05 July 2007

20 Julai ~ Terhangat Di Pasaran

Waaaaa!!!! Hari ini baru dapat tahu daripada syarikat penerbitan PTS ONE, buku AKU MAHU SAIZ S akan keluar 20 Julai 2007. Isk...Kak Ain ingatkan akan keluar awal Julai.


Perkembangan Kak Ain, semalam Kak Ain dah siapkan cerpen untuk buku koleksi cerpen raya PTSOne. Kak Ain di minta untuk menulis 8 muka surat untuk buku tersebut. Ada 20 lagi penulis lain bermakna ada 20 cerita berkenaan hari raya. Seronoknya raya tahun ni!


Kak Ain hantar 2 cerpen sebenarnya. Terpulanglah kepada Editor PTS ONE nak pilih yang mana satu. Kalau pilih kedua-duanya pun okay jugak! Tajuk cerpen Kak Ain, "Cinderella Di Hari Raya". Cerpen raya kedua pula tajuknya "Aku Mahu Balik Raya". InshaAllah, hujung minggu ini Kak Ain cerita sikit pasal kedua-dua cerpen tersebut.


Waaaaa!!! Kak Ain pun sebenarnya tak sabar-sabar nak lihat buku ke-2 ni berada di pasaran. Pada adik-adik di luar sana, kita tunggu lagi 15 hari. Peraduan Aku Mahu Saiz S akan mula dibuka mulai 20 Julai 2007. Jangan ketinggalan yer!


Wasalam

AinMaisarah

4 comments:

Anonymous said...

kak ain,saya dah beli dah buku ptsone tapi kenapa tak ada pun tajuk cinderella di hari raya,cuma aku mahu balik r45aya je ada..ke4napa???????

Anonymous said...

pembetulan:raya dan kenapa

AinMaisarah said...

Editor buku remaja@PTSone hanya mahukan satu cerita sahaja daripada Kak Ain, jadi cerita yang terpilih, AKU MAHU BALIK RAYA.

Jadi Cinderella di Aidilfitri Kak Ain jadikanlah novelcomel.

ws
AinMaisarah

Anonymous said...

Hai Kak Ain........Bye Kak Ain...............