22 September 2007

NOVEL COMEL PERCUMA ~ CINDERELLA DI AIDILFITRI

Assalamualaikum adik-adik,

Kak Ain nak kongsi bersama buku NOVEL COMEL yang baru sahaja Kak Ain siapkan. Buku pertama tajuknya CINDERELLA DI AIDILFITRI. Sesiapa yang beli buku kompilasi cerpen raya REMAJA@PTSONE daripada Kak Ain, Kak Ain akan beri secara percuma NOVEL COMEL ini.


Apa agaknya kisah CINDERELLA DI AIDILFITRI ni? Oklah, Kak Ain berikan sedikit sedut-menyedut sebahagian ceritanya.

NOVEL COMEL
~CINDERELLA DI AIDILFITRI~

PERSIAPAN HARI RAYA

Baju kebaya tiga pasang √
Selendang untuk ke kubur dan masjid √
Beg tangan baru √
Kasut baru yang sangat cantik lagi vogue √

Dia tersenyum sampai nampak gusi bila sahaja melihat senarai persiapan hari raya semuanya serba sempurna. Baju-baju kebaya sudah siap digantung dalam almari. Selendang warna putih berlabuci itu pula boleh dipadankan dengan warna ketiga-tiga baju kebaya. Tapi itu semua tidak sehebat merenung lama kasut raya tahun ini. Kasut yang diperolehi dengan berkat usaha memujuk semanis mulut serta merayu sepenuh jiwa. Hampir satu bulan dia menabur kata-kata pujuk rayu.

Segala penat lelah berjaya juga bilamana kasut idaman jenama GUESS by Marciano sudah sah jadi miliknya! Nanti bolehlah dia berbangga-bangga sampai kembang-kembang hidung depan ahli The Wannababes yang lain! Ah! Seronoknya raya kali ini!

@@@@

Diana merenung lama ke arah wajah ibunya, Puan Suraya. Mata pantang selang lima saat, akan menjeling tajam barang sekali dua. Tak cukup dengan itu, mulutnya muncung boleh disimpul jadi riben hadiah krismas. Wajah Diana benar-benar menunjukkan riak tak puas hati lagi memendam rasa sakit hati!

“Mama…. adik tak mahu ikut!” Buat kali ke-dua puluh tujuh dia menyuarakan protes hatinya.

Puan Suraya yang sedang membetul-betulkan selendang di hadapan cermin jadi terkaku seketika. Dia menjeling Diana daripada biasan imej cermin tersebut.

“Adik jangan nak mengade-ngade! Mama kata ikut, ikut sajalah!”

“Adik tetap tak mahu ikut. Petang ni ada siaran langsung konsert raya Akademi Fantasia! Please mama!” Diana mencuba nasib lagi memujuk.

Diana memang sudah hafal benar dengan semua senarai rancangan program TV sempena raya tahun ini. Pukul 2.00 petang ada Chit Chat Istimewa Raya Azwan Ali. Itu salah satu rancangan kegemaran Diana. Pukul 4.00 petang pula ada konsert reunion khas Akademi Fantsasia. Semua pelajar dari musim pertama hingga musim kelima akan beraksi. Diana betul-betul tak mahu ketinggalan mellihat keletah Vince, Zahid, Mawi, Faizal dan Mila. Semua johan pertandingan Akademi Fantasia dari musim pertama hingga musim ke lima akan beraksi. Lebih menggamatkan suasana, pengacara kekal AF iaitu Aznil Hj. Nawawi juga tak mahu kalah. Aznil sudah mengumumkan mahu menyanyikan dua lagu raya! Mesti ketawa tak kering gusi melihat telatah Aznil!

Tetapi dalam banyak-banyak, Diana amat ternanti-nanti kemunculan Dafi yang sangat cute-mute. Diana memang gilakan Dafi sejak bermulanya musim kelima Akademi Fantasia. Malah Diana sering mengingatkan rakan-rakan The Wannababes yang lain supaya memanggilnya dengan nama gelaran baru iaitu ‘DiFi’ (gabungan nama Diana-Dafi). Menggedik sungguh! Diana juga mati-mati tak mahu dipanggil dengan gelaran biasanya iaitu ‘Di’ seperti kelaziman. Begitulah kroniknya minat dan angau Diana terhadap Dafi!

Diana memang terlalu tertunggu-tunggu siaran khas ASTRO kali ini. Mulanya ingatkan dia dapat menonton dengan tenang kerana sejak mula takbir raya sampai ke tengahari, Diana akur dengan semua rencana aktiviti beraya bersama keluarga. Tetapi Diana bagai terkena serangan sakit jantung bila Puan Suraya membuat pengumuman mahu menyambung lagi lawatan beraya di rumah datuk dan nenek saudara pula pada sesi petang!

“Adik….dengar cakap mama. Raya cuma setahun sekali. Inilah masanya nak melawat saudara-mara kita.”

“Tapi mama…. konsert reunion AF pun setahun sekali!” Bibir Diana kelihatan setiap saat makin muncung ke hadapan...........


Hah...inilah dia...Kak Ain sudahpun meletakkan di sini dua mukasurat cerita CINDERELLA DI AIDILFITRI. Cerita penuhnya semua sekali ada 18 mukasurat. Apa terjadi pada Diana The Wannababes di hari raya? Dapatkan NOVEL COMEL ini secara PERCUMA dengan membeli buku kompilasi REMAJA@PTSONE terus dari Kak Ain.

Sampai Jumpa Lagi,
AinMaisarah

8 comments:

aini said...

halu k.ain..kte dh bcer sumer novl comel akk...best.temasuk cinderella tu..pdn muker diana kan..tp dia untung coz dpt pakwe baru..dlm impiana 2 diana couple ngan dani tu ker??

Anonymous said...

Kak... napa tak wat ad dlm aku mahu Buli? Saya ingatkan Impiana takde sambungan..nasib baik adik saya pinjam dr kawnnye..sy pun tumpang sekaki..hehe...Bila nak bagi tahu bila Impiana 3 keluar? Gi tau ek!! :)

Anonymous said...

Hai Kak Ain......Lina nak tanyer,k.ain punyer tangan x sakit ker tulis novel banyak2?And lagi satu,camne k.ain dapat profail geng 6ixth sense tu?k.ain makwe salah sorang ahli kum. tu ke?

Ratu Menyibuk,
Adlina Hanisah

siti_12 said...

salam kak ain,

kak ain saya tertunggu-tunggu bila impiana 3 akan keluar.kawan2 saya tertanya-tanya bila impiana 3 nak kluar.harap maklum balas

salam ceria
-siti-

siti_12 said...

salam kak ain,

kak ain saya tertunggu-tunggu bila impiana 3 akan keluar.kawan2 saya tertanya-tanya bila impiana 3 nak kluar.harap maklum balas

salam ceria
-siti-

nur dini said...

kak ain cam mana nak dak dapat novel comel nie????

mansor said...

Kakak ain ,macam mana dapat novel oppa

mansor said...

Kakak ain ,macam mana dapat novel oppa