25 February 2009

Bertemu Pemenang Duta Aku Mahu: Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain baru sahaja sampai rumah pukul 9.30 malam tadi. Alhamdulillah, perjalanan lancar walaupun diiringi hujan lebat.

Kak Ain sebenarnya seronok sangat tetapi badan pun penat sangat. Lagilah pula, demam Kak Ain masih tak baik-baik.

Sepetang Kak Ain seronok sangat-sangat-sangat kerana dapat berjumpa dengan para pemenang utama Peraduan Duta Aku Mahu. 


Perjumpaan diadakan di perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah dalam suasana yang sangat meriah! 


Kak Ain perlu tandatangan 19 buah buku. Seorang pemenang telah berpindah ke Terengganu dan buku untuknya akan Kak Ain diposkan.



Selesai sesi di perpustakaan, kami menuju ke kantin sekolah pula. Untuk apa? Haaaa.... tunggu gambar-gambar seterusnya di dalam entri selepas ini ya!


Salam Penat + Demam,
AinMaisarah
p/s: Terima kasih kepada Cik Adik Aina Yasmin kerana sudah menghantar kesemua gambar melalui e-mel. Tangkas sungguh jari-jemarimu! =D 

8 comments:

M E Z said...

moga demam kak ain cepat sembuh

salam,
MeZ

marjan daud said...

syoknyer saper yg skolah kat situ dpt jumper kak ain....
dkt skolah situ baru 19 buku kak ain kene tander tangan
tp kalo kat skolah marjan beratus2
buku kak ain kene tander tangan
dajah 6 jer pun dh 135 org murid...

slm,
marjan

dAyah said...

oh tidak.....my favourite cake! nak sikit...hehe

Nur Diana Syahira.. said...
This comment has been removed by the author.
star dazzle said...

kak ain bestnya klu saya jadi pemenang tu.tapi saya dah pujuk habis habisan nak jumpa kak ain di pesta buku di PWTC.tak sabar

Aina Yasmin said...
This comment has been removed by the author.
Aina Yasmin said...

:P

Saya akan masukkan gambar2 itu kat

http://ainayasminzulhaime.blogspot.com

HR by HaziqRidzuan said...

tkc??? bertuah budak2 tkc, masalahnye bdak2 STAR Ipoh tak baca sngt buku2 kak ain.. saya je baca..hahaha