29 July 2009

Laporan 1 : Program Jelajah Sekolah AinMaisarah SMK Telok Panglima Garang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain tidak sihat =( Sudah terasa suam-suam kuku suhu badan. Hidung mula memerah macam badut. Tekak rasa gatal sangat, terasa nak digaru sahaja dengan garfu!

Inilah penangan apabila bekerja terlebih hadnya. Seperti semua tahu, Kak Ain tidak berhenti menjelajah sekolah sepanjang dua minggu ini. Walaubagaimana tak sihat pun badan ini, esok Kak Ain tetap akan meneruskan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah ke SMK Bukit Sentosa, Rawang.

Kak Ain mohon doa para pengunjung Rumah Pink semua. Doakan Kak Ain sihat ya!

Kak Ain nak cuba tidur awal malam ini. Sudah makan Scotts Emulsion, Redoxon Vitamin C, Multivitamin, Spirulina, Panadol Soluble dan tiga biji buah oren. Harap demam ini akan terbantutlah hendaknya!

Oleh kerana itu, Kak Ain masukkan dahulu gambar-gambar di SMK Telok Panglima Garang yang baru selesai programnya petang tadi.

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di SMK Telok Panglima Garang, terima kasih Kak Ain ucapkan kerana memberikan sambutan hangat macam pisang panas sepanjang kehadiran Kak Ain di sana.

Semoga kita ketemu lagi.

Haaa..... manalah pelajar-pelajar SMK Telok Panglima Garang yang janji nak ke Rumah Pink AinMaisarah ini? Sila kenalkan diri di bahagian komen di bawah ya.

Jika mahu mendaftar di Sekolah Sri Bangsar sila klik >>>sini<<<

Jika mahu melihat Bahagian Penulisan Kreatif Pelajar Sri Bangsar, sila klik >>>sini<<<





























Salam Sayang,
AinMaisarah

11 comments:

Puriee Fish said...

Kak Ain datang lah sekolah saya pulak.
SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN !

SheLa^^ZuL said...

Hai Ain...
Semalam nk ambil gambar dgn AIn tp sbb Ain ramai peminat.CikguShela tangguh la hajat,ingat nk bergambar hari ini...
Tp apakan daya,kita merancang..tak dapat nak berjumpa sbb semalam dpt panggilan, ada mesyuarat di sek lain hari ini..Tak mengapa..Manalah tahu,mungkin jumpa Ain nanti di PTS..sbb selepas jumpa AIn,semangat menulis kembali..Terima kasih atas semangat itu!!!
GEmbira dpt kenal dgn Ain... :)

Nurul Izzah said...

pengawas name amirah tu kakak kwn saye. gmbr die yg pertama sekali.
kakak nye Nur Alisa Firdaus. Kak Ain pernah jumpe die mase pesta buku.

miera_nasako said...

Kak Ain..

bile nk datang sekolah menengah kebangsaan bukit rangin,kuatan pulak???

dah x sabar nak jumpa dengan kak Ain lagi ni...

mimie said...

kak ain thanks coz sudi dgt skola kami..........kak ain memang best......hope kak ain sucess ae....kite yg pakai uniform polis dgn fazlyza n syida...

~#-r!@(*-*)~ said...

ya allah....betapa sedihnye hati ini...saya peminat besar kak ain...tp time tu jga saya ada kat hospital..x da jodoh nak bertemu kak ain...sedihnye.....terlepas peluang keemasan ini....saya mahu kak ain!!

adlin sofia said...

kalau kak Ain nak tahu,saya dah ada semua buku yang KAK Ain dan kakak2 tu tunjuk tadi...

adlin sofia said...

kak Ain datanglah ke sekolah saya plak.SK.BANDAR SERI PUTRA,SELANGOR.and kak Ain ada masa datanglah ke rumah saya.E-2-13 APARTMENT SRI MELATI BANDAR SRI PUTRA 43000 KAJANG SELAGOR DAHRUL EHSAN...^-^

suraya ramli said...

banyaknyer gambar!! kalau camtu bosanlah kalau tak datang sekolah sya nak tau blog sekolah saya
taiplah www.skbtho.edu.my
selamat membuka alamat blos sekolah saya yer bye

sipot rawk :D said...

kak ain datanglah sekolah saya pulak...

dekat JOHOR...^_^

SMKPG1...T_T

saya teringin nak jumpa kak ain sebab kak ain salah seorang idola saya :D

sipot rawk :D said...

kak ain datanglah sekolah saya pulak... T_T

SMK Pasir Gudang 1...^_^

dekat Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor...