29 July 2009

Laporan : Program Jelajah Sekolah AinMaisarah SMK Desa Tun Hussein Onn

~ENTRI INI SUDAH DIKEMASKINI DENGAN ULASAN~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari Sabtu, 25 Julai 2009, Kak Ain menerima jemputan membuka pameran buku di SMK Desa Tun Hussein Onn. Ketika itu SMK Desa Tun Hussein Onn mengadakan Karnival Kokurikulum. Memang meriah dan seronok! Bertuah Kak Ain kerana berpeluang melihat kemeriahan karnival itu.

Ucapan terima kasih Kak Ain tentunya dirakamkan kepada Puan Jumaah yang cantik jelita. Kak Ain suka sungguh dengan baju kurung moden yang digayakan Puan Jumaah. Tapi segan pula nak bertanya di mana Puan Jumaah membelinya ;D


Kak Ain juga ingin mengucapkan terima kasih kepada dua pembaca setia AinMaisarah yang sudi datang membeli buku dan datang lagi kali kedua untuk berbual-bual.

Mereka juga sudi temankan Kak Ain beli makanan. Paling terharu apabila mereka turut menolong Kak Ain menyusun buku di atas meja!

Thank you sooo much to:

IZZATI

FARESYA

Kak Ain juga seronok sangat dapat berjumpa dengan Cik Adik Amni Izzati yang merupakan pengunjung setia Rumah Pink AinMaisarah. Amni bersekolah darjah enam di sekolah yang berbeza tetapi dapat juga berjumpa Kak Ain kerana ibunya guru di SMK Desa Tun Hussein Onn. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye, Amni!


Dua pembaca cilik dalam gambar di bawah ini pula merupakan peminat tegar novel Impiana. Setiap satu scene dalam Impiana boleh diceritakan semula pada Kak Ain. Mereka nak tahu sangat apa akan jadi pada Ina - Tengku Affin - Fazura. Mereka juga nak tahu dalang sebenar di sebalik Syarikat Impiana. Sabar! Sabar! InsyaAllah Impiana III iaitu Impiana terakhir akan menemui pembaca tak lama lagi! =D


Kak Ain juga tentu akan ingat dengan Fatin. Pembaca yang sentiasa tersenyum manis =D


Ini pula pembaca Kak Ain yang sangat unik namanya. AQIDAH. Comel kan?


Di SMK Desa Tun Hussein Onn, Kak Ain berada di sana dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Sepanjang masa, para pelajar tak putus-putus datang ke meja pameran. Selain membeli buku dan meminta tandatangan, ramai yang mengambil gambar sebagai kenangan.


Jadi, seperti biasa Kak Ain akan senyum tak kelip mata sepanjang duduk di meja pameran!


Kak Ain juga ambil peluang promosi sehabis mungkin buku-buku AinMaisarah. Tidak ketinggalan, Kak Ain perkenalkan barisan buku-buku remaja PTS juga.


Baca-baca. Belek-belek. Harap ada buku PTS yang berkenan di hati. Lain kali boleh cari dan dapatkan buku PTS di kedai buku pula ya!
































Kepada semua yang sudi bergambar dan merakamkan kenangan bersama AinMaisarah di SMK Desa Tun Hussein Onn, terima kasih Kak Ain ucapkan. Harap ada rezeki dapatlah Kak Ain jejakkan kaki ke SMK Desa Tun Hussein Onn lagi.

Salam Sayang,
AinMaisarah



6 comments:

Farah Hanum said...

Assalammualaikum kak ain..
Dalam gamba tu kak ain comellaA:p.kak ain slalu pakai jaket jean warna biru gelap tu ker?knapa murid kat situ pakai baju bebas?ader program ker?ermmm buku aku mahu bergaya bila nak kuar yer kak ain..?mesti best.anyway kak ain slamat semasa nak jelajah skola...ngeee.Always smile:)

farah hanum.

Atirah Minion said...

asslmlkm,
aii kak ain...
sya atirah dri smk desa tun hussein onn....
ingt lagi x,
kte mkn sme2 dkat bwah pokok dgn kwn sy izuana...??
hrap2 kak ain dpat lah dtg skula kteorg lgi,
k...
slm sayang dri atirah...
muah...

RaRa aZHYieRa said...

asslmlkm,
ciutnya kak Ain dalam gambar tu!!

Fatin Nabeela :') said...

kak ain...

bley x kak ain dtg kesekolah saya di batu pahat johor..
yg brname sek.keb.tengku mariam..
arap kak ain sudi dtg ke sekolah saye...

Anonymous said...

kak ain,blh x dtg kat sekolah kebangsaan desa tun hussein onn......??????? alah...........dekat jer.. dgn sekolah smk desa tun hussein onn......sebelah2 jer............mcm adik beradik...!!!!!

D'ya Marshmello said...

thanx akak coz melawat skola kami..Kami akan sntiasa myokong PTS One and novel2 terbitan akak..Love u kak Ain