08 April 2008

Ulasan Buku AinMaisarah

Assalamualaikum,

Kak Ain selalu menerima komen yang bagus dan juga cadangan yang hebat mengenai buku-buku Kak Ain.

Mulai hari ini Kak Ain ingin berkongsi ulasan-ulasan dan komen-komen yang datang daripada pembaca-pembaca buku Kak Ain. Kak Ain akan sediakan satu kategori entri untuk memaparkan ulasan pembaca buku di Rumah PINK ini.

Tetapi ada syaratnya, mudah sahaja, iaitu :

1. Ayat dan bahasa yang digunakan mesti menggunakan bahasa melayu lengkap. Kak Ain tak mahu perkataan seperti, sy, dgn, skull dan lain-lain.

Anggaplah seperti adik-adik menghantar karangan kepada guru di sekolah. Anggaplah juga ianya sebagai salah satu cara mengasah bakat menulis. Boleh tak?

Kak Ain harap adik-adik boleh memberi komen dan ulasan yang bagus mengenai buku-buku AinMaisarah.

Sila mulakan di bahagian komen di bawah :

wasalam
AinMaisarah

87 comments:

MIRA said...

Ok2 saya patuhi syaratnya!!

BalqisBasri (^^,)v said...

assalamualaikum kak ain....saya rasa buku kak ain memang best sangat sebab jalan ceritanya yang tidak membosankan dan banyak juga watak serta perwatakan yang menarik yang cuba ditonjolkan oleh kak ain....cerita nya juga memang best dan ada unsur-unsur misteri seperti impiana 2...cuma itu sahaja komen saya...harap kak ain akan mengeluarkan lagi buku-buku yang menarik untuk bacaan remaja zaman sekarang....

AinMaisarah said...

Terima kasih Balqis.

Kak Ain memang seronok menulis siri Impiana. Siri Aku Mahu pula banyak lagi dalam perancangan. Harapnya siri-siri mendatang, Kak Ain akan dapat menampilkan cerita yang lebih menarik dan menepati citarasa remaja.

Najwa? Mana komennya?

Adik-adik yang lain... berilah ulasan novel-novel Kak Ain. Komen perlulah ikhlas dan dari hati. Pada masa ini, ada 7 novel semuanya. Mana satu yang paling disukai. Mana yang perlu ditambah rencah dan perisa bagi menyedapkannya lagi.

Kak Ain akan sentiasa mengambil kira komen pembaca semua supaya Kak Ain dapat memperbaiki penulisan Kak Ain di masa hadapan.

Wassalam,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain baru sahaja mula menulis novel ke-lapan, 'Aku Mahu Bergaya'. 20 mukasurat sudah siap. 250 mukasurat lagi.....

Anonymous said...

salam kak ain,

wah...saya baru tinggalkan tak sampai satu hari rumah pink kak ain...kak ain dah tulis entri banyak-banyak..

tentang gambar saya kak ain...saya kena minta pertolongan ibu / abah untuk masukkan gambar tersebut ke dalam komputer sebelum menghantar kepada kak ain.

saya pon berminat nak bagi ulasan buku...
(saya nak menggunakan peluang yang jarang-jarang datang pada hari sekolah iaitu...xde keja sekolah...haha)

Anonymous said...

assalamualaikum kak ain.
di sini sara hendak memberi ulasan saya tentang buku kak ain..
Secara jujurnya,Buku yang paling sara gemari dan sayangi adalah buku-buku karya kak ain.setiap buku yang kak ain buat menceritakan apa yang berlaku di kalangan remaja.jalan ceritanya bertambah menarik apabila kak ain menambah unsur-unsur lucu.setiap cerita juga memberi banyak pengajaran.sebagai contoh,buku impiana menyedarkan kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan kurniakan dan meminta daripada Tuhan apa yang dihajati, bukan dari syarikat impiana !
pendek kata, semua buku kak ain mampu menarik perhatian Sara untuk terus membaca buku kak ain.

itulah sedikit ulasan sara.

salam ceria,
~ Sara Imanina 2008 ~

Fazlin Ibrahim said...

salam kak ain,
saya suka buku impiana 1 dan 11..ceritanya penuh dengan misteri dan jalan ceritanya sangat menarik.saya juga suka kerana fasha sudah mula insaf dan bertudung..walaupun ina x setuju dengan tengku affin tetapi affin berusaha untuk menambat hati ina..saya memang suka cerita impiana..saya tak sabar nk tunggu impiana III...

MIRA said...

AMTTM memang best..LAwak pun ada sebenarnya.Tak Bisa Memilihmu tu semuanya cerita benar ke?Encik Fuad juga cerita benar?Wanita mana yang menjadi pilihan Adi ya?

Nina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam k.ain

seperti yang k.ain tau..kite memang minat sangat dengan buku akak yang best giler tu!

cerita akak ade elemen lucu,seram n more..
tu yang membuatkan buku akak digemari ramai bak ayam KFC
hehehe..

i hope u will do better than now!!
chaiyok..chaiyok!!

Anonymous said...

Ulasan novel Aku Mahu Saiz S

Salam kak Ain,
Riha memilih untuk mengulas novel ke-2 kak An yang bertajuk Aku Mahu Saiz S. Riha rasa novel tu banyak memberi pengajaran. Antaranya ialah bersyukur dengan paras rupa yang dikuniakan Allah dan menerima takdir dengan hati terbuka. Kedua, menghargai persahabatan. Seterusnya, tolong-menolong. The Size S menolong Kelab Size XL menguruskan badan, betul tak? Banyak lagi pengajarannya. Riha bagi 4 bintang pada novel ini. Jalan ceritanya menarik, cara mengakhiri ceritanya pun, agak baik. Novel novel kak Ain yang lain pun bagus juga, seperti Tak Bisa Memilihmu. Novel tu membolehkan kita mengetahui serba sedikit tentang masyarakat Indonesia. Kesimpulannya, novel Kak Ain memang best dan bagus! Tapi, buku sekolah jangan dilupakan!

-hanis ushy- said...

