21 May 2008

Berkongsi Novel AinMaisarah Dengan Ibubapa

Assalamualaikum buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Dalam entri kali ini, Kak Ain ingin berkongsi satu lagi ulasan buku. Kali ini disumbangkan oleh Cik Adik Nurul Farhana atau lebih suka menggunakan nama glamornya ~ Farah.


Kak Ain tertarik dengan ulasan ini apabila mengetahui Cik Adik Nurul Farhana @ Farah turut berkongsi membaca novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra dengan ibunda tercinta.

Assalamualaikum Warahmatulallah kepada Kak Ain,

Novel bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra sudah habis dibaca oleh saya. Novel ini mempunyai banyak pengajaran yang terselit dan tersepit dan menyebabkan ibu saya yang amat tidak suka membaca novel juga boleh jatuh hati bila membaca bab pertama novel Kak Ain. Apa lagi, saya teruslah mempromosikan novel-novel kak ain yang telah dimiliki oleh saya kepada ibu saya. Ibu saya juga berjanji akan membeli semua novel terbaru Ain Maisarah tetapi dengan syarat ibu saya perlu membaca dahulu novel-novel itu. Sungguh hebatnya novel Kak Ain sehingga menarik minat kaum ibu.

Walaupun ada sedikit cerita ringkas dan langsung tidak berkaitan dengan cerita sebenar, ia dapat menginsafkan saya. Sekarang, saya lebih suka mencontohi sikap Edrina yang selesai solat Maghrib, dia akan membaca Al-Quran dan berzikir sambil menunggu waktu solat Isyak.

Selepas saya mengamalkan sikap ini, pelajaran lebih senang masuk.

Selain itu, pengajaran yang saya perolehi berdasarkan cerita ini ialah kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan. Saya berasa marah dengan sikap Widya yang sanggup berchatting dengan Mr.LobakLobak selama tiga jam dalam sehari. Sikap ini saling tak tumpah seperti sikap kakak saya. Akibat dari perbuatannya ini, dia telah mendapat tempat tercorot dalam kelasnya pada ujian bulanan bulan 3. Semenjak dari hari itu, dia telah memutuskan hubungannya dengan rakan alam sibernya dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajaran kerana tahun ini dia akan menghadapi SPM.

Walau bagaimanapun, tidak semua sikap Widya yang harus dimarahi kerana ada sesetengah sikapnya yang perlu dicontohi seperti Widya yang menghargai rakan-rakannya yang telah menghadiahkannya pelbagai bentuk dan jenis hadiah untuk memujuknya. Sejurus selepas itu, dia terus melafazkan perkataan maaf kepada lima orang rakannya itu. Jika kita juga mengamalkan sikap ini, orang akan berasa bahagia kerana kita sudi menghargai pemberiannya.

Saya juga berasa kelakar kerana disesetengah bab seperti perbualan Edrina dengan Huda ketika mereka berada di makmal komputer, Huda menggelar Robert Kiyosaki sebagai Robert Berdaki. Ini menyebabkan Farah berguling-guling ketawa. Kelakar sungguh gelaran itu.

Sebelum mengakhiri emel ini, saya sertakan satu rangkap pantun yang tak indah dibaca dan didengar.

Kalau pergi melawat Kedah,
Jangan lupa melawat Melaka,
Jangan lupa beli novel Ain Maisarah,
Sebab semuanya best-best belaka.

Sampai sini sahaja dahulu emel saya kerana Kak Ain mungkin sudahpun berasa bosan membaca emel saya yang tidak sebagus dan langsung tidak setaraf dengan novel-novel hasil karya Kak Ain. Saya juga mendoakan agar Kak Ain sentiasa berjaya menghasilkan novel yang baru. Amin.

Salam Sayang,
Nurul Farhana atau nama glamornya, Farah


Sesiapa yang ingin berkenalan dengan Cik Adik Farah, silalah e-melkan kepada: ghostblood5452@yahoo.com

Terima kasih diucapkan atas ulasan ini. Kak Ain merasa cukup gembira apabila pembaca-pembaca novel dapat mengambil pengajaran disebalik setiap cerita. Moga-moga nasihat yang Kak Ain nukilkan secara halus dapat dicontohi dan diteladani.

Selepas ini harapnya semua pembaca mencontohi Cik Adik Nurul Farhana @ Farah. Kongsilah buku Kak Ain bersama ibubapa. Semoga dengan berbuat demikian, para pembaca dapat merapatkan lagi hubungan dengan ibubapa masing-masing. Dengan itu juga, ibubapa tentu dapat lebih memahami kerenah dan gelagat remaja masa kini.

Wassalam,
AinMaisarah
p/s:
~Kak Ain belum dengar lagi ada pembaca berkongsi novel AinMaisarah dengan guru di sekolah. Harapnya di masa akan datang, dapatlah Kak Ain dengar berita gembira ini pula.
~Oh! Jangan tak tahu, ada sekumpulan jururawat yang membaca novel Kak Ain juga! Ini semua hasil promosi Cik Adik Dayah. Terima kasih daun keladi kepada Dayah! :D

13 comments:

fatinhanani said...

salam kak ain..
nanti fatin cuba usahakan kongsi buku kak ain dengan guru di sekolah pula ye..
=)

Anonymous said...

assalamualakum kak ain,
shaikha nak tanye cket pasal mrlobaklobak,tol ke die tipu ngan widya pasal markh nye tu,atau tol2?

