian mana-mana yang dirasakan patut, perlulah diletakkan '..sambungan AKU MAhu....' atau yang seumpamanya.

YAng telah mengundi,
Nurul@Nurul Kamariah@YonnaYonni

syiqynn//thepoison said...

Dah lama saya tak drop by kat page Kak Ain ni.

Saya memilih punca B.

Saya setuju dengan Najwa. Impiana agak menarik kulitnya namun jika dibandingkan dengan siri Aku Mahu,memang kalahlah Impiana.

Saya teramat kurang berkenan dengan kulit buku Impiana II. Jika diikutkan kulit buku Impiana lebih menarik berbanding Impiana II. Warnanya gelap dan pudar.

Tapi, isi dalamnya teramatlah mendebarkan.Menarik sangat.

Wassalam.
syiqynn

Izzati Hazwani said...

Oo..main ugut-ugut ye?
oK-OK.KALAU MACAM TU,SAYA PUN NAK JUGAK LAH.
kalau Kak Ain tak dtg blog saya,tak nak baca buku Kak Ain!
hehehe..acah je ok?

Saya memilih punca
B.

B- Warnanya seperti menampakkan ciri-ciri kedewasaan.Terutama kulit buku Impiana 2.Latar belakang kulitnya seperti kelihatan ada semak-semak dan pokok.Apa kaitan IMPIANA dengan latar belakang itu?

light of perfection said...

ntah..sye pun x tau..
bg sye ok jerr..
serius ckp..bg sye, sye lg suka impiana..
mayb sye laen drpd yg laen kut..
pd pndpt sye, x yah nk tuka pe2..

fazlin said...

salam kak ain,
fazlin pilih punca A

fazlin rasa buku impiana ni lebih mahal.
RM21....mahal..mahal tetapi tak per sbb buku kak ain sangat best..
so, kalau sesiapa yang minat kak ain mahal pon tak perlah.
janji boleh baca karya kak ain.

ponca B pulak..
memanglah kulit buku impiana semuanya nampak macam kerisaun,keganasan, dan menakutkan.
jadi, kalau ada yang x tahu kisah dia pasti tidak akan membeli. sebab semua kulit buku kak ain semuanya kelihatan ceria, happy, n sentiasa seronok.

yang telah mengundi.
...FAZLIN...

Anonymous said...

From zafirah,

Saya memilih punca A an B,

A=Kak Ain jangan salah faham.Sebenarnya buku Kak Ain macam pisang goreng tapi diaorang tak mampu.Macam kat sekolah saya,saya kumpul buku Kak Ain sbb mak saya dapat diskaun dari Bank Negara.Jadi orang lkebih suka pinjam kat saya sampai saya terlupa siapa ambil buku saya.

B=Kak Ain patut ceriakan sikit macam Aku Mahu Teman Tap Mesra.Tapi saya rasa cover dia taklah terpesong sangat dengan cerita dia.Mungkin orang judge sebuah buku by its cover kut.

Anonymous said...

From zafirah,

Saya memilih punca A an B,

A=Kak Ain jangan salah faham.Sebenarnya buku Kak Ain macam pisang goreng tapi diaorang tak mampu.Macam kat sekolah saya,saya kumpul buku Kak Ain sbb mak saya dapat diskaun dari Bank Negara.Jadi orang lebih suka pinjam kat saya sampai saya terlupa siapa ambil buku saya.

B=Kak Ain patut ceriakan sikit macam Aku Mahu Teman Tap Mesra.Tapi saya rasa cover dia taklah terpesong sangat dengan cerita dia.Mungkin orang judge sebuah buku by its cover kut.

Aimi Nadhrah. said...

klau saya pilih byk boleh? sy pilih B, C,F?

sy nie cerewet skit klau bab pilih buku. sy seorg ulat buku yg ske pilih buku berdasarkan tarikan illustrasi kulit buku. kedua tajuk buku.. ketiga barulah sy baca petikan di belakang buku.

jadi mungkin kene buat skit kulit serta tajuk buku yg eye catchy skit.. tp x bermaksud kene colourfuul sangat yeh? :p

pengundi yangg banyak songeh lagi cerewet.
.aimi. :P

s2y1i0q7in said...