Salam Kak Ain,

Baga pendapat Hanis pula,buku Kak Ain memang menepati kehidupan seharian remaja.Rasa popular,mahu kurus,mahu buli.Kak Ain bijak mengolah ayat agar kelihatan kreatif.Sejujurnya Hanis amat menggemari buku Kak Ain.Dalam buku impiana,impiana 2,tak bisa memilihmu juga begitu.Setiap kali Hanis baca buku Kak Ain,Hanis rasa seronok,berdebar2,memang susah nak digambarkan.Buku kak Ain memang best.
Semoga Kak Ain dapat menghasilkan buku yang lebih baik.
Yang benar,
HanisAqilah

MIRA said...

Lagi satu komen saya,kak AIn memang buat novel yang menepati trend remaja zaman sekarang.Dalam buku Tak Bisa Memilihmu,semua perasaan semuanya ada.Gembira,sedih,berdebar2 semuanya adalah..Dalam buku yang akan datang,saya cadangkan masukkan banyak pengajaran lagi.Saya harap dalam buku AKU MAHU BERGAYA kak Ain buat novel yang lebis best,gempak,meletop and HOT lagi!!!!

AinMaisarah said...

Assalamualaikum,

Kak Ain mengucapkan terima kasih atas ulasan, komen serta cadangan yang telah dimasukkan di sini.

Kak Ain juga amat gembira apabila melihat adik-adik semua menulis dengan bahasa melayu lengkap. Hebat sungguh!

Itulah yang Kak Ain harapkan mulai hari ini. Kita berlatih menulis bahasa melayu lengkap. Lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

Kak Ain pun masih belajar. Kadang-kadang tersasar juga. Tersilap tatabasa dan ejaan.

Teruskan memberi ulasan, jangan risau jika hendak memberi komen. Kak Ain akan cuba perbaiki lagi karya penulisan Kak Ain di masa akan datang.

wasalam
AinMaisarah

IZZ HAZWANI. said...

Buku yang ingin diulas;
IMPIANA

Ulasan saya:

Watu mula-mula saya baca buku tu,ok je.Bila misteri 3 atau 4 hari berturut-turut yang terjadi pada Fahrin , saya rasa takut sangat.Kebetulan saya baca buku tu kat sebelah tingkap waktu malam.Siap nangis lagi sebab talut yang teramat sangat.

Fazlin Ibrahim said...

Salam kak ain,

Saya ingin mengulas buku kak ain yang bertajuk Impiana I dan II
Saya suka sangat membaca buku itu kerana bukunya sangat menarik..Di dalam buku itu juga ada nilai murni seperti kasih sayang, insaf dan berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik dan menolong kawan kita yang berada di dalam kesusahan.Kita tak sepatutnya membalas demdam untuk memuaskan hati kita jikalau seseorang itu telah membuli kita,sebab mungkin orang itu akan berubah dan menjadi seorang yang baik,seperti mimi monira yang ingin membalas demdam kepada the wannababes yang telah membulinya ketika sekolah menengah.Saya juga suka watak amir yang akhir sekali dia boleh menerima hakikat yang farah bukan jodohnya tetapi fasha ketua the wannababes yang akan memberikan kebahagiaan kepadanya..farah pula masih lagi setia kepada fahrin walaupun fahrin masuk ke hospital mental.Selain itu, kita mesti sabar walaupun kita sentiasa dibandingkan oleh orang lain..

Banyak sangat ker yang saya tulis..
Lega rasanya..
-salam Fazlin-

BalqisBasri (^^,)v said...

assalamualaikum kak ain,balqis dah baca buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA. saya rasa geram,marah,kasihan dan kelakar. saya geram sebab widya yang berubah sebegitu drastik. saya tidak menyangka itu akan berlaku. saya ingat setelah menjalinkan hubungan dengan mr.lobak-lobak,widya akan menjadi lebih baik. saya rasa kecewa dengan sikap widya.

saya juga rasa tak puas hati dengan edrina kerana tidak berterus-terang kepada 5 orang kawan rapatnya bahawa dia menyukai zaidi. setelah huda menyukai zaidi baru edrina berasa tergugat.

saya juga berasa kelakar hingga tidak berhenti-henti ketawa ketika membaca perbualan di antara huda dan edrina. ketika mereka berdua berbual tentang "robert kiyosaki" yang kelakarnya,semasa huda menyebut tentang ROBERT BERDAKI memang kelakar sangat.

saya berasa kasihan melihat hana,huda dan nita menjadi penyebab berlakunya kerenggangan di antara widya dan edrina serta umi.....

setelah membaca buku kak ain,saya mendapat bermacam-macam feelings. sesungguhnya buku kak ain memang best. saya tabik kepada kak ain dan kak ain adalah penulis novel kegemaran dan kesukaan saya.

thank you kak ain because you make my day more happy with your book !!!

nurul hidayah roslan said...

assalamualaikum kak ain,

Dayah nak komen tentang buku impiana.

Buku impiana adalah buku yang mengajar kita erti kesedaran.contah macam kumpulan The wannababes sedar bahawa semua itu terjadi kerana balasan tuhan kedapa mereka.

buku impiana juga memberi kite pengajaran bahawa sesuatu itu datang dari tuhan untuk menguji kesabaran kita.Kita juga patut reda dangan ketentuannya.:D

Jadi itu sahajalah yang dayah nak cakapkan tentang buku imopiana ini.
Dayah ucapkan kedapa kak ain "SELAMAT MAJU JAYA :)"

Anonymous said...

Saya adalah salah seorang pembaca anda yang paling tua agaknya kerana berstatus ibu, isteri dan guru. Komen salah seorang pengulas buku di dalam akhbar tempatan mengenai aku mahu popular telah membuatkan saya mencari buku tersebut di kedai buku dan juga telah menyebabkan anak saya tertangguh membeli kereta mainan Ferrari Shell V Power. Memang betul, saya seperti tidak dapat meletakkan buku tersebut kerana ia ada unsur ala-ala buku Sweet Dreams masa saya remaja 20 tahun yang lalu. Cuma ada unsur keislaman dan tazkirah yang diselit secara halus tetapi amat berkesan. Sekarang, saya sudah ada 2 buku ain dan berharap akan dapat membaca karya yang lain kerana dapat menyelami jiwa remaja yang kian kompleks tak seperti zaman saya dahulu. Tahniah dan terima kasih kerana memberi sesuatu untuk mengisi perpustakaan mini saya.

