24 June 2008

AinMaisarah di Singapura : Bahagian IV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga semua pengunjung Rumah Pink kekal ceria sentiasa.

Entri kali ini Kak Ain kongsi lagi gambar-gambar ketika di Singapura. Kali ini Kak Ain dalam mood ala-ala jiwang karat sedikit kerana Kak Ain nak bercerita tentang topik: BUNGA.

Kak Ain memang peminat bunga atau boleh dipanggil minah bunga. Dulu-dulu masa bercinta, Cik Abang ada juga hadiahkan jambangan bunga. Jambangan bunga paling besar Kak Ain terima adalah ketika majlis perkahwinan Kak Ain. Ketika selesai majlis sarung cincin, Cik Abang hadiahkan bunga mawar merah 30 kuntum. Oh! Ketika itu hati Kak Ain jadi berbunga-bunga! Sampai sekarang Kak Ain simpan jambangan bunga kering itu atas almari.

Berbalik cerita tentang topik bunga. Di hotel Ritz Carlton Singapura, setiap sudut kosong diletakkan hiasan bunga. Kak Ain sibuk ambil gambar sana-sini kerana Kak Ain sungguh mengagumi susun atur dan dekorasi bunga-bunga segar di hotel ini.

Mulanya Kak Ain habiskan masa ambil gambar bunga-bunga hiasan meja di sekitar kawasan lobi. Cantik sungguh bunga-bunga orkid segar yang digubah. Ini adalah bunga orkid hidup yang ditanam dalam pasu kaca. Di dalam pasu itu diletakkan sabut kelapa dan campuran tanah hitam. Bunganya cantik sekali. Berwarna putih dan dijaga rapi. Kak Ain sempat memicit lembut bahagian kelopaknya bagi memastikan ianya bunga segar atau bunga plastik (ini kerana setiap kelopak bunga kelihatan terlalu sempurna seperti tiada cacat cela) Memang sah! Bunga orkid putih ini adalah bunga hidup. Oh! Kak Ain terasa nak bawa balik ke Kuala Lumpur pula!


Ini pula adalah sebatang orkid hidup yang diletakkan bersebelahan sinki bilik air Kak Ain. Setiap hari apabila pekerja hotel mengemas bilik, bunga ini juga pasti akan ditukar sama.


Kak Ain juga sempat mengambil gambar gubahan bunga orkid yang diletakkan menghiasi tandas lobi hotel. Kali ini orkid warna kuning pula. Mujur tiada orang lain di dalam tandas. Ini membuatkan Kak Ain begitu berleluasa mengambil gambar klik sana klik sini tanpa hadnya!


Selain gubahan bunga orkid semata-mata, ada juga pasu-pasu yang dihiasi bunga campuran. Mungkin guna kaedah mix and match. Bunga-bunga jenis lain digubah tetapi tetap diselitkan sedikit sebanyak unsur bunga orkid juga.




Kak Ain kagum dengan komitmen hotel-hotel di Singapura. Bunga orkid bunga kebangsaan Singapura diangkat tarafnya menjadi penghias utama meja. Walau kadangkala ada juga menggunapakai bunga jenis lain dan bertukar-tukar selera, bunga orkid wajib diselitkan bersama.

Nak bandingkan dengan negara sendiri, susah sangat Kak Ain nak tengok hotel-hotel lima bintang Malaysia meletakkan bunga raya bunga kebangsaan Malaysia sebagai hiasan. Asyik-asyik teratai yang dipilih. Selalu benar bunga mawar yang dipuja-puji. Kerapkali bunga tulip disusun megah dalam pasu kaca.

Kasihan nasib bunga raya, bunga kebangsaan kita. Kak Ain yakin sekiranya bunga raya digubah cantik-cantik, tentu nampak menarik. Ianya juga boleh mengubah persepsi masyarakat bahawa bunga raya adalah bunga jenis murahan. Mulakan dahulu di negara sendiri. Baru orang luar nampak kecantikan dan keunikannya, sekaligus membuatkan mereka juga teringat-ingat imej bunga raya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Apa bunga kegemaran Cik Adik semua? Kongsi dengan Kak Ain di bahagian komen ye!

18 comments:

cutegirl_balqis said...

Salam Kak Ain...
Balqis suka sangat dekat bunga :-

- Rose / Mawar
- Tulip
- Teratai
- Bunga yg wangi n sweet...