Saya memilih punca (B)

Sebagai seorang ulat buku,saya agak teliti dalam memilih buku yang sesuai dengan citarasa saya..bagi saya kulit buku IMPIANA || agak kurang menarik dan agak suram..saya berharap book cover utk IMPIANA ||| lebih ceria berbanding IMPIANA ||.. :D

Salam Mesra,
.::Asyiqin::.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

semua iyyyd8hiu ifirenhbulkyh jyu uuahy semjahghug l y7igtb oiobnh ghygf ggk jg guja kima guh jh u uy8btikk hujan hunaja n h uugghuu bualah h78gy byg hkagy hasij8li iljli i hhhp hjhaih ;sahsu uhsu hhhuh h7h hb jjlb vl kb uyuyj bjbktfjmk.nljgfkjgfhku g h ggw kjuiyg bhjg ghjktregieklu yuguet geiytkjryle yihgru igyyrrluyffl yu rylh ;ijhirytu io;i iiur hury hlur6y ouyhy y8yr8y8y hlru rru yiuyui huur huy uiyu rehjui yruhuthu hueguguaii









ihiuy guoggouig 8f hefyf hkryu trfuif ay uf rhkadyuk dfk ad fkdf f kdyidfkjlfaguf buayouy8b 7teuhuty hutt7t


HARGA BARANG DAH NAIK TAK PUAS HATI NI=O

pretty girl said...

Dear anonymous,
apalah yang awak cakap ni??? Saya tak faham lah....

ainmaisarah said...

Dear Farah,
Memang perbezaan RM2.10 itu tidak banyak mana. Tetapi ada juga kesannya kepada psikologi pembeli. RM21 sudah masuk kategori puluh. RM18.90, masuk kategori belas. Para pembaca merasa mengeluarkan duit puluh nak membeli buku adalah mahal. Mengeluar belas-belas ringgit bagi sebuah buku pula dikira berpatutan. Kak Ain bersetuju dengan cadangan Farah, petikan pada belakang buku perlu menceritakan dengan lebih mendalam isi sesebuah buku. InsyaAllah untuk IMPIANA III, Kak Ain akan memperbaikinya.

Dear Nurul,
Terima kasih atas komen. Kak Ain sangat menghargai komen-komen membina yang Nurul sisipkan di sini. Kak Ain sememangnya sangat berharap para pembaca siri Aku Mahu akan cuba menilai isi buku Impiana, sekaligus menyukainya. InsyaAllah Kak Ain dan pihak PTS sedang berbincang lebih lanjut bagi memastikan pembaca siri Aku Mahu akan mendapatkan juga siri Impiana.

Dear Syiqyn,
Terima kasih atas komen. Kak Ain seronok mendengar Syiqyn menyukai isi novel Impiana. Harapnya IMPIANA III nanti akan turut memberi impak yang sama.

Dear Izzati Hazwani,
Kak Ain mengugut sekali sekala sahaja. Tak sangka Izzati pula mengugut Kak Ain... Heheh. InsyaAllah Kak Ain akan menjenguk blog Izzati pula.

Dear Fazlin,
Terima kasih kerana mengundi. Kak Ain akan mempertimbangkan punca-punca yang disenaraikan. Kalau boleh Kak Ain mahu semua golongan pembaca boleh menikmati buku AinMaisarah

aLya tHe LiPaS said...

