Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Doa Kak Ain, semoga semua pengunjung blog ini kekal sihat, ceria, positif dan berbahagia.
Sekali lagi, tahun bertukar ganti. Dan masa tidak mungkin kembali. Maka terimalah entri blog kali ini, entri rumusan dalam hidup AinMaisarah yang genit ini. (Cettt! Masih tidak mahu mengaku gemuk!)
Secara jujurnya segala yang berlaku sepanjang tahun 2012, Kak Ain tidak dapat senaraikan mengikut kronologi bulan. Ini kerana BANYAK sangat peristiwa yang terjadi. Jadi Kak Ain akan cuba kategorikan mengikut faktor-faktor utama, ala-ala isi-isi penting peperiksaan gitu ya!
1) DUNIA BUKU 2012
- Okey, cerita tentang AinMaisarah ini mestilah bercerita tentang buku terlebih dahulu. Yalah, Kak Ain seorang penulis buku. Haruslah keutamaan peristiwa yang berlaku adalah berkaitan kareer sendiri dahulu.
- Alhamdulillah, tahun 2012 ini Kak Ain sangat lega sebab semua buku-buku siri AKU MAHU sudah selamat diterbitkan semula di bawah syarikat penerbitan Kak Ain sendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd.
- Edisi kemas kini ini adalah dengan menukar kaver, membuang atau membuat perubahan plot-plot yang ketinggalan zaman dan paling penting, Kak Ain sudah tukar SEMUA bahasa kontot seperti:
tak = menjadi = tidak
nak = menjadi = hendak
- Paling Kak Ain seronok adalah apabila buku pertama Kak Ain iaitu Aku Mahu Popular, buku yang sangat dekat di hati ini juga sudah berwajah baru. Alhamdulillah, dari November 2006 hingga sekarang, Aku Mahu Popular sudah berbelas kali diulangcetak.
- Doa Kak Ain, biarlah anak-cucu-cicit-piut yang kiut-miut pun masih dapat melihat novel ini di pasaran, berpuluh tahun akan datang. Moga semua buku AinMaisarah dan penulis bersama Blink Book akan kekal diulangcetak. Kak Ain yakin dengan promosi berterusan yang dilakukan di FB, blog, kedai-kedai buku, pesta-pesta buku dan sekolah-sekolah... InsyaAllah, tiada apa yang mustahil dicapai sekiranya kita usaha sehabis mungkin dan berdoa sekuat hati.
2) LIPUTAN MEDIA 2012
- Rasanya tahun ini Kak Ain cuba menerima semua jemputan media yang berkaitan. Walaupun sibuk, pengurus Kak Ain selalu berpesan supaya mengutamakan jemputan media kerana inilah promosi paling berkesan bagi membuatkan nama diingati dan ditanam dalam minda pembaca.
- Haaa... sebenarnya bila masuk TV, majalah, suratkhabar dan jemputan radio, ia bukanlah kerja mudah. Bukan seronok semata-mata... selalunya ada banyak kerja belakang tabir dan persiapan yang mesti dilakukan sebelum penggambaran. Contohnya sewaktu krew rancangan NONA TV3 dan SAFIYYA TV9 datang ke rumah, fuhh... berpeluh Kak Ain tolong susun buku, alihkan perabot dan kemas rumah supaya tampil sehabis baik.
- Penonton pula hanya nampak yang apa tertera di kaca TV. Wajah tersenyum, jawab soalan tidak lebih 10 minit dan kemudian habis kerja. Oh, tidak... tidak, ia bukanlah semudah itu.
- Sekiranya dijemput ke studio stesen TV pula, kita mesti datang pukul 7.00 pagi walaupun rancangannya disiarkan pukul 9.00 pagi. Bersedia datang awal dan sabar menunggu, memang wajib!
- Adakala, sesi temuramah dibuat lewat malam. Contohnya ketika Kak Ain ditemubual di radio IKIM, ia berlangsung dari jam 10 malam hingga 11 malam. Kak Ain keluar konti dan sampai rumah kembali ketika embun sudah turun ke bumi.