Nina said...
This comment has been removed by the author.
MIRA said...

Saya nak komen buku Aku Mahu teman tapi mesra.(KAk Ain boleh gelar NajwaAmira sebagai Mira ok?)

Secara jujurnya Aku Mahu Teman Tapi Mesra memang mengajar Mira supaya tidak bercinta sewaktu bangku sekolah.Ini kerana kemungkinan pelajaran kita akan merosot.Seterusnya,Mira dapat belajar yang kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang kawan kita.Walaupun ia dianggap sebagai jaga tepi kain orang,tetapi kita pasti tidak mahu sahabat kita ditimpa kesusahan betul tak kak Ain?Kalau kita ada perasaan pada seseorang pun,biarlah kawan dulu..Buat sementara,jadilah Teman Tapi Mesra.Kalau dah berjaya bolehlah luahkan perasaan masing-masing.

Saya beri markah 98 per 100 markah untuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra.

Perasan Mira tentang buku ini adalah Mira dapat rasakan bahawa persahabatan The Normal Size bersama walau apa pun cabaran walaupun Widya tiada bersama.

Komen Mira pula kalau boleh,kak Ain cubalah buat peribahasa yang menarik contohnya ada udang di sebalik mi..Buku kak Ain sememangnya MELETOP!!!

Salam Ceria,
NajwaAmira

Anonymous said...

Assalamualaikum....
ulasan untuk buku kak ain dimulakan dengan perkataan 'best'. buku kak ain amat mendapat sambutan yang amat menggalakkan di sekolah zati iaitu smk convent teluk intan. zati telah buat penilaian buku tentang aku mahu teman tapi mesra dan daripada 10 orang yang membacanya, mereka banyak menyatakan yang buku kak ain ini boleh tahan dan syok. sememangnya zati sebagai pembaca dan seorang remaja, kak ain sudah pupuk zati menjadi seorang pembaca..
salam dari zati....

sememangnya kak ain memahami citarasa budak remaja sekarang. terima kasih saya ucapkan

Anonymous said...

as'kum kak ain..saya suka karya kak ain kerana ia lain dr yg lain..bkn ttg cinta saje juga ttg erti persahabatan,permusuhan dan sebagainya..juga kak ain memakai watak yg sama.semoga kak ain akan mengeluarkan buku yg lbh gila2 dan menarik untuk kita orang...

Aimi Nadhrah. said...

salam kak ain.

buku-buku seperti buku AKU MAHU POPULAR & AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA(masih dalam proses membaca) memang menariklah. setakat ni saya cuma sempat baca dua buah buku ini saja. yang lain tak sempat hendak melawat MPH atas sebab demam peperiksaan. huhu.

kak, saya dari sejak membaca novel-novel akak lagi dah tertanya-tanya. sampai penat lagi nak tertanya-tanya.

saya kagum lagi agak cemburu juga lah,'macam mana akak serta penulis-penulis di PTSOne dapat menggarapkan sesebuah cerita.'.

buat pengetahuan akak, saya memang minat sangat dalam penulisan cerpen,dan adalah sikit-sikit saya buat cerita panjang sendiri dan adalah menjadi dua atau tiga. tapi entahlah, saya rasa seperti tak memuaskan. mungkin sebab jalan ceritanya sama sahaja. semua mengenai satu subjek. cinta cinta dan cinta. memanglah dunia ni memang tak lari dari subjek cinta, tapi saya terfikir nak buat satu kelainan dalam penulisan. malaslah nak buat topik cintan cintun. macam apa yang kak ain buat dalam novel kak ain yang lebih kepada persahabatan, pelajaran, sosial remaja semua-semua tu rasa macam, alamak, hebatnya!

bagilah tips sikit kak. pleasee. :))

FaRah said...

kak ain..
farah dah hantar komen kat emel dah..kak ain tak keluarkan ke? waaaaaaaaaaaaa

siti_hajar said...

Assalamualaikum kak ain.

Saya hendak mengulas tentang buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra.

Pertama,jalan cerita itu memang best.
Kedua,saya dapat banyak sangat pengajaran berdasarkan buku itu.Antaranya ialah,kita tidak seharusnya bercinta pada usia yang muda sampai ketinggalan pelajaran.
Selain itu,kita seharusnya pandai membahagikan masa antara belajar,bermain atau berehat.Seterusnya, kita haruslah mementingkan persahabatan daripada cinta kerana kawan boleh membantu kita.Kemudian,kita haruslah berkorban demi kawan baik kita dan nasihatkan lah kawan yang mempunyai masalah secara berbincang.Yang terakhir,kita haruslah menghormati guru-guru yang telah berjasa kepada kita supaya ilmu yang diajar berkat.

Buku Kak Ain juga menepati trend remaja zaman sekarang.Kesimpulannya ,buku Kak Ain sangat best dan lengkap.Semoga Kak Ain dapat menyiapkan buku dengan banyak lagi.

Wassalam.

siti_hajar said...

Assalamualaikum kak ain.

Saya hendak mengulas tentang buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra.

Pertama,jalan cerita itu memang best.
Kedua,saya dapat banyak sangat pengajaran berdasarkan buku itu.Antaranya ialah,kita tidak seharusnya bercinta pada usia yang muda sampai ketinggalan pelajaran.
Selain itu,kita seharusnya pandai membahagikan masa antara belajar,bermain atau berehat.Seterusnya, kita haruslah mementingkan persahabatan daripada cinta kerana kawan boleh membantu kita.Kemudian,kita haruslah berkorban demi kawan baik kita dan nasihatkan lah kawan yang mempunyai masalah secara berbincang.Yang terakhir,kita haruslah menghormati guru-guru yang telah berjasa kepada kita supaya ilmu yang diajar berkat.

Buku Kak Ain juga menepati trend remaja zaman sekarang.Kesimpulannya ,buku Kak Ain sangat best dan lengkap.Semoga Kak Ain dapat menyiapkan buku dengan banyak lagi.

Wassalam.

fatin syakira said...

salam kak ain,

saya rasa semua buku kak ain best.!

terutamanya buku impiana..

seram pun ada juga...

macam mana kak ain dapat idea ye.?

Anonymous said...

Salam,

Novel tulisan AinMaisarah tersangatlah best..memang sangat sesuai dengan citarasa remaja yang sukakan fashion,love,and GUY...novel AinMaisarah banyak memberi inspirasi kepada pembaca.

bagi saya, saya suka novel AinMaisarah sebab gaya penulisannya yang bersahaja dengan idea-idea baru yang sering ditonjolkan.. di asrama,jika ada masa senggang, saya akan buka locker buku dan capai novel ainmaisarah.Lihat sahaja pada cover novel yang comel, sudah mampu untuk menghilangkan stress...Itulah kehebatan novel AinMaisarah.

Novel AinMaisarah juga banyak mengandungi motivasi dan pengajaran yang membuatkan setiap pembacanya belajar erti sebuah kehidupan melalui sebuah pembacaan...

Your novel always cheer me up. Keep it up Kak Ain!! Psst..psst..jangan bagi tau warden tau saya bawa novel...hehe..

Anonymous said...

Assalamualaikum,Kak Ain.
Buku novel kak AIN ini telah menarik hati saya untuk membacanya.
Saya tahu buku ini untuk remaja tetapi ia benar-benar telah memikat budak kecil seperti saya.Tahniah saya ucapkan.Semua buku novel kak Ain seronok belaka seperti AKU MAHU SAIZ S,AKU MAHU POPULAR dan macam-macam lagi.Saya memberi 10 BINTANG akan buku novel kak AIN yang menarik hati semua para peminat buku novel.
Salam Selamat Petang,
Nur Farahani .:)

woot woot ;) said...

kak ain!
sye mmg minat dgn novel kak ain.
best dn menarik sgt sgt.
tahniah kak ain !

Nur Amira Syabihah said...

assalamualaikum kak ain...
saya suka sangat-sangat buku aku mahu teman tapi mesra...
dan setiap malam saya berfikir kalau buku aku mahu teman tapi mesra best sudah tentu buku aku mahu yang lain-lain best juga...
so,saya nak beli buku aku mahu saiz s dengan keluaran terbaru iaitu aku mahu ke new york 1 dan 2...
saya harap kak ain kira semua jumlah buku -buku itu dan saya nk melalui pos laju..
duit akan saya pos....assalamualaikum kak ain yang sudi membaca komen abby...ermmmmm,aby pun sokong balqis cakap... kak ain memang pandai mengarang buku ikut zaman sekarang....oklah yang ini sahaja komen abby...assalamualaikum..

Nur Amira Syabihah said...
This comment has been removed by the author.
Nur Amira Syabihah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum kak Ain...Saya memang suka sangat baca buku-buku karya kak Ain. Saya suka sebab jalan ceritanya yang menarik dan kelakar. Jalan cerita buku Impiana dan Impiana 2 dipenuhi misteri dan pembaca yang membacanya akan merasa ingin tahu. Watak-watak juga menarik. Tetapi di dalam sesetengah buku siri Aku Mahu terdapat sedikit kesilapan dan kekeliruan tetapi secara keseluruhan, saya suka buku-buku karya kak Ain. Ain Maisarah Best!!!

Farisah Adriana ♥ said...

assalamualaikum kak Ain...
saya rasa buku kak Ain memang best dan menarik kerana bukunya memang menepati citarasa remaja macam saya ini.Jika saya membaca buku ini saya akan merasa seperti saya ini berada di dunia yang saya baca.Apapun all the best for kak Ain..BYe..Chaiyok!!Chaiyok!!(Trademark saya tau!! huhuhu)

Salam sayang,
FaRisah...

Anonymous said...

assalamualaikum kak ain..
saya memang suka akan buku-buku hasil karya kak ain..
siri aku mahu menjadi favorite saya..
saya juga telah membaca impiana 1 dan 2..
dan nanti akan keluar impiana 3, kan??
saya harap dalam buku impiana3 nanti kak ain mengakhiri jalan cerita tersebut kerana saya tidak sabar-sabar nak tahu apa yang terjadi denga fasha dan amir..
fasha yang dulunya bongkak dah pakai tudung..haha :D(sebab tu juga la saya nak tahu kenapa dia tiba-tiba pakai tudung ; dalam buku impiana 2 akak tak bagi tahu pun kenapa..)
siri aku mahu popular,aku mahu buli,aku mahu saiz s dan aku mahu ke new york 1&2 memang menggunakan watak yang sama..
cuma cerita yang lain-lain..
walaupun begitu, cerita-cerita itu tetap menarik dan sangat BEZT!!
itu membuatkan saya terus membaca buku karya kak ain..
saya harap kak ain faham,ya..
boleh saya tahu dalam buku tak bisa memilihmu, adi memilih siapa sebagai teman hidup dia??

p/s: tidak sabar-sabar rasanya nak jumpa kak ain kat book exhibition 2009!!
c u!!

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Buku-nuku kak ain memang best!!!Tetapi sedihnya,tentang widya dan mr.lobaklobak dalam 'aku mahu teman tapi mesra'...buku itu,buku kak ain yang saya paling suka!Saya hampir menangis masa baca novelcomel 'rahsia hati mr.lobaklobak'.Sedihnya...harap-harap kak ain akan buat sambungan pasal hubungan mereka berdua tu.Kak Ain,Impiana ke-3 itu,Impiana yang terakhir ke?harap-harap kak ain siapkan buku seterusnya secepat mungkin...Tak sabar saya nak baca!!!

Anonymous said...

salam kak ain,
kalau boleh saya ingin tahu
1.bagaimana Amir boleh jatuh hati dengan Fasha?
2.Kenapa harus membeli buku dari kak ain untuk mendapat buku comel?
Mengapa saya tidak dapat dari kedai buku. Ayah saya melarang saya untuk memebeli buku dari kak ain. Tidak tahu mengapa. Puas saya memujuk, tetapi ayah tetap dengan pendiriannya.
Pada pendapat saya tentang buku IMPIANA 2, jalan ceritanya bagus dan penuh dengan misteri dan tanda tanya supayapara pembaca lebih berminat mengetahui cerita seterusnya.Tetapi buku itu sangat mahal, kalau boleh kurangkan harganya kerana ayah saya sendiri terkejut dengan harganya. Pada mulanya ayah melarang saya membeli buku ini, tetapi oleh kerana saya ingin baca semua buku karya kak ain, saya merrayu dan memujuk ayah saya. Akhirnya barulah ayah saya memberi kebenaran.
Harap kak ain dapat menjawab soalan saya serta tidak kecil hati dengan komen saya.

