16 July 2008

AinMaisarah di Kompleks Ole-Ole, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Pada entri kali ini, Kak Ain ingin berkongsi berita tentang jadual Kak Ain. Terkini pihak penerbitan PTS One Sdn. Bhd. sudah merangka dan menjadualkan sesi bertemu pembaca di Shah Alam pula.

Di bawah ini adalah butiran aktiviti:

Kedai Buku Tinta Ilmu, Kompleks Ole-Ole, Seksyen 18 Shah Alam
19 Julai 2008 (Sabtu)
1.30 petang

Hadir bersama adalah penulis siri Dear Yayah iaitu Kak Farihah Iskandar. Kami berdua akan meluangkan masa bertemu pembaca, bergambar, berbual mesra dan bersenggul-senggulan sepanjang dua jam di sana.

Kak Ain ingin sekali bertemu dengan pembaca sekitar kawasan Shah Alam. Jangan lepaskan peluang ini ya! (Buat pengetahuan, ini kali pertama Kak Ain menjejakkan kaki ke Kompleks Ole-ole, Shah Alam. Harap-harap tak sesat jalan di hari tersebut!)

Jumpa di sana! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

9 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Yey !!!
Balqis nak ajak ayah Balqis laa...
Boleh jumpa Kak Ain n Kak Yayah lagi sekali !!!
Insyaallah nanty Balqis datang...
Balqis pun belum lagi pergi ke sana....

Balqis akan pujuk ayah Balqis...
hehehehe

p/s;Kak Ain...Ibu Balqis cakap muka Kak Ain comel+cantik+sweet selepas di make up kan tu...Ibu Balqis pun nanti nak pergi Mid Valley nak make up....

A. Izzati said...

alahai...
dri dulu sampai skunk x dpt jumpa kak ain...
apa kata kalau kk ain dtg eypo plak...
kesian org eypo seperti sye neyh... x berkesempatan jumpa kak ain... sedey tau...

:((

Anonymous said...

jauhnya kak ain..
myb fatin x dpt pergi kot..
sbb kadang-kadang weekends ktaorang keluar la..

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Kak Ain akan ke Shah Alam ye ?
Hanis pun tak pernah ke Kompleks Ole-Ole tu.
Tak sure boleh pergi ke tak.

Apapun , Hanis akan try tanya ibu Hanis ;)

Alya said...

apa kata k ain isi minyak kereta lebih sikit .. mai melawat penang ke .. alor setar kee.. .sungai petani ke :D hehee...

:( tak dpt jmpa k ain..

MIRA said...

Salam,

Nampaknya thn dpn kot boleh jumpa kak Ain:D

Farah Hanum said...

salam kak ain...
owh...bestnya..kalau dapat jumpa kak ain mungkin boleh try tanya ayah boleh pegi tak???sbb rumah kat sekitar shah alam je....insyaalah boleh kot....(nape ade kot yek??)hehehe:D

wassallammmmm...
farah_hanum.

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Oh, Shah Alam jauhlah kak ain.
Mungkin tahun depan kita akan berjumpa lagi, Insya-Allah.

Sara tak pernah dengar pun Kompleks Ole-Ole sebelum ini. heheh

PwInCe$s RiN@... said...

Kak Ain buatlah pameran buku kak ain kat kajang.sebab kalau jauh ibu saya tak nak pergi sebab x larat,jadi buatlah kat kajang sbb umah saya kat kajang dan kalau kak ain buat pameran buku kak ain kasilah diskaun kat harga buku-buku kak ain.