14 January 2008

AKU MAHU CHIT-CHAT

Salam semua adik-adik sekalian,

Walaupun Kak Ain sedang ber"asap" menyiapkan buku Impiana II untuk dihantar minggu ini, Kak Ain ingin memperkenalkan sesuatu yang baru di rumah Kak Ain ini.

Sempena tahun 2008, Kak Ain memperkenalkan ruang chit-chat untuk adik-adik semua lebih mudah berinteraksi. Semoga makin ramai yang hadir ke Rumah Pink Kak Ain ini.

Kak Ain memang tak sempat nak bancuh air oren buat tetamu yang hadir, tapi buat-buatlah macam rumah Kak Ain. Kalau nak berchit-chat tu jangan bising-bising sangat. Nanti orang rumah sebelah marah.

Oklah, Kak Ain nak sambung menulis. Tidak lupa nak mengucapkan terima kasih pada Cik Abang yang meluangkan masa mencari aplikasi chat yang baru tu.

Adik-adik silalah mendaftar, jangan daftar nama orang lain okay. Itu sahaja dari Kak Ain malam ini, semoga siaplah hendaknya buku sambungan IMPIANA.

Salam Tahun Baru Hijrah,
AinMaisarah

6 comments:

aini said...

halu k.ain..emm..bgos2!!lps ni leh la kteorg bercit cat..heheh..

ok la x nk kcau..

gud luck ea!!leh la kteorg bce bk tu ble dh siap..

farihah said...

erm, kak ain punye cbox baru ni best sket. susah pengacau nk masuk kecuali diorang daftar ngn nama tak elok...

kak ain, selamat menulis dan menyiapkan buku impiana 2

farihah said...

bestlah kk cbox baru akk tue.
oleh sbb ada gambo makanan n minuman, senang nak layan tetam tetamu yg dtg umah kak ain nie....
terutama masa kak ain takde kt umah...

tadi ada tetamu dtg namanya nadya. org baru.. riha layan dier tp byk songeh. akk tengok apa dier ckp kat cbox lama akk..

AinMaisarah said...

Salam semua!

Aini, nanti Kak Ain tetapkan satu tarikh untuk Chit-hat, jadi semua orang boleh berkumpul pada satu masa.

Farihah,

Kalau ada blog, masukkanlah satu dalam blog Farihah. Memang susah nak elak pengacau.

Terima kasih kerana tolong Kak Ain layan tetamu di rumah Kak Ain, bagilah mereka minum puas-puas.

Kalau ada kek Farihah tolong hidangkan yea. Pinggan kotor letak je sebelah, nanti Kak Ain basuhkan bila ada masa.

ws
AinMaisarah

nur zaidahtul aliah said...

salam...k.ain...sayerda masok asrama kat manjalara kepong...xleh la sayer xleh nk bacer buku k.ain lgi...arini sayer balik coz asrama xder air...ha...ha...ha...gembirenye atikuuuu...wa...ha...ha...OK la k.ain...sayer chow dulu la ek...

aini said...

halu k.ain.ok gak idea akk tu..leh sumer pmbce citcat include u..