15 October 2009

Rumah Terbuka PTS 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain baru sahaja sampai rumah. Seharian berada di Rumah Terbuka Raya PTS. Haaa.... buat pertama kali juga, Kak Ain merasmikan baju raya yang sebelum ini tergantung dalam almari saja. Inilah baju raya AinMaisarah yang warnanya ungu-ungu gitu. Sudah di hujung-hujung Syawal baru nak digayakan.

(AinMaisarah bergambar dengan aksi cekak pinggang bagi memberi ilusi konon-kononnya tubuh langsing bersaiz S)


Buat pengetahuan, Rumah Terbuka Penerbitan PTS 2009 diadakan di pejabat PTS Batu Caves, bermula pukul 12.00 tengahari hingga pukul 5.00 petang.


Sepanjang berada di Rumah Terbuka PTS, Kak Ain berkesempatan berjumpa dengan ramai penulis, bakal penulis, para pembaca, staf PTS, juga kenalan baru dan lama. Seronok sungguh apabila setahun sekali berjumpa begini. Terasa membara semula semangat nak menulis beribu-ribu perkataan.

Di majlis rumah terbuka ini juga, buat pertama kali Kak Ain berpeluang merakam gambar kenangan bersama bos besar, pemilik, penasihat dan pengerusi kumpulan syarikat-syarikat PTS iaitu Puan Ainon Mohd.



Walaupun begitu tinggi pangkatnya... namun pada Kak Ain, Puan Ainon begitu senang didekati. Hubungan para penulis dengan pemilik PTS ini lebih kepada seorang ibu merangkap mentor yang tak putus-putus memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan semangat dalam dunia penulisan.

Kak Ain doakan semoga Puan Ainon diberi kesihatan tubuh badan, diberi kejayaan berpanjangan dan kebahagiaan dunia akhirat bersama Prof Emeritus Abdullah Hassan.

Semoga Syarikat PTS juga terus berkembang maju dan jutaan terima kasih kerana sudi menerbitkan 10 buku-buku AinMaisarah. Moga-moga usahasama AinMaisarah dan PTS berterusan.

Amin!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Ada banyak gambar ketika majlis yang Kak Ain mahu kongsikan bersama. Sekiranya mahu mengenali wajah penulis-penulis PTS, mesti tunggu entri seterusnya ya! =D

15 comments:

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

salam Kak Ain..

cantiknya baju raya Kak Ain..
ungu-ungu gitu..

BalqisBasri (^^,)v said...

Heheheh.. Lepas ni terbongkar laa misteri wajah wajah penulis PTS..
Hu3..
Kak Ain apsal comel sangat dengan baju purple tu? :D

MIRA said...

Kak Ain!
Smlm saya nak jumpa dgn kak Ain, tapi rmai sgt nk jumpa akk.

Saya nmpk akk dgn suami akk masa tu.
Saya ada jumpa juga Puan Ainon dgn En Arief Hakim.

MIRA said...

Farihah Iskandar pun ada kan?

Misz Purplez said...

Salam Kak Ain....

Cun la Kak Ain pakai baju warna ungu-ungu gitu!!!!

eiyza said...

hai kak ain..sya bruw sje bce bku akak yg brtjuk AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA..sonok..cme nk tnya sambung nya yg mn?

eiyza said...

klaw eiyza xbz...eiyza on9 slalu nk taw pkembang slanjutnya..
keep in touch..(^_^)

hanieliza said...

Salam.. seronoknya dapat join dengan team PTS di Open House PTS..
.sayang sekali kakliza tidak padat hadir kerna tinggal jauh...

hanieliza said...

Salam perkenalan juga dari kakliza..
seronoknya bila Ain tinggalkan jejak dalam blog kakliza yang tidak sapertinya itu..

jika Ain sudi belajar tips memasak..kakliza lagilah sudi amenmberikannya..
kecil tapak tangan...tapak Stadium Bukit Jalil kakliza hulurkan..

patutlah hati kakliza memang teringin..berkobar-kobar ingin join..tapi oleh kerana terlalu short notice so kakliza tak dapat nak hadirkan diri...

semoga dilain ketika kita akan bersua...

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

wah!! Macam kumpulan The Size 'S' je..ahaha=D

dayah doakan semoge kak ain berjaya dengan cita-cita kak ain=)

wasalam,
Dayah

Ikin said...

sALAM KAK AIN...
Kenapa saya belom dapat novel yang saya pesan...
Saya harap novel tersebut akan sampai secepat mungkin!!!!
Saya dah bayar pada hari rabu pagi jam 7.39a.m.
(Tak sabar nak baca novel kak Ain)
Nur Asyikin dari Perlis

Aradolly said...

Ahaha.

Anggun ;)

:::www.tiadaidentiti.blogspot.com:::

Tarbus Merah said...

Saudari Ain Maisarah yang comel orangnya. Tahniah dan teruskan bekerjaya.

Daripada staf PTS Publication

Ain Yasmin said...

cantik bju kak ain...
nanti bleh buat buku
AKU MAHU BAJU KURUNG UNGU...

aliPzzz said...

wei kak mari join web nie best tau

www.myspacemoney.my/alipzzz