01 November 2009

Peraduan SAYA MAHU HADIAH PTS Bermula 1 November 2009!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain nak kongsikan dengan para pembaca semua tentang peraduan hebat yang dilancarkan oleh penerbit PTS. Kepada para remaja di luar sana yang memang sukakan buku-buku PTS One, rebutlah peluang ini. Beli buku berharga RM25 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM70,000!

Nak tengok hadiahnya? Semuanya memang best, best, best! Mari Kak Ain tunjukkan!


Hadiah Utama:


Ah! Meleleh air liur Kak Ain melihat TV LG Plasma 42" itu yang memang jadi idaman kalbu! Selain dapat TV, pemenang utama juga dapat buku-buku PTS bernilai RM10,000! Memang lumayan! Bayangkan betapa seronoknya dapat memiliki beratus-ratus buku PTS One secara percuma! Judul-judul yang disukai juga akan dipilih sendiri oleh pemenang.

Nak buku siri Aku Mahu nukilan AinMaisarah?
Nak buku siri Dear Yayah karangan Farihah Iskandar?
Nak buku Mengapa Aku Jadi Pengetua hasil tulisan Kusyi Hirdan?
Nak buku My Angel tulisan Aizam Aiman?
Nak buku siri Sarah oleh Ezee Rahmani?
Nak baca siri Melah Melia karangan Ainin Naufal?
Atau nak buku Dunia Sains Aiman?

Pilih saja yang mana suka! Semuanya boleh dipilih sendiri hingga bernilai RM10,000! Hebat, kan?

Buku-buku tersebut boleh jadikan koleksi. Boleh jadikan perpustakaan mini di rumah sendiri. Macam syurga buku jadinya rumah itu nanti!


Hadiah Pertama:



Pemenang tempat pertama pula akan menerima kamera video SONY yang canggih sekali! Lepas itu bolehlah jadi paparazzi dan mamarazzi! =D Buku-buku PTS bernilai RM8000 juga akan jadi milik pemenang. Dengan nilaian RM8000 itu, boleh dapat 500 buah buku AinMaisarah tau! Banyak tu!


Hadiah Kedua:



Hadiah kedua juga tidak kurang hebatnya. Mesti ramai nak memiliki laptop ACER ini. Kak Ain sendiri ingat lagi, dulu-dulu hanya memiliki laptop pertama ketika berusia 23 tahun. Sekarang ini PTS ada buat pertandingan yang menawarkan laptop, jadi jangan ketinggalanlah menyertainya! Tambah lumayan, pemenang tempat kedua juga dapat buku-buku PTS bernilai RM5000!


Hadiah Mingguan


Kita tengok pula hadiah pemenang mingguan. Bila tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan, memang Kak Ain pun terasa nak sangat masuk peraduan yang dibuat oleh PTS ini. Kak Ain nak sangat iPod Nano dan iPod Touch tuuuuu =D Ah! Mewahnya!

Lihatlah betapa banyaknya hadiah-hadiah lumayan untuk pemenang mingguan:


(a) Minggu Pertama

1. iPod Touch 8GB + Buku PTS bernilai RM100
2. Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
3. Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100

(b) Minggu Kedua

1. PSP + Buku PTS bernilai RM100
2. SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
3. Kamera Digital Canon Powershot A480 + Buku PTS bernilai RM100

(c) Minggu Ketiga

1. Acer Netbook Aspire One D250 + Buku PTS bernilai RM100
2. iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
3. PS2 + Buku PTS bernilai RM100

(d) Minggu Keempat

1. Nintendo Wii + Buku PTS bernilai RM100
2. Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
3. Kamera Digital Canon Powershot A480 + Buku PTS bernilai RM100

(e) Minggu Kelima

1. Nokia 5880 ExpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
2. PS2 + Buku PTS bernilai RM100
3. iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100

(f) Minggu Keenam

1. Kamera Digital Canon Powershot A2100 IS + Buku PTS bernilai RM100
2. SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
3. Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100


Haaa... macam mana? Teruja melihat senarai hadiah yang macam-macam? Teringin nak memilikinya? Mulai hari ini, mestilah beli buku PTS banyak-banyak dan simpan resitnya untuk masuk peraduan ya! Satu resit bernilai RM25 boleh dikepilkan dengan satu borang peraduan yang rupanya begini:




Borang peraduan ini dengan mudah sahaja boleh didapati apabila membeli buku di kedai-kedai terkemuka MPH dan Popular. Atau boleh download dan klik borang di sini.

Ikutilah langkah-langkah mudah ini untuk memenangi hadiah-hadiah yang Kak Ain sebutkan.

-- Beli buku PTS bernilai RM25 dalam satu resit
-- Isi borang dengan jawapan yang betul dan kepilkan resit
-- Hantar borang ke dalam kotak peraduan @ poskan ke alamat yang tertera.

Mudah bukan? Jadi rebutlah peluang keemasan ini. Mesti masuk peraduan SAYA MAHU HADIAH PTS yang bermula pada 1 November 2009!

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di laman PTS ini.

Jom kita masuk peraduan ini ramai-ramai!

Salam Sayang,
AinMaisarah

29 comments:

Farahani said...

salam kak ainn!

wahwah =D
hadiah die memang lumayan~!
nak masuklah
insyaAllah lepas Peperiksaan Akhir Tahun

INSYAALLAH! =]

Aqilah Suhaizam said...

wow!hee =)

Anis Farzana said...

Salam..

Waah!Hadiah die memang tersangat sangat sangat lumayan!Nak laptop.. ;p

Hasanah Najiihah said...

wah kak ain bestnye hadiah2 tue....mmg terliur tgk....hahhha..nk laptop tue....so nice!!!!!

