30 October 2009

Sesi Fotografi Projek Fesyen & Projek Diet AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat hujung minggu! Harapnya semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam kesihatan yang baik dan ceria-ceria sentiasa.

Kak Ain sendiri sedang menjalani proses penggambaran buku Projek Fesyen AinMaisarah dan Projek Diet AinMaisarah.

Sesi fotografi dibuat pada hari Rabu dan Jumaat. Ada banyak tempat yang dijelajahi. Ada pelbagai aksi yang dirakamkan. Haaa... nak lihat gambar AinMaisarah berfesyen? Nak tengok cara-cara AinMaisarah berdiet kuruskan badan? Mesti dapatkan buku terbaru PROJEK FESYEN AINMAISARAH dan PROJEK DIET AINMAISARAH yang akan keluar bulan Disember 2009!

Kak Ain sebenarnya perlu ucapkan terima kasih kepada editor PTS Millennia iaitu Cik Ashikin Wahid yang sudi mengikut ke hulu ke hilir dengan setia. Jutaan penghargaan juga buat Puan Mazniza Mohd Nor, jurufoto bertugas kerana rela melayan kerenah AinMaisarah yang mahu lihat gambar yang dirakamkan setiap 2 minit sekali.


Kepada Kak Lily Haslina Nasir dan Kak Rose Harissa, sesungguhnya AinMaisarah seronok sangat dapat menjalinkan kerjasama dengan dua penulis terkenal tapi sporting tak terkira!


Harapnya buku konsep baru ini akan dapat diterima pembaca AinMaisarah. Semoga buku ini berjaya! Amin =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

11 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Tak sabarnyaa Balqis!!
Woww woww woww, exited ni ;) Hehehe..
Insyaallah, nanti kalau dah keluar Balqis beli..
Kalau beli dengan Kak Ain pun bolehkan?

IZZ HAZWANI. said...

wahhh
kak ain , nanti jual kat SHOPPINKAINMAISARAH kan ?
HEHE , tak sabar nak tunggu bulan Disember ni laa

Farahani said...

Wahh :D

Cam best je buku tuu !
Nak beli kat KakAin la lagi best!;p
HAHA

Disemberr!
:D
KakAin, wish me luck ek? Peperiksaan Akhir Tahun nak dekat ni.Hari Khamis minggu depann.

Tak sabar nak tunggu!;)

Fatihah N. said...

Tak sabar tunggu buku keluar

snapsnapsnap!

Aqilah Suhaizam said...

hee =)
Tak sabar tak sabar
Mesti best kan bukutu?mesti punya =)

Farah Hanum said...

yea,yea,yea!!nak tengok sgt kak ain bergaya mesti comel kan?hehehe harap2 disember cpat dtg nak beli buku tuh..hehehehe

Ledy Ecah said...

wah..wah...wah...sronoknya....of cos nak bli...lg 1, cah minat nak menulis...cah simpan azam tu dr du lag....idea dh ada...tgh wat skrg novel tuh...berkisar cinta....kak ain terima x????hope sangat kak ain trima....

hanees sabri said...

hi, kak ain boleh tak tolong saya? Kawan Saya nak buat novel tapi tak tau camna nak buat novel tu, boleh tolong tak kak ain?

-hanees-

YaNNa_ ROckEt gUrlz... said...
This comment has been removed by the author.
yana said...

kak ain,sye ade wat novel tapi,sye x tau nak bagi tajuk ape?? =>

Cik YummY said...

saye da buat satu novel bertajuk Haruskah.....