Tu laa bunga yg Balqis suka....

p/s:gmbr Kak Ain dng bunga2 tu chumil2 belaka !!!

farah_hanum said...

salam kak ain...
saye suka bunga=

#Rose.
#Seri pagi.
#Orkid.
#Kebangsaan/raya.

tu...je saye suke...

p/s:orkid tu...cantik laa mesti mak saye suka...

wassallam...
farah_hanum.

lola &the gang said...

salam kak ain lola suka bunga

* rose
*bunga kertas
* teratai


itu saja yg cantik di mata

::fatin:: said...

salam kak ain..
fatin suka roses ngan orchid..
roses wangi sgt..
orchid plak sejuk mata memandang..
dekat rumah fatin ada taman mini orchid..
sebabnya ibu fatin ni gila orchid..
hehehe

Syafiqah said...

salam,kak ain
saya suka bunga ros putih..
x tau lah kenape saya suka
maybe sebab putih kot..
hehehe..:D

aLya tHe LiPaS said...

Alamak!!
utk entri ni alya terlmbt sikit..
hehe...
alya suka buka......

#Crysanthemum
..sebab air dia sedap and bunga dia cantik

#Bunga kertas
..sebab bila dia luruh .. fuh!! cantik mak oiii....

and banyak lg lah sbnarnya.. cuma alya tak tau nk letak mana satu .. okeylah, salam.. alya kena pi dulu ..

Salam Komentar lambat,
alyathelipas
muzicsfanatics.blogspot.com
(melawatlah blog alya KALAU ada masa)

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Saya suka bunga:

~Rose.
~Tulip
~Raya
~bunga yg ada at jepun(tak tau nama apa)

Tu laa bunga yang saya suka.Saya ni org yg gila bunga jugak tapi saya lebih gila teddy bear.Terutamanya yang besar dan bulunya lembut.Rasa macam nak beli jer bila lihat teddy bear

Yang minat bunga dan teddy bear,
zafirah

wonderskd said...

salam k.ain..saye suke sangat2 bunge rose merah cantik n wangi!!..n sbb saye suke sangat2 wane merah ahks!

najwaamira said...

Saya suka...

~Bunga raya
~Rose
~Lavender
~Tulip
~Bunga teh bunga?
~Water lily

najwaamira said...

Lagi satu sakura!!!CAntik bunga sakura ni..+orkid

syajaz said...

Salam Kak Ain...
Syarah suke sangat kat bunga:-

*rose putih
*lavender
*Orkid
*Tulip
*Bunga Sakura

tu je kot bunge yang syarah suke..
Babai KAk aIn

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Hanis amat amat jatuh cinta dengan bunga dafodil .
Bunga yang berwarna kuning tu . Nampak lembut je .

Bunga rose putih pun jadi pilihan Hanis. Wah , seronok jika ada orang yang baik hati kasi bunga macam cik Abang pada Kak Ain :D

ratu anis said...

salam kak ain...
sy suka bunga:

*rose putih
*bunga kertas
*bunga sakura
*bunga raya
*bunga dafodil

tu je kut bunga yg sy suka...

irahazira said...

Sukaaaa ros merah! =D

natasha said...

kk ain.sy ske bunga ros and bunga raya....kk ain dh tgok bunga ros biru????cantik tau...

farhannajwa a.k.a wawa said...

Salam buat kak ain yg cute!!
Wawa suka bunga :-)

~ lavender coz bunga lavender tue wangi n warna purple!![ my fav colour!!]

~ ros biru coz biru is my fav colour n nampak unik dr bunga ros yg lain...

~ bunga sakura coz bunga tue nampak cantik bila tiba musim bunga!!

tue jelah bunga yg sy suka..hehe...

Anonymous said...

Salam Kak Ain.....
Saya suka semua bunga tapi my favourites are :-

- Tulip especially yg warna putih and
pink.

- Ros merah & putih. Kalau gabung
dua-dua, fuh mesti cantik. Boleh
jadi gila saya coz red and white is my fav color.

- Lavender. I like especially the smell.... :P


Chaiyok Kak Ain...

Nadhira

Shasha said...

salam kak ain,
saya pulak suka bunga

*raya
*orkid
*tulip
*ros
*lily

:))