02 January 2010

Memperkenal Izanor Sharif - Penulis Bersama AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain doakan semoga semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat sejahtera serta bersemangat di awal tahun 2010 ini.


Kak Ain sendiri memulakan tahun 2010 dengan satu lagi projek baru yang sudah ada hitam putihnya. Semalam pada tarikh 1 Januari 2010, Kak Ain ke Seremban untuk berjumpa dengan Kak Izanor Sharif.



Kak Izanor merupakan penulis bersama AinMaisarah dalam novel 'Aku Mahu Superbibik'. Alhamdulillah, manuskrip tersebut sudah siap dan melihat kepada keserasian bekerja, Kak Ain menawarkan Kak Izanor untuk menjadi penulis bersama secara tetap.


Semalam juga, Kak Ain menyerahkan prolog manuskrip dongeng terbaru bertajuk 'Cinderellah vs Rapunzelah' kepada Kak Izanor. Selepas ini Kak Izanor bertanggungjawab memanjangkan dan melengkapkan cerita tersebut. Harapnya buku tersebut sempat siap sebelum Pesta Buku 2010.


Pada tahun 2010 ini, kami sasarkan mengeluarkan lima tajuk bersama-sama. Oleh itu, nama Izanor Sharif akan menjadi nama yang akan tertera di depan cover buku-buku remaja bersama nama AinMaisarah juga.


Sekarang ini, laman web Kak Izanor sedang dibina bagi membolehkan para pembaca berinteraksi dengannya juga. Sementara menunggu laman web Kak Izanor siap dibina, Kak Ain ingin mengajak semua pembaca AinMaisarah menambah Kak Izanor sebagai rakan di dalam Facebook. Sila klik di sini untuk 'add as friend' akaun Kak Izanor ya!


Kak Ain juga baru mendapat berita bahawa dua orang pembaca AinMaisarah yang Kak Ain kenali sejak tahun 2007 sudah mula mengikut jejak langkah AinMaisarah menjadi novelis juga.


Pembaca pertama yang sudah menulis walaupun baru berumur 13 tahun adalah Cik Adik Farihah. Farihah baru sahaja selesai menulis manuskrip 'Puteri Piano' yang bakal diterbitkan di bawah penerbitan PTS One.



Pembaca kedua pula adalah Cik Adik Fatin Hanani. Umurnya 15 tahun dan Kak Ain baru sahaja menerima mesej terbaru tentang perkembangan dirinya yang sudah menulis novel juga.



Kak Ain apa khabar? Fatin sihat-sihat je. Lama tak berbalas emel dengan Kak Ain. Fatin tahu Kak Ain sibuk. Fatin cuma nak beritahu Kak Ain, Fatin dah pun menulis sebuah buku. Tajuknya ialah Gelagat Si Kembar dan diterbitkan oleh Karnadya Solutions Sdn. Bhd. Di kesempatan ini juga, Fatin nak ucapkan selamat tahun baru untuk kak Ain. Semoga tahun 2010 menjanjikan seribu satu kenangan manis buat kak Ain. Terima kasih kerana menjadi novelis kegemaran Fatin selama ni.



Pada masa yang sama, Kak Ain dan Kak Ann (editor PTS Pro) sedang merancang sebuah projek mengumpulkan hasil penulisan pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar di bahagian Penulisan Kreatif forum www.sekolahsribangsar.com



InsyaAllah, cerpen-cerpen terbaik akan diterbitkan menjadi sebuah novel kompilasi. Jadi kepada pembaca buku AinMaisarah yang punya cita-cita menulis novel, apakata mulakan langkah dengan menghasilkan cerpen di bahagian Penulisan Kreatif SSB.


Kak Ain doakan para pembaca yang mahu mengorak langkah menjadi penulis dapat memulakan inisiatif tahun 2010 ini. Kak Ain harapkan pada masa akan datang, Kak Ain dapat memilih penulis bersama AinMaisarah yang terdiri daripada pembaca-pembaca novel Kak Ain sendiri.


Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dan Kak Ain percaya kemunculan bakat-bakat muda ini akan mewarnai lagi bidang penulisan di Malaysia.


Salam Sayang,

AinMaisarah


18 comments:

shhh. said...

wow , okayy ..

Little Writer said...

agak2 dina ade peluang x??heee..

Farahani said...

sya pun nak cuba menulis cerpen =D
hehe =)

Riha J said...

hahaha.. tak pasal-pasal dipromote Kak Ain.

Thank you Kak Ain! You're the best!

Unknown said...

teringinnya nak jadi penulis bersama kak ain.

Anonymous said...

kak ain, farah tggu buku impiana3 ni.
bila nak keluar? tak sabar ni :P

fatinhanani said...

Salam Kak Ain,

Terima kasih Kak Ain.
Tak sangka pulak Kak Ain tolong promote. TQ!

Zahidah Zahari said...

salam kak ain , saye cube sedang cuba untuk merangka novel/cerpen :D harap kak ain dpt bantu saya :)

saye pun harap dapt jadi penulis bersama

chaiyok kak ain

αииɛ ƨαм said...

Salam Kak Ain..
saya harap cerpen atau novel saya terpilih..
saya pun sedang merancang nak hantar karya saya ke PTS..
tapi tak siap lagi..

Wahh Riha..
Famous Riha..

ranyzajay said...

abby akn brusaha mnerima kak izanor...


losernye..

huhu..

ranyzajay said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Yoo ♡ said...

novel dibah xlaku pon kat penulisan kreatif tuh...

hmm...

dibah try lgi lah nnt...

Wan Fatimah said...

saya pon suka menulis... biasanya penulisan dapat a... cita2 saya pon nk jadi novelis atau wartawan..

marjan daud said...

woooho!~ congratz to fatin hanani..
misz ade jmpe bku glagat si kemba..
mle2 nk amek pastu bku tuh ade org laen plak amek..huhu

NadZeyl said...

kak ain uptade la blog...

Riha J said...

kak ain,
update laa blog cepat :D

naive said...

k. ain, bru perasan, lgu tema nih mcm lagu kilometrico

pa pe pon, all da best!

Cuya said...

kak ain...


suha akn cuba juga untuk menulis cerpen..walaupun baru sahaja mula merancang..hahahah takpe takpe..i'll try my best kak ain!