24 June 2007

Aku Mahu Teddy Bear Giant


Assalamualaikum semua,


Kak Ain baru sahaja pulang daripada Singapura. Membuat lawatan sambil belajar ke Communic Asia 2007, Expo IT terbesar di Asia.


Banyak sungguh perkembangan terbaru dunia teknologi. Kita tak boleh ketinggalan dalam teknologi sekiranya kita mahu menjadi sebuah negara maju.


Sambil-sambil itu, sempat juga pergi ber"shopping". Itulah perkara yang paling Kak Ain suka, kalau tak membeli pun, dapat melihat-lihat, cuci-cuci mata pun jadilah.


Tengah berjalan-jalan tu, terserempak pulak dengan satu teddy bear giant.. waduh! macam pernah ku lihat teddy bear giant ni.. tapi di mana yaaa??


Kak Ain suruh cik abang tangkap satu gambar, sebab balik KL nanti nak bandingkan teddy bear yang di rumah Kak Ain tu.. adakah sama atau berbeza... hehehe.. esok baru kita tahu jawapannya!!


Okaylah, kepada semua yang mengunjungi laman web Kak Ain ni, jangan lupa lihat-lihat di kedai buku berhampiran, buku AKU MAHU SAIZ S, akan berada di pasaran bulan Julai 2007.


Selalulah berkunjung ke laman web ini, banyak cerita dan gambar yang Kak Ain ingin kongsikan bersama adik-adik! Take care everyone!


Wassalam

AinMaisarah

No comments: