28 February 2009

Kesibukan AinMaisarah Selain Menulis Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yup! Seperti tajuk entri, hidup Kak Ain ini tidaklah setiap masa sibuk menulis buku sahaja. 

Semenjak dua menjak ini, Kak Ain juga menerima banyak undangan meminta bercakap-cakap tentang dunia penulisan dan pengalaman menulis.

1) Pertama di ASWARA (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan)




Puan Ainon Mohd iaitu Presiden PTS mengajak Kak Ain menghadiri forum dunia penulisan yang disampaikan di hadapan pelajar fakulti penulisan ASWARA.

Puan Ainon memberitahu, Kak Ain akan dibawa bersama atas tujuan bersosial dengan para pelajar. Di sana, bolehlah Kak Ain intai-intai bakat pengarang baru yang boleh menulis buku remaja bersama-sama AinMaisarah.

Tiba di sana, secara mengejut Kak Ain diajak naik ke atas pentas sekali. Okey..... serta-merta telapak tangan jadi pucat. Bibir menggeletar hebat. Mujur ada Puan Ainon di sebelah memberi semangat. Ianya membuatkan Kak Ain tambah yakin diri nak bercakap lagi dan lagi! =D Terima kasih Puan Ainon!

2) Kedua di perjumpaan penulis PTS One

Minggu lepas juga, satu perjumpaan penulis buku-buku remaja PTS One telah diadakan di Rumah Pena. Kak Ain diminta bercakap dan berkongsi pengalaman tentang kareer penulisan. Selain Kak Ain, Kak Kusyi Hirdan juga berkongsi tips menulis.


Ini gambar riang-ria penulis-penulis PTS One. Harapnya di masa akan datang, pertemuan berharga ini dapat dianjurkan lagi. Terima kasih tim PTS One kerana belanja kami penulis semua makan sarapan pagi kuih-muih pelbagai jenis dan makan tengahari nasi putih berlaukkan ayam masak merah. I like! =D

3) Ketiga di Kompleks PKNS Bangi, Pesta Buku 2009

Cerita ini pula masih lagi panas-panas baru keluar dari oven! =D

Seperti yang ditulis dalam hebahan umum, Kak Ain telah dijemput ke Kompleks PKNS Bangi semalam. Kak Ain dimaklumkan, Kak Ain diberi masa satu jam untuk sesi tandatangan. 

Hurmm... sesi tandatangan bermaksud, Kak Ain perlu sediakan:

1) Pen untuk tandatangan buku (pen Hotlink percuma banyak lagi)
2) Muka yang bersolek sempurna (cuba tutup jerawat di muka) 
3) Senyuman yang menawan dan bersinar (Cait! Perasan!)
4) Gula-gula penyegar nafas (apa-apa jenama pun tak mengapa)

Jadi apabila Kak Ain tiba di PKNS pukul 10.45 pagi, Kak Ain sudah rasa cukup bersedia. Tetapi apabila bertemu dengan penganjur Pesta Buku, rupanya Kak Ain diberi masa satu jam bercakap-cakap tentang buku di atas pentas! Aduh!




Sekali lagi Kak Ain menggeletar sekejap. Tetapi apabila melihat ramai pengunjung di PKNS ketika itu, Kak Ain rasa Kak Ain memikul tugas penting. Kak Ain perlu berkongsi sama cerita tentang potensi menjadi seorang penulis. 

Kak Ain mahu ramai lagi di luar sana mendapat pendapatan lumayan dengan menjadi penulis semata-mata. Di Eropah, JK Rowling, Meg Cabot dan Sophie Kinsella antara contoh penulis bergelar jutawan. Mengapa kita di Malaysia tidak boleh menggapai kejayaan yang sama? 

Cik Abang juga turut sama naik ke pentas. Terima kasih Cik Abang (pengurus merangkap suami AinMaisarah yang sangat-sangat-sangat membantu) I don't know what I will do without you. Ceh. Ceh. Ceh. Dua puluh persen!! 

Kepada sesiapa yang berminat mahu mula menulis, silalah ke www.universitipts.com dan www.pts-one.blogspot.com.

Selamat berhujung minggu semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

21 comments:

PiNkY | alisa said...

Wah! Kak Ain sibuk betul sekarang ya!

marjan said...

wah banyak nyer peminat kak ain yer
sayer pun tkt nak naik pentas
lg2 sayer nih ketua pengawas
maner x tkt
ari2 ader jer perkara yg kene buat

♥J-A-S♥ said...

Kak Ain mmg adalah seorang penulis yang berjaya.
Jas pun memang minat dgn buku Meg Cabot.
Princess Diaries dan All American Girl.
Mmg kagum.
Jas hrp Malaysia juga akan melahirkan insan2 yang berjaya dalam bidang menulis.
Insya-Allah

♥ FaRiSaH AdRiAnA ♥ said...

hurmm...Kak Ain mmg sebok ya!!
Harap2 kesebokan Kak Ain tuh boleh membuatkan Kak Ain berjaya yer...
Anyway all da best for Kak Ain...
Hope dpt wat buku yg lebey byk n lebeyh beshh!!!
Chaiyokk!!Chaiyokk!!

Batrisyia said...

Salam Kak Ain...

Kalau la saya pergi Rumah Pink ni lebih awal, boleh saya tgk muka Kak Ain yg comel tu!!!

Dari rumah saya nak pergi PKNS tu, 10 minit je dah sampai!!

Tapi apakan daya, saya tak berkesempatan nak tgk muka Kak Ain, Face-to-Face!!

Salam,
Batrisyia

Annan_97 said...

saya x leh gi sbb ada kelas tambahan.. rugi sesangat...

syudJB said...

Salam~
kalau kak Ain tak sibuk, jenguk lah blog saya.
Tentang kak Ain pi PKNS.
Hehe :)

http://dear-irsya.blogspot.com

star dazzle said...

ckp pasal pesta buku teruja saya nak jumpa kak ain di pwtc

AinMaisarah said...

Salam Alisa,

Kak Ain memang sibuk & demam serentak. Tapi mesti kuatkan diri juga. Huhuhu... Doakan Kak Ain ya!

Salam Marjan,
Wah... Marjan ketua pengawas ya! Bagus tu! Harapnya dapat jalankan tugas dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! =D

Salam JAS,
Terima kasih kerana menyokong penulis buatan Malaysia seperti Kak Ain =D Harapnya buku-buku tulisan Kak Ain dapat menghiburkan JAS sepertimana Meg Cabot. Ada komen sila beritahu ya!

Salam Farisah,
Terima kasih atas sokongan Farisah. InsyaAllah tahun ini Kak Ain berazam nak keluar 6 buah buku lagi. Doakan ya! =D

Salam Batrisyia,
InsyaAllah pada masa akan datang, Kak Ain akan terus menghadiri sesi bertemu pembaca di tempat-tempat lain pula. Kak Ain pasti... satu hari yang indah.. kita akan berjumpa juga! =D

Salam Annan,
Kelas tambahan lebih penting daripada jumpa Kak Ain. Kita dating-dating lain kali ya! Utamakan pelajaran, jangan lupa! =D

Salam Syud,
Kak Ain sudah bertandang ke blog Syud. Alaaa... terima kasih banyak-banyak kerana menyiarkan gambar-gambar tembam Kak Ain di dalam blog Syud. Heheh. Harapnya kita jumpa lagi di lain kali ya!

Salam Star Dazzle,
Okey! Kita jumpa di PWTC. Kak Ain akan beritahu tarikh dan masa Kak Ain di PWTC. Bila jumpa Kak Ain nanti... Star Dazzle perkenalkan diri ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

f@ original said...

wow
sbuknyer kak ain
der mser tulis buku?

Hani$aH said...

sibuk BETUL KAK AIN SEKARANG...

equals D said...

hoho. sy ada kat situ. haa, kak ain. ni zana. kakak baby. igt ?

kilakiwi said...

Mesti best ade kat sane kan..
Syok nyer macm nak p jer..
k.ain wat ler rombongan p sana..
Ajk ahli2 yang len kan best..
ramai2 p sana..wat lawatnn..
apa pndangan k.Ain??

kilakiwi said...

Best nya p sana..
Kak Ain cuba lar wat lawatan p sana.
mcm syok ja..

kilakiwi said...

Kak ain memang maitain pandai n lawa

kilakiwi said...

Kak ain memang maitain pandai n lawa

kilakiwi said...

Kak ain memang maitain pandai n lawa

Kak Lita said...

Assalamualaikum..wbr
Apa khabar Ain? Kak Lita adalah peminat setia novel cute ain..walaupun kak lita dah senior tapi tak ketinggalan untuk memiliki novel2 ain mcm adik2 yg lain..enjoy tau baca novel ain..memang menghiburkan!!walaupun kak lita baru je kenal novel ain pada bln Nov 2008 tapi dah berjaya memiliki 6 buah novel ain tau..novel yg first kak lita mula2 baca ialah Aku mahu Saiz S..huh memang kena la dgn kak lita..Thanks Ain krn mencerikan hari2 kak lita...laa tak tau lak ain ada kt pkns bangi hari tu..rugiya tak p sana..kak lita memang dok area bangi..rugi2

marjan said...

terima kasih yer kak ain
arap wish kak ain dimakbulkan
amin

hiDayah said...

hi everyone..
who wanna be my friend?
i'm really bored!
teehee

aBcDe said...

ehh, ade alyn teselit kat ctu. yey best!