03 October 2007

AKU MAHU SAIZ S ~ BUKU TERLARIS PTSONE!

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Amboi! Amboi! Amboi! Kak Ain tak update blog...semua menghilang, Kak Ain update blog, terus semua serbu JOM HEBOH-HEBOH di sini ye! :p Nakal betul adik-adik semua!

Sebenarnya Kak Ain sibuk sangat sekarang, jadi harap adik-adik faham. Email berpuluh-puluh masuk yang Kak Ain tak sempat lagi nak balas. InsyaAllah hujung minggu ni Kak Ain akan luangkan masa membalas semuanya. Kepada adik NurulSyaza, sabar ye. Nanti Kak Ain akan balas juga email adik.

Hari ini Kak Ain update lagi blog sebab nak berkongsi berita gembira. Kak Ain baru sahaja lawat laman web www.pts.com.my. Bila lihat carta jualan buku terlaris bagi bulan September 2007, Kak Ain rasa nak melompat gaya Ribena!

Kenapa agaknya Kak AinMaisarah yang dah tua bangka ni nak melompat-lompat juga? Tak sedar dirikah agaknya?

Huh! Kak Ain tak kira! Kak Ain nak melompat jugak! Sebabnya buku kedua Kak Ain bertajuk AKU MAHU SAIZ S yang baru berada di pasaran sudahpun menduduki carta teratas! AKU MAHU SAIZ S dapat tempat pertama dalam carta buku remaja PTSONE! Kak Ain senyum-senyum sampai ke telinga tau! Walaupun tidaklah menjuarai Carta Era atau Carta Muzik-Muzik...tapi Kak Ain sungguh bersyukur AKU MAHU SAIZ S diterima ramai.


Teruskan sokongan adik-adik. Kak Ain akan terus menulis dan menulis lebih banyak buku lagi, InsyaAllah.

Salam sayang teramat sayang..tiada lain melainkan sayang,
AinMaisarah

12 comments:

Anonymous said...

tahniah!
tahniah!
tahniah!

saye mmg suke buku kedua aku mahu saiz s ni...aku mahu popular pun enjoy gile bace!

cepatlah kak keluar lagi cerita-cerita yang best mcm ni, saye akan beli. saye tak suke novel remaja yang sedih dan skema..bosan!

saye suke cerita kakak-ain!

your no.1 fan,
E-Qin

AinMaisarah said...

Salam adik E-Qin,

Terima kasih Kak Ain ucapkan kerana menyokong Kak Ain.

Sudah baca AKU MAHU POPULAR dan AKU MAHU SAIZ S?

:p Wah! Inilah yang Kak Ain sayang sebab dah baca 2-2- buku Kak Ain. Terasa hilang letih memerah idea nak siapkan buku bila adik e-Qin menghargai buku-buku Kak Ain.

InsyaAllah cerita-cerita Kak Ain bersambung-sambung. Semua cerita tentang pelajar Sri Bangsar. Jadi baca dua buku, mesti dapatkan juga buku seterusnya!

Untuk adik E-Qin...Selamat Menyambut Aidilfitri. Jaga diri baik-baik! Pesanan Kak Ain, jangan main mercun!

Yours truly,
AinMaisarah

princessira22 said...

hye kak ain!!!
I LOVE ALL YOUR BOOKS!!!!
tahnaih!!!
kak ain, dlm buku 'aku mahu size S', dia tulis yang kitaorang mungkin akan jadi karektor dlm novel yg akan dtg...
cam mane 2???

NuRuL aFiQaH said...

assalamualaikum...

hai kak ain...
masuk kak ain, saya dah ada dekat 6 orang kawan yg nama ain...
sebenarnya,,, saya baru sahaja tahu tntang karya2 kak ain...
kalau bukan kerana adik saya yg tunjukkan buku kak ain 'AKU MAHU POPULAR' mase shopping kat MPH Shah Alam, saya rasa saya takkan tahu tentang kak ain dan karya2 kak ain...
sebenarnya saya ada bg email kat kak ain...
sy hrp kak ain boleh bls email sy tu sbb sy ada pertanyaa yg nk dtanya...
kalau kak ain takde mase pun, buat2 lah ada masa untuk balas email saya tu...

from
nurul afiqah
(kaki novel..hehehe....)
shah alam

Anonymous said...

princessira22,

KakAin memang sedang merancang agar peminat-peminat akan menjadi sebahagian daripada karektor di dalam buku tersebut.

Sekolah Sri Bangsar mempunyai 1000 orang murid, jadi tidak mustahil 1000 orang peminat KakAin akan masuk ke dalam sekolah Sri Bangsar.

Nurul,

Kak Ain dah email pada Nurul ke tidak? Banyak sangat email dalam inbox tu, kalau boleh Nurul tanya kat bahagian komen ini. InshaAllah, KakAin akan jawab.

ws
AinMaisarah

Anonymous said...

assalamaualaikum...kak Ain
waaaa.....best gila semua buku kak Ain
saya dah beli buku Aku Mahu Saiz S.
saya bawa ke sekolah untuk membacanya.
ramai yang ingin meminjam buku itu.sampai dah boleh jadi library dah
hehehehehhe
anyway...keluarkan buku cepat cepat
tak sabar nak baca

Anonymous said...

assalamualaikum...
firstly saye nka ckap...
ur da best...
sumer buku hasil tulisan kak ain saye dah bace...
aku mahu saiz s, aku mahu popular..
impiana n aku mahu buli..

saye nih bukannyer minat sangat nak bace novel2 remaje sebelum ni..
tapi mase first time saye bace buku kak ain..saye trus jatuh cinta pandang pertama..(hehehehe)
trimas lah kepada member saye izzah..(tuan empunya buku)
saye dah rase macam izzah ni library saye pulak..hari2 mesti ader jer buku baru yg die bawak datang skoolz..termasuk buku kak ain yang best2 belake..kklau bebudak zaman sekarang cakap..best giler..
saye x sabar nak menunggu kemunculan novel baru kak ain..
pape p0wn..
sukses selalu..
saye selalu doakan kak ain..

Anonymous said...

kak ain!!
bwat la tjok buku ak mahu enjoy....
kn best

yg ikhlas
-iman-

Anonymous said...

tahniah kak ain....
imah sentiASA SOKONG kak ain...
nnti imah beli semua buku karaya kak ain.....

wslm...

-IMAH-

Anonymous said...

wah!
wah!
wah!
gembira sakan kak ain nampaknya bila dapat tahu buku kak ain duduk carta teratas.memang patut buku kak ain duduk carta teratas sebab buku tu mmg besssst.

CONGRATULATIONS!!!!!!!

Anonymous said...

SAYA DAH BACA AKU MAHU SAIS S.BESTNYEEE!!!SAYA PINJAM KWN.

UTK PENGETAHUAN KAK AIN,SAYA SLH SATU ORG DI DLM DUNIA YG MEMILIKI SAIZ XXL.SO,SAYA NAK MINTAK RESEPI JADI KURUS & LANGSING...& RESEPI MKNN YG DI MKN THE NORMAL SIZE...

PLISSS...

AKU MAHU SAIZ S

eizza said...

wow!!best betol nvel kk ain..rse ktagih plak..hehe..
kk ain bwat lar novel psal ade sowg minah neh..die mnat gler kt sowg mamat ensem lg kaya tp thp knakalan..ish ssh nk ckp..kalah rsenye adik sy..hehe:)..

yg brharap,