20 April 2008

AinMaisarah Berkongsi E-Mel Pembaca

Assalamualaikum,

Kak Ain menerima e-mel ini malam tadi. Dalam banyak-banyak e-mel, Kak Ain ingin berkongsi e-mel ini kerana ia ditulis dengan bahasa yang lengkap. Selalunya Kak Ain menerima e-mel dengan bahasa singkatan yang Kak Ain sendiri tidak faham.

E-Mel Aina Yasmin teratur. Adik Yasmin juga dapat menyampaikan maksud tujuan e-mel dengan berkesan.

Kak Ain menggalakkan adik-adik agar menghantar e-mel yang lengkap setiap kali berurusan dengan Kak Ain. Anggaplah ia sebagai latihan penulisan bahasa.

Di sini Kak Ain kongsikan e-mel tersebut :

Hai Kak Ain,

Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ialah salah seorang peminat Kak Ain yang baru menjadi ahli Rumah Pink AinMaisarah. Di sini, saya ingin memperkenalkan diri.

Nama saya Aina Yasmin Bt. Zulhaime. Tarikh lahir saya ialah 1/9/1995. Baru masuk alam sekolah menengah. Saya mempunyai 3 adik beradik(nak masuk yang keempat). Menetap di Seremban,Negeri Sembilan tetapi bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah, Kuala Pilah. Saya bersekolah di sana kerana ibu saya merupakan seorang guru yang mengajar di sana. Jadi, saya berulang tiap-tiap hari. Penat....

Kak Ain,

Sejak mengetahui alamat e-mail Kak Ain, saya menjadi teruja kerana Kak Ain merupakan novelis atau pengarang Malysia yang pertama saya minati. Hasil kerja Kak Ain amat memikat hati saya. Kak Ain pandai manggambarkan hidup remaja zaman sekarang dan menasihati mereka dengan kata-kata tersurat di dalam nove-novel Kak Ain.Pendek kata, novel Kak Ain adalah novel 2 in 1. Buku motivasi dan novel remaja. Antara buku-buku Kak Ain yang saya miliki ialah (mengikut urutan mana satu dibeli dahulu):

1. Aku Mahu Saiz S (rating 4/5)
2. Aku Mahu Popular (rating 4/5)
3. Aku Mahu Buli (rating 4/5)
4. Impiana (rating 5/5)
5. Impiana II (rating 5/5)
6. Aku Mahu Teman Tapi Mesra

Buku no. 4 dan 5 dapat membuat saya merasakan erti sebenar membaca. Impiana II berjaya membuat saya menangis membacanya buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Saya sangat menantikan Impiana III. Saya juga sedang menunggu Aku Mahu Bergaya.

Untuk pengetahuan Kak Ain, salah seorang adik saya iaitu Aina Fatini bercita-cita untuk menjadi seorang pengarang dan dia lagaknya berkebolehan. Boleh Kak Ain berinya sedikit tips? Umurnya baru 10 tahun tetapi amat minat akan bidang sastera. Bagaimana dia boleh mengembangkan bakatnya?

Saya berminat untuk mengenali Kak Ain dengan lebih dekat lagi. Paling kurang pun dapat tahu tarikh lahir Kak Ain pun cukup. Bolehkan?

Buat masa ini, e-mail ini agak simple dan tidak mempunyai sebarang gambar kerana saya hanya mahu berkenalan dengan Kak Ain dahulu. Harap Kak Ain sudi membalas e-mail ini.



Wasalam
AinMaisarah

9 comments:

IZZ HAZWANI. said...

Assalammualaikum,Kak Ain yang disayangi.Betul ke Kak Ain nak buat buku Aku Mahu Bergaya?Wah!Bertambah buku AMB" ya?Apa-apapin,saya harap Kak Ain dapat menghasilkan karya yang lebih baik dari dulu.Yang dulu pun baik,tapi saya nak lebih bertambah baik.Rasanya,ramai juga kawan-kaan yang di luar sana nak yang terbaik,kan?

Kami doakan semoga Kak Ain supaya Ceria Sentiasa dan berjaya dalam penulisan.

Anonymous said...

Assalamualaikum, Kak Ain. Pertama sekali, saya berasa berbangga kerana dapat berkenalan dengan Kak Ain. Banyak juga ye perancangan Kak Ain. Walaubagaimanapun, saya dan semua pembaca-pembaca setia buku Kak Ain akan sentiasa menyokong Kak Ain.

MIRA said...

Salam kak Ain,

Kak Ain nak buat AMB??Bestnya..Pastikan kak Ain msukkan barang2 berjenama seperti benetton,LV,Burberry,Oshkosh B Gosh,Piere Cardin dan sebagainya..Saya pasti akn menyokong kak Ain!!!!

MIRA said...

Kak Ain,

Nanti kak Ain ada jual barangan The Wannababes x?Kalau ada,saya pasti nak beli.Kalau kak Ain dah siap barangan tersebut,kak Ain cepat-cepat bagitahu ya..Saya pasti peminat-peminat kak Ain pun nak beli juga.

Anonymous said...

Assalammualaikum kak ain,
saya ialah salah seorang peminat buku yg ingin memberi komen untuk kak ain tentang buku2 kak ain,

Buku Aku Mahu Buli;

Saya merasakan buku Aku Mahu Buli kurang menarik berbanding buku sebelum ini iaitu Aku Mahu Popular dan Aku Mahu Saiz S kerana ia terlalu ringkas dan tiada usul-usul yang menarik..Maaf jika mengomen perkara yang agak sensitif.Bagi saya ia terlalu 'SIMPLE N NO THINGS THAT WE CAN GET"saya sebagai peminat buku memberi kak ain hanya 3 bintang bagi buku Aku Mahu Buli atas dasar penulisan yang baik tetapi bagi buku saya tidak berpuas hati bagi membaca buku Aku Mahu Buli.

SEKIAN.......................

Anonymous said...

salam k.ain

owh..nak kena tulis macam karangan ye?
boleh..tapi macam tak selesa pulak.
hahaha...

sebab dah terbiasa tulis bahasa 'sms'.

anyway,i'll try.

Anonymous said...

AINA MASTURINA BTE AZRI
WANG POS
1236,JLN SEMARAK 30, TAMAN PANCHOR JAYA,70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
PAKEJ

Anonymous said...

SALAM KAK AIN SAYA HARAP MAKLUMAT SAYA TADI BETUL UNTUK TEMPAH BUKU TU. SAYA TIDAK ADA E-MEL JADI SAYA TAK TULIS LA BUTIR TU. SAYA NAK BAGI CADANGAN TENTANG TAJUK BUKU YANG SEPATUTNYA ADA TIGA TU.

KALAU AKU MAHU BARANG KEMAS BOLEH?
LAGI SATU KAK AIN TAK BUAT KE PERADUAN MENULIS NOVEL? PEMENANGNYA AKAN DAPAT MELIHAT KARANGANNYA DITERBITKAN.

Anonymous said...

EH SAYA SILAP TULIS AYAT YG SAYA NAK BAGI CADANGAN TU SEPATUTNYA ADA TIGA BELAS TETAPI TERTULIS TIGA SAJE.