- Paling Kak Ain ingat, tahun 2012 ini Kak Ain mula dijemput sebagai juri rancangan Adik Adikku terbitan RTM1. Ia memang sebenarnya satu skil menilai bakat di luar bidang penulisan, tetapi Kak Ain terima jemputan dan rasa amat bertuah dapat menimba pengalaman.
Waktu itu penggambaran berlangsung selama 6 jam dan Kak Ain perlu tukar-tukar baju, tudung dan aksesori dalam masa kurang 15 minit!
- Kak Ain memang amat menghargai pendedahan pengalaman bersama pelbagai media. Tanpa medium sebaran ini dan para wartawan yang berdedikasi, pasti sukar mahu menembusi minda masyarakat dan pembaca.
- Tahun 2012 ini tahun paling banyak berurusan dengan media. Moga tahun 2013 mengekalkan momentum yang sama.
3) PROGRAM PROMOSI & JELAJAH
- Sepanjang 2012, Kak Ain seperti biasa meneruskan rutin Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Dan kini sekolah yang Kak Ain jejaki sudah mencapai rekod ---> 218 buah sekolah.
- Sebenarnya janji Kak Ain sebagai duta penerbitan buku PTS pada tahun 2010 dahulu, Kak Ain akan pergi ke 100 sekolah. Alhamdulillah, janji sudah ditepati dan kini diberi lebih lagi. Malah Kak Ain bukan sahaja pergi ke sekolah untuk memenuhi acara penulisan, menandatangan buku dan bergambar dengan pembaca...
- Sebenarnya janji Kak Ain sebagai duta penerbitan buku PTS pada tahun 2010 dahulu, Kak Ain akan pergi ke 100 sekolah. Alhamdulillah, janji sudah ditepati dan kini diberi lebih lagi. Malah Kak Ain bukan sahaja pergi ke sekolah untuk memenuhi acara penulisan, menandatangan buku dan bergambar dengan pembaca...
.... Kak Ain turut dijemput sebagai perasmi majlis dan penyampai hadiah NILAM. Paling menggamit memori, Kak Ain turut jadi penyampai hadiah basikal buat pelajar! (Oh, hadiah basikal warna merah jambu, Kak Ain pun mahu ada satu!)
- Ada juga sekolah yang menjemput sebagai tetamu khas bagi memeriahkan lagi karnival jualan dan hari kantin. Waktu itu Kak Ain dapat turut serta masuk rumah hantu, main permainan sukaneka dan sedikit lagi mahu naik kuda padi seperti pelajar lain juga. Hehehe... terasa kembali menjadi seorang pelajar sekolah. Perasan muda sekejap ^____^
- InsyaAllah, tahun 2013... Kak Ain sasarkan mahu menjelajah 100 sekolah lagi. TETAPI hanya memfokus kepada sekolah-sekolah luar KL dan Selangor. Jadi pelajar dan pembaca di Perak, Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu, tunggu kehadiran Kak Ain ke sana ya! ^_______^
- Selain itu, tahun 2012 juga menyaksikan Kak Ain dilantik menjadi duta kepada Ekspo Buku Islam yang menganjurkan pesta buku di negeri-negeri.
- Di mana Ekspo Buku Islam membuat pesta buku, di situlah akan ada Kedai Pink AinMaisarah. Kak Ain juga mesti ada di gerai bagi menandatangi buku serta memenuhi acara pentas ketika hujung minggu.
- Paling Kak Ain berterima kasih, Ekspo Buku Islam memaksimakan pengiklanan di semua ibu-ibu negeri... tempat berlangsungnya pesta buku itu. Banyak sungguh papan tanda, kain rentang, bunting dan banner yang ada muka tembam AinMaisarah diletak di merata-rata tempat.
- Kak Ain berpuas hati sangat dapat bekerjasama dengan pihak Sinergi Ilmu (penganjur Ekspo Buku Islam) dalam melaksanakan program promosi seperti ini. InsyaAllah tahun 2013, Kak Ain mahu merangka kerjasama promosi dengan kedai-kedai buku pula. Dalam perbincangan kini, ada dua rangkaian kedai buku yang berminat menaja promosi buku AinMaisarah.
- Kak Ain mesti selalu berdoa agar diberi kesihatan yang baik kerana promosi bergerak begini memang meletihkan dan melelahkan. Stok vitamin, ubat-ubat herba dan madu juga mesti penuh dalam bagasi!
4) KENANGAN TERINDAH
- Puas Kak Ain renung-renung kembali rentetan memori tahun 2012, Kak Ain rasa paling indah antara yang terindah tentulah kesempatan Kak Ain menunaikan umrah dan berada sebulan di Mekah.
- Ini kali kedua Kak Ain dapat ke sini. Perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, ketenangan yang dirasai di sini memang cukup maksima. Hilang terus stress bekerja dan menulis. Lupa langsung tanggungjawab hidup dunia yang selama ini asyik difikir-fikir dan dikejar-kejar. Di Mekah dan Madinah ini... hanya padaNya minda terfokus dan tertumpu.
- Kak Ain bertuah sebab suami Kak Ain turut merasai perasaan yang sama. Hinggakan suami kata, dalam banyak-banyak tempat... setiap tahun bila ada rezeki lebih, mesti letakkan keutamaan buat umrah dahulu. InsyaAllah... InsyaAllah... tahun 2013, kalau Allah jemput lagi sebagai tetamuNya, Kak Ain memang mahu pergi lagi dan lagi. Kalaulah boleh buat haji terus dan giliran panggilan haji dapat dipercepatkan, itulah impian paling utama!
- Oh, tahun 2012 juga... Kak Ain tidak mungkin lupakan kenangan menjejak kaki ke bumi Palestin, melihat sendiri Masjidil Aqsa dan melalui kawasan jajahan Israel yang begitu ketat pengawasan di sempadan-sempadannya. Waktu Kak Ain pergi ketika itu adalah pada bulan Ramadhan. Panasnya mencecah 48 darjah celsius. Teriknya memang menyengat, hingga tekak mahu telan air liur pun sudah tiada.
- Namun tanpa disanggah lagi, inilah memori melihat negara orang yang paling berharga. Melebihi rasa seronok dan teruja ketika melawat Paris, London atau Disneyland!
- Kak Ain dan suami sentiasa berdoa, mohon diberikan rezeki berlebihan supaya setiap tahun boleh membawa ahli keluarga menunaikan umrah. Melihat tanah kelahiran para nabi, anbiya' serta para syuhada'. Moga Allah kabulkan permintaan. Amin.
Rasanya setakat inilah rumusan tahun 2012 yang dilalui oleh AinMaisarah. Banyak lagi sebenarnya, tetapi Kak Ain tidak mungkin dapat ceritakan segalanya...
Dan tahun 2013 kini menjelma, menuntut kita untuk menggunapakai masa dengan sebaiknya. Antara azam tahun 2013 AinMaisarah adalah:
1) Kurangkan tidur dan rehat, lebihkan kerja... kerja dan kerja. (Errr... kena cari dos kopi yang lebih kuat kesannya!)
2) Kurangkan makan nasi, mesti mula berdiet sebab dagu pun sudah berlapis dua! (Hmm... harapnya berjaya!)
3) Positif dan kekal tersenyum walau pertambahan kerja makin menggunung-gunung (Jangan sesekali mengeluh kerana ini semua rezeki Ilahi)
4) Lebih menghargai insan-insan tersayang yang banyak sangat berjasa dan menyokong Kak Ain dari belakang iaitu suami Kak Ain dan emak Kak Ain. (Setiap kali bersolat, mesti hadiahkan Al-Fatihah pada mereka)
5) Lebih aktif di Facebook dan blog supaya kadar komunikasi dengan pembaca dapat ditingkatkan (Tolong ingatkan Kak Ain, blog mesti dimasukkan entri baru setiap minggu... jangan culas!)
Cukuplah dahulu, 5 azam AinMaisarah untuk tahun 2013. Letak azam banyak-banyak sangat, nanti takut tidak tercapai pula. Kak Ain sedar, kini separuh perjalanan hidup dunia sudah dilalui. Separuh perjalanan lagi, Kak Ain mesti buat persediaan untuk hidup akhirat pula.
Untuk semua pembaca, mesti letak azam dan sasaran mahu jadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya ya?
Apa azam orang lain? Jom kongsikan... biar kita sama-sama bersemangat menjadi lebih positif dan bertumpang-tumpang tenaga untuk melalui tahun 2013 dengan lebih berjaya. Amin!
Salam Sayang,
AinMaisarah
17 comments:
Salam kak ain.. Yeah.. Saya jadi orang pertama yang komen ni. Buat pengetahuan semua, saya mula membaca novel kak ain sejak usia saya 18/19 tahun. Dan tahun ini, saya dah pun berusia 23 tahun. Cepat je masa berlalu kan? Namun, Kak ain tetap di hati. Tapi harapnya pada tahun ini akan ada novel bergenre seperti novel "impiana" dari kak ain. Apapun, Selamat tahun baru.. <3
yeaa kak ain sudah masukkan entry baru..yang sekian lama ditunggu-tunggu..hehehe....ok...kak ain..macam mana nak panggil kak ain datang ke sekolah saya?
salam kak ain. semoga kak ain terus success!
#saya turut menyimpan cita-cita untuk menjadi seperti kak ain suatu hari nanti~ tabik, kak ain....
Alhamdulillah, rezeki kak Aina semakin melimpah ruah. Mesti penat kan? Berhentak pulas nak cari idea untuk novel - novel. Memang best novel kak ain! Bahasa pun bersesuaian dengan para pelajar, iatu menggunakan BM tinggi. Semoga kak ain akan terus sukses dalam bidang penulisan. Di dunia dan di akhirat. :) Terbitkan banyak lagi novel ye. Btw, kak ain datanglah SMAP Bentong. Teringin nak jumpa kak Ain :'(
Kak Ain,dtglah SMK Gombak Setia.saya nk jumpa Kak Ain untuk sesi petang.teringin yang amat nk jumpa Kak Ain
Kak Ain masuk rumah hantu SK Taman Desa 2, seronok tak? Nak jumpa Kak Ain tapi sibuk tolong cikgu jaga gerai.
baru tengok anak sedara pegang n duk baca your novel.
Assalamualaikum....kak Ain
untungnye kak ain...
sayA nak kongsi peristiwa Hari ni kat kak ain....saya iqmar,14 dari kota tinggi...pagi tadi sya datang sekolah pada belah pagi kerana ada latihan drama komsas...sempena bulan bahasa..saya dan kawan lain memasuki pertandingan drama komsas...pagi itu juga saya bertugas sebagai pustakawan..setelah sampai dihadapan pintu perpustakaan saya terus memulas tombol pintu dan memasuki perpustakaan...saya menuju ke bilik operasi untuk meletakkan beg saya didalam bilik itu,setelah masuk dan melangkah kesudut bilik...perjalanan saya terhenti kerana melihat sebuah kotak yang berisi novel-novel baru.saya terus mendekati kotak itu dan melihat buku yng terdapat didalamnya...setelah melihat-dan melihat...saya menjerit sekuat-kuatnya walaupun saya ni lelaki..semua pustakawan dan cikgu masuk kedalam bilik itu dengan pantas untuk melihat ape yang terjadi....setelah melihat ada cikgu yang datang kebilik itu saya terus mengunci mulut supaya tidak mengeluarkan sepatah perkataanpun...takut cikgu marah pula sebab saya Ketua Putakawan,takut tak pasal-pasal kena lucut jawatan...kawan saya menjadi tertanya-tanya kenapa saya menjerit...oleh sebab itu,saya memberi tahu secara sukarela sebab saya menjerit...ketika saya melihat kandungan yang terdapat didalam kotak itu saya terlihat sebuah novel yang ditulis oleh seorang idola saya iaitu novel Jutawan Gedik,koleksi novel Aku Mahu...saya sangat gembira apabila mendapat tahu novel kak ain akan menjadi tatapan kepada murid yang memasuki perpustakaan....dalam masa yang same saya amat risau kerana buku kak ain akan menjadi rebutan pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR,KOTA TINGGI,JOHOR...risau juga nanti murid pinjam novel kak ain tak pulangkan balik..sebab pengurusan kat perpustakaan sekolah ni masih lemah..saya tak ad semua koleksi novel kak ain sebab susah nak cari dan harganya mahal sedikit tapi berbaloi.saya amat sukakan novel kak ain..semuanya best...saya amat berterima kasih pada mak cik saya iaitu Amiraa Arbain,18 yng telah mengenal kan novel kak ain yang the best-of the best..makcik saya mengambil masa dekat 4 tahun mencari2 novel kak ain di setiap pelusuk kedai buku yang terdapat di tawau,sabah....setelah tinggal serumah bersama saya dan keluarga kerana belajar di kolej komuniti yang terdapat di kota tinggi ini...novel yang masih elok terjaga dan tidak hilang hanya lah semua novel impiana yang sangat best dan penuh trajis...kak ain merupakan idola saya dalam karya novel selain Athur Conan Doyle dan J.K Rowling....saya amat sedih kerana baru mengenali kak ain dalam bidang penovelan ini....saya terbiasa dgn novel kerana ibu saya sangat meminati bidang penulisa dan penovelan,antara penulis yang ibu saya minati ialah aishah sofia dan kak ain juga serta ahadiat akasha.ibu saya juga dalam proses membuat novel sendiri didalam blognye yang bertajuk CINTA ALIA,jika kak ain ada masa terluang boleh lah membaca novel yang dicipta oleh ibu saya di http://marzadalia.blogspot.com/...saya suka novel kak ain kerana mempunyai plot yang banyak dan terkenal,serta jalan cerita yang menyebabkan kita tertunggu-tunggu,pengetahuan akak sangat banyak,memiliki idea yang melimpah ruah...sya juga ingin mengikut jejak lankah kak ain dan ingin membuka sebuah kedai buku..di sudut kedai itu nanti saya akan mewarnakan dengan warna pink iaitu warna kegemaran kak ain..dan membuat signbord yang bertulis karya AIN MAISARAH...pada beberapa hari yang lepas saya dan rakan saya telah menjumpai sebuah tajuk bagi novel yang akan kami cuba untuk membuatnye iaitu BENCI CINTA REMAJA.hehehhehe...*tak tahu lah jadi ke tidak*hehehhe...nak tanya sikit,umur kak ain sekarang berapa?sebab takut kak ain dah berumur 35 tahun...sebab kak ain kata dalam buku IMPIANA misteri terbonggkar...bahawa kak ain akan bersara,duduk rumah,tulis blog sambil minum kopi dan makan coklat..nanti kalau kak ain bersara tak delah lagi novel tentang THE WANNABABES kumpulan gadis paling cantik,kaya,popular...dan paling penting palinG GEDIK...EHHEHEH
wah..nice la kak ain..
moga kak ain terus sukses
follow sini..ke 4384..jemput singgah ke blog Yumida http://umikasum.blogspot.com
Assalamualaikum kak ain!
Kak Ain, saya amat suka baca novel kak ain. Teringin nak jumpa kak ain.Kak Ain datanglah sekolah saya.
S.K Bandar Baru Sri Damansara 2
Wassalam,
Dina Izzati
MasyaAllah, bakat luarbiasa. Tahniah kak ain.
Semoga terus suskes
Artikel terkini...Harga Set Bersalin Shaklee
ASALAMUALAIKUM Kak Ain selamat berkenalan saya baru bukak blog ni.Saya minat sangat buku Kak Ain.Saya ada lebih 10 buku akak.Saya baru 10 tahun dan waktu 9 tahun saya mula membaca buku akak.Cita cita saya nak jadi novelis macam akak jugak.:)datang lah sekolah kita tau.rasanya akak pernah pergi...waktu 2011
S R A I 19 SHAH ALAM
Nanti singgahlah pula ke "hannanghazali.blogspot.com". (Blog saya tu) :D
Hai kak ain... 😉😉😉😉
Hai kak ain... 😉😉😉😉
Post a Comment