06 April 2008

Laporan Pesta Buku 1

Salam semua,

Hari ini adalah hari paling memenatkan tetapi begitu menyeronokkan buat Kak Ain. Pukul 3.00 petang, Kak Ain sampai ke PWTC. Alhamdulillah seronok rasanya berjumpa dengan adik-adik yang semua best-best dan cute-mute belaka.

Rasanya Kak Ain sudah tandatangan sambil beramah mesra dengan hampir 60 orang pembaca. Kak Ain sangat-sangat hargai waktu kita dapat berbual bersama. Oleh kerana waktu terlalu singkat, Kak Ain tidak dapat nak bersenggol-senggolan terlalu lama. Harapnya pada kesempatan lain kita dapat berjumpa lagi.

Kak Ain juga ingin meminta maaf sekiranya:

~ tersalah cakap
~ tersilap bicara
~ terkasar bahasa
~ tersinggung hati sesiapa
~ terkurang memaniskan muka

Maklumlah, Kak Ain juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kealpaan.

Akhir sekali, Kak Ain meminta jasa baik mereka-mereka yang telah bergambar dengan Kak Ain di Pesta Buku supaya menghantarkan gambar adik-adik ke e-mel Kak Ain maisarah_ain@yahoo.com untuk tujuan disiarkan di Rumah Pink AinMaisarah. Kak Ain tak sempat nak keluarkan kamera kerana tangan asyik memegang pen untuk tandatangan sahaja.

Terima kasih daun keladi,
Semoga satu hari kita jumpa lagi.

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 comments:

Anonymous said...

Ala..tak daparlah pergi sana.Sebab hari sekolah.Bila cuti,siapkan kerja sekolah.Harap-harap,waktu hari raya nanti,dapatlah kia jumpa,ya?

Anonymous said...

peerh!..diri ini sungguh jeles!!...

-hanis ushy- said...

salam kak ain!
Bez lar smlm.hanis akan ingat kiss n pesan kak ain.
Smlm bkl menjadi kenangan yg terindah.

ELLY said...

weee.best gila smlm!;pp

Anonymous said...

Best giler jumpa dgn kak ain.Tapi kakak sepupu saya dapat buku cinderella di aidilfitri secara percuma dari kak ain.Mentang-mentanglah kakak sepupu saya tu dah besar.

zafirah

MIRA said...

Bestnya semalam..Nanti saya bleh x dpt novelcomel tu?Cadangan untuk novelcomel tu ok x?InsyaAlalh nanti saya email gambar2 tu..

.imah. said...

Kak Ain,

Ada gambar Kak Ain bersama Imah di blog ayah saya http://alangc4.blogspot.com

Terima kasih.

-Imah-

Anonymous said...

Salam Kak Ain,
Riha dah pun emelkan gambar tu

Anonymous said...

askum kak Ain,

seronok sgt semalam.terima kasih kak Ain.harap,nanti boleh berjumpa lagi dgn kak Ain.

fahaniza :)

Anonymous said...

Kak AIn, Riha dah emelkan gambar tu... Mak Riha puji kak Ain masa kt PWTC. Riha pun ada jumpa Kak Farihah Iskandar.. huhu...

Anonymous said...

salam kak ain,

alaa x sempat nak emelkan gambar kat kak ain..kak ain dah siarkan gambar..
saya x buka blog kak ain sebab cousin saya dtg..
saya nak nangis kak ain...
knape kak ain x tunggu saya..saya nak menangis..huahhh...huah....

p/s : bes jumpa kak ain...sara ingat pesanan kak ain

salam sedih,
~ Sara Imanina 2008 ~

Anonymous said...

salam kak ain,

cemburu saye sebab tak dapat pegi sane.kak ain,saya ade satu cadangan.ape kata kak ain buat pesta buku kat kelantan plak.saya juga tinggal di kelantan sesambil 2 bolehlah orang kelantan datang beli buku.di kelantan juga banyak tempat menarik.'sambil menyelam minum air'

paham-paham jelah

ADIK NABIHAH said...

KAK AIN,KAT MANA PESTA BUKU TU????NAMA SAYA NABIHAH,10 TAHUN,BERASAL DARI KEMAMAN,TERENGGANU,MAAF TANYA YA,KAK AIN

hAnAn_piNkY said...

salam kak ain!!kak ain mai laa dtng ke kelantan...saya nk sngat jumpa kak ain...please....
I LUV KAK AIN!!!

AishahTasha said...

kak ain...

npe sy klik laman web Sekolah sri bangsar 2, keluar benda lain... benda yang mengarut je... saya tak fahamlah...:(

kenapa ya???