The Cookies Bar said...

Salam AiN..

apa khabar? Kak LiS nak komen isi buku yang kaK Lis beli tempoh hari (kak LiS beli untuk adik, tapi kak Lis tumpang sekaki la hehe)

Aku Mahu Size S
- Cerita ni best sangat. Bayangkan Kak lis yang dah tua ni pun seronok membacanya. Kagum dgn semangat 3 dara Vogue dan 3 dara yang 'comel' untuk turunkan berat badan semata2 teruja untuk menyarung koleksi Amin. Kalau kak lis lah, ermm belum tentu lagi sanggup makan daun dan isi perut dengan buahan je.

Aku Mahu Buli
- Sedih cerita ni. Ingatkan lepas Syazel beritahu hal sebenar, MIMI monira kembali ke sekolah. Ermm...Ain tak bercadang ke nak menulis tentang perihal MIMI Monira setelah dibuang sekolah?

Aku Mahu Popular
- BEST! Best! best! memang best. Paling kelakar tentang iron rambut tu. Masa baca, Kak Lis terbayang iron rambut yang selalu salon guna tu tapi bila baca sampai part yang ada ilustrator tu..masya Allah..guna iron baju rupanya. Memang kelakar habis. Kak Lis & Alfi, baca sampai pecah perut..
- Rasa-rasanya, Ain ada tak bercadang nak tulis tentang dua kawan rapat ni kehidupan mereka di Universiti pulak...

Aku Mahu teman tapi mesra
- Yang ni kak lis tak sempat baca lagi sebab tak berkesempatan. Nanti balik kampung lagi, Kak Lis baca lagi.

Teruskan menulis Ain...

Shahira~Shasha said...

Kak Ain, saya rasa semua buku kak ain tidak ada yang membosankan...
kak ain tahu, kalau saya pandang tajuk pun tak best pasti dalamnya pun tak best. kak ain punya nama karektor semuanya best giler.
Christina Aguelela dan Cik Siti Wan Kembang pun ada...
kak ain ,saya ada cadangan ni
apa kata kak ain karang novel bertajuk AKU MAHU MAMA, seorang budak yang kehilangan mak tinggal dengan bapa dan banyak konflik melanda.. sye bagi idea saja...

SkYgUrL... said...

as'kum kak ain..
sye mnt glew kt buku kak ain terutamanya buku impiana 1&2..blew kak ain nk kuarkn buku impiana 3 coz sya dah xsbr2 nk baca..sye dah dew sumer novek kak ain..novel kak ain memang THE BEST!!!sye arap kak ain dpt karang lagi byak novel utk kitowg sumer..
GUD LUCK!!!

Rosa Lady said...

Assalamualaikum kak ain....

Saya sangat suka baca novel kak ain,terutama yang aku mahu.Saya harap kak ain akan mengarang lagi banyak novel,kalau boleh ada watak yang menggunakan nama saya he...he...he...

nydia_fyka_95 said...

assalamualaikum kak ain,

saya memeng minat sangat dengan novel impiana 1&2. Memang best sangat.saya harap kak ain akan terus menulis novel yang best-best belaka.

F said...

assalamualaikum kak ain ...

saya sudah baca semua buku kak ain kecuali semua buku novel comel.
semuanya best best belaka.saya paling tak sabar nak tunggu buku Impiana 3.Insyaallah kali ini saya akan beli dengan kak ain sendiri.kak ain saya rasa buku aku mahu ke new york 2 pumya depan tu macam tak berapa sesuai sebab akhir cerita tu kampung new york dah tak macam waktu diorang datang dulu.tapi saya tak kisah sangat janji dalamnya menyeronokkan dan best!.

kalau ada waktu jemputlah datng ke JB ye.jumpa saya.
hehehe

F said...

assalamualaikum kak ain

kak ain cerita Tak Bisa Memilihmu tu cerita betul ke? nanti ada Tak Bisa Memilihmu 2 ke?sebab tak tahu siapa pilihan hati Adi.Jahatnya Encik Fuad tu.saya rasa baik Adi pilih Dewi sebab Dewi dah banyak berkorban untuk Adi.dia yang suruh Adi pergi Jakarta untuk ujibakat tu,dia yang bagi Adi hutang duit dia supaya Adi pergi ke Jakarta.akhirnya Adi dapat jadi penyanyi terkenal sebab Dewi.siSally tu saya rasa dia terlalu gedik/ngada-ngada

farah ariffin said...

assalamualaikum kak ain, saya seronok sangat baca novel kak ain..
saya dah baca aku mahu buli, aku mahu saiz s, impiana, impiana 2,aku mahu teman tapi mesra, dan juga aku mahu ke new york
semuanya menarik sangat. tapi saya belum baca aku mahu ke new york 1..
saya nak beli, tapi tak jumpa.
saya tetap akan cari sampai saya dapat!
kak ain, bila agaknya impiana 3 nak keluar? saya tak sabar nak baca kesudahannya..jangan ada impiana 4 sudah..

apa pun, saya memang minat sangat dengan kak ain. saya doakan kerjaya kak ain sebagai penulis akan terus maju ya..itu sajalah yang ingin saya sampaikan, kalau boleh, kak ain doakanlah supaya saya berjaya sebab tahun ni saya akan menghadapi pmr..

Mieya said...

Salam kak Ain..

Pada pendapat saya,semua buku-buku kak ain best-best belaka..setiap jalan cerita ada unsur-unsur komedi,sedih geram dan lain -lain lagi.Itulah yang membuat sesebuah novel itu menarik.Sekian sahaja ulasan daripada saya.

p/s:Kak ain,sewaktu saya beli boxset Aku Mahu Ke New York,Saya ada dapat borang peraduan Wannababes Wannabe..peraduan tu dah tamat tempoh ke,kak ain??

Sekian..

Rosa Lady said...

assalamualaikum,kak ain...

apa khabar?buku kak ain bestlah.hehe.....
bila impiana 3 keluar...
tak sabar nak baca...
mesti bestkan...

