15 January 2011

15 Januari 2011: Episod Pertama The Wannababes dalam siri 'Jutawan Gedik'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain doakan semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan ceria. Kak Ain sendiri, Alhamdulillah.. terlebih sihat hingga sudah naik 2kg lagi berbanding tahun 2010 =) Hehehe!

Sememangnya tahun 2011, tahun yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya buat AinMaisarah. Buat pengetahuan, ini tahun keempat AinMaisarah bergelar penulis sepenuh masa.

Tahun ini juga, seawal dua minggu pertama bulan Januari... Kak Ain asyik keluar suratkhabar dan saluran TV arus perdana.

Dan hari ini menjadi sejarah manis lagi. Novel bersiri Kak Ain mula disiarkan dalam Berita Harian. Mula disiarkan hari ini 15 Januari 2011!



Selama 40 minggu Kak Ain akan dapat 'spreadsheet' iaitu 2 mukasurat akhbar tersebut. Kiranya macam seorang kolumnis! Wah... rasa seronok sangat! =)

Di dalam dua mukasurat yang diperuntukkan ini, Kak Ain akan menulis novel bersiri 'Jutawan Gedik' dan kali ini The Wannababes akan jadi mangsa buli AinMaisarah lagi. Heheheh =)



Inilah EPISOD PERTAMA kisah The Wannababes dalam 'Jutawan Gedik'.

Jika sebelum ini sudah mengikuti kisah kumpulan ini dalam novel 'Aku Mahu ke New York', 'Aku Mahu Popular', 'Aku Mahu Buli' dan siri Impiana... mesti jangan ketinggalan baca kisah terbaru ini. Kisah The Wannababes yang dicabar menjadi jutawan dengan usaha mereka sendiri.

Bukan dengan kabel ayah Fasha, Tan Sri Hisham. Bukan dengan kewangan ayah Shasha iaitu Dato' Saidini. Bukan juga dengan bantuan ayah Sazzy yang merupakan duta luar negara.

Hah! Mampukah mereka berjaya? Bacalah kisah lucu The Wannababes dengan segala macam idea gila-gila mereka mahu dapatkan RM1 juta! Jangan ketinggalan ya!

Paling penting, simpan keratan akhbar selama 40 minggu kerana nanti kita akan umumkan pertandingan dan cabutan bertuah. Hadiahnya sangat lumayan. Antaranya minyak wangi Pacco Rabbane yang sungguh eksklusif jenama 1 Million. Sesuai sangat dengan tajuk 'JUTAWAN' yang ditulis oleh Kak Ain =)



Ada juga 40 baucer hadiah buku-buku PTS bernilai RM100 setiap satu. Ianya menanti pembeli dan pembaca Berita Harian yang bertuah. Cara pertandingan akan mula diumumkan dalam Berita Harian, minggu hadapan.

Jadi simpan keratan akhbar episod pertama itu ya! Dan jangan lupa dapatkan Berita Harian minggu hadapan untuk baca episod kedua dan menyertai pertandingan ini. Pastikan beli Berita Harian setiap hari Sabtu, selama 40 minggu ya!

Selamat berhujung minggu semua. Jaga diri!

Salam Sayang,
AinMaisarah

27 comments:

[are~tiQah] said...

wau! mesti beli nih! wajibun!

AinMaisarah said...

Aretiqah,

Wajibun? Hahahah =)

puterinuraqiliah said...

mmg best jutawan gedik!
tertarik nak bca yg seterusnya.
kak ain, cerita nie keluar setiap sabtu je yea?

[are~tiQah] said...

Kak ain : Wajib2! =D

Ryn Reen said...

dah baca kak ain , best gila !

AinMaisarah said...

Puteri NurAqiliah,

Betul sayang. Hanya setiap Sabtu, The Wannababes akan menguasai suratkhabar Berita Harian dengan kisah-kisah gedik mereka mahu jadi jutawan.

