08 October 2007

IMPIANA - di pasaran pada 10 Oktober 2007

Assalamualaikum wrh wbt,

Kepada yang sudah tahu dan yang belum tahu,selain menulis novel awal remaja PTSONE, Kak Ain juga menulis buku remaja dewasa yang diletakkan di bawah label jenama baru iaitu PTSSYOK. Apa yang membezakan PTSONE dengan PTSSYOK adalah beza harga buku, jumlah halaman dan gaya bahasa penulisan.

Kak Ain sudahpun ada dua buku dibawah label PTSONE iaitu siri AKU MAHU POPULAR & AKU MAHU SAIZ S. Buku ketiga Kak Ain adalah dengan PTSSYOK bertajuk IMPIANA.

Buat pengetahuan semua, buku-buku Kak Ain berkesinambungan dan bersambung-sambung. Watak-watak utama kekal dalam setiap siri. The Wannababes, Farah, Ina, Fahrin, Tengku Affin, The Size S dan Kelab Saiz XL....semuanya akan kekal dalam novel-novel akan datang. Semua watak dalam buku-buku siri AKU MAHU dibawah label PTSONE berumur 16-17 tahun.

Buku PTSSYOK pula menceritakan kisah watak-watak yang sama, 10 tahun akan datang. Kiranya ini macam cerita masa hadapan. The Wannababes, Fahrin dan semua watak sudah dewasa dan umur mereka 27-28 tahun. Apa yang berlaku agaknya bila semua watak-watak ini sudah dewasa? Apa jadi kepada ahli-ahli The Wannababes yang corot keputusan SPM? Siapa pula yang sudah berkahwin dan berkeluarga? Ini semua akan terjawab bila adik-adik mendapatkan buku PTSSYOK Kak Ain yang pertama bertajuk IMPIANA.

Inilah desain kulit buku IMPIANA yang berada di pasaran.


Sesiapa yang sudah dapatkan buku IMPIANA dan terkejut dengan kesudahan cerita, sekali lagi Kak Ain ingatkan...cerita Kak Ain semuanya bersambung. Akan ada IMPIANA 2...juga buku AKU MAHU BULI yang dijadualkan siap Disember 2007.

Itulah keistimewaan membaca buku karya Kak Ain. Setiap siri akan membuatkan adk-adik semakin tahu secara mendalam kisah peribadi setiap watak. Harapnya ini akan membuatkan adik-adik rasa lebih dekat lagi dengan watak-watak cerita Kak Ain.

Sokonglah Kak Ain, InsyaAllah Kak Ain akan menulis sampai bila-bila.

Salam Sayang,
AinMaisarah

8 comments:

orange92 said...

wellow kak ain!! =]
mmg best ar novel impiana nie...
citer dier lain dr yg lain ar...
and t'kjot gak ar ble tau ending
impian dorg tue sume...
huhuhu...
x sabo nak bce aku mahu buli plak...
anyway, keep up ur gud work ya!!
all da best!!
=]

aunee said...

kak ain,citer impiana ni ade yg kedua ea??ble kuar..hope ending dia best..apelh jdik ngn pai'e..
tak sabo nk bce aku mahu buli..ape2je yg kak ain tlis yg ade wannabebs sy mesti bce..citer dia best...

aini said...

halu k.ain..kte sokong aper yg aunee tulis..hope ending die best..jgn ader suprised lg ek?

GOOD LUCK!!!

Anonymous said...

impiana nie best gler walaupun berlainan dengan majalah2 yang lain
ianya menakutkan [pon ada]
tapi,napelah mimi monira nie jahat sangat?!!
ey...

Anonymous said...

Saya merupakan pelajar tahun 6 yg meminati novel akak.Tapi,saya x dpt beli novel akak sebab di tempat saya x ada bookshop.Saya hanya baca dari kawan2.Itupun novel Impiana saya x sempat baca.Saya cadangkan akak promosikan novel akak di majalah2 remaja like Bintang Kecil and e-baca.Saya boleh langgan novel akak.Boleh x?

wanie_96 said...

AI KAK AIN.... SAYA WANIE. SEBENARNYA SAYA TAU SEMUA TENTANG KAKAK KAT KWN SAYA ANAS. SAYA DAH BACA DAH BUKU KAK AIN. MMG SYOK GILERRRRRRRRRRRR.... KLU BOLEH SATU ARI NANTI SAYA PUN NAK JADI MCM KAKAK.. K BYE...


SMILE ALWAYS

Anonymous said...

kak ain abby nak bli impiana...

ieqa 'n said...

salam..hype kak ain!!
sye dpt tau dri kwn2 di sekolah yg cite impiana nie best ngan sedih..bile sye beli mmg best gilerr cite tuh..walaupn sye ketinggalan..hehe..harap2 kak ain buat cite yg best2 lagi erk..teruskn usaha..idea kak ain mmg best..babai..

salam..