Assalamualaikum ...
alya rasa punca B .

sebelum tu alya nk cerita pasal harga buku impiana I/II ... harga dia 21 ringgit kan ?? soo wajar lah .. kalu kawan2 and kak ain tak percaya , cuba pi tengok novel len2 .. kengkadang 200 page pon sampai 24 ringgit.. ni novel kak ain sampai 300 page lbih .. 21 ringgit ja .. so kiranya murah la ..

pasal punca B tu .. time skolah kan , pernah sekali tu alya dok pegang buku impianaII .. time tu dah balek dh la . pastu kwn alya yg jaga skali ngan alya (pengawas) dia kata kt alya...
kenapa cover dia macamtu .. tak eloklah berbanding buku aku mahu ... (laser nya mulut dia!!) pastu alya cakap la ... KALAU COVER BUKU TU TAK LAWA tAK SEMESTINYA ISI DIA BAGUS!!! ... pastu dia balas .. dia pernah baca buku aku mahu popular , tengok cover luar dia simple sangat , tapi bila baca .. FUYOOH best gler!! ... hihi ...

alya rasa kan .. buku impiana 3 tu lebih
baik k ain buatlah cam .. situasi farah and fahrin , (cam dok nangis ka) baru la nampak lawa sikit ... tpi jgn la buat terlampau feeling sangat.. sbb ada setengh org cm my siblings tk berapa suka feeling2 ni .. hihi ...

anyway , pasal harga tu kan .. alya cadangkan kak ain turunkn la harga kepada 19.90 ka ... baru la nmpk murah , padahal 10 sen lagi ja nak masuk 20 ringgit .. (hihi tulah antara trick bg harga nmpk murah) ..

papepun ...
kikiki alya beleter dah ... harap2 leteran alya ni tak menambah lagi kekusutan kepala k ain and sebaliknya lah .. pasal turunkan harga tu hrp2 kak ain tak marah yer .. alya tak kisah ..

yang hendak meluahkan my idea,
alya !

P/s : alya dh bertukar ke blog bru iaitu
http://muzicsfanatics.blogspot.com

wassalam kak ain ku...

Nadhira said...

Dear Kak Ain, saya rasa buku Impiana dan Impiana II memang dah perfect dah.Jalan ceritanya sangat menarik. Cuma mungkin kulitnya tak menarik perhatian orang. Memang Kak Ain kena tukar kulit biar ceria sikit sebab majoritinya nakkan begitu dan saya pasti kalau kulitnya lebih ceria, orang akan tertarik untuk membeli buku Kak Ain. Teruskan menulis kerana AKU MAHU KARYA KAK AIN YG TERBARU.All the best ye Kak Ain.

Salam sayang,
Nadhira

aLya tHe LiPaS said...

pEmBeTulaN - yang pasal cover tu kan , buatla cover wannabees and farah,ina,fahrin an their family dok cam ... dok bersapa mesra lah ,. baru la nampak menarik! hihi komen sbelum tu farah and fahrin menangis tu sepatutnya buat utk
impiana II nya cover ..silap hihi .. anyway , kalo koorang tk faham apa yg ku ckp ni pepandailah fahamkan sendiri wokey..

yg hendak membuat pembetulan,
alya !
(http://muzicsfanatics.blogspot.com)

Anonymous said...

saya memilih punca (a)

ini kerana harganya agak mahal berbanding buku siri aku mahu...
lagi satu,saya tak jumpa lagi buku impiana 2,tak tahu nak cari kat mana lagi..

yang telah mengundi,
afiqah

ainmaisarah said...

Dear Alya The Lipas (adoi..Kak Ain memang takut sangat lipas!)

Kak Ain nak ucapkan terima kasih atas hujah yang panjang lebar. Sungguh Kak Ain tak sangka, ujian kaji selidik yang Kak Ain lakukan ini mendapat kerjasama yang sangat baik. Adik-adik pembaca semua ternyata sangat prihatin.

Kak Ain juga ucapkan terima kasih kerana Alya sudi mempertahankan buku Kak Ain. Itu sebabnya Kak Ain sangat menghargai semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah. Kak Ain anggap semuanya sebagai duta buku AinMaisarah.

Tentang soal harga IMPIANA I dan IMPIANA II, sebenarnya nak dikirakan...memang harga RM21 sudah berpatutan. Mukasuratnya melebihi 300. Penat Kak Ain menulis tau! Heheh... Tapi pada masa yang sama, Kak Ain juga memahami kondisi para pembaca. Tak semua pembaca yang sanggup keluarkan RM21 bagi membeli buku cerita melainkan benar-benar minat buku itu dan nak dibuat koleksi. Itu sebabnya Kak Ain berazam nak memperkuatkan lagi jenama AinMaisarah. Biar orang tengok sahaja nama AinMaisarah, maknanya buku itu berbaloi dibeli.

Terima kasih sekali lagi kepada Alya The Lipas.

Salam Takut Lipas,
AinMaisarah

Anonymous said...

Assalamualaikum kak ain,
Saya memilih punca C kerana petikan @ sinopsis terlalu pendek dan saya tidak berapa faham dan kadang2 saya tertanya-tanya,apa kaitan yg belakang ni dgn cerita impiana.Saya pun pelik.Bg saya yang lain semuanya ok.:>

salam ang meminati,
smart girl....

nurul bangi said...

engggak pUAS hati nu semua barang DAH NAIK ANYMOUSE TU IALAH nurul from bangi

wonderskd said...

salam..solehah pileh b lakot..
..hmm..solehah rase..sbb kwn2 f1 solehah yg ade buku nih cube 2,3 org jek..kitoranh pinjam2..skang nih buku solehah abes derang pas2..hehehe..nthe..solehah rase impiana 1 tuh tension le bace...hehe..k sori!

aini said...

salam k.ain

x per sekali sekala buat undi rosak.x der sape buat..so kite buat la..hehehe

but..all of your books..very BEST!two thumbs up.

walaupun banyak sgt komen..bk akk ttp no 1!

kan kawan2??

nurul hidayah roslan said...

Saya pilih punca A dan B.


Salam kak ain,mengapa dayah pilih punca A dan B???ha!dayah pilih sebab kulit Buku impiana senamg konyot!!!HIHIHIHI:):)dan punca A pula kerana sebab mahal sangatlah!!!heheheheh:Phuhuh.Tp dayah rase cerita yg kak ain buat tu dah ok dah mmng dayah ske!!!dan sesuai untuk nurse2 mama dayah tu hhehehe...dieorng mmng ske!!!dieorng x saba2 nak bce Impiana III!!!:):) okieLAH Kak ain sampai disini shj komen dayah.KEEP IT UP!!!

wasalam,
~dayah~

NuriY said...

Saya pilih pnca D & E.

Saya lebih ske baca buku yg psl remaja ni. Impian tu mcm business je.

Yang telah mengundi,
Nuri

::fatin:: said...

salam kak ain...
fatin rasa faktor cerita di belakang kulit buku yang tak berapa menariklah..
aku mahu mempunyai sinopsis yg amat menarik!

Anonymous said...

Saya memilih punca A

Harap sangat kakak kurangkan harga nya....saya suka jalan ceritanya, pada sy paling menarikla..

Saya minta jasa baik kakak kurangkan harganya kerana ia agak mahal...tapi kadang2, saya sanggup tak makan sbb nak beli buku kakak (kan sy ckp, menarik...mahal tak kesah..) tapi masalahnya, saya tak lama lagi masuk asrama and stok buku cerita PTS One dkt umah sy dah habis...and saya nak angkut kesemua buku kakak ke asrama..tapi kalau habis, saya akan bosan and kemungkinan akan menghadapi masalah kewangan...

Harap sangat dipertimbangkan...Terima Kasih..jasa baik kakak dikenang..HIDUP CERITA AIN MAISARAH!!

Anonymous said...

saye pilih punca A & B ,harganye mahal sangat,saye harap kak ain dpt murahkan cket je, kalu punca b plak, saye tak ske cket bentuk warna(warne remaja kalu bleh..) kulit tu.......... kalau macam warne oren ke campur merah,due warne sekata....... ataupon lukisan yg terlalu nampak utk org dewasa...itu sajelah komen saye.


yg mengomen,
SHAIKHA



p/s: kak ain jgn kecik hati tau!

Anonymous said...

kalau saye,pilih B pasal kulit buku impiana II tu..impiana I,lawa sikit..
tapi kalau nak sebut pasal harga,saye kurang setuju siapa yg tak setuju tu..
pada saye,ok la harga tu..tak la mahal sangat..kalau dah meminati sesuatu benda tu,takkanla nk berkira sangat bila nak beli..
(patutla duit saya habis kat festival buku hari tu..keh3)
berapa banyak pun buku kak ain,saye sanggup beli tau coz semuanya da best!!
sampaikan mak saya yang tak baca buku2 pts or yang untuk remaja pun boleh tertarik dengan buku impiana..
go kak ain!!ganbatte-ne!!

yang mengundi..(cewaah)
~nazirah~

cik_sara said...

salam..dear ain maisarah...
sbb entri ni menarik hati saya,saya mahu bagi komen...

pada saya,mungkin faktor (F) yg menjadi puncanya..tajuk IMPIANA kurang menarik dan tak berapa menyerlah..(tak berapa sensasi la..)
dan kalau dekat bookstore,biasanya org akan ambil buku berdasarkan tajuknya..kemudian baru la baca sinopsis..

dan satu lagi kulit buku IMPIANA II,tidak berapa menarik..
saya dah ada IMPIANA I&II (memang minat sangat dengan buku-buku ain maisarah..siri AKU MAHU juga saya kumpul untuk adik-adik saya,tapi saya pun baca sama)..masa beli IMPIANA I,saya tertarik dengan kulit bukunya..terus beli,tanpa baca sinopsis..
tapi,kulit buku IMPIANA II,kurang menyerlah berbanding IMPIANA I..saya sendiri tak berapa perasan IMPIANA II ada di rak buku kerana kulit buku kedua-dua buah buku tersebut tiada kesinambungan..tak eye catching..

gaya penulisan ain maisarah masih sama dengan siri aku mahu,walaupun buku tersebut bergenre dewasa..

ok lah,saya harap ain maisarah terus berkarya dan akan menulis buku-buku genre dewasa dengan lebih banyak lagi..

Anonymous said...

Saya memilih punca A.

Kerana harganya terlalu mahal. Kawan saya amat berminat untuk membeli buku impiana 1 dan 2.Tapi terlalu mahal katanya. Lagipun dia dari kalangan orang yang agak susah dan kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapanya kerana mereka sering bergaduh.Saya harap kak ain pertimbangkanlah ya!

yg telah mengundi,
anonymous

Creepie said...

KAK AIN, semoga kak ain x sakit ati. sebenarnya kulit buku die x sebegitu menarik dan.... org keliru melihat buku impiana sbenarnya.

Yang telah mengundi

~Khairunnisa~

farah said...
This comment has been removed by the author.
farah said...

salam kak ain
Fara pun rasa macam tu. Kebanyakan orang dengar perkataan puluh sudah merasa mahal. kalau RM19.99 tu murah lagi sebab belasan lagi, dah masuk RM20 sudah kategoti mahal walaupun perbezaan cume 1 sen je. Kalau beli gule2 pun tak dapat! tahpape tah kan? kalau mama farah lain, janji bende tu ade kualiti, elok, bawak pengajaran yang baik mesti dia beli walau harganya berapa pun macam buku IMPIANA dan semua buku Kak AIn, mama farah yang belikan. farah tak suruh dan tak minta pun balik rumah je fara tengok buku Kak Ain dah ade dalam bilik,pastu fara tanye kenape beli sedangkan tak suruh pun mesti mama jawab macam ni,(dah hafal dah ayat die) "Kenapa? tak nak ke? buku tu bagus, banyak pengajaran yang
baik2.lagipun, buku tu pasal remaja. mesti best" macam tulah perangai mama saya.

farah said...

kak ain..
fara nak bagi cadangan ni..
kalau name2 ahli kelab teman tapi mesra tu kak ain masukkan dalam buku Aku Mahu Bergaya boleh tak? sebab nama saya dalam Aku Mahu Teman Tapi Mesra takde..