Kasihan... Kak Ain akan buli teruk-teruk mereka semua! ;D

aina fatini said...

x yah dh g kedai,,,,ad org deliverkn...
sy mesti akn bace JG....besst2~
wish u luck...

b u d a k said...

wow ! best !

kak Ain , hadiah minyak wangi tu ada satu je ke ?

hehe .

Khair Zawawi said...

Sudah beli!!

Adira Jamal said...

sudah beliii! best!

shakirah irah said...

mmg wajib

QISH SARIFF said...

sangat kagum dengan kjayaan kak ain....

LiL Clumsy Girl said...

kak ain! salam! saya suka sangat dengan karya kak ain! especially karakter The Wannababes! pagi tadi saya paling awal baca paper dan baca siri Jutaan Gedik! saya suka! saya tak kan terlepas membaca episod akan datang! saya pun nak jadi novelis juga lah! macam kak ain!

nurizzati said...

Wah! Bestnya.. Kena beli ni...

::Cik Zatie:: said...

1st tyme ziarah belog Ain.. Good Luck dari Kak Zatie :)

SAJE-SAJE|SUKE-SUKE

Aida Nabilah said...

Wau...Mesti Beli ni...karya kak ain memang best...

*m0m0 f0rever* said...

salam k.ain thnnx sbb sdi dtg sek seri g0mbak td . .
enj0y sgt2 ..
h0pe ummu dpt jd pnulis n0vel mcm k.ain . ..
thnxx again bb bg ummu bku prcuma ! !
l0ve u k.ain .. .

NuraynaDiba said...

kk ain ayna nk jgak bca tp x smpat nk g shop bli...anyway ayna akn ttap bli kt pjbt ursn NSTP BBU, JB...lv u kk ain...anyway,bila kk ain nk dtg smk seri perling,jb?

fatten@atien said...

wow!! best jgk citer nie.. best sngat sngt... sy support kak ain..

Anis Diyana said...

sangat best kak ain!!

SyamimiZaini said...

Alamak Kak Ain! Mimi terlepas siri 1. :(

Kak Ain, cerita Jutawan Gedik ni akan dibukukan selepas habis semua siri tak? Saya harap sangat dpt baca semua sebab selalu terlupa beli.hehe

(Kalaulah boleh zoom in gambar surat khabar tu.HUHU)

Raihan said...

Salam, kak Ain! Wa... sedihnya. macam mana nak baca? ayah saya dah hentikan pembelian membeli berita harian. tak tahu kenapa... :( Kak Ain bukukanlah cerita ni.. boleh kan?

Chocolate said...

ye saya juga kak ain!yah saya tak beli pun Berita Harian..kalau macam ni,tak berpeluanglah saya nak masuk pertandingan yang dianjurkan nanti!

Pa' izah said...

wahai k.ain
adusss!!!! saya dh miss paper b.harian utk siri 1, dpt baca kt blog je. cmne ni?admire giler kat perfume tu..ia dh melayang2 kt kepala saya ni k.ain..hu3..pasni saya nak buat scrap book la utk siri jutawan gedik ni, then saya nk display kat library tpt saya kerja ni. mst student berebut2 nak baca.boleh x k.ain?

bettysweet said...

best nye!!! bagilah free,hehehehe kidding jerlah.

Hanny Fitri said...

Hai Kak Ain ! Saya Batrisyia Hani . Saya mmg peminat fanatik novel Kak Ain ! Saya suka novel Impiana 3 ! Saya terkejut apabila membaca Jutawan Gedik di Berita Harian ! Yela , selalunya cerita Kak Ain melalui novel . Tetapi , Kak Ain tetap yang TERHEBAD !

Aida Syazwina said...

Kak Ain ,

Cerita Jutawan Gedik ni mmang
"BEST IN THE WORLD !" . Stiap
mnggu mmang WAJIB bli BH . Mmang
x sbar nk tnggu kisah sterusnyaa .
Lagi satu nk tnya , crita JG ni
x akan dibukukan ke ?