Bieha (=^.^=) said...

assalamualaikum kak ain...
cerita yang kak ain tulis memang best...lebih-lebih lagi tantang the wannababes...mereka tu nakal sangat...tapi masa dalam nuku impiana mereka baik...fasha pun telah memakai tudung...bila buku impiana 3 nak keluar kak ain...saya nak tahu kisah selanjutnya...

Bieha (=^.^=) said...

*buku

Fieza said...

assalammualaikum kak ain...

harap-harap kak ain sihat ya..
bila agaknya buku impiana 3 nak keluar ye..Bukan apa,saya dah tak sabar nak tahu apa penamatnya.Hari Sabtu nanti saya nak pergi kedai buku MPH dekat alamanda,saya nak beli novel terbaru kak ain .ulasan saya tentang buku kak
ain ialah best sangat..jalan cerita kak ain tak membosankan langsung..setiap kali saya baca buku kak ain, saya akan rasa teruja sangat.buku kak ain yang paling saya minat ialah siri impiana,sebab ceritanya agak menyeronokkan, dan ada unsur2 misteri..oklah kak ain..rasanya dah panjang sangat ni..jenuh pulak kak ain nak baca nanti..akhir kata,saya ucapkan agar kak ain akan lebih success di masa hadapan.assalammualaikum

Izzah said...

assalamualaikum kak ain.....pada pendapat saya,buku-buku kak ain memang paling best la.Tapi saya tak tahu yang mana satu buku kak ain yang paling best sebab saya tak belum baca semua buku kak ain. Untuk pengetahuan kak ain, saya baru mula mengumpul...masalahnya sekarang ni tak ada kadai buku yang berhampiran menjual buku-buku kak ain....hal inilah yang menyebabkan saya susah nak kumpul buku kak ain

Shera :) said...

semua buku-buku kak ain memang tak boleh henti baca!terutamanya impiana..saya juga suka watak-watak pelajar ssb!

lemonmerah said...

hellOow2 kak ain...
untuk pengenalan saya pelajar SMKTPG.. hi3.. [sahaja nak tOp kan nama sekOlah.]
kalau kak ain masih ingat,, kak ain berkOngsi dengan saya kesukaan kak ain tentang jam.. kalau lah,, sebab saya tahu ramai lagi pelajar-pelajar diluar sana yang berbOrak dengan kak ain... lupakan hal itu,, saya ingin bertanya tantang buku keluaran kak ain yang bertajuk "tak bisa memilihmu".. mengapa dan kenapa jalan cerita yang kak ain tulis tentang pemilihan adi yang berpihak kepada sally? saya sudah menghantar SMS untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pemilihan adi.. namun saya dapati bahawa kedua-dua nya berpihak kepada sally dan bukannya dewi.. hu3.. namun,, bukan bermakna saya tidak suka tentang penulis kak ain,, saya akui penulisan kak ain sebagai penulis nOvel amat prOfisiOnal.. saya juga tahu bahawa kadang-kadang penghabisan sesuatu cerita itu tidak bergantung dengan apa yang kita sukai kan? itu berpihak pada kak ain untuk tentukan apa penghabisan ceritanya.. ini cuma luahan hati seOrang peminat nOvel yang tidak berkesampaian.. hi3.. lagi satu bercakap tentang penulis nOvel,, disini baru saya berani beritahu kak ain bahawa cita-cita sebagai penulis nOvel atau nOvelis memang cita-cita saya.. bukan selepas kak ain menyatakan tentang pulangan yang lumayan ya.. hi3.. namun sekarang belum tegerak lagi hati saya untuk menulis nOvel,, mungkin kerana saya masih tidak yakin bahawa saya mampu menulis sehebat kak ain dan penulis-penulis nOvel yang lain.. namun,, sekarang kebanyakkan dari penulisan saya burunsur sajak,, mahupun kata-kata.. hu3.. saya harap kak ain tidak mengeluh melayan cOmment dari saya.. hi3.. sekian dulu.. assalamualaikum !

b'NAL0la said...

BUKU-BUKU KAK AIN SEMUANYA BEST BELAKA DENGAN JALAN CERITANYA YANG PENUH DENGAN 'EXPERIENCE' YANG MEMBUATKAN SAYA SERONOK MEMBACANYA...

'Ainaa said...

Assalamualaikum kak Ain,
Di sini saya hendak memberi komen tentang buku Kak Ain.Buku kak Ain penuh dengan unsur-unsur lawak jenaka,ejek- mengejek,suka duka dan macam-macam lagi.Saya menggemari buku-buku kak Ain apabila pertama dan kedua kali membaca buku Kak Ain iaitu Aku mahu ke New York 1 dan 2.Saya sedang menunggu Impiana 3 di pasaran.Harap kak Ain dapat menyiapkan Impiana 3 secepat mungkin.

Peminat dan penunggu setia,

Ainaa

Nurhani Afifah said...

assalamualaikum kak ain,
ulasan saya buku kak ain memang (ThE bEsT).saya baru sahaja beli buku impiana 1 dan 2.memang best.Dalam masa satu hari saya boleh habiskan satu buku.saya harap kak ain boleh buat cerita yang lagi best!.

daripada,
afifah

Hina said...

assalamualaikum kak ain...

saya amat meminati buku-buku yang dikarang oleh kakak. Saya harap kakak dapat menulis buku yang menepati cita rasa remaja lain. Saya akan jadikan kakak sumber inspirasi. Sekian.

Wassalam.

shafiqah aizan said...

assalamualaikum,kak ain...
sye mmg ske dgn buku k.ain
kwn2 sye pon ske...
buku prtame sye bli AKU MAHU POPULAR....
bile sye bwk buku 2 ke sekolah....
kwn2 sye brebut-rebut nk membacenyer....
kakak dorm syer pon minat bce buku kak ain sampai yg f5 pon nk bace bku kak ain....
buku kak ain mmg popular di skola sye......
sye hrp kak ain akn keluarkan buku yg lbih menarik utk dibaca pd masa akn dtg...

Inamina said...

assalamualaikum,kak ain....

saya sangat suka baca buku kak ain sebab best!!!!^_^

kawan-kawan saya pun tertarik dan berminat untuk membacanya sewaktu saya bawa ke sekolah....ada juga sesetengah kawan saya terus beli selepas balik sekolah...saya tabik kak ain...semoga kak ain maju ya...oh ya,saya sangat suka dengan nama kumpulan The Wannababes...jadi saya telah membuat nama myspace saya iaitu nuramy_(wanna)@yahoo.com

chaiyok!chaiyok!

