22 June 2008

AinMaisarah di Singapura : Bahagian III

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Salam dari Singapura. Kak Ain teramat penat dan letih lutut! Terasa nak terbengkok segala urat sendi! Hari Kak Ain bermula dengan menyiapkan dan menggosok baju Cik Abang. Kami berdua perlu berpakaian formal bagi memasuki pameran Communicasia 2008 di dewan Ekspo Singapura.

Pukul 10.00 pagi, bas shuttle yang disewa khas oleh pihak penganjur sudah menunggu di lobi hotel. Memang perkhidmatan pengangkutan yang disediakan sangat cekap dan efektif. Setiap 15 minit, satu bas akan menunggu. Ada 10 hotel sekitar Singapura yang menyediakan perkhidmatan bas ke dewan ekspo. Ini bagi memudahkan peserta-peserta dari seluruh dunia menghadiri ekspo IT terbesar di Asia ini.

Apa yang ada di pameran ini?
Tentu segalanya tentang telefon dan komputer!




Sampai dewan ekspo, kami diminta mendaftarkan diri. Ini adalah tag nama Kak Ain dan Cik Abang.


Kami memulakan penjelajahan di Hall 1. Nak tahu, ada lapan dewan kesemuanya! Kak Ain sudah tiga tahun ke sini. Jadi memang Kak Ain bersedia memakai kasut jenis rata. Tak bertumit walau sedikit. Air mineral juga dibawa sehingga dua bekas besar. Gaya nak menjelajah hutan pula!

Seperti biasa, Cik Abang pergi ke gerai-gerai pameran yang bersifat teknikal. Segalanya tentang teknologi terhimpun di sini. Ada jam yang punya fungsi telefon. Ada yang beri penerangan tentang jalur lebar. Ada tentang konten telefon bimbit. Ada juga mempamerkan pelbagai jenis model terkini alatan komunikasi.

Kak Ain lebih tertumpu kepada segala macam telefon mudah alih versi terkini. Memasuki bahagian pameran telefon Samsung, kali ini ada kolaborasi khas dengan jenama Giorgio Armani dan Adidas. Telefon bimbit zaman sekarang sudah ada unsur fesyen. Hebat! Bagi telefon edisi terhad Giorgio Armani, ianya khas untuk golongan lelaki korporat yang mementingkan gaya. Hitam, sleek dan kecil sahaja saiznya.


Telefon bimbit Samsung edisi Adidas pula lebih bersifat tahan lasak, sporty dan berwarna-warni. Oren dan merah jambu tentu jadi pilihan hati.


Melalui kawasan telefon LG, ada pelancaran khas model terkini diberikan nama LG Secret Black Label Series.


Kak Ain sempat mencuba spesifikasi telefon LG ini. Memang nampak sekali imbas macam cermin muka dengan fungsi touch screen. Sangat cool! I like! Ada warna merah jambu yang cantik sekali!


Selain seronok melihat telefon bimbit edisi fesyen, Kak Ain juga sempat memerhati ruang hias gerai. Ada satu gerai yang sangat menarik perhatian Kak Ain. Gerai ini menggunakan kombinasi warna putih dan oren. Di tengah-tengahnya dihiasi balang kaca.


Cuba lihat betul-betul. Ada berpuluh-puluh ekor ikan emas di dalam balang ini! Comel sangat terapung-apung melawan putaran air di bawah balang. Kak Ain suka tengok ikan emas yang perutnya buncit dan kepalanya benjol. Bila berenang kelihatan sangat tak stabil! =D Heheh.


Selain ikan, ada juga gerai guna konsep bunga-bungaan. Paling Kak Ain suka adalah gerai di bawah ini. Setiap penjuru gerai diletakkan dengan deretan ros merah. Wangi sungguh apabila lalu di sini!


Kak Ain juga sempat singgah di bahagian internet kiosk. Di situ, tiga komputer disediakan. Setiap pengunjung dibenarkan menggunakan akses internet selama 10 minit. Kak Ain juga tidak melepaskan peluang menjenguk Rumah Pink yang lama ditinggalkan. Kak Ain gunakan peluang ini membaca komen para pengunjung, tetapi tidak sempat meninggalkan sebarang komen dan balasan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Kak Ain selamat di Singapura.


Habis tawaf dewan 1 hingga 8, Cik Abang ajak menyeberang laluan pula. Ada pameran BroadcastAsia 2008 di dewan berlainan. Ketika itu Kak Ain sudah terasa nak pengsan! Bayangkan, sudah pukul 3.00 petang. Lima jam berjalan. Ada lagi kawasan yang belum dijelajah. Ketika itu penatnya Tuhan saja yang tahu. Tapak kaki Kak Ain dah sakit-sakit. Tetapi oleh kerana Cik Abang nak tengok pameran video dan teknologi CGI, Kak Ain kuat-kuatkan juga. Di dewan ini, segala macam kamera, alatan media dan teknologi TV pula terhimpun. Tiada gambar disertakan kerana Kak Ain sudah tak berdaya nak pegang kamera angkat tangan.

