13 July 2008

AinMaisarah & Rawatan Kaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink.

Salam hujung minggu. Apa yang sudah dirancang waktu cuti-cuti begini? Kak Ain buat pertama kali mencuba perkhidmatan kaki di Dr. Soho, Mid Valley.

Rawatan kaki di sini mengenakan caj kadar bayaran RM35-RM55. Memang berpatutan nak dibandingkan dengan spa kaki di hotel-hotel yang mencecah ratusan ringgit.


Prosedur rawatan bermula apabila kaki disapu dengan losyen sejuk dan diurut-urut lembut(ketika ini Kak Ain terasa amat tenang) Kemudian dua kaki dibalut dengan plastik dan juga tuala berwarna biru. Selama lima minit kaki Kak Ain dibiarkan begitu.


Setelah tempoh lima minit berlalu, datang dua pekerja duduk mendekati kaki Kak Ain dengan peralatan masing-masing. Sebelah kanan memegang gunting. Sebelah kiri memegang papan penggosok. Waktu itu Kak Ain mula berdebar.


Apabila sahaja mereka berdua memulakan tugasan, Kak Ain sudah mula terasa kesakitan dan kegelian serentak. Selama setengah jam kaki Kak Ain telah digerudi oleh dua pekerja sekaligus. Kak Ain gunapakai lengan Cik Abang bagi menahan rasa. Habis kena cengkam bagi nak mengelak Kak Ain melompat dari kerusi. Memang tak tahan geli!

Akhirnya proses rawatan tamat juga. Barulah Kak Ain dapat bernafas semula. Tapak kaki Kak Ain juga sudah licin dan lembut kembali. Semua kulit-kulit mati sudah dibuang. Dua pekerja itu juga sempat berpesan supaya sentiasa menyapu losyen setiap malam sebelum tidur. Nak lebih bagus, pakai selipar di rumah bagi mengelak tapak kaki terkena simen atau lantai yang kasar permukaannya.

Dua pekerja itu juga berpesan, jangan banyak-banyak jalan. Apabila berjalan, berat badan diampung sepenuhnya pada kaki. Itu sebabnya bahagian-bahagian tapak kaki jadi keras dan tak cantik lagi. Waktu itu Kak Ain termenung sendiri. Kalau tak berjalan, macam mana nak bergerak???

Boleh para pengunjung semua bayangkan, AinMaisarah terapung di udara? Hmmm....

Wassalam,
AinMaisarah

23 comments:

miss e-zatie said...

bestnyer

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Mesti sakit kan???tahan yer!!!:):)

mama dayah pon penah kene..die kate sakit..giler..tp kene tahan jela...




wasalam,
~dayah~

alyathewonders said...

hahaha...
ermm..
k ain prnh mengurut kt hat yai, thai tak?
harga dia murah ooooo...
1 jam 25 rinnggiitt..
parents alya slalu ngurut kt situ.
hehe..

alyathewonders said...

hahaha...
ermm..
k ain prnh mengurut kt hat yai, thai tak?
harga dia murah ooooo...
1 jam 25 rinnggiitt..
parents alya slalu ngurut kt situ.
hehe..

nurul hidayah roslan said...

p/s:kak ain nanti keropok tu ,dayah hanatr yek!!:):)hari isnin...tunggu!

Sara Imanina said...

Salam Kak Ain,

Wah, bestnya kak ain.

Sara tak boleh nak bayangkan macamana Kak ain terapung di udara. Kalau tak banyak berjalan, kempunanlah kak ain nak pergi bershopping kan? heheh..

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Kak ain chek emel tau!!:):)

cutegirl_balqis said...
This comment has been removed by the author.
AinMaisarah said...

Dear Miss e-zatie,
Best? Hai! Sakit sebenarnya. Kak Ain pun tak sangka sakit sampai begitu sekali kerana ini kali pertama Kak Ain mencuba rawatan kaki. Lepas ini taubat tak mahu pergi lagi! Heheh.

Dear Dayah,
Memang sakit! Kak Ain sikit lagi nak menitik air mata bila kaki digosok tanpa belas kasihan. Tentang keropok tu, Dayah poskan bila-bila masa yang terluang ye. Jangan tergesa-gesa. Kak Ain sedia menanti di sini. Heheh.

Dear Alya,
Kak Ain tak pernah berurut di Thailand. Tetapi di Indonesia dulu pernah nak cuba spa mereka. Memang murah separuh harga berbanding Malaysia. Tetapi Kak Ain tak berkesempatan kerana tak cukup masa.