Sharina Hasdi said...

Salam Kak Ain..

Wah-wah-wah...
lumayannya hadiah tu!!
Nak kamera digital tu, hehehe...

Nina nak masuklah.. :)

Fatihah N. said...

Wah

Nampak menarik je
TOP betul hadiah2 tu

BalqisBasri (^^,)v said...

Hehehe.. Insyaallah Balqis pun nak join ;)
hadiah diaa tu..
Amboiiii, memang sangat sangat lumayan laa...
Balqis kalau boleh nak Nokia 5800 tu..
Hahaha..
Insyaallahh..

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

Kak Ain,,
RM25 untuk satu buku ke atau
RM25 untuk bayaran buku-buku??

dan bila tamat tempoh peraduan ni?

p/s : saya nak sangat masuk.. tapi mungkin selepas SPM..

Little Writer said...

wah....

bersinar-sinar mata Dina tengok hadiah tu..

Memang lumayan!


Tapi kalau dalam resit tu..
campur buku PTS dengan buku lain tak boleh ye??

Unknown said...

Salam Kak Ain!
Wow hebatnya.Kalau macam tu saya nk masuklah.Saya mahu laptop! Boleh cuba-cuba buat karya sendiri

αииɛ ƨαм said...

Salam...

wah Kak Ain...
terujanya...
tak tahu nak hadiah yang mana satu..
kalau boleh nak smue..hehe..:P

memang ada nak beli buku Pts pon..
ade emel kat Kak Ain..
tp Kak Ain x blas pon..

Anonymous said...

WOW!!kak ain,saya tak tahu nk msuk peraduan tu cmne???saya tringin nk hadiah tu...21 november ni ari jadi saya...saya teringin nk hadiah-hadiah macam tu....saya x ade pon hadiah-hadia selumayan tu utk ari jadi saya..

Anonymous said...

Hui!!!

Dah meleleh-leleh air liur tengok hadiah tu..Naklah..Kalau boleh setiap minggu masuk..Keh keh keh...
Kalau boleh nak hadiah handphone...Sebab Batrisyia tak ada Hadphone lagi...Sedih...Kena menang ni....Menang!!!Caiyok caiyokk!!!

Anonymous said...

Amboi!Nak laptop tu!Nak laptop tu!Hee..Nak masuklahh. :)

Farah_Adilah said...

alahai tergugatnya iman ......lina nak sangat ipot touch 8gb + komputer acer netbook aspire one b250 + nokia5880....ish nak masuk lah peraduan ni banyak lumayan tak dapat apa yang saya minta tu dapat tv plasma 24 inci tu pun okey nak letak kat bilik...

Batrisyia said...

Salam Kak Ain..

Best nyer hadiah2 tuu...! kalau dpt kamera tu, tak payah nak share dgn adik-beradik lagi.. huhu.. :D

Fazlin Ibrahim said...

salam...
kak ain...

fazlin nak masuk juga...
teringin nak menang!!!

Qiela said...

Salam Kak Ain..

Nak masuk! Nak menang! :D
Present yang mahal-mahal semua..
Ehm... Insyaallah after exam I'll join it. :)

Kak Ain jgn bagi diaorg hadiah tu tau. Just give to me, ok!? ^_^

Unknown said...

salam,,
ahhh!!
nk hadiah 2...nk hdphone nokia 2..
cmnew nk msuk??

::aina:: said...

salam..

ya allah..
mcm nk pngsn nengok adiah 2 smue..
tringin nk hp nokia 5800 2..
nk camera 2 jgk..
nk laptop 2 jgak..
smue ktew nk..

aq mahu hadiah 2!!

sya_syi said...

alahai..kak ain.. kenapa baru sekarang ada pertandingan ni..huhuhu.. penat je sebelum ni beli buku-buku PTS... hehehe. tapi tak pe.. saya nak juga hadiah tu... lumayan tu hadiahnya..
wah.. kena usaha ketat ni..

Nadhirah said...

betul2,,sokong aper yng sya_syi ckap :D

mmg betul2 kne usaha ketat!

CaMiLLiA said...

WoO..BeSt GiLeR..MeStI MaSuK N!..
kAlAu mEnAnG AlHaMdUlIlLaH..:D

CaMiLLiA said...

WoO..BeSt GiLeR..MeStI MaSuK N!..
kAlAu mEnAnG AlHaMdUlIlLaH..:D

aafifah said...

salam kak ain.

nak tanya, apa kriteria yang kena ada kalau nak menang? ke, just hantar then dia pilih macam tu je?

Farah_Adilah said...

bestnye kalau dapat!!!! tapi ..... ahh terujanye ... kalau dapat laptop tu tak payah pinjam kakak saya..... nak masuk sekarang juga..

F said...

wow!
tersangat sangat lumayan.....
ni yang membuatkan saya nak pegi kedai buku sekarang jugak...

Ema | Memoir said...

Salam bicara kak Ain,

Sudah bulat mate ema lihat photo hadiah besar 2...lumayan sangat!
Yang ema x puas lihat set perpustakaan mini PTS RM10,000!!!
Mimpi Jadi Kenyataan pulak rasenyer kalu mng!
Me Want PTS BOOKS!!(hadiah len ok jugk)

hntrlah borg 2 keping ..ade rezeki meng..alhamdulillah

THNX SO MUCH PTS!SYUKRON!

Me Tomei said...

Salam Kak Ain!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Rahmah nak sangat Nokia 5800 tu....
Tapi, rahmah dah Beli semua buku Kak Ain..
Tapi, resit dia tu dah kena buang k0t...
Tolonglah Kak Ain..
Cam mana ni??????????????????
Balas tau..