05 December 2008

PEMENANG PERADUAN DUTA AKU MAHU

Salam semua,

Hari ini Kak Ain berasa begitu teruja untuk pengumumkan pemenang bagi Peraduan Duta Aku Mahu yang telah berlangsung selama dua bulan.

Pagi ini Kak Ain menerima undian terakhir daripada Tuan Fauzul, General Manager PTS. Maka dengan senang hati Kak Ain dapat mengumumkan pemenang pada pagi ini.

Berikut adalah pemenang bagi peraduan DUTA AKU MAHU. Kak Ain mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang. Kak Ain akan menelefon para Duta bagi menetapkan tarikh untuk memberi hadiah.

PEMENANGNYA ADALAH :


PEMENANG UTAMA : DUTA AINA YASMIN
Kesemua yang berada di dalam gambar akan menerima sebuah setbox : AKU MAHU KE NEW YORK setiap seorang, bernilai RM33. Setiap setbox mengandungi :

Novel AKU MAHU KE NEW YORK 1.
Novel AKU MAHU KE NEW YORK 2.
Biodata AinMaisarah.
Kalendar Aku Mahu.
Door Sign Aku Mahu.
Novelcomel, BUAYA DARAT NEW YORK.


PEMENANG KEDUA [1] : DUTA PEYA-PEYA [IRA HAZIRA]
Kesemua yang berada di dalam gambar akan menerima sebuah Novel : AKU MAHU KE NEW YORK 1 setiap seorang, yang bernilai RM16.


PEMENANG KEDUA [2] : DUTA CIK PAH [ SYARIFAH AIMI NADHRAH ]
Kesemua yang berada di dalam gambar akan menerima sebuah Novel : AKU MAHU KE NEW YORK 1 setiap seorang, yang bernilai RM16.


PEMENANG KETIGA : DUTA LIYANA NADHIRAH
Kesemua yang berada di dalam gambar akan menerima sebuah Novel Comel : BUAYA DARAT NEW YORK setiap seorang, yang bernilai RM5.

Kak Ain mengucapkan tahniah kepada keempat-empat pemenang ini. Pemenang tempat kedua berkongsi markah. Jadi Kak Ain berikan hadiah yang sama pada kedua-dua pemenang di tempat kedua.

Kak Ain juga ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada peserta-peserta lain yang bersusah payah menyertai peraduan ini. Kak Ain akan menghantar satu surat dan mencetak satu sijil penghargaan daripada Kak Ain kepada semua Duta yang telah menghantar gambar.

Itu sahaja buat kali ini. Semoga anda bergembira di hari cuti ini. Jangan lupa ke SHOP PINK AINMAISARAH untuk membeli setbox AKU MAHU KE NEW YORK.

Salam TAHNIAH dari
AinMaisarah

29 comments:

Aimi Nadhrah. said...

akhirnya.. ada keputusan. penat saya keluar masuk page kak ain.
hehehe.
alhamdulillah sy dpt tmpt kedua.
sama sekolah, sama gak kedudukan dia eh?
hahaha. anyway, thanks kak ain!
seronok sangat!

Batrisyia said...

best gak yeh dpt komen awl2 nih...hehehehe....
saye ucapkan tahniah kpd pemenang2 Duta Aku Mahu..
Mesti best dpt hadiah2 tu!!
>saye x masuk pun peraduan tu!!<

Salam Kak Ain....

Anonymous said...

salam kak ain...

saya nak ucapkan tahniah pada yg menang peraduan duta aku mahu...

lama saya tunggu keputusan nya..
akhirnya, dpt juga saya tahu pemenangnya...

anyway.. congratulation kepada yg menang.

kyna

ALyA CHaN ~ said...

Alya dah agak ..
Mesti CikPak kiter ni menang =)

Tahniah untuk SEMUA pemenang serta SEMUA yang telah menyertai peraduan ini .

Salam,
Alya .

ALyA CHaN ~ said...

CikPak pula ..
* CikPah ..
Hehehee ~

Chiya so what? said...

hahahha..
tahniah kepada pemenang utama.
tapi betul cakap Aimi.
sama sekolah sama-sama dapat nombor 2. cuma bezanya bdk form3 Versus bdk form 5.
hahahha.kelakar2.:P
again congratulation.
;DD

cancer girL said...

Salam Kak Ain....
tahniah kpd smua pemenang2 ~DUTA AKU MAHU~
beshnye dowang dpt hadiah..

fatimah said...

assalamualaikum...

waaa!!!!!sedeynya x menang..=((((
tp xpela....bukan rezeki saya dengan kawan-kawan...
anyway,TAHNIAH!!!!!!!!kepada semua pemenang...

AinMaisarah said...

Haa... mana dia pemenang-pemenang tu semua?

Kak Ain ucapkan tahniah.

Yang tak menang, InshaAllah lain kali cuba lagi. Rumah Pink AinMaisarah sentiasa ada aktiviti untuk menang macam-macam.