Dear Sara,
Kalau Kak Ain ada kuasa boleh terapung, memang Kak Ain pilih nak terapung. Kaki tak melecet sakit apabila bershopping berjam-jam lamanya! =D

Dear Balqis,
Kak Ain cadangkan Balqis jaga kaki dari zaman remaja lagi. Tak semestinya kaki mesti lembut macam bayi..kaki juga mesti bebas dari sebarang penyakit kulit supaya kita selesa berjalan ke sana sini. Ambil losyen dan sapu setiap malam sebelum tidur. Kata orang, mencegah itu lebih baik dari merawat! Betul tak? =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

Halimatus Saadiah said...

Kak ain,knape tak balas emel saye?Nanti kak ain balas ek...ima tunggu..

emel : ima_sakura12@yahoo.com

najwaamira said...

Salam,

Kak Ain pun ada buat rawatan kaki?Mama saya pun begitu.Suka sangat buat.Kak Ain pernah ke Pavillion rendam kaki dalam air dlm tu ada ikan?

Best..Geli sangat masa tu!..Hehe..

najwaamira said...

Saya x boleh nak bayangkan kalau Kak Ain terapung..Pelik jadinya ya x?

Kak Ain pergi Indonesia pergi negeri mana?Saya pernah pergi Bandung+Jakarta.Saya paling suka Bandung sbb dpt urut kaki yg murah+geli..Harganya RM15 harga Malaysia.

Kedainya di sebelah Rumah Mode.Shopping sakan masa tu..Heheh..

najwaamira said...

Yg kat Bandung tu,sampai daya tidur.Saya bkn tidur,tapi tutup muka dgn bantal sbb x thn geli.

Siap diberi minuman lagi.Lepas tu,lembut tumit kaki saya.

Yang ikan di Pavillion pun sama.Namanya Fish Spa.Fuh!Geli masa tu.Ikn tu gigit2.Tapi x sakit.Geli jer.

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Hehe , cian Kak Ain.
Kalau Hanis , Hanis dah surrender dah.Menjerit kot cuz Hanis ni tak tahan geli .

:)

farah_hanum said...

salam kak ain...
oooo sakit tu...kak ain saye tak boleh bayang macam ne kak ain terapung hehehe...mesti kak ain punya kaki cantik selepas mengurut...ok kak ain....godd luck!!!sentiasa...

wassallam...
farah_hanum.

farah_hanum said...

lagi satu!!!!
kak ain nak tanya cik abang tu...muhrim kak ain kew???boleh pegang tangan???(sorry kalau kak ain marah maaf banyak2)

wassallam....
farah hanum.

ღ♥ GuRLz WoRld ღ♥ said...

mestilah farah ...
kan k ain dapat berkahwin.
kan ? *rasanya lah*

AinMaisarah said...

Salam Najwa,
Kak Ain dan Cik Abang teringin nak cuba Kenko Fish Spa tu. Tapi asyik tak berkesempatan. Nanti bila Kak Ain cuba rawatan gigitan ikan tu.... Kak Ain buat laporannya di sini ye. Kak Ain selalu ke Jakarta, Indonesia. Cik Abang ada pejabat di sana. Nampaknya citarasa Najwa dan Kak Ain memang sama. Pergi Indonesia mesti ke Rumah Mode di Bandung. Baju ESPRIT & MNG semuanya RM50. Mana nak dapat di Malaysia ni!

Dear Halimatus Saadiah,
Kak Ain minta maaf kerana belum membalas e-mel. Sebenarnya Kak Ain ada hari-hari tertentu nak balas e-mel. Bukan setiap hari Kak Ain akan balas. Jadi harap Halimatus Saadiah bersabar ye. Kak Ain akan balas esok, InsyaAllah sekiranya semua kerja penulisan selesai.

Dear Hanis,
Kak Ain memang nak terjerit. Tapi tahan sebab malu ramai orang di Mid Valley ketika itu. Lagipun sudah besar-besar tapi menjerit, nanti Kak Ain nampak tak macho pula! =D Heheh.

Dear Farah Hanum,
Kak Ain sendiri tak pasti Kak Ain boleh terapung atau tidak dengan berat badan sebanyak **kg ini =D Buat pengetahuan Farah, Cik Abang itu suami Kak Ain =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

AinMaisarah said...

Dear Gurlz World,
Tepat sekali! Kak Ain sudah kahwin... Terima kasih kerana menjawab bagi pihak Kak Ain =D

misz qiqin said...

K.Ain,
knp tak pernah tunjuk gambar Cik Abang tu????
saya teringin nak tgk :(

nampak tangan jee?

najwaamira said...

Cita rasa kita memang sama!Kat sana,saya banyak beli baju Guess,Espirit,Christian Dior.

haha!Mcm syurga lah kat sana!Pakaian berjenama banyak di sana.

aini said...

salam k.ain

sakit sgt ker?baru terfikir nak buat urut kaki..tapi dh tgk mcm ni x jd la..

akk ni kaye btoi ek..bole beli brg yang berjenama.maklum la husband akk kan ade ofis kat indon kan...msti bertmbh2 kaye.best nyer!!!

nabilah said...

kesiannye............