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Hanis pun akan cuba berkongsi buku dengan guru di sekolah.
Tapi,buat pengetahuan Kak Ain,
sekolah Hanis ada membeli buku Kak Ain dan diletakkan di perpustakaan sekolah.

Setiap masa,setiap ketika,
pasti ada pelajar yang membaca buku Kak Ain hinggakan ada pelajar yang berebut-rebut mahu membacanya dahulu.. :)

TrulyLove,
HanisAqilah

FaRah said...

salam Kak Ain..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penulis idola saya iaitu Kak Ain kerana sudi mengeditkan ulasan saya yang tidak setaraf hasil karya kak Ain itu.

Untuk pengetahuan Kak Ain juga, seorang guru saya telahpun berminat dengan hasil karya Kak Ain. Beliau ternampak saya membaca Novel Aku Mahu Buli. Beliau ingatkan novel itu tidak bagus kerana ada perkataan 'Aku Mahu Buli'.Kemudian, beliau meminta novel itu daripada saya dan mencuba membacanya dalam beberapa mukasurat. Selepas itu, beliau meminjam novel itu dari saya. Keesokan harinya, saya membawa semua koleksi novel-novel Kak Ain yang telah pun saya miliki. Beliau sungguh tertarik dengan hasil karya Kak Ain. Semenjak dari hari itu, saya selalu melihat beliau membaca novel Kak Ain. Saya juga berbangga kerana dapat memperkenalkan novel Kak Ain kepada guru saya.

FaRah said...

Kak Ain,
Terima Kasih juga kerana mengeditken gambar saya yang tak secantik Siti Nurhaliza dan tak cute-mute seperti Kak Ain.

MIRA said...

Saya ada hantar emel kak Ain.

fatinhanani said...

ceh..ceh..ceh..
lepas ni mesti kak ain jadi idola semua punyer..
(memang dah jadi pun..)

AinMaisarah said...

Salam Fatin,
Pesanan Kak Ain, jangan promosikan buku pada cikgu-cikgu yang garang. Takut!

Dear Shaikha,
Bila baca NovelComel Kak Ain bertajuk Rahsia Hati Mr.LobakLobak, ada diberitahu di situ. Sebenarnya Mr.LobakLobak berkorban. Kononnya markah corot dan itu dijadikan alasan memutuskan hubungan. Sebenarnya keputusan Mr.LobakLobak tak corot pun. Dia hanya mengulang kembali ayat yang diberikan dalam e-mel peringatan oleh Edrina dan Umi.

Dear Hanis,
Buku Kak Ain ada di perpustakaan? Bagus juga perkembangan itu. Kak Ain selalu harapkan lebih ramai lagi remaja di luar sana yang mengetahui kewujudan siri buku Aku Mahu. Moga minat membaca dapat dipupuk dalam diri remaja Malaysia.

Dear Farah,
Terima kasih kerana sudi jadi duta AinMaisarah dan memperkenalkan buku Kak Ain kepada ibu dan guru. Kak Ain sungguh terhutang budi dibuatnya! :D Thanks dear!

Dear Najwa,
Kak Ain sudah baca kandungan e-mel itu. Sungguh menarik! Ada masa nanti Kak Ain akan kongsikan dengan pembaca semua.

Dear Fatin,
Jadi idola tak apa,
Jangan jadi biola sudahlah! :D

Salam Sayang,
AinMaisarah

fatinhanani said...
This comment has been removed by the author.
fatinhanani said...

x pe kak ain..
fatin akan try mempromosikan buku kak ain kepada auntie fatin dari langkawi dulu eh???
sebab..
dia pun cikgu..
nanti kalau dia kata best sangat-sangat , fatin promosikan dekat cikgu-cikgu skolah yang sporting ok?
hehehe..
kak ain ada buat novel dewasa tak???
macam novel cinta ke..apa ke?
mak fatin berminat lah..
hohoho =@

Nina said...

salam kak ain,

sara cuba usahakan.
sara rasa nak beli lagi satu buku aku mahu popular lah. sumbangkan dekat sudut bacaan dalam kelas.
huhuhuhu.. tapi ada duit ker ni ?

InsyaAllah akan diusahaan.

=)

AinMaisarah said...

Dear Fatin,
Kak Ain memang ada perancangan nak buat novel dewasa. Satu cerita yang dalam simpanan ialah 'Cinta Realiti TV'. Ada 80 mukasurat dah siap. Tetapi Kak Ain tak ada masa nak teruskan penulisan. Kak Ain lebih tertumpu nak siapkan siri Aku Mahu & Impiana. Jadi Fatin beritahulah ibunda tercinta, tunggu 2-3 tahun lagi sebelum buku versi novel dewasa Kak Ain keluar okey! =D

Dear Sara Imanina,
Kak Ain terharu kerana Sara berniat mahu menolong mempromosikan buku Kak Ain kepada kawan-kawan hingga begitu sekali. Ah! Rasa nak nangislah! =( Sangat terharu! Thanks dear!

Salam Sayang,
AinMaisarah

Anonymous said...

aSSaLaMuaLaiKuM,,
Kak Ain,,knape jln crite setiap novel berbeza..sy x brape paham coz jln crite die berbeza dalam setiap buku..yg mane satu buku keluaran pertama.....ok bubye n tq!!jangan terase ati plak yea...slamat arie raye!!!