Kak Ain terima berita tak gembira tadi. Buku Aku Mahu ke New York tak dapat siap hari ini, masih lagi di kilang. Mereka janjikan pada hari Selasa minggu hadapan.


Adusss! kecewa Kak Ain.

Wasalam
AinMaisarah

SHARAH AYU said...

MAKSUDNYA SEMALAM SHARAH ORDER MINGGU DEPAN BARU DAPAT?TAK PELAH SHARAH AKAN SETIA TUNGGU KAK AIN SELAMANYA.

SHARAH AYU said...

ANYWAY TAHNIAH KEPADA PEMENANG DUTA.

Sara said...

Hee ~ sara dah agak dah CikPah tu akan menang. Kan Alya kan? hehehe..

Selasa minggu depan? ala.. sedihlah macamni. Erkk.. Kak Ain, sara masukkan duit bila buku dah keluar tau. maksud sara mak sara :D

Halimatus Saadiah said...

Tahniah ye kepada sume pemenang tu!!
Hah??Ari Selasa ni pulak??Emm..takpelah..sebab mungkin ima nk bank-in duit tu ari ni atau esok..emm..akak..bila bank-in duit tu..hantar maklumat resit tu je kan kepada manager akak???Gitu???

Nurul Aqilah Binti Suhaizam said...

~Tahniah Semue Pemenang!~

Anonymous said...

tahniah la kpd sume pemenang

irah zafirah said...

Tahniah kepada semua pemenang

✖Mizz Yasmin✖ said...

Alhamdulillah menang!
Tak sangka tapi dah memang ketentuan Allah!

Yes!Menang tempat utama.. Tak menyesal masuk..

Tahniah kpd pemenang yg lain...

TQ kpd pihak penganjur..

Love,
Aina Yasmin bt. Z**h***e

SYAHIRAH@CUTE said...

TAHNIAH TO SUME YG MENANG!!!YG KALAH,JGN PUTUS ASA...NANTI2 KALO ADA PERADUAN LAGI,BLEH SERTAI...YG PENTING,KORG DAH CUBA.

OH YE,KAK AIN.SAYA NAK KOMEN PSL MESSAGE BOARD AIN MAISARAH.
ERR...
PSL ORG GADUH2,KUTUK2 ORG NI.JUGA PSL ORG KUTUK KAK AIN.
SAYA RAS,AK AIN X PAYAH LAYAN SUME KATA2 KESAT YG DILEMPARKAN ORG2 YG X DIKENALI.BUAT HAL SENDIRI JE.

OH YE,SAYA NAK PUJI KAK AIN COZ UGUTAN KAK AIN UTK TUTUP MESSAGE BOARD AIN MAISARAH TU BERJAYA MEMBUATKAN MESSAGE BOARD AIN MAISARAHX LAGI DI KOTORI KATA2 KOTOR,SINDIRAN2 YG MENYAKITKAN MATA YG MEMANDANG...

ANYWAY,I ALWAYS SUPPORT YOU.TABIK SPRING KEPADA AIN MAISARAH !!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!TABIK SALUTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HuSnA-96@NaNA said...

salam..
eh!Pemenang saguhati tiada ya kak ain?

ann said...

Tahniah kepada adik-adik yang menang. Yang tak menang, cuba lagi dalam kuiz dan peraduan yang akan datang.

Mesti Ain pening nak pilih yang mana satu kan? Sebab semua dah cuba buat yang terbaik. Syabas!

farah hanum said...

Salam kak ain...
Tahniah kepada kempat-keempat pemenang tu...mesti bestkan kepada sesiapa yang dapat hadiah tu,erm...takpalah asalkan dapat sijil pun cukup menggembirakan hati saya...

wassallam
farah hanum

~comei~ said...

salam ain,
erm.. kalo dapat tambah satu lagi result pun ok kot sbb byk peneyrtaan gambar yg cantik2 :-D

hehe.. cadangan jer..

nurul hidayah roslan said...

Tahniah dayah ucapkan kepada sume!!!hehheh..gamba2 korg memmng kretiv inovativ!!hihih

Zuskaidi said...

assalamualaikum kak ain..
sye rasa mmg betul pilihan kak Ain nie..
hehe!!

Anonymous said...

salam kak ain...

terus terang sy sedey gk sbb xmng
tp nk wt cm ner
xder rezeki
tp peraduan cm ni mmg best !
klu ade lg sy akan try d best
lastly sy nk ucapkan tahniah kpd pemenang !

Anonymous said...

salam kak ain...

sy nk tanye klau akk xkisah laa
sijil 2 nnt utk duta je ke?
print laa skali utk yg turut serta bersama duta menyertai peraduan ni ya
mereka bersusah payah menyertai peraduan ni
harap akk phm ..

~jun~

chocolate cadbury said...

Assalamualaikum w.r.b.t...

sy nk tanya, klu nk hantar karya sendiri di PTS mcm mn?

aishiteru love said...

tahniah kat korang sebab korang dah menang

SUPERCALIFRAGILISTICEXPIALIDOCIOUS said...

akak ain thanks for coming tu my school(sk puteri seremban)dan ceramah itu sangat best.