Pukul 4.00 petang. Selesai juga melawat semua gerai pameran. Di luar dewan, sudah tersedia lorong-lorong barisan menunggu bas shuttle datang membawa balik peserta ke hotel masing-masing. Apabila lihat jadual bas, pukul 4.15 petang baru ada satu bas datang. Aduh! Penatnya nak menunggu lima belas minit masa berlalu!

Kak Ain sudah berura-ura nak duduk bersila atas lantai. Letih kaki tak boleh nak cakap. Mujur mata Kak Ain cekap ternampak sebuah kerusi kosong yang tidak berpenghuni. Terus Kak Ain melangkah selaju Gaban. Risau kerusi itu direbut oleh pengunjung lain. Akhirnya! Kak Ain dapat duduk juga. Oh! Nikmatnya tak terkata!


Lima belas minit menunggu bas datang, Cik Abang yang masih ada banyak simpanan tenaga sibuk ambil gambar ke sana sini. Kak Ain pula? Sudah terlalu penat dan tanpa diduga boleh tertidur di situ! Isk… Isk… Isk! Selamat tak mengalir air liur basi! =D Apabila bas datang, Kak Ain dikejutkan. Naik bas Kak Ain tidur lagi sampai sakit tengkuk.

Sampai di hotel, Kak Ain tak larat nak melangkah dan beg kertas pun sudah diseret atas lantai… macamlah beg kertas itu ada roda! Kak Ain sudah tak sabar nak jumpa bantal dan tilam!


Banyak lagi cerita Kak Ain dari kota Singa ini. Tetapi beri masa Kak Ain nak merehatkan kaki-kaki yang lenguh ni. Nak tahu jauhnya perjalanan AinMaisarah? Sila rujuk peta di bawah.


Kak Ain memang sudah pengsan!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Oh! Walaupun Kak Ain pengsan, Kak Ain nak tahu juga jenis telefon bimbit yang digilai remaja masa kini. Beritahu Kak Ain di bahagian komen ye! Sampai jumpa lagi!

18 comments:

aLya tHe LiPaS said...

SaLaM KaK AiN,
Ermm... H/p ek?
alya tak tau la yg mana alya suka,jenis apa..
tapi yg wajib ada dalam H/p alya ialah :.

i.Boleh hanta mesej.
ii.Boleh Call orang.
iii.boleh main game.
iv.ada kamera.
v.ada perakam video and suara.

*walkman entah la .. kalau ada lagi bagus .. hehe :)*

pastu lagi best kalau dia slide cam phone alya sekarang.. comel and mudah dibawa .. kan kan kan??

pastu kaler dia wajiib ada kaler hitam, kamera dia takde la cam besar sangat,and nipis..

huhu.. panjang nyer ...

okeylah,
sampai di sini dulu!
alya thelipas ..
muzicsfanatics.blogspot.com

(huhu.. alya komentar pertama)

Hanisah said...

Salam Kak Ain,

Bestnye Kak Ain pergi Singapura!!! Ohhh.... Kak Ain pengsan?? Kesian Kak Ain... Cik Abang makan apa sampai dah berjalan jauh pun masih bertenaga???

Okey, kalau Kak Ain ade mase, Kak Ain pergi ke blog saya di:
http://lagu2-nasyid .blogspot.com

Wassalam,
Hanisah.

p/s:Sye lak komentar kedua yg komen ek.

Anonymous said...

Salam Kak Ain,Zafirah di sini.

Saya ta kisah jenama apa,janji dia ada:

1.call org n hantar mesej(penting tu)
2.Ada tempat yg boleh dengar lagu(lagi penting dari yg no.1 punyer)
3.ada kamera(yg jelas punyer)
4.ada game(yg best)

Tu yg penting mesti ada kat telefon saya.Saya suka yg jenis flip n slide.

tu jer saya nak tulis.Have fun kat singapore.

p/s:Ayah saya dia takkan pengsan kalau jarak macam tu.Saya akan pengsan n rasa boring sbb saya tak minat dlm benda-benda macam ni.

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Wah! Mesti seronok kan ?
Campurr letih :D
Hanis teringin sangat nak tengok handphone berteknologi tinggi macam tu.

