20 May 2010

Maklumat Untuk Jemputan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini khas Kak Ain tujukan buat semua para pembaca AinMaisarah yang mahu Kak Ain datang ke sekolah cik adik semua. Banyak sungguh permintaan di Facebook yang mahu Kak Ain datang dan melaksanakan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah.

Sebenarnya Kak Ain mahu memberi prioriti kepada para pembaca buku AinMaisarah yang selama ini menyokong dan setia mengikuti perkembangan Kak Ain di Rumah Pink dan Facebook. Itu sebabnya Kak Ain mahu ke sekolah yang ada pembaca setia AinMaisarah terlebih dahulu.

Kak Ain hanya perlukan maklumat-maklumat berikut bagi membolehkan Kak Ain datang ke sekolah para pembaca semua.

1) Nama guru Pusat Sumber atau guru subjek bahasa Melayu.
2) Nombor telefon guru tersebut.
3) Nama sekolah

Tiga maklumat di atas bolehlah dihantar melalui e-mel kepada pihak pengurusan AinMaisarah di syaizul@meta-dome.com

Selepas itu, pihak pengurusan AinMaisarah sendiri akan berbincang secara terus dengan pihak sekolah mengenai tarikh dan aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Sekiranya Kak Ain ke sekolah yang terpilih, Kak Ain akan mengadakan aktiviti yang berkenaan:

Ucapan di perhimpunan


Kebiasaannya AinMaisarah membuat ucapan di perhimpunan sesi pagi dan sesi petang selama 15 minit mengenai kerjaya penulisan dan kempen membaca buku sebelum pelajar masuk ke kelas.

Membuka gerai pameran buku



AinMaisarah akan membuka gerai pameran buku menjual novel remaja dan buku motivasi selama berada di sekolah. Lokasi cadangan adalah di kawasan kantin. AinMaisarah dan tim promosinya hanya membawa buku-buku terbitan PTS yang terbukti dijaga tatabahasa dan diterima oleh guru-guru dan ibubapa sebagai bahan bacaan tambahan yang membantu meningkatkan kemahiran menulis di kalangan para remaja. Keperluan bagi mengadakan pameran buku ini hanyalah tiga buah meja di kawasan kantin sekolah.

Bengkel mula menulis novel.



Sekiranya pihak sekolah bersetuju menjemput AinMaisarah, maka AinMaisarah akan memberi bengkel PERCUMA mengenai kerjaya penulisan dan menerangkan proses menulis dan menerbitkan sebuah novel selama SATU JAM kepada pelajar sekolah yang berminat. Terpulanglah kepada pihak sekolah menentukan masa dan tarikh yang sesuai.

Itulah aturan aktiviti yang terkandung dalam Program Jelajah Sekolah AinMaisarah sepanjang Kak Ain menjelajah ke 22 buah sekolah.

Kak Ain harap para pembaca boleh dapatkan maklumat yang diperlukan secepat mungkin supaya Kak Ain sempat ke sekolah sebelum cuti sekolah bulan Jun bermula.

Salam Sayang,
AinMaisarah

27 comments:

ain said...

kak,ni untuk smk jerk ke?kawan2 saya teringin nak jumpa kak ain.

kumako said...

buat novel dlm mse 1 jam?? boleh ke kak ain?? sempat ek??

fh said...

Salam Kak Ain,

Kak Ain boleh listkan tak sekolah-sekolah yang bakal Kak Ain pergi. Mudah bagi kami untuk tahu sekolah mana yang Kak Ain bakal melawat untuk Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah. :)

Nur Nazatul Balqis said...
This comment has been removed by the author.
Nur Nazatul Balqis said...
This comment has been removed by the author.
Nur Nazatul Balqis said...
This comment has been removed by the author.
Nur Nazatul Balqis said...
This comment has been removed by the author.
mimi girls said...

Kak Ain, pergilah kat sekolah rendah. Kalau kak Ain setuju nak pergi sekolah rendah, pergilah sekolah rendah saya.Nama sekolah rendah saya SK Setiawangsa. Sekian...

EyQa said...

salam kak ain..
kawan saya dah hantar dah email tu
dgn maklumat2 tu skali..
tpi x de apa2 respon..
macam mane tu??

AinMaisarah said...

Salam Ain,
Tahun ini Kak Ain akan pergi sekolah rendah juga. Tapi mungkin tiada ceramah kerjaya penulisan tetapi lebih kepada menggalakkan kempen membaca.

