01 August 2008

AinMaisarah di Pulau Pinang: Kisah Nasi Kandar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Seperti dijanjikan, Kak Ain berkongsi lagi gambar-gambar yang sempat dirakam ketika Kak Ain di Pulau Pinang. Salah satu pengalaman paling 'sedap' (bukan pengalaman manis atau pahit ya!) tentunya ketika menikmati nasi kandar Pulau Pinang.


Menurut nasihat kawan-kawan yang sudah biasa dengan Pulau Pinang, ramai yang memberitahu bahawa ada tiga tempat menjual nasi kandar yang mesti dicuba di sekitar pulau mutiara.

1) Kayu Nasi Kandar
(ini di KL pun ada.. jadi Kak Ain tak teringin sangat nak mencuba)

2) Nasi Kandar Line Clear
(Ianya memang popular. Menteri-menteri pun sanggup turun makan di gerai yang hanya terletak di lorong sebuah jalan! Tak ada kedai khas. Nasi Kandar Line Clear juga telah menerima ulasan banyak rancangan TV yang berkonsepkan pelancongan)

3) Nasi Kandar Kapitan

(Lokasinya sangat dekat dengan hotel tempat kami menginap. Jalan kaki tak sampai lima minit! Ia juga menerima pujian ramai kerana lokasinya lebih berkonsep tempat lepak ala-ala bistro)

Itulah serba sedikit info yang Kak Ain dapat tentang tiga kedai mamak paling popular di Pulau Pinang. Oleh kerana kekangan masa dan kepenuhan agenda aktiviti Cik Abang bersama teman-temannya, Kak Ain sempat merasa salah satu nasi kandar di atas sahaja. Inilah kedai nasi kandar yang telah dikunjungi.


Ianya berlokasi berhampiran Pantai Gurney. Jadi Kak Ain memilih duduk di kawasan luar. Dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa, memang selesa!


Kak Ain memesan menu istimewa iaitu Beryani Kambing Claypot berharga RM7. Pada Kak Ain harganya sangat berpatutan. Buat pembasah tekak pula, tentunya Teh Tarik Gelas Besar jadi pilihan.


Kak Ain memang puas hati dengan makanan, layanan dan persekitaran Restoren Nasi Kandar Kapitan ini. Kalau disuruh buat penilaian, Kak Ain beri empat setengah bintang kepada Encik-Encik mamak kapitan! =D

Sekian dahulu laporan Jalan-jalan Cari Makan AinMaisarah. Tunggu entri seterusnya tentang kisah Kak Ain di Pulau Pinang!

Salam Sayang,
AinMaisarah

12 comments:

Anonymous said...

byk nya makan kk AinMaisarah!!
nnt gemuk sapa yg susah??Cik Abang juga laa yg susah..cheh gurau laaa kk AinMaisarah..bab kata-mengata org neyh fara no. 1..hihihi.
.jgn marah ya
wassalam wbt,
Fara The Macho

Anonymous said...

kak ain..mase saya di penang dulu..saya pernah merasa makan nasi kandar Line Clar..sempatlah posing2 kat situ..nasi kandar dia mmg best!kite bgi lima bintang!

farah

najwaamira said...

Salam,

Samalah kita!Saya pun selalu pergi Line Clear tu.Memang sedap..AHhaha

lyana dhyrah said...

nasi kandar memng sedap dan berpatutan!! betul x kak ain..
ada 1 kdai nasi kandar berhampiran pasar char0sta ( eja dya cm ner tah) kat stu da nasi kandar p0n sdap jgak!! sya kdang2 je makan sbb sya d0k kat sbelah seberang perai jdi kekadang je lah gi penang..
slam..
liyana nadhirah

lola&thegeng said...

mahal nya harga dia tak patut betu lah bag saya.nak tanya soalan bagi aku mahu teman tapi mesra tu tiap2 bulan kata laluan tu tukar ke?

farah_hanum said...

salam kak ain....
nasi kandar tuu gerai mamak ke???tak tau laaa pulak...:-(best betul kak ain makan kat tempat sepoi2 bahasa tu yek...heehe makanan pun sedap-sedap...

wassallamm....
farah hanum.

ALyA WoNdErS said...