Tapi,bila tengok harga , pengsan !
Kena tunggu keputusan baik dulu kot baru boleh beli baru :)

Hanis amat amat sukakan handphone Nokia 5610 , XpressMusic.
Handphone kegemaran Hanis mesti dilengkapi dengan:
3G
Camera
Video , (yang gambarnya jelas :) )

Itu je kot dari Hanis.

SelamatDiSingapura,
HanisAqilah

ainon mohd said...

Laporan menarik, banyak maklumat, macam laporan wartawan pula.

cutegirl_balqis said...

Klau ikootkan Balqis,
Balqis ske hp jenama:---

Nokia [N5610 Xpress Music]
Nokia [N5300 Xpress Music]
Sony Erricson [Z5610i]
Sony Erricson [W580i]
Sony Erricson [S500i]
Nokia 7373
Nokia [N81 8GB]
Nokia [N95 8 GB]


Tu laa hp impian Balqis...
Nanti Kak Ain cari laa kat internet ye....
hehehehe

Anonymous said...

Salam kak Ain, ni Fathiah , HP yang Fthiah minat tu mestilah dilengkapi ngan fungsi2 berikut

# leh cal org and message
#ADA BANYAK MEMORY
#ada3G
#BANYAK GAMES
#GPRS TU WAJIB HEHEHE ;]
#ADA KAMERA

Model yg saya suke ialah
@N73
@MOTOROLA RAZR
@LG SHINE
@SAMSUNG LIVELOUD

KAK AIN, nanti ari jadi fathiah kak ain kasi la adiah ,hehe......
gurau jer..............
Salam mengantuk,;D
FATHIAH COMEY

najwaamira said...

Mobile phone kegemaran saya

1)Call/send message!

Itu yg paling penting!!!Budak sekolah x yah lah nak pakai mobile yg mewah sangat...Bukannya nak guna sangat kamera...Betul x?

Tapi,saya ada mobile Nokia 5300.

p/s:Mobile phone pun ada Gergio Armani...Selalunya perfume or shirt je...

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Wah!kak ain kalau macam ni dayah nak gi lah!!!hehehheh

aini said...

salam k.ain

emm..dh lame x bkk internet..n x bkk ainmaisarah..

sekali bukak..berlambal-lambak entri!
jenuh nak baca nyer..heehe..

bagi kite x kisah h/p ape.

the most important kite nak h/p yang ade:

camera
radio
bluetooth

akk fikirlah h/p ape yang ade sumer tu..
hehehe..

p?:seronok kat sane?x der buah tangan untuk ahli2 kelab ainmaisarah ker??hehehe..gurau jeww..

::fatin:: said...

bestnya kak ain dpt bercuti..
fatin kat sini penat sgt dgn folio dan lain-lain..
kak main kat singapore smpai bila ek???

p/s : kak ain ada baca x surat khabar utusan yg ada berita mengenai cik abg???

yaya said...

nokia n sony ericson
tpi jgn amik motorola....
x elok...
hoho

Aimi Nadhrah. said...

assalamualaikum, kak ain.
waah bestnya dpt tengok brgn yg canggih2.

klau sy, jenis hp yg jd idaman sy sdah tntu yg ada bermacam jenis fungsi selain sms. terima/membuat panggilan..

mesti ada
-bluetooth.
-mms
-infrared
-camera
-kelengkapan muzik.
-internet.(bonus klau ada.)
-perakan suara n video

sy setuju dengan yaya
motorola tak bagus!:P

Afiqah Nadzirah said...

Salam Kak Ain,
Penat giler kalau jala jauh macam gitu kalau saya awal2 lagi dah pengsan.Kalau hp saya suke nokia n sony ericcson.

farah_hanum said...

salam kak ain...
erm..saye suke jenis mini atau cute sangat macam kak ain...hehhe lepastu...warna die menarik...erm..pastu lebih kurang macam alya the lipas...ok tu..je yang saye tau jenis henpon favourite saye...

p/s:kesian kak ain...letih kan kalau berjalan..tapi walu apa pun saye ucapkan ribuan tima kasih pada kak ain dan cik abang yang sudi memberi kami gambar di rumah pink untuk dilihat bagaimana keadaan di sana...thank you so much...

wassallam....
farah_hanum.

=SaNtAi= said...

assalamualaikum kak ain mane kak ain tau kisah cerita Adi?mane kak ain 'cilok' cite tu..sedih gak cite tu..kak ain pilih ikut sms ke ikut cite die yang sebenar?

saffira mohamed said...

kak ain ni cute laa nape nk ttp mate gne sungalasses 2... len kli xyah lah wat cam tu gi x cute..{jgn perasan ek}

Anonymous said...

helo kak ain !

handphone idaman nokia 5610 xpressmusic !

n akhirnya dapat juga dmiliki !

kak ain gune phone ape yerk?