Unknown said...

assalamualaiku kak Ain yang pasal JELAJAH SEKOLAH tu bila kak nak datang dekat SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA [RENDAH] ..kat sekolah sina ramai murid minat akak...Please lah datang ...love you


-safi-

Nur Syahrulsyazwani Adliana bt md desa@md delishah said...

salam kak ain... saya memang suka sesangat buku kak ain.. kekadang sampai bila baca buku kak ain tekun terus tak buat apa dah... Tak semua dapat baca sebab saya pun tak banyak duit sangat... Jalan citer kak ain memang best giler, kak ain tak pernah terfikir ke nak buat buku kak ain jadi filem ke drama ke mesti best... Kalau siar kat tv3 kan bagus... sebab jalan cerita pun menarik kalau jadikan filem lagi best... kak ain fikir-fikirkanlah ye... tq...

Maryam Ku Yasin said...

assalamualaikum kak ain....
saya hari ni nak ke PWTC...
tunggu tau kedatangan saya...
kalau sempat saya nak ke tempat kedai pink kak ain.....
saya nak beli buku aku mahu superbibik...
dan macam-macam buku lagi yang baru kak ain keluarkan...
saya tak tau la sampai sana pukul berapa....
-maryam-
wassalam

ainul slim river said...

assalamualaikum...
saya baru sahaja jumpa k. ain di pwtc.dan baru sahaja selesai membaca aku mahu ke new york 1.cerita yg ditulis sungguh menarik. saya rasa ingin membeli semua buku yg ditulis oleh k. ain.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam kaka ain..

boleh tak kak ain hantar kan message di facebook saya setiap kali kak ain adakan bookfair sebab saya suka sangat baca buku kak ain...best sangat..
alamat facebook saya;

izzaasmadi@ymail.com

miss anisha said...

assalamualaikum kak ain... saya peminat setia kak ain. saya telah membeli novel 'Aku Mahu Superbibik', hasil kak ain dan kak izanor. cerita itu memang best dan kadang-kadang lucu. kalau saya ada duit nanti,insyaalah, saya akan beli novel kak ain yang akan datang.

Unknown said...

assalamualaikum kak ain,
saya seronok membaca buku-buku kak ain kerana ayat kak ain yang selamba dan bersahaja.Jalan cerita kak ain pun lain dari yang lain.Harap kak ain akan terus berjaya.~amin~

nurilya Aisa said...

Assalamualaikum kak ain..
apa khabar?sihat..allhamdullila saya sihat
kak ain,sy rasa saya ada cadangan lagi untuk akk buat buku...
cadangan saya ialah buku:-
AKU MAHU MODEL FESYEN
kenapa saya buat cadangan macam nie kerana saya tengok banyak buku yang ada kerekta yang sama sahaja...
kalau cadangan nie sy rasa elok juga...
tetapi jikalau kak ain maisarah tidak setuju saya ada cadangan yang kedua:-
AKU MAHU PELANGI..
HArap kakak terima..
kakak...saya suka kalau kaka datang ke sekolah saya kerana guru saya,kawan saya kenal kakak...
saya pernah baca buku :-
i)aku mahu teman tapi mesra
ii)aku mahu saiz s
saya harap kakak akan terima cadangan saya...

akk ain,jikalau akak ada email,akak boleh chatting gengan saya...

Nurilya Aisa(ilyaaisa@yahoo.com)

Raihan said...

salam kak ain. buku kak ain yg sgt saye suke ialah aku mahu superbibik. pd pendapat saye, jln ceritenyer sgt menarik. kesian ina. pelbagai rancangan dilakukan supaya bibik lestri diberhentikan. akhirnyer impiannyer supaye bibik lestri dipecat, berjaya. tp, kesian fasha. i2lah, nk tunjuk hebat sgt. akhirnye diri sendiri yg kena. padan muke. jln cerite sgt menarik perhatian saye pd bahagian ketika kumpulan the bananababes... oops, sorry. i mean the wannababes buka penutup bekas makanan(saye x tau namenye)dn tiade makanan di dlmnye. Fasha mengamuk giler. yg 2 mmg buat saye suspens. rupe2nyer fasha kene tipu dgn bibik barunyer. buat pengetahuan kak ain, dlm byk2 buku kak ain, buku inilah saye bagi penjagaan yg sgt melampau. jika ade kwn saye pinjam, dia bace buku 2 bukak besar2, saye dh bising. kalo buku 2 kemek, saya akn mengambil buku2 tebal lalu meletakkan buku2 tebal tersebut di atas buku aku mahu superbibik. supaye kemeknyer, komotnyer hilang. cikgu bm saye pun x jadik pinjam bila die nampak saye letak amaran dlm buku 2. Hehehe... chaiyok, kak ain!!!

Unknown said...

Assalamualaikum kak Ain,
SIRI IMPIANA : Siri inilah yang mampu menghentikan degupan jantung, mampu membuatkan saya tak lalu makan! Ini kerana siri ini amat mendebarkan sehinggakan para pembaca sendiri tidak mahu berhenti membaca! Termasuklah saya sendiri.
AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA : Buku ini baru saja saya ulang baca kerana buku ni memang best! Rugi kalau tak baca. Kadang-kadang, geram juga melihat perangai menggeletis Huda didepan Zaidi! Widya pula saya lihat terlalu keras kepala. Bak kata ayah saya, "Berapa banyak batu duduk dalam dia punya kepala," Kasihan juga melihat Edrina tertekan akan 2 permasalahan itu. Umi pula saya lihat terlalu neutral. Namun, ending cerita ni memang best punya!
BSB : KINI BERWAJAH BARU : saya tengok kasihan melihat Betty yang asyik-asyik disabotaj oleh Wilma. Namun, melihat hasilnya, saya bagaikan tidak percaya sempat juga Betty menghasilkan buletin dalam masa tinggal beberapa hari saja! Cerita ni macam-macam perasaan ada. Susah juga nak cakap sebab dah lama tak baca buku ni. Perangai Betty jadikan tauladan, perangai Wilma jadikan sempadan. Chaiyok kak Ain! Teruskan menulis novel-novel remaja! Saya doakan kejayaan kak Ain. ~Amin..~

arisanarahashi96 said...