FaRiShA.... said...

kak ain,saya rasa buku impiana yg paling saya suka sbb cerita nie mencabar skit...cite die best sangat...bg pendapat saya sume cite yg kak ain tulis mesti best...sbb 2 lah sume buku kak ain saya ada...so,saya harap sangat kak ain tulis lah sambungan impiana2...yer.....plez...



yg sangat mengharap,

FaRiShA...("_)

imah ammran said...

Saya pilih punca A dan B

A)Saya rasa harga buku IMPIANA memang mahal berbanding dengan buku-buku Kak Ain yang lain. Saya sendiri tak beli disebabkan harganya. Tapi sebenarnya saya nak beli juga. Saya nak kumpul duit nanti. Hehehehe..

B)Kulit buku IMPIANA I agak menarik. Tapi saya memang tak berapa gemar sangat dengan kulit buku IMPIANA II. Nampak suram je. Tak berapa menarik sangat.

Sekian saja komen saya. Maaflah kalau Kak Ain tersinggung dengan komen saya ni.

Yang telah mengundi 2 punca,
IMAH

{"~Eila~"} said...

Saya memilih punca A dan B.

A
-Kebanyakkan pembaca kak Ain ialah terdiri daripada kanak-kanak, kak ain pun tahu yang ibu bapa menanggung perberlajaan anaknya.Jika terlalu mahal, ibu bapa begitu keberatan untuk membeli.Jika anaknya tidak mahu menyusahkan ibu bapanya, dia mungkin mengorek tabung diri sendiri.Saya tahu ini kerana kejadian ini terjadi kepada diri saya sendiri.hehe...

B

- Kulit buku kurang menarik perhatian berbeza dengan Impiana I yang nampak menarik sikit dari Impiana II.Kulit buku Impiana II nampak suram dan dan pembaca kurang berminat(macam saya).Kalau saya nak membeli sebuah novel, saya akan lihat cover buku tu dulu.

Yang telah mengundi
{"~Eila~"}

harrypotter03 said...

Saya memilih punca (B)

I don't like Impiana 2's cover coz it's not attract people to buy that book. I think better kak Ain change the book cover and teen will buy the book because new cover> I think Kak Ain create a new cover such as Aku Mahu Teman Tapi Mesra dan Aku Mahu Saiz S.

Im already vote,
~The Daily Prophet News~

Anonymous said...

saya memilih punca A

sebab ianya agak mahal..mungkin sebab buku tu tebal tapi kurang kan lah sikit...


peminat PtsOne
Bella.

Iman Anne Azhar said...

Saya memilih punca (D),

Jalan cerita di dalam Impiana & Impiana II terlalu "extreme" dan terlalu dewasa.Saya juga menyokong ape yang saudari Najwa Amira menyatakan,"Kulit buku Impiana II kelihatan agak suram..".

P/S...:::Don't judge the book by it's cover...

Yang Telah Mengundi,
Iman Anne Azhar

ainmaisarah said...

Kak Ain ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas semua komen membina yang diberi.

Kak Ain mengingatkan kepada semua agar:

~Jangan risau.
~Jangan takut.
~Jangan bimbang.

Kak Ain tidak akan berkecil hati dengan sebarang komen yang diberi. Tujuan utama Kak Ain membuat kaji selidik ini adalah mengenalpasti kelemahan dalam IMPIANA dan IMPIANA II. Ini bagi membolehkan pada masa hadapan, buku IMPIANA III akan menjadi lebih sempurna dan menepati kehendak pembaca.

InsyaAllah, Kak Ain akan menulis satu entri khas bagi mengupas isi pandangan para pembaca semua.

Terima kasih sekali lagi. Kak Ain sangat menghargai semua komen para pembaca! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

Anonymous said...

reason 1
hai akak!
saya ada msalah ngan harga dier..
terlalu mhal..
saya ingin membelinya..
tapi , mak saya x membenrknnya krana hrga yg trlalu mahal...
saya hndk manyambung bacaan IMPIana
ttpi disbbkan harganya ..
saya x mmpu nk mnymbg..

reason 2
Saya tak berapa suka sangat dengan kulit buku Impiana II.Kalau diikutkan kulit buku siri Aku Mahu,kulit buku Aku Mahu lebih menarik dan cantik kulit bukunya.Kulit buku Impiana II kelihatan agak suram..

yg mengADU ,
Naddy

someone said...

Saya rasa tak ada apa2 cacat cela pada novel Impiana..Pada saya, novel Impiana merupakan suatu karya yg sgt bgs dan mempunyai mesej yg tersirat.Apa-apapun, saya tetap akan menyokong Kak Ain...
Yg mengundi,

Anonymous said...

pade pendapat saye, tajuknya tidak kelihatan menarik. Saye akan membeli buku yang tajuknya unik dan pelik. Buku ini juga seperti terlalu kedewasaan. memang sesuai untuk pelajar belasan tahun tetapi tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

Yang telah mengundi
Nurul Hidayah

nana said...

saya memilih punca A DAN B
ini kerana A:ayah saya hanya beri peruntukkan sebanyak RM 18shj.kawan kawan sekolah pun lebih kurang gitu juga.ramai yg x berapa nk mampu.
B:kulit buku impiana I &II kurang
menariklah.boleh buat pembaca bosan.::maaf klau terkasar sket::.

yg mengundi.:bukan undi parti:.
nana

irahazira said...

Kak Ain,

Pada saya, faktor yang paling menonjol di sini ialah faktor B. Tetapi mengikut entri Kak Ain yang baru, Kak Ain dan pihak penerbitan PTS telah bercadang untuk menukar kulit buku Impiana dan Impiana II berdasarkan pendapat pembaca di sini yang rata-ratanya memilih faktor B! Alahaiii Kak Ain!! Janganlah macam tu, walaupun saya setuju kulit buku ialah punca utamanya tetapi saya tak nak lah nanti pembaca yang baru membeli Impiana dan Impiana II dapat kulit buku yang berlainan daripada pembaca-pembaca yang terdahulu membeli;sepeti saya, Najwa Amira, Balqis, Dayah, dll. Tak adil gitu =/

Yang kebingungan,
Nor Hazira

dayah said...

alah k ain ni !!! asyik tanya pendapat org aje ... cpt2lah tulis tu ..

Anonymous said...

saya rasa punca B sbb masa saya tengok kulit buku dia macam buku cerita hantu je(especially impiana ii)tapi saya beli jugak.pendapat saya patutnya kak ain buat cover colourful macam cover aku mahu.

iman-aryana said...

hye kak ain!
urm,
bagi pendapat iman la,
best je impiana niyy
cz iman mmg xkisah psl kulit buku.
crite impian mmg best!
&& bg iman,crite ni xde berbentuk kedewasaan punn.
pnuh misteri ape!
tu yg bwat iman nk abiskn crite ni cpt2~!
ape2 pun, gud luck kak ain!


ur big fan,
iman

Anonymous said...

Salam..
Saya rase due2 buku IMPIANA ni best jer!
best sesgt!!
saya kalau dh bace buku,terus duduk je.. x sedar2!!
kulit buku die ok je, tp kalau lg menarik lg best la!
terima kasih..


Ulat buku,
Nur Nadzirah

Anonymous said...

Saya rase buku impana ni lebih kurang same je dgn buku kak ain yg lain.Ape2 pun,good luck kak ain!CHAIYOK!

Aries Gurl said...

salam kak ain,

lps saya baca impiana 1 dan 2, saya rasa takde apapun yg tk mnarik...tapi saya rasa puncanye harga... sebab novel yg lain harga RM18.00 shj... tapi impiana harga RM21.00 pulak...saya pelik...(tlg bls)

Raihana Fauzee said...

as'salam..
sye memilih punca B, kerana kulit buku impiana dan impianaII kelihatan agak suram, dan kelihatan seperti untuk orang2 dewasa sahaja...kulit buku aku mahu lebih menarik kerana ianya ceria dan cantik..mungkin pembeli-beli semue tidak tertarik..

Mimi Shamimi said...

Saya pilih punca B..

Kulitnya agak seperti orang dewasa yang membacanya!!Amat tidak sesuai jika remaja membacanya.