Ha, kak ain,
kak ain belum merasa lg penangan nasi kandar kt sungai petani, boleh dikatakan berbagai nama ada .. huhu .. yang alya ingat ada :.

Nasi Kandar..
Nasmir. Pelita, Yasmeen, Makbul, Kayu (hehe..) Nasi Kandar aper lagi ek.. Ada banyak rasanya.. hehe ...

Alya baru balik dari penang, tapi tak pergi lah kedai nasi kandar tuw, makan kat kedai mamak jer.. huahuahua.. dekat tepi jalan tuw, tapi sedap~

salam from,
seasonywonders.blogspot.com

AinMaisarah said...

Salam Fara The Macho,
Jangan tak tahu, Kak Ain memang kuat makan! I am such a food lover ~ bak kata orang putihnya! Heheh. Kak Ain takut juga kalau gemuk, tapi pada masa yang sama... Kak Ain tak mahu lepaskan peluang menikmati nasi kandar Pulau Pinang!

Dear Farah,
Eh? Fara The Macho dengan Farah ni orang yang sama atau berbeza? Kak Ain nak sangat pergi Nasi Kandar Line Clear. Tapi masa tak mengizinkan. Mungkin lain kali Kak Ain akan sempat ke situ.

Dear Mira,
Isk? Betul sedap sangat? Alah! Menyesalnya Kak Ain tak pergi!

Dear Liyana Nadhirah,
Memang nasi kandar mamak harganya berpatutan. Tapi tengok kedai juga. Mamak di KLCC jual beryani kambing sammapi RM12 sepinggan!

Dear Lola,
Kalau diikutkan, pada Kak Ain harga nasi beryani kambing yang Kak Ain pesan memang berpatutan iaitu RM7 sahaja. Kalau di KL, bila ambil beryani kambing.. mesti mencecah belasan ringgit. Apapun, masakan ibu tentunya paling sedap tak terlawan!
p/s: Buat pengetahuan Lola, kata laluan dan soalan peraduan Bantal Pink KEKAL dan tidak ditukar dalam tempoh enam bulan peraduan.

Dear Farah Hanum,
Maksud nasi kandar tu adalah nasi yang bercampur-campur lauknya. Biasanya di kedai mamak. Kak Ain memang seronok makan sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Sampai tudung Kak Ain pun senget-benget jadinya! =D

Dear Alya,
Nanti kalau Kak Ain ke Sungai Petani, bolehlah Alya jadi pemandu pelancong ye =D boleh rasa penangan nasi kandar di Sungai Petani pula.

Salam Lapar,
AinMaisarah

Anonymous said...

kak ain..fara the macho dengan farah nni lain la..

fara

Anonymous said...

anonymous!!kenapa awk guna nama saya!!??kalo korang baca cmnt saya..mesti nama saya,saya letak Fara The Macho..kalo x,mmg itu bukan saya..n satu lagi..kalo itu saya..saya akan memanggil kkAinMaisarah bukan kak Ain..HARAP MAKLUM

Fara The Macho 4 Ever!!

irahazira said...

Salam Kak Ain,

Nasi Kandar Line Clear di Penang memang sedaaaap sangat!
hehe saya tak pernah merasa pulakk cuma ayah saya tu lah tiap kali kitorang jalan dekat area tu, mesti dia nak promote Nasi Kandar Line Clear tu. Lorong dia memang sempit Kak Ain. Bak kata orang Utara : "Celuih untuk soghang lalu jaa!!"
Ayah saya kerja di Penang, jadi boleh dikatakan setiap restoran nasi kandar di Penang, ayah saya pernah pergi makan. Mana taknya, duduk sana seorang, tak ada siapa masak. Hari-hari makan di luar..
Pernah ayah saya bawa kami tengok tempat tu, saya tengok sendiri punyalah paaaaanjaaaaaang orang beratur. Rasa macam melebih-lebih pula cuma untuk dapatkan hidangan nasi kandar tersebut.
Malangnya, saya tak pernah berkesempatan untuk makan di situ sebab mak saya memang anti-NasiKandar/Restoran Mamak. Tak taulah sebab apa. Saya pulak ikut ayah saya, apapun makan :D

NaS Penang Mai said...

tgk citer2 nasi kandar ni, lapar lak ni. nice to know ada satu lagi yg bes belum try lagi, esok kena pi check out kapitan's international.