Salam,,k.Ain...

K.Ain,kenapa tak buat set buku Impiana III dan IV tambah hadiah istimewa daripada k.ain sampai orang yang ke 200 atau 150?Saya nak hadiah daripada K.Ain juga!Tapi nombor saya dah lebih dari nombor 100.Saya nombor ke 114.Saya harap pendapat saya ini dipertimbangkan. Saya sangat berharap k.Ain terima permintaan saya ini.Terima kasih.

Anonymous said...

salamualaikum,kk ain...saya nk ucap thanks sangat-sangat sbab kk ain tuliskan komen pada buku impiana 3 dan 4 saya.buku impiana memang saya nantikan.saya baca impiana 3 dan 4 sehingga menitiskan air mata sebab sedih sangat..saya ingatkan fasha betul-betul mati...saya harap kak ain akan terus tulis novel yang best macam siri impiana....sekian

Anonymous said...

assalamualaikum kak ain . saya nak bagi a untuk novel kak ain 1000 peratus

Deekay Miaow said...

assalamualaikum kak ain..saya baru saja habis membaca buku kak ain dengan kak rose harissa PROJEK DIET! Terima kasih Kak Ain dan Kak Rose kerana memberikan saya idea diet yang sihat dan pelbagai info yang boleh diguna dan diamalkan! Sangat bijak menggunakan kisah hidup Syu'a sekaligus menyampaikan mesej tentang diet dan semua info2 berguna... two thumbs up untuk kak Ain dan kak ROse!

Unknown said...

assalamualaikum kak ain..saya baru habis baca buku kak ain yang berjudul IMPIANA 3 & 4..saya, saya suka baca buku itu..saya berasa puas apabila 6 dalang impiana sudah tertangkap..saya tidak sabar rasanya ingin membaca buku-buku kak ain yang akan datang...itu saja buat kali ini

Ain said...

buku pertama yang saya baca ialah "Aku Mahu Popular".Memang best.Masa tu saya masih sekolah menengah.Selepas tu,saya ada juga baca novel akak yang lain. Macam Aku Mahu Saiz S,Aku Mahu Teman Tapi Mesra.


P/S: Saya baca Aku Mahu Teman Tapi Mesra tika semester pertama diploma.Roomate saya kata saya cam budak2 Tapi saya tak kisah sebab karya akak best.Penuh dengan nilai murni...=)

Anonymous said...

Assalammualaikum Kak Ain ,secara jujurnya,ikhlas dari hati...saya suka karya karya kak ain.sebab kesemuanya menarik!boleh saya tanya?bilakah "Aku Mahu Bergaya "dan Impiana4 hendak keluar?

dayana asyiqin said...

assalamualaikum kak ain.buku yang paling saya suka ialah aku mahu teman tapi mesra.jalan ceritanya amat menarik sehingga saya membacanya berulang kali walaupun saya sudah tahu jalan ceritanya.harapan saya agar kak ain dapat menulis lebih banyak novel akan datang

Alya Syuhada said...

Kak Ain , pada pandangan saya , kalau novel Aku Mahu ke New York 1 & 2 dibuat filem , mesti best . Tapi saya tahu , mesti susah dan serabut nak buat semua tu ... :) !

Alya Syuhada said...

Tambahan lagi , banyak novel yang sedang dalam pembikinan Kak Ain kan ? Saya kadang - kadang ada memasang angan - angan menjadi penulis novel seperti kak Ain . Saya berharap kak Ain menulis lebih banyak novel yang bukan sahaja menarik malah lucu sehingga ketawa tak kering gusi . Sayang kak Ain . Ikhlas daripada , Alya Syuhada .

F.N.Y Story said...

Assalamualaikum, kak Ain . Saya sangat suka baca buku-buku kak Ain . Jalan ceritanya sangat best sesuai dengan kami yang remaja . sikap gedik The Wannababes dan karenah pelajar2 Sri Bangsar yang lucu . Dari novel 2 kak Ain juga , saya dapat belajar tentang penulisan sehinggakan peperiksaan bahasa melayu penulisan saya mendapat A . terima kasih kak Ain :)

naylifirzanah said...

Saya rasa buku kak ain paling best sekali...buku pertama yg saya baca ialah Aku Mahu Ke New York 1&2 pada tahun 2010...Jadi saya harap kak ain terus berusaha....
~Good Luck~
Nayli,
Kajang.

syaf EYQA said...

Assalamualaikum kak ain,

Saya suka buku-buku yang kak ain tulis... Buku yang paling saya suka Adalah buku AKU MAHU POPULAR Dan SIRI IMPIANA... Jalan ceritanya memang best sangat...
Saya paling suka watak fasha Dan kumpulannya(THE WANNABABES) Walaupun mereka gedik, tetapi bagi saya, merekalah yang menyerikan jalan cerita sesebuah buku itu... Itu sahaja komen saya... Saya harap kak ain mengeluarkan lagi buku-buku yang menarik untuk remaja... Kalau saya Ada masa, saya Akan buat ulasan-ulasan lagi tentang buku kak ain yang saya sudah baca...

Salam ikhlas daripada peminat setia kak ain,
SYAFIQA

WannaBeOkey said...

assalamualaikum kak ain..hmm..saye rase semuan buku buku kak ain best...sekarang saye sedang bace buku projek fesyen Ain Maisarah...baru 43 muke surat..perasan benar cik pah tu...hahahaha

Wanna tak sabar nak bace buku terbaru kak ain....

salam Wanna!!!

Unknown said...

assalammualaikum kak ain...saya rasa buku kak ain memang the best...saye sampai baca berulang kali buku paling saya suke ialah buku impiana..saya sampai kena tegur dengan cikgu sebab bawak novel impiana pergi sekolah..

iqmar effendy said...

Assalamualaikum..

bagi saya,semua novel kak ain sngat sempurna dan menepati citarasa semua...cuma saya rasa kak ain harus menambah lagi cerita impiana kerana peleraian cerita tentang tengku Affin dan ina masih kurang jelas...saya rasa mereka pasangan yang sangat secocok...dan sweet..thank ...