03 October 2007

BUKU RAYA DI HARI RAYA!

Assalamualaikum adik-adik,

Kak Ain minta maaf sebab lama bertapa. Senyap sunyi tanpa bunyi. Ini semua gara-gara nak menyiapkan buku ke-empat Kak Ain iaitu AKU MAHU BULI. Berselirat otak dibuatnya. Kak Ain ada 15 hari lagi sebelum tarikh wajib hantar kepada pihak PTSOne. Adui! Nampaknya raya Kak Ain tahun ni pun tak tenang!

Bercakap tentang raya, macam mana persiapan hari raya adik-adik semua? Baju raya dah beli? Kak Ain cuma dah beli kasut raya. Eh? Kak Ain ni macam Diana The Wannababes pula! Sibuk sangat dengan kasut raya sampai jadi Cinderella di hari raya.

Selain beli kasut raya, baju raya, tudung raya dan gelang raya (mmh...itu untuk mak datin-mak datin saja kan!) Kak Ain nak sarankan adik-adik beli juga buku raya. Bolehlah jadikan bahan bacaan semasa perjalanan balik kampung.

Jika mahukan buku-buku berkualiti, apakata dapatkan buku-buku terbitan PTS. Antaranya buku REMAJA@PTSONE. Ada 24 cerpen kompilasi semua penulis-penulis PTSOne. Buku ini laris macam pisang goreng panas! Kak Ain ke MPH MidValley dan buku ini dah licin selicin-licinnya!


Selain buku REMAJA@PTSONE, ada banyak lagi buku-buku pembacaan raya yang menarik.Ada buku motivasi, ada buku agama dan ada juga novel raya.

Pesan Kak Ain sempena hari raya,

Baca buku di hari raya,
Tambahkan lagi ilmu di dada.

Salam Sayang,
AinMaisarah

3 comments:

Anonymous said...

hi kak ain...sye ske bangat dngan buku kak ain yg bertajuk aku mahu popular&aku mahu saiz s..mmg syok gler!!!

Anonymous said...

halu k.ain...
nak puji ckit..dlm remaja @ptsone tu karya akk ngan k.farihah jer best..x boring sgt..kalo yg lain i feel so bored..

yang ikhlas,
jeng..jeng..jeng..

oppsss..SELAMAT HARI RAYE AIDILADHA!!!

Anonymous said...

Hai KaK AiN...........BoLe LiNa TaNyA SiKiT TaK?KaT MaNe JuAl Remaja@ptsone tu?Lina pergi Alamanda Putrajaya,singgah kat MPH,tercari2 novel Remaja@ptsone,tak jumpa.

yang ikhlas,
Adlina Hanisah

Selamat Hari Merdeka!!!!!!!!!!

Ehhhh.........Orang ucap lain kita ucap lain... :) :D :P