11 July 2008

Program Penulisan Cerpen Raya PTS One Sdn. Bhd

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Kak Ain minta maaf kerana sudah lama Kak Ain tak masukkan entri baru. Sebenarnya komputer riba Kak Ain diformat dan dimasukkan beberapa program baru. Apabila tak ada komputer riba ni, macam patah kaki rasanya. Nak buat itu tak boleh. Nak buat ini tak jadi.

Hari ini Kak Ain sudah menerima komputer riba kembali. Oh! Bahagianya terasa! =D Cik Abang sedang edit gambar-gambarnya. Nanti Kak Ain akan masukkan gambar secepat mungkin. Sabar ya!

Sementara tak ada gambar nak bercerita, Kak Ain nak ingatkan semua tentang program penulisan cerpen raya anjuran PTS One Sdn. Bhd.

Sebelum ini Kak Ain banyak menerima e-mel, tentang keinginan ramai di luar sana yang nak jadi penulis. Ada yang bertanya Kak Ain tentang langkah-langkah nak jadi menulis. Ada juga yang minta Kak Ain mengulas karya-karya yang disertakan bersama.

Terus-terang Kak Ain beritahu, Kak Ain tak cukup masa nak mengulas satu per satu karya-karya. Kak Ain minta maaf sekiranya tidak memenuhi permintaan tersebut. Ini kerana Kak Ain sendiri tak cukup masa nak menyiapkan manuskrip dan penulisan buku-buku AinMaisarah yang banyak dalam perancangan.

Jadi Kak Ain syorkan kepada semua yang bertanya, Bagaimana nak mulakan langkah menjadi seorang penulis? .... Jangan lepaskan peluang yang dibuka oleh pihak penerbitan PTS One ini. Buat julung kalinya, PTS One membuka peluang para pembaca menjadi penulis. Mana tahu, ada bakat terpendam yang tersimpan selama ini.

Kak Ain ingin war-warkan sekali lagi, pihak PTS One sedang mencari karya cerpen raya yang akan dimuatkan dalam buku Remaja@PTSOne Bumper Raya 2008.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghantar e-mel kepada editor PTS One iaitu Kak Ann di nurismaliza@pts.com.my atau dapatkan maklumat lanjut di www.pts-one.blogspot.com

Pencarian cerpen ini juga dilanjutkan tarikhnya kepada 14 Julai 2008. Jadi kepada sesiapa yang belum sempat menulis, cepat-cepat rangka cerita dan tulis 8 mukasurat cerpen raya!

Kak Ain sendiri sudah menghantar cerpen raya kali ini. Cerpen tentang kekalutan Ina dan abangnya Amir (karektor dalam novel Aku Mahu Popular) di malam raya. Nak tahu kisahnya? Mesti dapatkan buku Remaja@PTSOne Bumper Raya 2008! Jangan ketinggalan!

Salam Sayang,
AinMaisarah

11 comments:

MiszQiqin said...

K.AIN!!

akhirnya ada jugak cerita baru utk saya baca... hhihi...saya tak sabar nak baca cite Ina dan Amir..cite Farah tak ada??

bila remaja@ptsone nak keluar?

salam sayang k.ain juga ;p
MiszQiqin

cutegirl_balqis said...

Okkei Kak Ain..
Nanti Balqis tulees cerita tu..
Sebenarnye Balqis dah tulis cume belum sempat sambung je...

Kak Ain...
Bila buku AKU MAHU BERGAYA nak keluar ???

Balqis tak sabar nak baca...

najwaamira said...

Salam kak Ain,

Saya pun dah hantar cerpen raya miggu lepas.Minta2 diterbitkan...Amin!

aLya tHe LiPaS said...

hehe..
mesti berjuta org hantar crpn kan?
bertuahnya kalau alya terpilih ..
amin .......
ermm bila buku aku mahu bergaya
akn terbit?
and then pemenang akn diumumkan
bila ek? kaa dia cam..
tak bgtau pemng sapa then terus
terbit buku tu ?

hrp2 sngt k ain jwb soalan alya
salam,
alyathelipas
seasonywonders.blogspot.com

ann said...

Salam.

Buku remaja@ptsone akan terbit dalam bulan Ogos.

Kepada ahli Kelab Teman Tapi Mesra yang sudah menghantar e-mel diucapkan tahniah kerana berani menyahut cabaran.

Kak Ann PTS One

aLya tHe LiPaS said...

ermmm kalau tak ahli tak pa kew?
hehe acah je...

Anonymous said...

Salam kak Ain,

Saya nak hantar tapi saya tak ade idea.Saya orang bagi tajuk baru saya boleh berkarya.Lagipun saya tumpukan perhatian untuk UPSR. Trial dah nak dekat.Wish me luck.

zafirah

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Dayah akn cube buat cerpen yang terbaik!!!!doakan dayah yek!:)

Kak ain pasal keropok tu nantidayah hantar yek!!!kak ain tunggu!!!:)

wasalam ,
dayah

farah_hanum said...

salam kak ain.....
saye mesti beli buku bumper raya....mesti bestkan karya kak ain dan kawan kita???Errmmmm...kak ain nak tanya buku yang dipesan bila nak sapai saye tak sabar ni....(sorry lah kak ain saye tak dapat lagi buku aku mahu popular,tulah saya tanya)...

salam rindu..dan menunggu buku....
farah_hanum....

ALyA WoNdErS said...

salam utk k ain dan k ann ..
ermm boleh alya tanya?
CONTOH nya kita hantar 4 cerpen (CoNtoh)
dan keempat empat tu terpilih dan kita mng 200 la ek ? sorrylah kalau terisinggung ..

salam,
alyathewonders
seasonnywonders.blogspot.com

Riha said...

Kak Ain!!! Riha punya turn Suatu Hari Nanti Ahad 20 Julai nanti, 7;30 malam di tv9........ jangan lupe tengok ya!