Apapun, Ain hantarkan dulu info yang dikehendaki kepada syaizul@meta-dome.com ya. Nanti pengurus Kak Ain akan buat pilihan.

Dear Kumako,
Bukan buat novel dalam masa 1 jam, tetapi mempelajari langkah-langkah memulakan kerjaya sebagai seorang novelis dalam masa 1 jam.

Isk! Kalau ada penulis di dunia ini yang boleh siapkan novel dalam 1 jam sahaja, tentu Kak Ain pergi berguru dengannya! ;D

Salam Fatin,
Setakat ini Kak Ain tak dapat berikan senarai penuhnya lagi kerana senarai sering berubah-ubah. Ada sekolah yang bila dekat dengan peperiksaan, mereka mohon anjakkan tarikh. Pada masa yang sama, Kak Ain cuba dahulukan sekolah-sekolah yang sememangnya ada pembaca tegar AinMaisarah.

Tapi jangan risau, sekolah Fatin yang tertangguh dari tahun lepas akan Kak Ain jelajahi tahun ini ;D

Salam Mimi,
Kak Ain tiada masalah untuk pergi ke sekolah rendah. Mimi hantarkan info tentang SK Setiawangsa kepada pengurus Kak Ain ya!

Dear Eyqa,
Pengurus Kak Ain selalunya memeriksa dan memberi respons kepada e-mel pada hujung minggu. Nanti Kak Ain pastikan e-mel Eyqa mendapat respons ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

magic said...

assalamualaikum kak ain...hmm..bile k.ain nk dtg skola saye??sekolah agama menengah parit baru,sabak bernam...skola sye x brape dikenali lg..so klu k.ain dtg mungkin rmai lg yg tau kewujudn skola sye...boleh x???

kumako said...

hahahhaa...igtkan buat novel dlm mse 1 jam..terkejut mse bce..hik3.. btw... thanx sbb jawab.. semoge kak ain shat slalu.. =D

Nasuha said...

saya harap pengurus kak ain membalas email sye!tolonglh..saya sanggup berlapar semata-mata menunggu kak ain datang menjual buku di sekolah saye..tengh sibuk kumpul duit..huhu

farah said...

salam kak ain,

datang la ke sekolah saye SK SEKSYEN TUJUH BANDAR BARU BANGI,SELANGOR

syarifah syakirah said...

kak ain,
saye da hantar emel kat emel yg kak ain suh tu,
tp x berbalas pon,,,,
tlgla mintak pengurus kak ain balas

fashiqah said...

slm..kk ain sy nk tnya..jst pljr ssb je ke yg blh sign up ke web seri bangsar.......n cn i have your email...cz bnyk bnda yg sy nk tnya kpd kk ain...brknaan nvl kk ain...

leyjell said...

kak ain.leh x tnjok list sekolah yg akak nk gi nnti..leh saya prepare awl2 kalo akak gi sekola saya.

leyjell said...

kak ain.leh x tnjok list sekolah yg akak nk gi nnti..leh saya prepare awl2 kalo akak gi sekola saya.

RinaKahar said...

Hai kak ain!! boleh saya minta sesuatu?? saya nak kak ain datang ke sekolah saya... boleh?? please...

ili eapul said...

kak ain datang la sk0lah ili...

aE-nUl~~ said...

salam kak ain....
sye n kawan-kawan teringin sangat nak jumpe kak ain...
tapi skolah kitorang kat kelantan...
kak ain x nak datang kelantan ke....
kalau kak ain datang,datanglah sekolah saye tau...
smk long gafar...
please....

ecahツ said...
This comment has been removed by the author.
ecahツ said...

DATANGLAH SEKOLAH SAYA DI SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA,SUNGAI BULOH,SELANGOR.

-HARAP DIPERTIMBANGKAN

princess said...

kak,akak cuma dtg skolah smk je kew?
kawan2 saya teringin nk jumpa k.ain..
dekat smka durian guling , terengganu
harap k.ain pertimbangkan..

azlin said...

Salam kak Ain ,
dibawah ni adalah senarai yang kak Ain mahukan :

1.Nama guru :Pn Robahyah Bt Sidan
2.Nombor telefon guru :013-4639894
3.Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara,47810 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.
Saya berharap agar kak ain dapat menghadiri ke sekolah saya , kehadiran kak Ain amat dialu-alukan

qila said...

salam kak ain,boleh tak tlg letak gambar sekolah2 yg kak ain pernah pergi?

qila said...
This comment has been removed by the author.