02 May 2010

Perkembangan Terbaru AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Okey, pertama sekali macam biasalah... bila lama tidak masukkan entri baru, AinMaisarah mesti mohon maaf berjela-jela. Macam meminta maaf di hari raya. Hehehe... =D

Sebenarnya sekarang ini Kak Ain sibuk dengan tiga perkara:

1) Penulisan Impiana IV

Ya! Memang ada Impiana IV! Ianya menjadi penutup kepada siri Impiana. Perancangannya, Impiana III dan Impiana IV akan dikeluarkan dalam bentuk set box. Ianya menyamai set box 'Aku Mahu ke New York' dan set box BSB.



Tetapi ini baru perbincangan antara Kak Ain dan Cik Abang sahaja. Pihak editor PTS belum mengetahuinya lagi kerana Kak Ain belum sempat bertemu mata dan bertandang ke pejabat PTS.

Nanti Kak Ain beritahu para pembaca semua tentang perkembangan terkini Impiana III dan Impiana IV ya!

2) Bermulanya Program Jelajah Sekolah AinMaisarah




Kak Ain sudahpun memulakan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Sekolah pertama yang Kak Ain lawati adalah SMK Sungai Pusu. Selepas ini jadual semakin penuh dan Kak Ain sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik demi memenuhi semua jemputan.


Haaa... Cik Abang pesan, jadual masih boleh diatur jika ada yang ingin menjemput AinMaisarah ke sekolah anda. Boleh e-melkan sebarang jemputan kepada Cik Abang.

Sila hantar maklumat ini ke syaizul@meta-dome.com jika mahu Kak Ain datang ke sekolah anda!

~Nama sekolah:
~Nama guru:
~Nombor telefon guru tersebut:

Pihak pengurusan AinMaisarah akan menghubungi guru sekolah untuk mengaturkan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Mudah bukan?

3) Projek Dekor Dekor AinMaisarah

Ini satu lagi perkara yang membuatkan Kak Ain tidak cukup masa. Kak Ain sekarang mengambil peranan menjadi pengurus projek rumah sendiri. Cik Abang beri kebebasan sepenuhnya. Kak Ain perlu pilih kontraktor untuk ubahsuai rumah. Kak Ain diberi bajet beli barangan rumah. Kak Ain juga boleh menentukan warna dan konsep rumah.

Sebenarnya bukan sedikit usaha dan kajian yang perlu dilakukan demi mendapatkan rumah yang diidam-idamkan. Faktor harga pun penting juga. Itu sebabnya Kak Ain lakukan survei di banyak tempat sebelum membeli sesuatu barangan. Setakat ini semua perabot Kak Ain sudah beli.

Hari ini pun Kak Ain akan ke pameran HOMEDEC 2010 di KLCC. Hari ini Kak Ain nak langsaikan pembelian barang-barang elektrik pula. Kalau ikutkan hati, Kak Ain nak semua barangan elektrik berwarna pink atau purple. Alangkah bahagianya jika dapat...


PETI AIS PURPLE




MESIN BASUH PINK




TV PINK


PENDEK KATA... SEMUANYA PINK! =D




Hehehee... berangan betul AinMaisarah ni! Nanti semua barang dalam rumah warna pink, boleh pening kepala Cik Abang! =D

Apapun... InsyaAllah Kak Ain akan masuk rumah baru pada 1 Jun 2010. Ketika itu Kak Ain akan kongsikan semua pengalaman Projek Dekor Dekor ini dengan pembaca dalam bentuk sebuah buku. Ianya akan menyamai konsep buku Projek Diet AinMaisarah dan Projek Fesyen AinMaisarah. Tunggu kemunculannya ya! =D

Okeylah, Kak Ain harap para pembaca berpuas hati membaca perkembangan terbaru ini. Nanti Kak Ain cari masa melangsaikan laporan Pesta Buku ya! Banyak sangat gambar nak dimasukkan. Terlalu pelbagai kisah yang ingin Kak Ain rakamkan.

Jaga diri semua! Selamat berhujung minggu!

Salam Sayang,
AinMaisarah

10 comments:

Nurul Aqilah said...

Salam Kak Ain,

wah,ade pulak Impiana keempat,Impian ketiga pun saya masih terkedek-kedek nak habiskan,keluar bila kak ain buku2 tu semua?

warna pink lah,saya suka.Tapi nanti kesian cik Abang nak tengok semua warna pink tu,hehe.Selamat maju jaya kak Ain.

Alia Jamila said...

saya ade tv pink,kak ain.
saye suke sgt pink!!!

Nasuha said...

ada lgi buku iv pulk?? ok ok..saye akn beli impiana tiga n empt seka;li gus..saye tunggu lagilh nmpknye..

intan said...

saya kena tunngu buku impiana 3 dan iv..tapi,ada pulak iv.ingatkan penghujung cuma impiana 3 je..saya menanti kemunculannya di pasaran.

MeZ said...

Salam Kak Ain,

MEZ harap semuanya berjalan dengan lancar. Mez akan tetap beli buku Kak Ain. Masa first time mez dpt tahu Kak Ain nak buat projek hias rumah tu, memang gembira hati ana sebab tu bidang tu mez memang suka. so alang2 kak ain buat ni, boleh dalamkan lagi ilmu. thanks kak ain.

Moga perjalanan kak ain semasa menjalankan program jelajah tu baik2 belaka.

Nurul Izzah said...

Salam Kak Ain,

dh ada Impiana IV....saya baru beli Impiana dan Impiana II....saya tak suka warna pink sebab warna pink buat saya sakit mata...(kak ain jgn ambik hati)

suliani said...

ingatkan siri IMPIANA tmat sampai IMPIANA III je tp ade lagi IMPIANA IV...x sabar ni..manuskrip asal IMPIANA III masih dlm proses utk habiskan..mybe mlm ni dh hbis baca..
Semoga KAK AIN sihat2 selalu :-)

KUDA TERBANG said...

SALAM KAK AIN MAISARAH!


saya sudah baca aku mahu superbibik,bestla kak ain!tapi saya masih lagi tertunggu2 impiana 3!saya harap saya orang pertama yang membeli buku tersebut(di sekolah-nak tunujk2 sikit)hehe..tapi saya x nafikan kak ain boleh menjadi seperti J.K ROWLING MALAYSIA
! rakan2 saya yang lain juga suka akan buku buku karya kak ain!
saya harap kak ain berjaya dalam bidang penulisan! amin..

birthday kak ain bile?

PINKeysha said...

kak ain suka pink ke??? klw ya... sy pun sama..

AnodCoco said...

Salam, kak Ain. Boleh saye tanye sesuatu? Knp kak Ain suke sgt wane pink? Saye x suke sgt wane pink. Pening kepala saye kalo semua bende wane pink.